Anda di halaman 1dari 2

Sejarah awal perakaunan dijejaki ke zaman awal pertanian dan tamadun

manusia (orang Sumeria di Mesopotamia), sewaktu tercetusnya buat


julung kalinya keperluan mengekalkan catatan tepat mengenai kuantiti
dan nilai relatif hasil pertanian.
Seni perakaunan yang berdasarkan sistem matematik logik (sistem
catatan bergu) barangkali telah difahami orang di Itali sebelum tahun
1495, sewaktu Luca Pacioli (1445 – 1517), juga dikenali sebagai Friar
Luca dal Borgo, menerbitkan kaedah perakaunannya di Venice.
Buku ilmu perakaunan bahasa Inggeris yang tertua pernah diketahui
diterbit di London oleh John Gouge @ Gough pada tahun 1543. Buku
ini dikenali sebagai A Profitable Treatyce called the Instrument or Boke
to learn to knowe the good order of the kepyng of the famouse
reconynge, called in Latin, Dare and Habere, and, in English, Debitor
and Creditor (Karangan yang menguntungkan bergelar alatan atau buku
untuk belajar mengetahui susunan baik penyimpanan pihak yang
dikenali, iaitu penghutang dan pemiutang).

Buku kecil panduan perakaunan telah diterbitkan pada tahun 1588 oleh
John Mellis dari Southwark, di mana beliau berkata, “Akulah yang
memperbaharui dan membangkitkan semula sesuatu catatan lama yang
dicetak di sini di London pada 14 Ogos 1543: dikumpul, diterbit, dibuat
dan dikemukakan oleh seseorang bernama Hugh Oldcastle,
Scholemaster, yang, menurut catatannya, kemudian mengajar aritmetik,
maka adanya buku ini di Lorong Marko, mukim Santo Ollaves.” John
Mellis merujuk kepada fakta bahawa prinsip perakaunan yang
dijelaskannya (yang merupakan sistem catatan bergu) ialah bentuk
“selepas bentuk Venice”.
Buku yang digelar The Merchants Mirrour, or directions for the perfect
ordering and keeping of his accounts formed by way of Debitor and
Creditor (Cermin Saudagar, atau panduan bagi penyusunan dan
penyimpanan akaun suadarar yang sempurna mengikut kaedah
Penghutang dan Pemiutang), bersempena (yang kononnya) kaedah Itali,
oleh Richard Dafforne, seorang akauntan, diterbitkan pada tahun 1635,
mengandungi banyak rujukan kepada karya-karya yang lebih terdahulu
mengenai sains perakaunan. Salam satu bab buku ini, bertajuk “Opinion
of Book-keeping’s Antiquity” (Pandangan Antikuiti Penyimpanan
Akaun) pengarang menyatakan, dengan kebenaran seorang penulis yang
lain, bahawa sungguhpun bentuk perakaunan yang dirujuk dalam buku
ini ketika itu telah dipakai di Itali selama dua ratus tahun, namun kaedah
yang sama atau amat serupa pernah dipakai sewaktu zaman Julius
Caesar di Rom purba (“but that the same, or one in many parts very like
this, was used in the time of Julius Caesar, and in Rome long before.”)
Seorang pengarang Belanda tampil untuk mencadangkan bahawa sistem
catatan bergu wujud ketika zaman Yunani purba, merujuk kepada
perakaunan saintifik yang sudah lebih lama dicipta daripada yang
disangkakan.
Terdapat beberapa edisi buku Dafforne yang pernah dicetak—edisi
kedua pernah diterbit pada tahun 1636, edisi ketiga pada tahun 1656, dan
keempat pada tahun 1684. Buku ini merupakan karangan yang paling
lengkap dalam perakaunan saintifik, dengan penjelasan terperincinya;
edisi-edisi yang berbeza ini sering membuktikan bahawa sains ini
banyak dihargai pada abad ke-17. Sejak itu terdapat bekalan yang
berterusan bagi hasil sastera dalam subjek ini, kebanyakan pengarangnya
menggayakan diri mereka sebagai akauntan dan guru jurusan ini, maka
terbuktilah bahawa akauntan profesional dikenali dan diupah.
Pada awal abad ke-18, perkhidmatan akauntan di kota London
digunakan dalam penyiasatan urus niaga seorang pengarah South Sea
Company, yang telah lama berurusan dengan saham syarikat. Ketika
penyiasatan inilah adalah kelihatan bahwa akauntannya telah menyemak
catatan akaun sekurang-kurangya dua firma saudagar. Laporannya
dikenali sebagai Observations (Pemerhatian) dihasilkan dengan
penyemakan catatan Sawbridge and Company, oleh Charles Snell,
Writing Master and Accountant di Foster Lane, London. England
mereka konsep Akauntan Berpiagam (Chartered Accountant) pada abad
ke-19, yang kemudiannya dipeluk oleh Amerika Syarikat dengan gelaran
Akautan Awam Sah (Certified Public Accountant).

Anda mungkin juga menyukai