Anda di halaman 1dari 8

PROGRAM BIJAK BELAJAR MATEMATIK PMR

Disediakan Oleh PN. NOORAINI BT ABD KARIM Guru Cemerlang Matematik SMK.Sultan Alauddin

JAWABLAH SOALAN-SOALAN BERIKUT DENGAN IKHLAS : 1. Adakah kamu mempunyai rancangan jadual melakukan sesuatu setiap hari ? Ya / Tidak 2. Kalau benar adakah kamu mematuhinya ? Ya / Tidak 3. Adakah kamu menghadapi sebarang masalah apabila hendak memulakan study kamu ? Ya / Tidak 4. Adakah kamu memulakan pelajaran tepat pada waktunya ? Ya / Tidak 5. Adakah kamu berasa tugas anda menarik ? Ya / Tidak 6. Adakah kamu berbincang tentang sesuatu perkara yang telah dibaca bersama-sama orang lain ? Ya / Tidak 7. Pernahkah kamu bertanya apa yang kamu kurang faham atau tidak mengetahuinya ? Ya / Tidak 8. Pernahkah kamu membuat kajian sepintas lalu dahulu sebelum membaca dengan teliti ? Ya / Tidak 9. Adakah kamu tidak memberi perhatian kepada jadual dan rajah semasa membaca ? Ya / Tidak 10. Adakah kamu menyimpan nota-nota mengenai satu pelajaran di tempat yang sama ? Ya / Tidak 11. Adakah kamu membuat catatan,rajah,jawapan dan sebagainya daripada apa yang dibaca dalam perkataan sendiri ? Ya / Tidak 12. Adakah kamu bersedia untuk peperiksaan sehingga l arut malam ? Ya / Tidak 13. Adakah kamu mendapat tidur atau kerehatan yang cukup ? Ya / Tidak 14. Adakah kamu dapat markah yang rendah jika ujian dibuat secara tidak disangka-sangka ? Ya / Tidak 15. Adakah kamu sentiasa membawa buku latihan, teks atau rujukan,peralatan set geometri dan kalkulator ? Ya / Tidak

Kamu dapat membuat kesimpulan yang tersendiri sejauh mana kemajuan yang telah kamu perolehi. Atau adakah pertanyaan-pertanyaan di atas itu telah terjawab dan kamu telahpun mengamalkannya? Jika anda gagal dalam banyak ujian di atas maka fikirlah segera cara membaikinya.

Adakah hidup kamu benar-benar dirancang? Cuba analisis diri dengan berpandukan jadual berikut : Kegiatan / Lama Yang Sepatutnya Tidur / 6 - 7 jam Makan / 1 jam 15 minit Mengikuti kelas / 6 jam Belajar / 4 jam Kelab,persatuan,sukan / 2 jam Aktiviti-aktiviti sosial /1 jam Perjalanan / 1 jam Lain-lain pekerjaan yang perlu / 2 jam JUMLAH 24 jam

Masa belajar setiap hari mesti tidak kurang 4 jam. Jika tidak dapat dicapai maka kamu mesti berfikir secara serius, kenapa? Munginkah kerana tidur dan berbaring-baring atas katil melebihi 8 jam? Atau mungkin juga akiviti sosial dan lain-lain pekerjaan yang perlu memakan masa lebih daripada 2 jam. Umpamanya berbual-bual kosong, menonton TV atau mandi yang terlalu lama. Ingatlah "masa itu emas". Sekiranya ia berlaku kamu tidak dapat memilikinya lagi. Mengikut kata pujangga "Hari kelmarin sudah pun pergi, hari ini pasti ada ; hai esok belum tentu bahagia". Jadi kita mesti gunakan masa yang pasti ada ini untuk menyediakan hari esok yang akan tiba. Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya. Setiap kesempatan mesti digunakan untuk belajar

BAGAIMANA OTAK BERFUNGSI


PROSES MATEMATIK ADALAH PADA OTAK KANAN

Bagaimana otak simpan maklumat

Manusia belajar melalui


Pe ng lihatan Pe nd e ng aran
acde

Pe rtuturan Se ntuhan

Bau Pe rb uatan
15

16

Proses Pembelajaran
Te r ima Faham Ing at
Guna
17

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan. Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri. Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasaddengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Teknik Belajar Matematik

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu untuk menanamkan minat dan memperbetulkan teknik belajar matematik (Bagi yang tak minat subjek kira-mengira ni.) Pertama Kalau nak pandai matematik, kita kena suka mata pelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci Kedua Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya banyak buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap. Malah, ramai kawan sekelas cikgu dulu-dulu tanya tentang cara menjawab soalan matematik Ketiga Matematik adalah mata pelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud cikgu, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin. Keempat Anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira(calculator), mengapa perlu ingat sifir?Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada calculator, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir Akhir sekali, Anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Insyaallah cikgu akan kongsikan lagi di masa akan datang petua-petua untuk menguasai mata pelajaran matematik ini

A/ TEKNIK BELAJAR
Teknik Belajar 5R 1. Recopy [salin semula] 2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x] 3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali] 4. Recheck [semak semula] 5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

1. Recopy [salin semula] Contoh: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Salin contoh yang di beri guru Gunakan contoh untuk selesai soalan yang lain Tengok contoh penyelesaian Tutup semula buku cuba ingat dan salin semula Salin dengan tulisan yang terang. Tambahkan nota untuk meningkatkan kefahaman. Boleh ditulis tambahan nota menggunakan pensil. 7. Gunakan anak panah menghubungkan antara satu fakta dan fakta yang berhubung kait. 8. Tandakan dengan tanda soal (?) mana-mana bahagian yang tidak difahami. 9. Bincang dengan segera dengan kawan atau guru anda. 2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x] Di kelas, anda diberi banyak contoh-contoh penyelesaian terhadap soalan-soalan matematik. Selesaikan semula contoh-contoh ini sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut. Selesaikan secara pantas. Teknik ini meningkatkan kemahiran. Pastikan rekod masa penyelesaian kali kedua memecahkan rekod masa penyelesaian kali pertama dan begitulah seterusnya. Begitu juga soalan-soalan bertaraf peperiksaan. Ulangi penyelesaian terhadap soalan setiap 3-4 minggu. Hari Sabtu, Ahad, cuti awam, cuti penggal adalah masa yang amat sesuai untuk menyelesaikan banyak masalah Matematik yang bertaraf peperiksaan

R3 - RECITE OUT LOUD (LAFAZKAN DENGAN SUARA YANG KUAT)


Lafazkan. Suara anda harus dikuatkan. Lafazkan formula berulang-ulang. Melafazkan berulang dengan suara atau bisikan yang kuat sebanyak 68 kali akan meningkatkan kuasa pengingatan. Bisikkan atau lafazkan atau bisikkan langkah-langkah penyelesaian terhadap soalan (teknik ini boleh juga diamalkan ketika berbaring sebelum tidur, tuliskan di atas tilam langkah-langkah penyelesaian menggunakan jari telunjuk anda).

R4 - RECHECK (SEMAK LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN)


Semak darab, campur, tolak dan bahagi, formula dan langkah-langkah penyelesaian yang lain.

R5 - REASONABLENESS (PERHATIKAN JAWAPAN BERPATUTAN ATAU SEBALIKNYA)


Matematik adalah satu-satunya pelajaran yang jauh berbeza dengan pembelajaran bahasa ataupun Sejarah atau Geografi. Matematik adalah mata pelajaran latihan, latihan, latihan.

B/ Teknik STUV 1. s-sumarize [ringkaskan nota penting] 2. t-test your self [uji diri anda] 3. u-use [gunakan] 4. V-visualize [bayangkan selalu]

Jika anda lemah Matematik, pastikan anda belajar, mengulangkaji dan menyelesaikan masalah atau membuat latihan selama 1 1/2 jam setiap hari. Seperti kemahiran di dalam arena sukan yang memerlukan LATIHAN HARIAN DAN LATIHAN BERTUBI-TUBI, BEGITULAH JUGA MATEMATIK. Selain membuat latihan yang banyak, pelajar juga harus membuat sesuatu masalah taraf soalan peperiksaan secara berulang-ulang. Tidak cukup sesuatu soalan bertaraf peperiksaan itu dibuat sekadar sekali dengan jawapan yang tepat dan tidak lagi diulangi penyelesaiannya kali kedua dan ketiga dan seterusnya. Anda dinasihatkan untuk membuat soalan yang sama dalam masa 4-6 minggu kemudian dengan cara penyelesaian yang pantas. Dengan cara demikian, anda akan MAHIR dan CEKAP dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada 4-6 minggu kemudian, ulangi lagi kali ketiga dengan pantas. Mungkin masa yang diambil sekadar beberapa minit sahaja. Pelajar sebaik-baiknya mempunyai dua buku rujukan. Jangan berharap semata-mata kepada buku teks sekolah. Pastikan buku rujukan digunakan sepenuhnya. Tandakan semua perkara-perkara penting. Di mana perlu, TULISKAN NOTA TAMBAHAN dalam buku nota atau buku latihan untuk membantu anda meningkatkan kefahaman. Jangan taku bukubuku tersebut mengalami kekotoran. Pastikan pelajar telah hafal sifir. Cara menghafal sifir bukanlan perkara yang susah. Di mana sahaja masa anda terluang adakah dialog sifir dalam pemikiran anda. Adakan dialog pantas dalam pemikiran anda dan anda bisikkan atau lafazkan pendaraban sesuatu sifir. Jika ini diamalkan selalu, pasti sifir bukan menjadi satu masalah. Satu teknik lagi yang harus anda amalkan ialah ketika anda berdiri di stesen bas atau ketika anda berada di dalam bas atau kereta. Anda perhatikan nombor kereta. Katakan nombor kereta yang anda lihat itu ialah SA8978R. Campurkan sepantas kilat 8+9+7+8=32. Ya, jawapannya ialah 32. 8+9=17, 7+8=15 dan 17+15 = 32. Atau darabkan 8x9=72, 72x7=152, 152x8=1216; 150x8=1200 dan 2x8=16, 1200+16=1216. Latihkan diri anda setiap hari. Yakinlah Matematik anda akan menjadi pantas. Amalkan juga selalu pembelajaran Matematik cara pembayangan (visualization) sebelum terlena tidur, atau semasa berada di tandas, di perpustakaan dan sebagainya. Pastikan kekuatan mental anda. Jangan lupa sarapan pagi yang baik setiap hari seperti telur, susu, buah-buahan, ikan, daging (burger) dan lain-lain makanan yang berzat. Kurangkan makanan yang mengandungi gula putih yang tinggi seperti coklat, biskut, keropok, kek, kuih, dan juga minuman-minuman manis dalam kotak, botol atau tin. CADANGAN JADUAL WAKTU BELAJAR MATEMATIK

TARIKH 28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011 1 April 2011 2 April 2011 3 April 2011

TOPIK Whole Numbers Numbers Pattern & Sequences Fractions Decimals Percentages Line and Angles Polygons

MASA 1 jam 1 jam 1 jam 1 jam 1 jam 1 jam 1 jam

TINGKATAN 1 1 1 1 1 3 3

BILANGAN SOALAN 15 Soalan 15 Soalan 10 soalan 15 Soalan 15 Soalan 15 Soalan 15 Soalan

**Hujung minggu boleh dijalan topik tingkatan 3 untuk tujuang pengukuhan. Hari sekolah bagi semester pertama boleh digunakan untuk ulangkaji tajuk-tajuk tingkatan 1 dan 2
Masuk semester ke dua boleh dijalankan latih tubi peperksaan sebenar mengikut masa sebenar peperiksaan

PETUA SEMASA BELAJAR


Fokus

Segera bertanya jika tidak faham


Terus buat latihan , jangan bertangguh. Sentiasa ada pen dan kertas untuk menconteng,membuat

pengiraan,latih tubi Ada Kalkulator dan peralatan set geometri jika diperlukan Istilah terlupa buat, tertinggal buku atau alat perlu diminimakan Disiplin

RESEPI KEJAY AAN

Bahan-bahannya; 250 gm Daya usaha 100 gm Kesabaran 100 gm Keimanan 190 gm Keinsafan 150 gm Pengorbanan 150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna ) 8 sudu the rasa tanggungjawab 200 gm senyum secukup rasa Cara-cara membuatnya: Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai