Anda di halaman 1dari 2

Berikut lapan faktor kenapa pelajar corot subjek

MATHS …..
1. Tiada pendedahan awal
Pelajar yang tidak mendapat pendidikan nombor atau mengira dengan baik sebelum ke
tadika atau sekolah biasanya mengalami masalah dalam mata pelajaran Matematik.

2. Tidak hafal sifir


Soalan darab telah diajar semenjak sekolah rendah bawah. Sepatutnya sudah hafal sifir
sebelum masuk Tahun Empat. Tapi di Tingkatan Lima pun masih ramai yang tidak
menghafal sifir.

3. Mesin (kalkulator) yang lebih banyak


mencongak
Congak ialah ilmu mengira di dalam minda. Kurang mahir mencongak kerana kurang
latihan. Ramai pelajar 6+4 masih menggunakan jari walaupun telah masuk ke sekolah
menengah. Mujurlah ketika di Tingkatan Satu sudah boleh menggunakan kalkulator.

Banyak pelajar yang menyangka kalkulator mempercepatkan masa menjawab soalan


peperiksaan. Ada pelajar sudah nak tamat SPM pun 6+2 pun pakai kalkulator. Sangkaan
ini tidak benar. Soalan peperiksaan telah digubah supaya kebanyakannya dapat
diselesaikan dengan lebih cepat jika kita tahu mencongak, menghafaz, memahami atau
menulis dengan baik.

Pakar-pakar matematik seluruh dunia seperti Scott Flansburg (United States) dan West
Wong (Malaysia) boleh mencongak dengan sangat pantas.

4. Tidak pernah mengaplikasikan Matematik


dalam kehidupan seharian
Di gerai nasi lemak, makcik nasi lemak kirakan jumlah dan baki. Entah betul entah tidak
kiraannya. Di kantin sekolah, kakak kaunter kirakan (mungkin tepat mungkin tak). Dapat
duit raya, mak ayah atau bank kirakan. Jadi buat apa belajar Matematik? Sekurang-
kurangnya biarlah mahir yang asas. Kerana asas ini akan digunakan kelak.

5. Tidak atau kurang memahami kerana malas


berfikir
Untuk memahami kita perlu berfikir. Ramai orang malas berfikir, tidak bersungguh-
sungguh dan cepat putus asa. Bagaimana nak tahu kita benar-benar faham atau tidak?
Jika kita boleh buat soalan yang paling sukar sekalipun bermakna kita faham topik
tersebut.
6. Terlalu banyak menyalin
Matematik perlukan banyak latihan bukan menyalin soalan. Cara yang paling baik ialah
gunakan buku kerja (workbook).

Latihan dalam buku kerja dibahagikan kepada subtopik-subtopik. Terdapat contoh


penyelesaian sebelum soalan pertama ditanya. Soalan-soalan ini kebanyakannya
dibahagikan kepada kotak-kotak kecil. Ada ruang untuk menulis jawapan dalam kotak
tersebut. Buku kerja yang baik mestilah mempunyai jawapan termasuk jalan kira.

Jika ingin jadi hebat dalam Matematik, buat sendiri latihan dalam buku kerja tersebut.
Fikir sendiri bagaimana hendak selesaikan. Jangan minta sesiapa bantu. Ia boleh
dilakukan kerana sudah terdapat contoh. Cuma perlu ikut contoh itu. Setelah selesai
baru tengok jawapan. Kaji jawapan tersebut jika tidak dapat jawapan atau salah.

7. Tidak berlatih dengan masa


Sering kali pelajar merungut kerana “tak cukup masa”. Subjek apa? Ye betul. Subjek
Matematik. Soalan 1 markah sampai 10 minit fikir. Biasakan diri dengan suasana
peperiksaan. Kalau purata satu soalan ialah 60 saat, maka buat dalam 60 saat atau
kurang. Jika tidak capai, cuba lagi sampai dapat.

8. Sediakan buku conteng kira-mengira


Di samping buku teks dan aktiviti, sediakan buku khusus untuk anak anda bebas
mengira, berfikir, mencongak, mencatat pelbagai formula & melukis imaginasi sifir
mengikut kreativiti masing-masing.

Lagi bagus kalau ada tulisan dan lukisan menggunakan pen atau pensel yang berwarna-
warni.

Anda mungkin juga menyukai