com)
Isi Kandungan
2
Mukadimah ............................................................................................................................................. 3
Petikan Puasa .......................................................................................................................................... 5
Puasa: Memiliki dan Merasai Taqwa ...................................................................................................... 6
Tidak Perlu Difikirkan ............................................................................................................................ 9
Tidak Perlu Difikirkan .......................................................................................................................... 10
Berlatih Kembali Kepada Allah ............................................................................................................ 11
Berserah 100% ...................................................................................................................................... 12
Petikan Positif #1 ................................................................................................................................. 17
Petikan Positif #2 .................................................................................................................................. 18
Jiwa Positif Memberi Ketenangan ........................................................................................................ 20
Islamic NLP Parenting: Ikhlas Ke Sekolah........................................................................................... 22
Memiliki Kesedaran Tertinggi #5 ......................................................................................................... 25
Ikhlas #1: Bagaimana Mahu Ikhlas? ..................................................................................................... 29
Menyesal Tidak Datang Di Awal.......................................................................................................... 33
Memiliki Kesedaran Cinta Allah SWT ................................................................................................. 36
Pemain Yang Terbaik ........................................................................................................................... 38
Petikan Positif #3 .................................................................................................................................. 41
Berhijrah Memiliki Jiwa Yang Positif (1431H) .................................................................................... 42
Hidup Ini Memang Susah ..................................................................................................................... 46
Saya Tidak Terdaya .............................................................................................................................. 49
Islamic NLP for Parenting: Belaian ...................................................................................................... 55
Meningkatkan Keyakinan Kepada Allah SWT ..................................................................................... 59
QS: Al-Anfal 8:17 ................................................................................................................................. 63
Mukadimah
3
“maka bukanlah kamu Yang membunuh mereka,
akan tetapi Allah jualah Yang menyebabkan
pembunuhan mereka.
dan bukanlah Engkau (Wahai Muhammad) Yang melempar ketika Engkau melempar,
akan tetapi Allah jualah Yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir),
dan untuk mengurniakan orang-orang Yang beriman
Dengan pengurniaan Yang baik (kemenangan) daripadanya.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
(QS: Al-Anfal 8:17)
Segala pujian bagi Allah SWT yang telah memberikan daya kepada saya untuk
menyiapkan siri ebook Jiwa Positif Hidup BerTuhan yang ke-3. Mudah-
mudahan siri ebook ini dapat memberikan banyak manfaat kepada saudara
semua.
Tajuk kali ini adalah “Berserah Kepada Allah SWT”. Ungkapan berserah adalah
cukup mudah untuk diperkatakan, namun secara praktikal adalah sukar. Saya
akuinya kerana saya berhadapan dengan perkara ini sebelum ini. Terasa diri ini
tidak mampu untuk berserah kerana berserah memerlukan keyakinan yang
tertinggi kepada Allah SWT.
Terima kasih Allah SWT kerana memberi hidayahNya. Satu persatu Allah SWT
memberikan ilham untuk meningkatkan keyakinan kepadaNya. Mudah-
mudahan keyakinan ini akan terus meningkat setiap masa.
Saudara,
Untuk berserah, kita perlu yakin kepada Allah SWT dalam apa jua perkara.
Keyakinan ini perlu dilatih. Ia tidak akan datang serta-merta. Ia perlu ditingkat
dari masa ke semasa. Namun yang utama di dalam latihan meningkatkan
keyakinan adalah kesedaran. Kita perlu memiliki kesedaran tertinggi.
Untuk mendapatkan kesedaran tertinggi kita perlu sentiasa sedar bahawa Allah
SWT sentiasa hampir dengan kita. Sangat hampir. Untuk berada di dalam
kesedaran, kita boleh memilikinya dengan berkomunikasi dengan Allah SWT.
InshaAllah, oleh sebab sebenarnya penerangan secara verbal lebih baik untuk
memahami dan meningkatkan diri kita agar mampu berserah kepada Allah
SWT, saya akan aturkan satu pertemuan dengan saudara semua untuk sama-
sama kita berkongsi secara verbal suatu hari nanti. Semoga Allah SWT
menggerakkan kita ke arah itu. 4
Wassalam.
Petikan Puasa
5
Petikan tentang puasa daripada saya yang saya sebarkan melalui facebook.
Akan ditambah dari masa ke semasa.
Puasa adalah halangan kpd keinginan jasad. Namun puasa HANYA berjaya
menjadi penghalang kpd keinginan jasad jika kita SEDAR yg kita sedang
berpuasa. Jika tidak, puasa (penghalang) akan menjadi rapuh & pasti segala
keinginan jasad akan mudah merempuh penghalang (puasa) itu. Tidak hairanlah
kita berpuasa tapi seringkali tewas dgn keinginan jasad (nafsu). SEDAR
berpuasa bukanlah SEDAR yg kita lapar & dahaga
Puasa itu menahan diri. Untuk menahan diri, kita perlukan ketahanan diri yang
kukuh. Nafsu perlu dikawal. Tapi bagaimana nak kawal kalau kita sendiri tidak
tahu di mana nafsu. Maka tahu dahulu nafsu itu apa, di mana dan kaitan dengan
diri, jiwa dan roh. Baru mudah mengawalnya. Kenal diri sendiri pasti akan
kenal Tuhan. Salam Ramadhan. Semoga berjaya menahan diri dan mengawal
nafsu dan akhirnya kembali kepada fitrah.
Ramadhan bulan latihan menemukan kita dengan diri kita yang sejati iaitu
kembali kepada fitrah. Diri aku bukan aku. Ia adalah hanya jasad. Tangan aku
bukan aku. Kaki aku bukan aku. Mulut aku bukan aku. Mata aku bukan aku.
Telinga aku bukan aku. Perut aku bukan aku. Tiada bezanya dengan rumah aku.
Rumah aku bukan aku. Rumah adalah rumah dan aku adalah aku. Fahaminya
lalu akan tahu di mana nafsu.
Namun apabila kita nilai dan muhasabah semula tahap taqwa yang dicapai
setiap tahun selepas tamatnya bulan Ramadhan, kita dapati diri kita selepas
bulan Ramadhan tiada bezanya berbanding diri kita sebelum bulan Ramadhan.
Ketaqwaan kita masih sama atau meningkat hanya sedikit setelah kita menjalani
ibadah puasa.
Untuk memahami mengapa taqwa ini sukar dimiliki dan dirasai, cubalah
fahamkan penjelasan berikut.
Puasa
Puasa makna ringkasnya adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang
membatalkan puasa. Kita melakukannya/berpuasa dengan rela, pasrah dan
berserah pada Allah SWT.
Menahan diri bermakna menahan segala keinginan (hawa) masuk ke dalam diri
(nafs). Puasa adalah satu hal yang menyekat diri (nafs) memiliki segala
keinginannya (hawa).
Contohnya, perut merupakan salah satu anggota diri kita. Apabila perut lapar,
maka keinginan perut ini adalah makanan dan minuman. Perut akan menghantar
isyarat ke otak memberitahu otak bahawa perut berada dalam keadaan lapar.
Otak menafsirkannya dengan berfikir dan mengarahkan anggota diri yang lain
untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi keinginan perut. Lalu tangan, kaki, 7
mata, hidung, mulut dan yang berkaitan mencari makanan agar keinginan perut
dapat dipenuhi.
Lebih lama kita berada di pasar ramadhan, lagi banyak fikiran yang akan dijana
dan lebih banyak keinginan yang akan timbul. Kerana itulah kita
diWAJIBKAN oleh ALLAH SWT untuk BERPUASA iaitu menahan diri
atau menahan keinginan diri (nafs).
Mengapa Berpuasa?
Puasa adalah bertujuan agar kita dapat menahan keinginan diri (nafs) daripada
masuk ke dalam fikiran dalam bentuk informasi atau data-data yang diterima
oleh pacaindera dan anggota diri kita. Apabila puasa diwajibkan, maka ia adalah
satu perintah yang tidak boleh dilanggar. Puasa menjadi bantuan kepada diri
kita untuk menahan keinginan diri dan membantu jiwa untuk dipimpin
roh yang sentiasa ingin dekat dengan Allah SWT.
Jika di bulan selain bulan ramadhan, kita tidak diwajibkan berpuasa. Lalu puasa
tidak dapat mengawal keinginan diri secara TOTAL kerana jika kita tidak
mampu menahan keinginan diri, kita boleh berbuka puasa kerana puasa di luar
bulan ramadhan hanyalah puasa sunat.
***
Apabila kita dapat menahan keinginan diri masuk ke otak untuk difikirkan,
fikiran hal keinginan diri tidak lagi menjadi dominan di dalam diri kita. Maka
jiwa kita akan lebih mudah dipimpin roh yang mana fitrahnya adalah untuk
berada dekat dengan Allah SWT.
Setelah kita berjaya menahan keinginan diri ini, jiwa lebih redha, pasrah dan
berserah. Allah SWT akan menganugerahkan Taqwa kepada mereka yang 8
benar-benar pasrah, redha dan berserah kepadaNya. Akhirnya apabila fikiran
tidak lagi dominan, jiwa lebih mudah dipimpin oleh roh di mana fitrahnya untuk
dekat dengan Allah SWT, maka kita akan memiliki dan merasai taqwa yang
dijanjikan oleh Allah SWT.
Dengan ini barulah puasa yang kita lakukan ini dapat menjanjikan kita memiliki
dan merasai nikmat taqwa yang dijanjikan Allah SWT.
***
Mulai hari ini, pastikan puasa kita bukan hanya menahan diri daripada lapar dan
dahaga tetapi juga menahan segala keinginan diri (nafs) kita seluruhnya.
Apabila kita berjaya menahan diri seluruhnya dengan rela, redha dan
pasrah maka akhirnya kita akan menyambut kemenangan di mana kita
kembali kepada fitrah iaitu berada dekat dengan Allah SWT.
Semoga puasa kita tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana hari ini
kita sudah memahami jiwa positif dan hidup bertuhan.
Semoga kita memiliki dan merasai nikmat jiwa yang suci iaitu jiwa yang
dipimpin oleh roh untuk kembali kepada fitrah iaitu kembali kepada Allah SWT
dengan penuh rela, pasrah dan berserah.
Saya juga ditanya bagaimana untuk tahu yang kita sudah capai tahap taqwa.
Bagaimana kita nak tahu kita sudah mencapai khusyuk? Bagaimana kita nak tau
tahap kesedaran kita?
Taqwa, khusyuk dan kesedaran adalah rasa. Rasa sesuatu yang sukar difahami
kerana kita perlu merasainya dahulu. Apa yang saya terangkan di dalam entri
yang lepas hanyalah sifat-sifat rasa itu. Adalah sesuatu yang mustahil untuk
membicarakan hal rasa dengan penulisan atau pertuturan.
Cth, gula itu manis. Sifat rasa gula itu adalah manis. Tetapi manis itu bagaimana
adalah sesuatu sukar untuk dijelaskan kerana ia adalah rasa.
Sama seperti Taqwa. Saya hanya boleh menjelaskan sifat Taqwa. Seseorang
yang memiliki Taqwa mempunyai daya yang tinggi di dalam mengerjakan
perintah Allah SWT dengan ikhlas iaitu berserah, pasrah, redha dan rela semata-
mata kerana Allah SWT. Namun Taqwa sendiri itu perlu dirasai dan barulah
dapat difahami dengan sejelas-jelasnya.
Begitu juga dengan khusyuk. Khusyuk adalah satu rasa hening, asyik, tenang
dan banyak lagi yang tidak mampu diungkapkan. Ia dapat difahami bagi yang
pernah merasakan. Namun boleh dianalogikan seperti kita asyik menonton TV
tetapi tidak sama rasanya asyik dengan Allah SWT. Hanya boleh dianalogikan
sahaja.
Kesedaran itu hanya dapat dirasai jika kita mempunyai ihsan. Namun kesedaran
itu tidak mampu dijelaskan kecuali yang merasainya.
Sama hal dengan mengetahui tahap mana. Hanya kita yang merasainya tahu
tahap mana taqwa, khusyuk dan kesedaran kita. Ketika kita sedih, pasti kita tahu
betapa jauh kesedihan kita. Namun kesedihan kita tidak mampu dibandingkan
dengan kesedihan orang lain kerana ketetapan tahap kita berbeza. Bagi kita,
kehilangan RM 1 ribu sudah cukup sedih tetapi bagi sesetengah orang belum
cukup sedih.
Lalu saya tidak mampu memberikan tahap mana taqwa, khusyuk dan kesedaran
seseorang melainkan diri masing-masing. Untuk mengetahuinya diri masing-
masing kena dahulu merasakan taqwa, khusyuk dan kesedaran itu.
Tidak perlu difikirkan bagaimana Taqwa, khusyuk dan kesedaran itu serta
tahapnya. YANG PENTING SEKARANG INI DAPATKAN RASANYA.
BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN RASANYA? LAKUKAN. Ia perlu
dilakukan dan barulah hadir rasanya.
Kita tidak dapat merasai manisnya gula jika kita tidak pernah merasakannya.
Lalu makan gula untuk merasakan.
Sama dengan komunikasi dengan Allah SWT. Lakukan dan pasti akan kita
dapat rasakan. MINTA PADA ALLAH dan pasti kita akan dapat rasakan.
Berserah, pasrah, rela dan redha bukan sesuatu yang dipaksa. Ia akan hadir
apabila kita SEDAR segala-galanya adalah bergantungan dengan Allah SWT.
Perkara yang utama kita perlu lakukan hanyalah minta pada Allah dan
bergantung pada Allah. InshaAllah mudahlah kehidupan kita. Jika datang
sesuatu dugaan, kita tetap tenang. Maka mudahlah kehidupan kita.
***
Mulai hari ini, lakukan komunikasi dengan Allah SWT. Tukarkan mind chat
kepada komunikasi dengan Allah SWT. Komunikasi dapat mengekalkan
kesedaran kita pada Allah SWT. kerana itu saya sarankan komunikasi dengan
Allah SWT.
Jika tidak dilakukan, sampai bila pun semua ini akan terus menjadi persoalan di
dalam fikiran kita. Maka lakukan…lakukan…lakukan. Komunikasilah..
komunikasilah… komunikasilah untuk memiliki pengalaman rasa. Saudara akan
faham dengan sedalam-dalamnya.
Selamat berkomunikasi.
Ketika kita baring ingin tidur, berlatihlah untuk kembali kepada Allah SWT.
Pastikan kita mempunyai wudhuk. Rasai jiwa kita menuju kepada Allah SWT.
Lupakan niat ingin tidur dengan menggantikannya dengan rasa kembali kepada
Allah SWT sambil beristighfar memohon keampunan dan berzikir
mengagungkan Allah SWT. Apabila rasa benar-benar tunduk pada Allah SWT,
ucapkanlah dua kalimah syahadah.
Kemudian rasai jiwa kita keluar daripada jasad perlahan-lahan bermula dari
kaki perlahan-lahan naik hingga ke leher kita. Serahkan kembali hak Allah
SWT iaitu segala harta benda, anak, isteri/suami kepada Allah SWT. Tumpukan
kepada jiwa yang akan meninggalkan jasad secara perlahan-lahan.
Teruskan merasai yang kita akan kembali kepada Allah sehingga kita ditidurkan
oleh Allah SWT. Jika kita benar-benar kembali kepada Allah SWT iaitu ajal
sampai ketika itu, Alhamdulillah kerana kita melepaskan nafas terakhir kita
dengan benar-benar berserah pada Allah SWT.
Tetapi perlahan-lahan, apabila latihan selalu dilakukan, kita akan berasa benar-
benar bersedia untuk kembali kepada Allah SWT bila-bila masa sahaja. Kita
tidak akan terikat dengan apa yang ada disekeliling kita melainkan Allah SWT.
Kita melepaskan diri daripada terikat dengan harta benda, anak, isteri/suami dan
segalanya di dunia ini walaupun di mana kita berada dan sentiasa bersedia untuk
kembali kepada Allah SWT. InshaAllah.
Latihan ini boleh dilakukan ketika rehat sebentar setelah penat bekerja atau
ketika duduk-duduk santai.
[nota] Saya menaiki motosikal ke tempat kerja setiap hari. Saya bersedia apa jua
kemungkinan yang berlaku di dalam perjalanan saya pergi dan pulang daripada
tempat kerja. Saya berdoa agar Allah SWT sentiasa melindungi isteri dan anak
saya. Kemudian saya hanya ingat dan sedar akan Allah SWT dengan penuh
penyerahan secara total. Saya mampu lakukan kerana saya telah serahkan anak
dan isteri saya kepada Allah SWT.
Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)
Semoga di saat nafas terakhir kita, kita tetap teguh bersaksi dengan PENUH
KESEDARAN bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi 12
Muhammad SAW adalah Rasul Allah SWT.
Berserah 100%
13
Saudara,
Mari kita lihat contoh di bawah agar mudah memahami makna berserah 100%.
CONTOH 1
Kehilangan wang.
Orang ini tidak langsung gelisah. Kesedihan kehilangan sekejap sahaja kerana
beliau menerima ketentuan iaitu segala wang yang dimiliki adalah milik Allah
SWT. Kehilangan wang adalah kehendak Allah SWT. Wang milik Allah SWT
dan pulang ke Allah SWT. Makanya tidak lagi memikirkan apa-apa (menerima
ketentuan). Beliau hanya terus berusaha mencari wang yang lain kerana yakin
rezeki yang lain pasti ada untuk dirinya (mengikut ketetapan).
Orang yang berserah tetapi tidak 100% (Kita sahaja fikir sudah berserah
tetapi orang seperti ini belum lagi berserah sebenarnya). 14
Orang ini masih memikirkan wang yang hilang dan kadang-kadang sehingga
mengganggu fikirannya. Beliau berdoa pada Allah “Ya Allah, duit aku hilang
ya Allah, tolong aku ya Allah. Jumpakanlah semula duit aku ya Allah.” (tidak
menerima ketentuan)
Orang ini masih lagi berkehendak atau berharap. Beliau tidak dapat menerima
sepenuhnya kehendak Allah SWT iaitu menghilangkan wang beliau. Maka
adakah kita katakan orang ini sudah berserah?
***
CONTOH 2
Kematian.
Ketika nyawa atau roh berpisah daripada jasad, orang yang berserah 100%
hanya mengikut kehendak Allah SWT. Orang begini akan meninggal dunia
dengan penuh ketenangan kerana sentiasa berserah di dalam kehidupannya pada
Allah SWT (menerima ketentuan kematian). Ketika nyawa/roh meninggalkan
jasad, beliau tidak langsung ingat pada dunia ini kerana semuanya (harta benda,
suami/isteri, anak dan lain-lain) telah diserahkan kepada Allah SWT (mengikut
ketetapan).
Orang yang berserah tetapi tidak 100% (Kita sahaja fikir sudah berserah
tetapi orang seperti ini belum lagi berserah sebenarnya).
Orang yang tidak berserah kepada Allah SWT akan sentiasa mengingati harta
yang tinggal, suami/isteri, anak, jawatan dan lain-lain (tidak menerima
ketentuan). Tarikan keduniaannya masih kuat. Namun tarikan kematian oleh
Allah SWT adalah tarikan yang Maha Kuat dan tiada satu makhluk pun dalam
dunia ini yang dapat melawan kehendak Allah SWT. 15
Jika kita tidak redha atau berserah untuk mati ketika nyawa atau roh dicabut
dari jasad, maka tarikan Allah SWT dirasa seperti nyawa/roh disentap dari
badan. Allah ingin menarik nyawa/roh kita tetapi kita melawan dengan
mengikut kehendak kita iaitu tidak mahu mati (tidak mengikut ketetapan).
Lakukan latihan kembali kepada Allah SWT agar kita sentiasa bersedia untuk
mati bila-bila masa sahaja dengan penuh redha, berserah, pasrah dan rela 100%.
Baca artikel berlatih kembali kepada Allah SWT.
***
Apabila kita ambil mudah, kita akan berasa seolah-olah kita berserah tetapi
tidak. Ambil mudah bermakna kita hanya menerima KETENTUAN Allah SWT
TETAPI TIDAK mengikut KETETAPAN Allah SWT.
Sebagai contoh. Jika kita ditakdirkan kaya, kita dikatakan ambil mudah jika kita
hanya menerima ketentuan kaya TETAPI TIDAK mengikut ketetapan kaya.
Apakah ketetapan kaya?
Allah SWT menetapkan mereka yang kaya perlu berzakat, banyakkan derma,
bantu anak-anak yatim dan mereka yang miskin. Banyak lagi ketetapan yang
Allah tetapkan untuk mereka yang kaya.
Begitu juga dengan yang miskin. Kita menerima ketentuan kemiskinan yang
Allah berikan tetapi kita perlu mengikut ketetapan Allah SWT. KetetapanNya
adalah kita kena keluar daripada kemiskinan kerana kemiskinan mampu
membawa kita kepada kekufuran. Islam melarang umatnya miskin. Jika kita
tetap miskin, kita juga mesti tetap terus berusaha dengan sabar dan solat.
Sama juga halnya dengan kepandaian. Jika kita ditakdirkan pandai kita mestilah
menerimanya disamping mengikut ketentuan yang ditetapkan Allah ke atas
orang yang pandai. Orang yang pandai ditetapkan untuk memberi ilmu kepada
orang yang tidak berilmu (zakat ilmu). Orang yang pandai tidak boleh sombong,
bongkak, ego, riak, bangga diri dan sebagainya. Inilah ketetapan untuk mereka
yang pandai.
Orang yang bodoh juga wajib menerima ketentuan yang dia adalah orang yang
bodoh. Dia juga perlu mengikut ketetapan Allah SWT iaitu mestilah menuntut 16
ilmu agar keluar daripada kebodohan.
Jika dia tidak menerima ketentuan dia adalah orang bodoh, dia dikatakan bodoh
sombong. Jika dia menerima ketentuan yang dia adalah orang bodoh tetapi tidak
mahu mengikut ketetapan Allah SWT, dia akan terus bodoh sehingga bila-bila
dan Islam amat melarang keras umatnya menjadi manusia yang bodoh atau
jahil. Kerana itu menuntut ilmu itu adalah wajib.
***
Kesimpulan
Berserah itu bersifat aktif kerana sebagai khalifah iaitu wakil Allah SWT,
manusia mestilah aktif untuk mentadbir alam ini. Berserah ini menenangkan
kerana kita hanya melakukan apa yang terdaya dan segalanya terserah kepada
Allah SWT yang Maha Mengkehendaki.
Tarikan atau kehendak Allah SWT adalah kehendak yang Maha Kuat. Tiada
satu pun makhluk ciptaan Allah SWT yang mampu melawan tarikan Allah
SWT. Jika kita berkehendak berlawanan dengan kehendak Allah SWT, kita
tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdoa pada Allah SWT. Namun
keputusan yang hak adalah atas keputusan Allah SWT. Kita menerima sahaja
kehendak Allah SWT.
Oleh itu setelah kita katakan kita berserah pada Allah SWT, mengapa kita
GELISAH memikirkan keputusan Allah SWT yang bakal terjadi? Serahkan
sahaja dan kita tidak perlu lagi memikirkannya. Allah SWT Maha Mengetahui
yang terbaik untuk diri kita. Makanya kita lakukan apa sahaja ketetapan yang
Allah SWT tetapkan pada kita.
Semua ini perlu dilatih sedikit demi sedikit. Hari demi hari. Berlatihlah dengan
latihan-latihan yang saya berikan di dalam laman web ini.
Petikan Positif #1
17
Petikan ini saya kongsikan bersama sahabat-sahabat di Facebook.
Manusia itu dianalogikan seperti sebuah kereta yang dipandu pemandu dan
membawa seorang bos di belakangnya. Kereta itu sendiri adalah jasad yang
berfikiran dan beremosi (banyak ragam). Pemandunya adalah jiwa/nafs/ego dan
bosnya sebagai penentu arah adalah roh yang sentiasa menentukan arah yang
dituju mesti ke Allah SWT. Makanya pemandu mestilah memandu
mengikut kehendak bos. Bukan kehendak kereta.
Al-Quran itu manual untuk manusia hidup di muka bumi ini. Seperti kereta
pasti ada manual. Kereta tidak boleh langgar lubang. Nanti rosak tayar. Begitu
juga manusia. Tidak boleh minum arak. Nanti rosakkan jasad. Kereta kena jaga,
basuh, tukar minyak enjin. Begitu juga manusia. Kena tutup aurat, solat, jaga
akhlak dan lain-lain. Semua dijelaskan dlm Al-Quran. Allah buatkan manual
manusia kerana Allah Maha Mengetahui ciptaanNya. Tahu mana yang boleh
merosakkan dan mana yang boleh memelihara jasad dan jiwa manusia.
Merdekakan jiwa kita untuk kembali kepada fitrah. Semoga sebulan latihan
ramadhan akan memberikan kejayaan kemerdekaan yang penuh bermakna iaitu
memiliki jiwa yang sejati. Ayuh, tekadkan jiwa untuk dekat dengan Allah
SWT, bertaubat, tinggalkan maksiat, taat perintah Allah dan tebarkan
kebaikan serta manafaat kepada semua orang. Semoga kita memiliki dan
merasai kemerdekaan yang sejati. Salam kemerdekaan.
Apa jua persoalan, minta sama Allah. “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah
petunjuk (yang benar).”
(Al Baqarah 2 : 120).
GELISAH itu SEKSAAN Allah SWT pada mereka yang tidak beriman.
Mengapa gelisah terjadi? Kerana seseorang tidak
REDHA/BERSERAH/PASRAH/RELA dengan ketentuan Allah SWT. “Hati itu
milik kita, tetapi kita tidak mampu mencabut rasa GELISAH daripada hati kita.
Itulah SEKSAAN Allah SWT kepada hati orang yang tidak beriman.“
Apabila kita gelisah, buntu, keliru, sakit hati, benci, marah dan seumpamanya,
cubalah panggil Allah dengan suara yang perlahan. “Ya Allah…” kemudian 18
diam dan rasailah respon daripada Allah SWT. InshaAllah jiwa akan tenang.
Ulangi terus.
Semakin Tinggi, Semakin Ringan. Pucuk dari sebuah pohon lebih ringan
daripada yang lain. Burung yang terbang tinggi lebih ringan daripada burung
yang terbang rendah. Bos (jawatan tinggi) hanya duduk di dalam kereta yg
dipandu pemandu untuk lebih ringan ke pejabat. Tidak sekadar fizikal, malah
batin juga. KESEDARAN YANG TERTINGGI terasa lebih ringan
berbanding kesedaran yang rendah apatah lagi tidak sedar. Milikilah
kesedaran tertinggi.
Petikan Positif #2
Bagaimana berasa sangat yakin kepada Allah SWT ketika berdoa di mana
yakin Allah SWT akan memakbulkan doa kita?
Jika sesiapa yang bertanya yang mana satu aku itu, jawapannya, aku itu
adalah yang sedar. Bukan jasad, bukan kaki, tangan, fikiran, emosi dan lain-lain
tetapi yang sedar itulah aku. Makanya, bawalah aku itu dekat dengan Allah
SWT iaitu setiap saat sedar akan hal Allah SWT di dalam kehidupan kita ini.
Kita akan masuk ke wilayah super sedar.
Kekalkan kesedaran kepada Allah SWT tanpa melepaskannya walau sesaat pun.
Kesedaran ini ada turun naiknya tetapi apabila kita sudah mencapai ke satu
tahap, ia akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita dan mudah
untuk dicapai kembali jika kesedaran kita menurun. Berlatihlah untuk
meningkatkan kesedaran kita.
Berubah daripada jarang mengingati Allah sebelum ini kepada lebih banyak
mengingati Allah SWT setelah banyak berkomunikasi dengan Allah SWT
merupakan satu PERUBAHAN YANG SANGAT BESAR.
Kita sebenarnya satu tubuh dengan alam sekitarnya. Kita tidak mempunyai
bentuk seperti yang kita lihat dengan mata terbatas ini. Kita akan sedar bahawa
tubuh kita yang sebenarnya berganti setiap saat, tubuh kita hari ini bukanlah
tubuh kita yang sesaat sebelumnya, dan jiwa kita ternyata tidak seperti udara
dalam botol yang mengikuti bentuk botolnya.
Tip Menimba Ilmu: Sebelum menimba ilmu, tinggalkan fikiran “saya telah tahu,
saya lagi tahu, saya lebih tahu, saya tidak perlu tahu, saya pun tahu” kerana
semua ini akan membuatkan otak kita menolak ilmu yang kita pelajari tanpa
kita sedari Bahkan ia akan meningkatkan keegoan kita. Bukakan minda untuk
berfikir “aku perlu tahu ilmu ini”.
Seperti contoh, ketika rasa dengki yang tidak mampu ditahan datang, saya cuba
menanamkan fikiran yang positif agar tidak dengki. Begitu juga dengan hal
yang lain. Ketika benci, ketika sakit hati, ketika tidak suka dan seumpamanya.
Hal sama berlaku ketika membuat pilihan. Hidup kita ini penuh dengan pilihan
dan ketika membuat pilihan, perasaan, rasa dan fikiran berperang sesama sendiri
dan yang menanggung beban adalah kita. Penat dan tertekan dengan
peperangan.
Di dalam perlawanan antara rasa dan fikiran adakalanya rasa akan menang dan
ada ketikanya fikiran yang menang. Namun saya tetap penat, tertekan kerana
jelas nyata perlawanan tersebut memerlukan tenaga yang cukup banyak
sebelum mendapat kemenangan.
Saya yakin saudara juga mengalaminya. Kita mengalami hal ini setiap hari.
Ketika fikiran dan rasa tidak sehaluan, kita sering menggunakan “mind-chat”
sebagai medan tempur peperangan antara fikiran dan rasa. Ketika kita ingin
membuat pilihan samada A atau B, kita sering bertelagah antara fikiran dan
rasa.
Berpuluh tahun kita hanya melihat jalan penyelesaian kepada semua di atas
adalah dengan fikiran yang positif. Kita hanya di minta untuk menyelesaikan
apa jua masalah menggunakan saranan pada lapisan atas iaitu fikiran.
Kita tidak pernah disarankan untuk melihat sebenarnya daripada manakah rasa
itu datang? Kita seringkali melihat semua yang berlaku di dalam kehidupan kita
ini tanpa melihat semua ini adalah kehendak Allah SWT.
***
Di bawah ini saya tunjukkan dua slide untuk memahami tekanan jiwa dan
kelemahan jika kita menggunakan hanya fikiran yang positif tetapi jiwa tidak
positif. Kita mesti memiliki kedua-duanya iaitu fikiran dan jiwa yang positif
namun apabila kita memiliki jiwa yang positif, pasti fikiran juga akan positif.
21
Anak saya yang berumur 3 tahun 3 bulan juga mempunyai ragamnya. Sebelum
ini pernah tidak mahu ke sekolah selama hampir 2 bulan. Setiap kali hantar
beliau ke sekolah, beliau akan menangis sehingga meraung-raung. Saya
memang tidak sanggup melihat anak menangis ditinggalkan.
Saya dan isteri seringkali berdoa agar Allah SWT mencerahkan jiwa anak saya
agar beliau tinggal di pusat asuhan dengan kerelaan hati, bukannya terpaksa.
Suatu hari saya berdoa, “Ya Allah, cerahkan jiwa anak aku ini agar beliau
tenang untuk tinggal di nursery ya Allah. Ya Allah kuatkan jiwanya ya Allah“.
Ternyata doa saya dimakbulkan oleh Allah SWT tetapi dengan syarat iaitu
mengikhlaskan jiwa saya dan isteri di dalam tujuan menghantar anak saya ke
sekolah.
Allah SWT memberikan ilham untuk menyedarkan saya dan isteri bahawa
selama ini saya menghantar anak ke sekolah kerana saya dan isteri perlu bekerja
dan tiada siapa yang dapat membantu kami menjaga anak kami itu. Kami
tersentak dengan kesedaran niat kami menghantar anak ke pusat asuhan tidak
sampai kepada tahap ikhlas yang terbaik.
Keikhlasan menghantar anak itu adalah ikhlas kerana tiada siapa mahu menjaga
beliau ketika kami bekerja. BUKANNYA DITINGKATKAN KEPADA NIAT
KERANA ALLAH SWT.
Ikhlas itu hadir apabila kita sedar apa yang kita lakukan itu adalah
tanggungjawab yang Allah SWT berikan kepada kita sebagai wakil Allah
SWT. Dengan kesedaran bahawa kita ini adalah wakil Allah SWT dan
diamanahkan tanggungjawab lalu kesedaran tanggungjawab ini membuatkan
kita melaksanakan tanggungjawab dengan rela, pasti jiwa menjadi tenang.
***
Saya dan isteri kini sedar bahawa menghantar anak kami ke pusat asuhan bukan
sekadar kerana tidak ada orang yang dapat membantu menjaga anak kami ketika
kami bekerja tetapi ditingkatkan lagi kesedaran itu iaitu menghantar anak ke
pusat asuhan merupakan tanggungjawab kami kepada Allah SWT untuk
memastikan anak kami selamat dan mendapat pendidikan yang sempurna.
Kesedaran tanggungjawab kepada Allah SWT inilah yang jarang dimiliki oleh
kita semua. Sebagai contoh lain, kita menghantar anak ke sekolah hanyalah
semata-mata ingin anak kita pandai agar boleh mencari wang atau harta dunia
yang banyak suatu hari nanti.
Lalu kita berkorban wang dan tenaga demi memastikan anak kita menjadi anak
yang pandai kerana niat kita inginkan anak kita berjaya dan dapat membantu
kita kembali suatu hari nanti. Tidak cukup ke sekolah, kita juga menghantar
anak kita ke kelas tambahan walaupun sesetengahnya masih berada di tahun 1.
Ia tidak merupakan satu kesalahan tetapi bebanan kepada mereka itu adalah
kerana niat kita yang bukan KERANA ALLAH SWT. Kita boleh mengatakan ia
ikhlas kerana Allah SWT tetapi kebanyakannya adalah hanya sekadar kita tahu
kita perlu melakukan semuanya ikhlas kerana Allah SWT. Bukannya benar-
benar dari jiwa kita ia kerana TANGGUNGJAWAB KITA KEPADA ALLAH
SWT.
***
Disamping itu kita memohon kepada Allah SWT agar anak kita akan
bersemangat menimba ilmu dan mampu sedar tanggungjawab dia (anak)
sebagai wakil Allah SWT.
Ketika kita memegang dan memeluk anak kita dan kita berada di dalam
kesedaran melaksanakan tanggungjawab kita ini kerana amanah Allah SWT,
maka ada satu aliran kasih sayang bersama pengertian tanpa kata-kata mengalir
daripada jiwa kita kepada anak kita melalui tangan kita yang memegangnya dan
tubuh yang mendakapinya.
Bangunkan kesedaran ini setiap kali kita menghantar anak kita ke sekolah
atau pusat asuhan.
Seterusnya yang lain kita serahkan kepada Allah SWT untuk menjaga jiwa dan
raga anak kita sepanjang anak kita berada di sekolah dan di pusat asuhan agar
sentiasa dituntuni Allah SWT dengan taqwa dan kebaikan.
***
Sejak hari itu, anak saya pergi ke sekolah dengan semangat yang tinggi. Beliau
pergi dengan penuh minat dan penuh dengan kerelaan hati. Tidak lagi menangis
tidak mahu ditinggalkan. Menunjukkan pemergian beliau ke pusat asuhan
itu adalah pemergian yang penuh dengan ikhlas seolah-olah sangat
mengerti bahawa ayah dan mama nya sedang melaksanakan
tanggungjawab kepada Allah SWT.
Terima kasih Allah SWT kerana memberikan kesedaran kepada kami. Semoga
kesedaran ini juga tersebar luas ke dalam jiwa-jiwa ayah dan ibu yang lain.
Kita sering menganggap segala yang berlaku adalah kebetulan tanpa sedikit pun
mengaitkan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita ini dengan Allah
SWT. Sebab itulah ada sesetengah kesedaran manusia kepada Allah SWT masih
berada di tahap yang lama atau semakin rendah. Akhirnya mereka berasa
bahawa apa yang berlaku dan kejayaan mereka adalah kerana usaha mereka
sendiri tanpa sendikit pun sedar akan hal Allah SWT.
***
Saya suka merenung kembali kronologi atau peristiwa yang berlaku di dalam
hidup saya setiap hari dan melihat kronologi itu berlaku disebabkan kehendak
Allah SWT. Sehinggakan sedang menyuap setiap suapan nasi pun saya
melahirkan kesedaran betapa Allah SWT masih memberikan saya rasa yang
berlainan setiap suapan tersebut.
Bacalah salah satu kisah kecil sahaja bagaimana saya merenung salah satu
kronologi kehidupan saya. Walaupun ia ringkas tetapi lihatlah aturan yang
Allah SWT tentukan untuk diri saya.
Kini saya mula mengamalkan hidup yang sihat. Benar-benar berazam akan
mengekalkannya. Bersenam setiap pagi dan petang serta makan makanan yang
benar-benar berkhasiat. Puncanya adalah kerana tekanan darah saya berada pada
tahap tinggi. InshaAllah cara hidup sihat ini akan dikekalkan walaupun tekanan
darah kembali normal.
Mari merenung kronologi ini dengan keadaan sedar akan Allah SWT (sifat, zat
dan af’al Allah SWT). Saya mendapat tahu tekanan darah ini tinggi semasa saya
membawa anak no 2 saya ke klinik untuk mendapatkan suntikan bayi berumur 2
bulan.
Seandainya Allah SWT tidak menetapkan pada ketika itu saya perlu membawa
bayi, pasti saya tidak tahu tekanan darah saya tinggi. Bagaimana saya tahu?
Ketika berada di dalam bilik doktor, saya diilhamkan oleh Allah SWT untuk
meminta doktor periksa tekanan darah saya kerana saya berasa pening sejak
awal pagi. Doktor yang bertugas ketika itu adalah doktor part time di di klinik
tersebut. Doktor tersebut memeriksa tekanan darah saya ketika itu agak tinggi
iaitu 160/90. 26
Doktor tersebut bukan sahaja memeriksa tetapi memberikan nasihat cara hidup
yang sihat secara praktikal untuk orang yang bekerja. Sejak itu saya mula
bersenam dan makan makanan yang benar-benar berkhasiat.
Kita ulangi merenung kronologi di atas. Jika saya tidak digerakkan oleh Allah
SWT untuk membawa anak ke klinik tersebut, pasti saya tidak akan memeriksa
tekanan darah saya. Jika saya tidak dipeningkan oleh Allah SWT, pasti saya
tidak terfikir untuk meminta doktor memeriksa tekanan darah saya.
***
Allah SWT aturkan pertemuan kita dengan orang yang membantu, Allah SWT
sediakan keadaan seperti semuanya berlaku tanpa mampu difikirkan oleh kita.
Semua yang kita anggap selama ini kebetulan itu adalah aturan Allah SWT yang
selama ini kita tidak sedari.
Begitu juga halnya dengan menerima rezeki yang tidak disangka-sangka. Begitu
juga dengan kejayaan dan sebagainya. Tidak kira peristiwa kecil atau besar.
Kisah hidup kita merupakan kehendak Allah SWT yang mana kita tidak mampu
menghalang apa yang Allah kehendaki.
Kita hanya mampu memohon kepada Allah SWT dengan berdoa tetapi kita
tidak melakukan apa-apa usaha pun. Berdoa itu sekadar cetusan fikiran yang 27
lahir dari rasa hati yang diilhamkan Allah SWT. Namun usaha kita iaitu segala
gerakan tubuh badan ini digerakkan oleh Allah SWT mengikut kehendakNya.
Bukan atas kehendak kita walaupun kita berasa ia adalah usaha kita.
Kita lihat bagaimana Allah SWT menyambut doa kita dengan memberi
jawapan yang sangat halus yang tidak terfikir oleh akal fikiran kita. Kita
tidak terfikir dan tahu bagaimana Allah SWT akan menyelesaikan
masalah kita sehinggalah masalah kita selesai.
Lihatlah betapa halus dan menarik segala jawapan yang Allah SWT berikan di
dalam artikel Jawapan Allah SWT #1 dan Jawapan Allah SWT #2.
Apabila kita berada di dalam keadaan kesedaran yang tertinggi akan hal Allah
SWT di dalam setiap inci kehidupan kita ini, di dalam segala hal dan peristiwa
pasti kita akan mudah menjadi insan yang berserah.
Saya pasti akan menangis dan tersujud semasa merenung semula kronologi
peristiwa yang berlaku di dalam hidup saya bukan sahaja yang telah lama
berlaku tetapi juga yang baru-baru berlaku. Tidak kira kecil atau besar, saya
sedar betapa besarnya nikmat yang Allah SWT berikan kepada saya.
Saya berterima kasih tanda syukur tak tehingga pada Allah SWT kerana
memilih saya untuk memiliki kesedaran kepadaNya. Saudara juga dipilih oleh
Allah SWT untuk memiliki kesedaran kepada Allah SWT. Bertuahnya kita,
beruntungnya kita bukan.
Jika kita semua selalu membuat latihan iaitu merenung kembali kronologi
peristiwa yang berlaku dalam hidup kita dengan sedar akan hal Allah SWT,
pasti kita mudah untuk melihat dan mendapat pengajaran daripada kehendak
Allah SWT.
Kita akan sangat-sangat memahami kehendak Allah SWT ke atas diri kita.
Tidak hairanlah mengapa orang yang dekat dengan Allah SWT memiliki gerak
rasa (intuition) yang sangat hebat.
***
Latihlah setiap hari merenung kronologi atau jalan cerita hidup kita yang Allah
SWT tentukan ketika menerima nikmat daripada Allah SWT. Kita sambung
kesedaran kepada Allah SWT ketika merenung kronologi kehidupan kita dan
pasti setiap hari kita akan lebih dekat dengan Allah SWT bersama rasa terima
kasih syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT.
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa
aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan
ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,
kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”
(QS Al-Hijr, 15 : 39-40)
Mengapa iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas? Kerana ketika
kita ikhlas kerana Allah SWT, kita berserah apa sahaja kepada Allah SWT.
Ketika itu kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di wilayah
kekuatan dan kekuasaan Allah SWT. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah
kehendak Allah SWT. Mana mungkin iblis atau syaitan dapat menandingi
kekuatan Allah SWT.
***
Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan
tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan
dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.
Tidak penting samada orang lain ikhlas atau tidak tetapi yang sangat penting
adalah diri kita sendiri ikhlas atau tidak. Mari kita fahamkan tentang ikhlas
dengan mengambil contoh kehidupan saya.
Jika saya bekerja kerana ingin mencari wang, maka saya bekerja ikhlas kerana
wang.
Jika saya bekerja kerana ingin menyara anak-anak dan isteri saya, maka saya
bekerja ikhlas kerana anak-anak dan isteri saya.
Jika saya bekerja kerana saya perlu melakukan kerja untuk UiTM, maka saya
ikhlas bekerja kerana UiTM.
Ikhlas mesti mempunyai sandaran untuk apa saya melakukan sesuatu hal itu.
Jika sandarannya wang, maka kita dikatakan ikhlas kerana wang kerana wang
membuatkan kita melakukan kerja. Begitu juga dengan yang lain.
Persoalannya kini, apakah kita inginkan ikhlas yang sedemikian? Tidak! Kita
tidak mahu kerana ikhlas yang sedemikian mempunyai tahap yang rendah. Lalu
ikhlas yang bagaimana berada di tahap yang tinggi yang dikatakan oleh iblis
sehingga tidak mampu menyesatkan kita? 30
Pastinya ikhlas KERANA ALLAH SWT. Apabila kita ikhlas kerana Allah
SWT, pasti kita melakukan semua kerja kita kerana Allah SWT. Apabila kita
ikhlas kerana Allah SWT, pasti ikhlas kita merangkumi semua termasuk kerana
wang, anak-anak dan isteri, syarikat kita bekerja dan seluruhnya.
Nah! di sini terdapat satu lagi persoalan iaitu bagaimana melahirkan jiwa yang
ikhlas? Apakah ia boleh dibuat-buat atau boleh diwujudkan?
***
Kembali kepada contoh kehidupan diri saya dan kemudian saudara aturkanlah
contoh tersebut untuk kehidupan saudara.
Sebagai suami dan ayah, saya diberi tanggungjawab memastikan keluarga saya
dilindungi, selamat, bahagia, cukup makan minum, tempat tinggal, pendidikan
dan sebagainya. Saya SEDAR tanggungjawab ini adalah tanggungjawab yang
Allah SWT tetapkan sebagai seorang suami.
Sebagai suami dan ayah saya perlu mencari rezeki lalu saya bekerja. Bekerjanya
saya ini adalah kerana tanggungjawab saya terhadap Allah SWT. Ini adalah
ketetapan yang Allah SWT tentukan ke atas seorang suami iaitu wajib mencari
nafkah untuk keluarganya.
Dengan KESEDARAN segala kerja yang saya lakukan adalah kerana saya ingin
mencari nafkah dan ia merupakan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah
SWT, pasti saya akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Ini bukan satu paksaan tetapi kerana kesedaran saya ke atas tanggungjawab
saya.
Begitu juga semasa bekerja. Tugas yang diberikan kepada saya ketika bekerja
merupakan amanah dan tanggungjawab saya kepada Allah SWT. Saya 31
ditetapkan oleh Allah SWT untuk bekerja di UiTM sebagai pensyarah dan wajib
memikul tanggungjawab yang diberikan.
Saya perlu menyedari bahawa semua ini adalah tanggungjawab yang Allah
SWT tentukan kepada saya. Lalu saya perlu melaksanakan semua
tanggungjawab ini kerana saya ini adalah wakil Allah SWT. Saya perlu
mengikut kehendak Allah SWT kerana saya wakilNya.
Orang yang dekat dengan Allah SWT memiliki kesedaran tertinggi akan
hal Allah SWT. Mereka tidak pernah rasa kecewa di dalam melaksanakan
tanggungjawab kerana Allah SWT.
***
Kita tidak salah dan tidak dilarang sama sekali untuk memiliki wang yang
banyak, pangkat yang besar, rumah yang besar dan segala kekayaan yang ada.
Namun kita juga diperintahkan agar berkongsi kekayaan tersebut dengan zakat,
bersedekah dan sebagainya seperti yang ditetapkan oleh Allah SWT di dalam
Al-Quran dan Sunnah.
Setiap kerja kita diminta untuk dimulakan dengan “Dengan nama Allah SWT
yang Maha Pengasih/pemurah dan Penyayang” menunjukkan bahawa kita
melakukan kerja atas nama Allah SWT.
Kita di minta oleh Allah SWT mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah SWT
dan Nabi Muhammad SAW Rasul Allah SWT setiap kali kita bersolat untuk
mengulangi semula persaksian kita pada Allah SWT.
Dengan kesedaran yang tinggi di atas tanggungjawab kita sebagai wakil Allah
SWT dalam setiap hal kecil atau besar walaupun menyampai sedikit ilmu pun,
maka ia adalah kehendak Allah SWT dan kita wakil Allah SWT hanya berserah
untuk melakukannya. Allah mengkehendaki kita menyampaikan ilmu yang
kecil itu ketika itu lalu kita sampaikan dengan penuh tanggungjawab sebagai
wakil Allah yang memiliki ilmu tersebut. 32
***
Tingkatkan kesedaran kita, pasti kita akan ikhlas di dalam melakukan kerja.
Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan
tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan
dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.
Ingatlah dulu ketika kita berada 9 bulan dalam perut ibu ketika ibu masih muda.
Walaupun berjalan berat… susah berbaring… berdiri pun sakit… ibu tetap
tersenyum setiap kali membelai perutnya. Bahagia kita berada di rahimnya.
Ayah semangat ke sana sini mencari nafkah untuk kita yang bakal lahir.
Sembilan bulan di rahim ibu… menjelang kita lahir ke dunia… ibu sakit tak
terperi. Tidak tahu samada akan hidup atau mati. Meregang nyawa. Bersimbah
air mata. Keringat… darah. Itulah saat kita lahir ke dunia.
Siang malam dijaga. Rela ibu tidak makan asal kita makan. Ingatlah ketika ibu
sedang makan, kita membuang kotoran… tidak jijik.
Kalau kita sakit, ibu resah… sepanjang malam tidak tidur. Rela menukarkan
nyawanya agar kita panjang umur.
Ayah mencari nafkah agar kita mampu ke sekolah. Ke sana sini berusaha keras
agar kita memiliki kasut… agar kita memiliki beg… seperti anak-anak yang
lain.
Walaupun orang tua kita banyak dosa… tetapi tetap ingin kita selamat.
Semakin lama kita semakin besar. Apa yang kita lakukan untuk
menggembirakan hatinya?
Mulut kita seperti pisau yang sentiasa menghiris hatinya. Bulat mata…terjegil
kita merenung mereka setiap kali berbicara. Kekadang menghentak lantai dan
dinding memarahi mereka.
Ada yang menganggap ibunya sebagai pembantu sahaja. Di arah ke sana sini.
Ada yang menganggap ayah seperti kuli. Dibohongi… didustakan.
Berapa belas dan puluh tahun kita menzalimi ibu bapa kita. Akan datang sampai
saat kita berpisah… kenanglah ketika ibu bapa sudah terbaring menjadi mayat. 34
Kenangkanlah orang yang mengandung kita sudah terbujur kaku.
Ketika kain kapan menutup tubuhnya… kita tidak lagi mampu mencium
tangannya…tidak lagi mampu membawa ole-ole kesukaannya. Tidak ada lagi
orang yang selama ini berkorban lahir dan batin untuk kita.
Ketika orang tua kita sudah dimasukkan ke dalam kubur… hanya tinggal batu
nisan yang mampu kita lihat.
Kita tidak tahu…adakah orang tua kita bangga atau kecewa melahirkan
diri kita. Ada air susu yang dibalas dengan air tuba. Belaian dibalas dengan
herdikan… pengorbanan dibalas dengan penghinaan.
Ada yang menghina ibu bapanya. Jarang ingin berbicara dengannya dengan
lembut. Anak derhaka…di dunia ini pasti dibalas oleh Allah. Jangan-jangan
kita sengsara adalah disebabkan derhaka kepada ibu bapa. Hati-hatilah…jangan
sampai hidup kita sengsara sepanjang hayat.
Bertekadlah untuk menjadi anak yang tahu berbakti… yang taat… yang
membalas jasa. MENYESAL TIDAK PERNAH DATANG DI AWAL.
Tidak ada orang tua yang sempurna. Tetapi relakah melihat orang tua kita
sengsara? Dikubur tersiksa….di akhirat menjadi ahli neraka
(nauzubillah).
Astaghfirullah al adzhim…
Ampuni sebusuk apa pun dosa kami ya Allah…ampuni sekelam apa pun masa
lalu kami ya Allah…ampuni senista apa pun kata-kata kami ya Allah.
[note] Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga pengertian korban dan haji di
mana mengajak jiwa kita untuk pulang ke Allah SWT meningkatkan lagi
kesedaran kita kepada Allah SWT.
Ada rasa atau tidak? Diam lagi….ulangi sehingga benar-benar rasa samada ada
rasa cinta atau tidak … dan kemudian mohonlah kepada Allah SWT seperti di
bawah.
“ya Allah kurniakan rasa cinta kepadaMu ke dalam hatiku ya Allah. Ya Allah,
tiada rasa cinta dalam hatiku ini ya Allah. Kurniakan ya Allah. Terima kasih ya
Allah, terima kasih.”
Ulangi selalu latihan di atas untuk melihat sejauh mana cinta kita pada Allah
SWT secara realiti. Ulangi juga untuk melihat sejauh mana cinta kita kepada
Rasulullah SAW.
***
Kita sentiasa tahu bahawa kita perlu memiliki rasa cinta pada Allah SWT dan
Rasulullah SAW. Kita juga selalu berasa bahawa cinta kita kepada Allah SWT
dan Rasulullah SAW sudah mencukupi. Lalu kita berasa tidak perlu memeriksa
rasa cinta itu dalam jiwa kita. Benarkah rasa itu ada? Sejauh mana rasa itu?
Sesetengahnya juga berpendapat bahawa rasa cinta kepada Allah SWT itu
hanya untuk mereka yang banyak ilmu agamanya. Orang-orang kebiasaan
seperti kita ini yang kurang ilmu agama sukar untuk memiliki rasa cinta itu.
Sebenarnya semua itu alasan dan dakyah atau tipu helah pemikiran yang telah
tertanam kuat dalam fikiran kita. Kita perlu hapuskan pemikiran seperti ini di
dalam fikiran kita serta orang-orang sekeliling kita.
Islam itu hebat namun jika dilihat daripada kehebatan penganutnya, islam itu
seolah-olah mundur kerana kemunduran penganutnya. Mengapa? Kerana rasa
cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam jiwa umat islam telah
berjaya dipesong oleh musuh-musuh kita.
Kita lebih mudah jatuh cinta dengan duit, harta benda, pangkat, rupa dan
hiburan yang melalaikan. Mudah jatuh cinta dengan maksiat dan kehinaan. 37
Mengapa terlalu sukar untuk melakukan kebaikan berbanding melakukan
keburukan? Mengapa lebih mudah jatuh cinta dengan hiburan, maksiat dan
seumpamanya dan terlalu sukar untuk jatuh cinta kepada kebaikan?
Kerana kita tidak pernah atau jarang sekali memohon kepada Allah SWT untuk
memiliki rasa cinta kepadaNya dan RasulNya. Sesiapa sahaja tanpa mengira
ilmu, rupa, pangkat, harta dan sebagainya berhak memiliki rasa cinta kepada
Allah SWT dan RasulNya. Tugas kita hanyalah memohon dan urusan
pemberian rasa cinta itu adalah Hak Allah SWT.
Marilah kita cuba periksa dalam keadaan sedar samada benarkah kita benar-
benar merasai rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW itu? Dengan
latihan di atas, kita mampu memeriksa sejauh mana cinta kita kepada Allah
SWT dan Rasulullah SAW.
Berdoalah memohon kepada Allah SWT rasa cinta kepada Allah SWT dan
Rasululullah SAW:
“ya Allah, kurniakanlah aku rasa cinta kepadaMu dan kepada Rasulullah
SAW ya Allah. Aku ingin benar-benar merasakan rasa cinta itu ya Allah.
Agar aku mampu dan terdaya untuk sentiasa berada dekat denganMu ya
Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.“
***
Ayuh! Kita bergerak kembali di atas jalan yang lurus setelah kita dipesongkan
kecintaan kita oleh musuh-musuh kita. Punca utama maksiat, keburukan dan
kejahatan adalah kerana rasa cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah
tidak berada di puncaknya.
Kita didik jiwa kita dan jiwa anak-anak agar sentiasa sedarkan Allah SWT dan
sentiasa memohon rasa cinta kepadaNya dan RasulNya. Cinta adalah anugerah
Allah SWT. Cinta telah sedia diadakan oleh Allah SWT dan menunggu kita
untuk memohonnya. Allah SWT lebih tahu keperluan kita lebih daripada kita
sendiri.
Tiada seorang pun terlepas daripada masalah di dalam hidup ini. Kita sentiasa
mempunyai masalah kerana masalahlah yang membuatkan kita terus hidup
dengan baik. Kita belajar banyak erti kehidupan daripada masalah yang kita
miliki.
Masalah merupakan satu desakan di dalam permainan kita di dunia ini. Maka
jadilah pemain yang terbaik namun jangan sesekali meletakkan permainan ini
di jiwa kita. Cukup sekadar mengenggamnya di tangan.
Kita tidak akan memohon kepada Allah SWT jika kita tidak ada masalah. Jika
kita semua tidak ada masalah di dalam kehidupan ini, pasti kita tidak tahu
berbuat apa-apa dan tidak tahu bergerak ke mana. Kerana itu masalah yang kita
hadapi merupakan objektif gerakan untuk kita melaksanakan tanggungjawab
kita sebagai wakil Allah SWT.
Hutang kereta, rumah, keperluan makan minum keluarga, belanja itu ini juga
merupakan masalah. Kita perlu mencari wang untuk memastikan
tanggungjawab kita itu dilaksanakan. Ia adalah permainan yang Allah SWT
aturkan untuk kita lalu jadilah pemain yang terbaik di dalam melaksanakan
tanggungjawab yang dipikul.
Yang penting di dalam permainan ini adalah bermain dengan baik dengan
mengikut pengatur permainan iaitu Allah SWT. Allah SWT menilai kita
daripada sudut sejauh mana kita mengikut kehendak Allah SWT di dalam
permainan ini. Mengikut kehendak inilah yang dikatakan berserah.
Bersama dengan daya yang sempit ini, akan mengalir pula daya-daya Allah
SWT yang lain seperti dayaNya yang menyeksakan (Al Muntaqim, Yang Maha
Penyeksa), dayaNya yang memberikan derita (Adh Dhaarr, Yang Maha
Pemberi Derita), dayaNya yang menghinakan (Al Mudzill, Yang Maha
Menghinakan), dan dayaNya yang merendahkan (Al Khaafidh Yang Maha
Merendahkan).
Makanya kalau dada kita sudah dialiri secara dominan oleh daya Al Qaabidh
(Yang Maha Menyempitkan), maka daya-daya Allah SWT yang lain yang akan
mendorong kita untuk menyeksa, menghinakan, merendahkan, akan
membuatkan orang lain juga terasakan dorongan ini.
Dan akhirnya daya-daya Allah SWT yang membuat kita menderita pun akan
ikut pula mengalir dengan deras ke dalam jiwa kita. Ertinya yang akan
mendapat hasil penderitaan itu adalah kita sendiri.
(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
(inna lillahi wa inna ilaihi rajioon) “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan
kepada Allah jualah Kami kembali.”
(QS Al-Baqarah 1:155-156)
Bersamaan dengan Daya Al Baasith dan Al Waasi’ ini, telah mengalir pula
daya-daya Allah SWT yang lain yang akan mendorong kita kepada kesabaran,
karena memang Dia adalah Dzat Yang Maha Sabar (Ash Shabuur). Puluhan
dayaNya yang lain yang akan mengiring kita kepada kebaikan apabila kita
bersabar. 40
Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan
tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.
Daya-daya Allah itu dalam istilah Al-Quran disebut sebagai “Tali Allah, hab
Allah, Hub Allah”. Maka kita diminta oleh Allah sendiri agar kita mesti
berpegang dengan tali Allah, BIHABLILLLAH.
Untuk mampu memegang daya-daya Allah SWT iaitu tali Allah SWT, maka
kita hendaklah dahulu berpegang teguh kepada Allah (wa’tashimu billah).
Jadi kalimat: “laa haula wala quwwata illa billah, bahawa tidak ada kekuatan,
tidak ada daya yang ada pada diriku, kecuali hanya sekadar daya dan kekuatan
yang dialirkan Allah kepadaku”, adalah benar-benar sebuah realiti daripada
hanya sekadar kata-kata yang sering dilafazkan sahaja.
Di dalam keadaan bermasalah dan dada yang sempit, manusia tidak mampu
menerima apa pun kata-kata dan penjelasan termasuk penjelasan di atas. Kita
perlu membawa diri kita atau sahabat yang bermasalah agar benar-benar
SEDAR berpegang teguh kepada Allah SWT.
Lalu cara praktikal bagaimana mahu berpegang teguh kepada Allah SWT
(wa’tashimu billah) agar kita mampu untuk memegang daya-daya (tali)
Allah SWT, pulangkan jiwa kita ke Allah SWT. Lakukan cara di bawah ini
untuk jiwa ini pulang ke Allah SWT.
Tundukkan hati kepada Allah SWT dan panggil Allah SWT dengan suara yang
lembut…ya Allah…diam sejenak…panggil lagi…ya Allah…aku rela mengikut
kehendakMu ya Allah…ya Allah…diam sejenak…Aku tidak berdaya ya
Allah…Aku tidak mampu berbuat apa-apa ya Allah…ya Allah…aku hanya
mengikut kehendakMu ya Allah….aku rela ya Allah…aku rela…
ulangi terus…
Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)
Petikan Positif #3
41
Istirehat bukan direbahnya tubuh dan pejamnya mata. Tetapi direbahnya hati
dan pejamnya fikiran. Fikiran ini seumpama anak kecil. Hanya mengikut
keinginannya dan Jiwa itu ibarat Ibu yang sentiasa menjaga keselamatan anak
itu. Pastikan jiwa saudara kuat kerana jiwa perlu menjaga keselamatan fikiran.
Terapi Rumahtangga #1: Kasih sayang dan cinta itu adalah ‘gain’. Kita
hanya memilikinya setelah kita memberinya. Sayangilah keluarga dan sahabat
kita, barulah mereka akan menyayangi kita. Begitulah dengan Allah SWT.
Allah SWT itu sememangnya menyayangi kita. Kita hanya akan dapat
MERASAI kasih sayang dan cinta Allah SWT setelah kita mencintai Allah
SWT. “Ya Allah, berikanlah rasa cinta kepadaMu dalam jiwa ini ya Allah.
Terima kasih Allah SWT”
Apabila kita ada masalah, kembalilah kepada Allah SWT. Bukan selain
daripada Allah SWT.
Saudara,
Jika kita meneliti firman Allah SWT di atas, pastinya kita tertanya-tanya, rahsia
apa yang mampu kita katakan di dalam rencana Allah SWT ini? Apakah ertinya
khalifah yang selalu kita sebut-sebutkan dengan penuh bangga ketika kita sering
bincangkan, ceramahkan, forumkan?
Apakah kehebatan kita sehingga Allah SWT tidak mahu menjawab kepada dua
makhluk yang paling baik ibadah dan keimanan kepadaNya? Jika kita teliti
pernyataan malaikat, ada kebenarannya iaitu manusia ini adalah makhluk yang
suka membuat kerosakan di muka bumi.
Saudara,
Khalifah merupakan wakil Allah SWT dan penguasa di muka bumi. Apakah
kehebatan kita berbanding dengan malaikat dan juga iblis (suatu ketika dahulu)?
Soal keimanan, jelas mereka sangat hebat berbanding kita. Dibandingkan dari
segi ibadah kepada Allah SWT, jelas malaikat paling hebat.
Lalu apakah yang dibanggakan sangat oleh Allah SWT dengan manusia
makhluk ciptaanNya yang satu ini yang mana kita merupakan makhluk yang
hina dan lemah dari anggapan Iblis? Apakah yang membuatkan Allah SWT
bangga dengan kita sehinggakan Allah SWT meminta malaikat dan Iblis sujud
kepada kita tanda penghormatan tertinggi?
Allah SWT merupakan Zat, Nama dan Perbuatan (Af’al). Segala apa yang
dilakukan oleh Allah SWT adalah kebenaran adanya. Dia yang menciptakan
manusia dengan begitu indah dan sangat komplek. Allah SWT tidak
menciptakan kita dengan menurunkan kita terus dari langit secara beramai-
ramai. Allah SWT tidak menjadikan kita menjelma dari tanah dan menjadi
manusia. 43
Allah SWT menciptakan kita daripada sari pati tanah (ekstrak). Allah
menjelaskan di dalam firmanNya Surah Al-Hajj(22) ayat 5. Ayat ini jelas
menunjukkan adanya keterlibatan kita di dalam penciptaan manusia. Bermula
daripada air benih yang Allah SWT letakkan ke dalam rahim seorang ibu, kita
turut sama terlibat di dalam kejadian kita sendiri.
Saudara,
Khalifah merupakan penguasa di muka bumi ini. Kita merupakan wakil Allah
SWT di dalam menggerakkan apa yang direncanakan oleh Allah SWT di dalam
pengaturan alam ini.
Seorang ibu merupakan wakil Allah SWT memberikan kasih sayang kepada
anak dan suami. Seorang ayah merupakan wakil Allah SWT menyediakan
makan minum dan keperluan buat seisi keluarga. Seorang pekerja merupakan
wakil Allah SWT di dalam memberikan perkhidmatan kepada manusia lainnya.
Seharusnya kita semua bangga dan bersyukur menjadi wakil Allah SWT
dengan MENGATASNAMAKAN Allah SWT di dalam mentadbir alam
ini. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab masing-masing yang
diberikan oleh Allah SWT dan semua kita ini merupakan wakil Allah SWT.
Saudara,
Mengapa Allah SWT menuntunkan kita agar memulakan setiap apa yang kita
lakukan dengan kalimat “bissmillahirrahmanirrahim” (Dengan Nama Allah
SWT Yang Maha Pemurah/Pengasih lagi Maha Penyayang)?
Semua kerja kita ini merupakan amanah Allah SWT. Pastinya setiap kali kita
ingin memulakan pekerjaan, kita seharusnya SEDAR bahawa apa yang kita 44
lakukan itu merupakan amanah dan tanggungjawab yang Allah SWT berikan
kepada kita.
Kita pada dasarnya adalah makhluk langit (Roh) berbadan tanah atau makhluk
yang berkenderaan jasad. Kita pernah dilantik di hadapan Allah SWT sebelum
wujudnya kita di muka bumi ini. Kita memberikan 100% kerjasama dan
penyerahan total kepada Allah SWT.
Maka atas penyaksian kita ini, kita diminta oleh Allah SWT untuk bersyahadat
agar terus menerus berpegang dengan keyakinan kita bahawa tiada tuhan
melainkan Allah SWT. Kita sentiasa memperbaharui penyaksian kita ini di
dalam solat kita dan juga setiap detik kehidupan kita.
Untuk menyedarkan kita bahawa kita ini adalah utusan Allah SWT iaitu
wakilNya di dalam melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab, kita
diminta untuk memulakan dengan “bissmillahirrahmanirrahim” agar kita
sentiasa sedar semua amanah dan tanggungjawab itu datangnya daripada Allah
SWT.
Saudara,
Demikianlah puncak daripada hidup bertuhan untuk menyedari diri sebagai
khalifah yang sering kita ungkapkan tanpa memahaminya selama ini.
Khalifah, wakil Allah SWT yang sentiasa bekerjasama dengan Allah SWT di
dalam mengaturkan muka bumi ini. Yang BERSERAH dengan segala kehendak
Allah SWT kerana kita bukan penentu di dalam mengatur muka bumi ini. Kita
hanya wakil Allah SWT yang melaksanakan apa yang dikehendaki oleh Allah
SWT.
Kita melakukan atas nama Allah SWT. Apa yang kita lakukan sesungguhnya
adalah pekerjaan Allah SWT, atas nama Allah, atas kehendak Allah SWT.
Kita tidak dilarang memiliki harta, kereta, rumah dan sebagainya. Semua ini
adalah keperluan kita di dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan
oleh Allah SWT sebagai wakilNya. Tidak salahnya kita memiliki semua itu
sekadar untuk memudahkan kita melaksanakan tanggungjawab kita.
Semoga di tahun baru hijrah 1431H ini, kita lebih produktif bersungguh-
sungguh di dalam melaksanakan segala kerja kita kerana kita ini adalah wakil
Allah SWT yang mengerjakan amanah yang Allah SWT tetapkan ke atas kita.
Seharusnya kita melaksanakan dengan penuh kualiti kerana semua ini adalah
kerana ALLAH SWT, Tuhan yang kita cintai.
“Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu
(dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan
itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?”
(QS Al-Mu’minuun:23:115)
Hidup ini memang susah tetapi bukanlah menyusahkan. Hidup ini memang
penuh dengan masalah. Allah SWT memang menjadikan hidup kita ini penuh
dengan dugaan. Kita diberi pelbagai ujian, cabaran dan lain-lain yang
merupakan masalah dalam kehidupan kita ini.
Namun ramai antara kita tidak sedar hidup ini susah. Ada yang sedar tetapi
ramai yang melarikan diri daripada kesusahan ini. Motivasi-motivasi pula
menanamkan pemikiran bahawa hidup ini senang. Lalu ramai yang mengelak
daripada masalah yang datang. Tidak menyelesaikannya kerana tidak mahu
menerima hakikat bahawa hidup ini susah.
Saya tidak pasti samada saudara setuju atau tidak. Tetapi hakikat kehidupan kita
ini memang susah di mana memerlukan pelbagai hal untuk dilakukan dan
dilaksanakan. Pemikiran mengatakan hidup ini senang boleh menjadikan kita
lemah dan tidak mampu menyelesaikan masalah.
Saudara,
Hidup yang susah inilah yang membuatkan kita membesar dengan matang. Kita
tidak mampu mengira berapa banyak masalah yang telah kita selesaikan.
Masalah-masalah inilah yang mematangkan kita di dalam kehidupan kita di
dunia ini.
Kita perlu memiliki kesedaran bahawa hidup ini susah iaitu penuh dengan
cabaran dan dugaan. Apabila kita lupa hidup ini susah, kita tidak akan sentiasa
bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang berlaku.
Apabila kesedaran hidup ini susah, kita juga perlu sedar bahawa kekuatan
dan daya yang kita miliki ini HANYALAH sekadar kekuatan dan daya
yang dialirkan Allah SWT ke dalam diri kita. Kita tidak mampu
mengharungi kehidupan yang susah ini tanpa bantuan Allah SWT. Lalu
kita akan sentiasa berusaha untuk berada dekat dengan Allah SWT.
Saudara,
Kita tidak boleh memandang hidup ini senang. Dengan mempercayai hidup ini
senang, kita akan menjadi manusia yang lemah. Memang banyak motivasi yang
diberikan hari ini menyatakan hidup ini senang agar mempositifkan minda di
dalam menyelesaikan masalah.
Ramai yang berputus asa di dalam hidup ini kerana mereka memikirkan hidup
ini senang. Apabila sesuatu masalah menimpa, mereka fikir ia senang untuk
diselesaikan. Tetapi apabila berhadapan dengan masalah tersebut, jangkaan
senang itu jauh meleset.
Jika persediaan jiwa (berserah pada Allah SWT) ketika ini tidak kuat, maka
terjadilah putus asa dan tindakan susulan yang negatif boleh berlaku. Mereka
akan gelisah, resah, tidak tenteram, dada terasa sempit dan sebagainya. Lebih
ekstrim lagi mereka akan lari daripada masalah dengan mengambil jalan mudah
iaitu bunuh diri, mengambil dadah dan sebagainya.
Mereka yang sentiasa memikirkan hidup ini senang akan cepat kecewa
apabila ditimpa masalah. Mereka memikirkan masalah itu tidak
sepatutnya berlaku kerana mereka kata hidup ini senang. Mereka tidak
dapat menerima hakikat hidup ini susah dan perlukan persediaan dan
bantuan Allah SWT. Hingga ke satu tahap mereka akan menyalahkan
Allah SWT kerana memberikan mereka masalah itu.
Ketika mereka senang, direhatkan sekejap oleh Allah SWT daripada masalah,
mereka terus melupakan Allah SWT. Mereka tidak mahu memikirkan hidup ini
sebenarnya susah. Mereka tidak bersedia untuk menghadapi ujian dan dugaan
yang Allah SWT akan datang kerana dalam fikiran mereka, hidup ini senang.
Saudara,
Apa yang perlu dilakukan adalah bukan menukarkan pemikiran hidup ini
susah kepada hidup ini senang. Yang perlu ditanamkan adalah pemikiran
bahawa hidup ini susah dan kita tidak mampu mengharunginya TANPA
BANTUAN ALLAH SWT.
Saudara,
Hakikatnya hidup ini susah tetapi bukan alasan untuk kita lari daripada masalah
yang menimpa. Lari daripada masalah akan menambahkan lagi masalah. Kita
akan menambah gelisah dan resah. Harungilah masalah dengan penuh
pengharapan pada Allah SWT bahawa masalah ini akan selesai.
Kita akan bersungguh untuk berada dekat dengan Allah SWT. Kita akan
memohon dengan sangat kepada Allah SWT. Kita akan menerima dengan hati
yang terbuka takdir yang telah menimpa kita tetapi kita yakin dengan Allah
SWT bahawa pasti ada kesenangan selepas kesusahan seperti yang dijanjikan
oleh Allah SWT.
Dengan kesedaran tertinggi maka hidup ini yang susah ini kita harunginya
dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan kerana walaupun susah, hati kita
sentiasa ada untuk Allah SWT.
Komunikasilah sentiasa dengan Allah SWT agar jiwa kita tidak terputus
untuk mengingati Allah SWT.
Banyak masalah yang masuk ke ruang email saya untuk meminta pendapat. Ada
yang saya balas dan ada yang tidak. Jika saya tidak membalas email tersebut
bermakna saya tidak ada ilham untuk menyelesaikan masalah tersebut. Saya
mohon maaf.
Hidup saya biasa sahaja. Apa yang saya lakukan adalah cuba sedaya upaya
dengan tekad yang bulat untuk dekat dengan Allah SWT. Walaupun ada ketika
daya ini menurun dan ada ketikanya ia meningkat tapi tekad ini diteruskan.
Saya tidak belajar ilmu agama secara formal. Tapi saya yakin setiap daripada
kita tidak kira siapa kita mampu berada dekat dengan Allah SWT. Lagipun
hakikatnya memang Allah sangat dekat dengan kita. Samada sedar dan rasa atau
tidak.
Saudara,
Saya yakin saudara tidak akan datang atau berjumpa dengan laman web ini
kalau saudara tidak mencari bagaimana untuk berada dekat dengan Allah SWT.
Hari ini saudara ke sini adalah ingin mencari cara untuk benar-benar sedar dan
merasai kepentingan Allah SWT di dalam kehidupan kita.
Saudara,
Hari-hari yang saya lalui saya sandarkan pada Allah SWT. Saya menerima apa
jua takdir yang telah berlaku namun sesekali saya tidak menyerahkan
takdir yang belum berlaku. Setiap yang telah berlaku itu telah ditakdirkan
oleh Allah SWT. 50
Jika saya tidak mahu menerimanya pun, ia tetap berlaku. Namun keyakinan
kepada Allah SWT di mana apa yang ditentukan oleh Allah SWT adalah yang
terbaik di sisiNya, membuatkan hati saya tenang.
Saya tidak menyerahkan apa yang akan berlaku di hari depan sebelum ia
berlaku. Kerana apa? Kerana saya diberi oleh Allah SWT peluang untuk
memohon yang terbaik. Makanya peluang yang diberikan oleh Allah SWT itu
tidak saya lepaskan begitu saja.
Saya memohon bersungguh-sungguh kerana saya sedar hanya Allah SWT yang
mampu menunaikan harapan saya. Saya menyakini apa yang saya mohon akan
dimakbulkan oleh Allah SWT. Saya yakin apa yang saya perlukan telah
Allah SWT sediakan kerana Allah SWT lebih mengetahui keperluan saya
berbanding saya sendiri.
Menerima takdir yang telah berlaku serta sentiasa memohon untuk sesuatu yang
terbaik di masa mendatang membuatkan hidup saya benar-benar bergantung
kepada Allah SWT.
Saya tidak terlepas daripada ujian Allah SWT. Perasaan tidak baik kekadang
datang juga dalam jiwa saya. Saya bukan sempurna untuk tidak merasai
perasaan itu semua. Namun saya sedar yang saya tidak mampu membuang
semua perasaan-perasaan yang datang itu.
Berdasarkan kesedaran, saya salurkan apa yang saya rasa kepada Allah SWT.
Tidak ada tempat yang lain yang terbaik untuk disalurkan perasaan yang saya
hadapi melainkan kepada Allah SWT.
Apabila kita memiliki kesedaran tertinggi, kita akan berada di atas segala
rasa. Maknanya kita sedar yang kita memiliki sesuatu rasa itu. Ketika kita
sayang, kita sedar yang kita berasa sayang. Ketika marah kita sedar yang
kita sedang berasa marah. Kerana kita berada di atas rasa, kita mampu
mengawal apa yang kita rasa iaitu mengawal fikiran dan emosi kita.
Luahan kepada Allah SWT sentiasa memberikan saya tenang jika diserang
dengan perasaan-perasaan yang tidak baik seperti dengki, benci, terasa dan
sebagainya. Allah SWT mencabut semua perasaan-perasaan itu dalam hati saya.
Kekadang rasa itu hadir semula dan setiap kali hadir, saya tetap salurkan pada
Allah SWT. Bersungguh-sungguh.
Keluarga
Selain masalah itu, saya juga orang biasa yang memiliki masalah keluarga, 51
anak-anak, kerja dan sebagainya. Saya tidak tahu dan terdaya untuk
mengharungi semua hal yang saya hadapi. Saya tidak pandai dan tidak boleh
nampak apa yang akan berlaku di masa depan walau sesaat pun.
Sebab itu saya selalu berdoa kepada Allah SWT agar Allah SWT ajarkan saya
untuk menghadapi semua hal yang saya hadapi setiap hari.
Anak
Apabila saya berdepan dengan hal anak, saya tidak tahu bagaimana untuk
mendidik anak-anak saya. Contohnya Saya tidak tahu bagaimana cara harus
dilakukan untuk anak saya pergi ke sekolah. Saya tidak tahu bagaimana untuk
mendidik anak-anak saya supaya menjadi anak-anak yang mendengar kata,
yang rajin dan yang terbaik.
Apa yang saya lakukan adalah memohon kepada Allah SWT untuk ajarkan saya
bagaimana cara-cara yang sesuai. Jika bangun di sepertiga pagi, saya solat
tahajud 2 rakaat. Saya mempunyai 4 orang dalam keluarga saya. Saya, isteri dan
2 anak. Setiap sujud, saya memohon kepada Allah SWT untuk setiap ahli
keluarga. 4 orang = 4 sujud = 2 rakaat. (1 rakaat mempunyai 2 sujud).
Saya tidak tahu bagaimana caranya selain daripada solat tahajud tersebut
kerana itu yang Allah SWT ilhamkan kepada saya.
Sebelum ini, anak saya berumur 3 tahun suka mengganggu saya dan isteri
ketika solat. Saya mohon pada Allah SWT bagaimana cara untuk
meghalangnya. Allah SWT berikan ilham kepada saya dan isteri iaitu mengajak
anak saya bersama-sama solat. Alhamdulillah terima kasih Allah SWT, selain
anak saya tidak mengganggu, dia juga mampu bersolat jemaah bersama saya
dan isteri.
Jika saudara mempunyai anak yang susah untuk solat, janganlah menyuruh
mereka solat sendiri. Ajaklah bersama-sama untuk solat berjemaah. Kita sama-
sama bersolat dengan mereka. Ajaklah seisi keluarga solat bersama. Lakukan
dan rasailah hasilnya.
Isteri
Suami isteri tidak terlepas daripada terasa hati. Soal perasaan ini memang
sangat subjektif. Apa yang seseorang itu suka hari ini tidak semestinya suka
pada hari esoknya. Begitulah suami isteri. Kekadang tersilap kata-kata. Kadang-
kadang tersilap berbicara. Untuk komunikasi dengan baik, kekadang kita tidak
pandai menyusun kata.
Namun seboleh mungkin kita akan berusaha menjadi yang terbaik di dalam
menunaikan tanggungjawab bersama. 52
Saya adalah suami dan salah satu tanggungjawab saya adalah mendidik isteri.
Sehingga hari ini saya tidak pandai mendidik isteri saya. Bukan isteri saya
memberikan masalah kepada saya. Cuma saya tida tahu untuk membahagiakan
beliau setiap hari kerana setiap hari pasti berbeza.
Apa yang saya lakukan hanyalah memohon kepada Allah SWT untuk mengajar
saya mendidik isteri saya. Setiap hari saya memohon kepada Allah SWT agar
berikan ilham bagaimana untuk mendidik isteri saya pada hari tersebut.
Setiap hari pasti berlainan perasaan isteri. Saya tidak pandai dan tidak tahu
bagaimana untuk membahagiakan isteri setiap hari melainkan dengan bantuan
Allah SWT. Saya mohon setiap hari agar Allah SWT berikan saya ilham
bagaimana cara saya mampu membahagiakan isteri saya setiap hari. Begitu juga
untuk membahagiakan anak-anak saya.
Alhamdulillah dan terima kasih Allah SWT. Setiap hari sejak dulu kami
sentiasa diilhamkan Allah SWT agar dapat mengetahui gerak rasa sesama kami.
Apabila saya dan isteri menyandarkan segala hal kepada Allah SWT, Allah
SWT memberikan kami persefahaman yang lebih baik setiap hari. Keserasian
semakin hari semakin terasa walaupun sudah masuk tahun ke-5 kami
berkahwin.
Sandaran kepada Allah SWT termasuk apa yang terasa. Jika terasa saya dan
isteri salurkan terus kepada Allah SWT kerana tiada tempat lain yang layak
melainkan kepada Allah SWT.
Hal-hal Lain
Sesungguhnya saya tidak terdaya untuk mengetahui apa yang akan berlaku
walau sesaat pun. Makanya saya memohon kepada Allah SWT agar mengajar
saya untuk menghadapi apa pun jua yang digerakkan oleh Allah SWT untuk
saya tempuhi.
Keyakinan bahawa Allah SWT akan memakbulkan segala apa yang saya pohon
membuatkan saya sentiasa bahagia. Jika tidak dimakbulkan saya juga menerima
takdir (berserah) kerana saya tahu apa yang saya inginkan itu tidak terbaik di
sisi Allah SWT ketika itu.
Kerana itulah saya berserah kepada Allah SWT kerana saya yakin dan cintakan
Allah SWT lebih daripada apa yang saya miliki.
Apa yang saya tulis ini bukanlah untuk menunjukkan saya ini bagus. Saya
cuma sedar yang hidup ini memerlukan Allah SWT. Saya juga perlukan
bantuan Allah SWT samada dalam bentuk ilham, bahasa alam atau apa
sahaja yang Allah SWT berikan kepada saya di dalam menuntun saya
meneruskan hidup ini.
Setelah saya sedar yang saya memerlukan bantuan Allah SWT, saya sedar
saya perlu dekat dengan Allah SWT. Saya perlu ingat Allah SWT
sepanjang masa. Untuk itu saya perlukan cinta kepada Allah SWT agar
saya sentiasa ingatkan Allah SWT. Tanpa rasa cinta, pasti saya tidak akan
bersungguh dan ikhlas.
Rasa cinta itu sangat kuat sehinggakan ia wujud lebih tinggi daripada
sebab-sebabnya. Kerana itu orang kata cinta tiada sebab kerana cinta itu
lebih hebat daripada semua rasa.
Untuk memiliki rasa cintakan Allah SWT, saya perlu ingat Allah SWT.
Untuk ingat Allah SWT, saya perlukan komunikasi. Kerana itu saya
sentiasa berkomunikasi dengan Allah SWT. Dengan komunikasi saya
merasakan dengan sedar bahawa Allah SWT itu sangat dekat. Saya
merasai dan sedar hakikat Allah SWT itu lebih dekat daripada segala apa
yang fana ini.
Inilah yang dikatakan hidup BerTuhan di mana kita pasti memiliki jiwa
yang positif iaitu yang tenang, bahagia dan segalanya apabila dekat dengan
Allah SWT. Semoga ada manafaatnya perkongsian ini.
NOTE:
Doa saya setiap kali selepas solat bersama isteri dan anak.
“ya Allah, ampuni dosa kami ya Allah. Ampuni dosa ibu bapa kami ya Allah.
Ampuni dosa keluarga kami ya Allah.
Ya Allah berikan hidayah kepada kami ya Allah. Ajarkan kami cara terbaik
untuk mendidik anak-anak kami ya Allah.
Saudara,
Saya pernah menulis pengajaran besar yang seharusnya kita hayati kesan
daripada peristiwa besar isra’ dan mikraj di dalam artikel saya bertajuk Isra’ dan
Mikraj: 2 Pengajaran penting. Salah satunya adalah mendidik jiwa anak-anak
kita di awal usia mereka lagi. Saya juga pernah menulis pelukan dari hati ke hati
sebagai satu kaedah terbaik menyampaikan mesej kepada anak-anak kita.
Saudara
Fitrah manusia ingin dibelai. Tidak kira usia kita sentiasa ingin dibelai samada
ibu bapa atau suami/isteri. Namun belaian ini sudah kurang dilakukan apabila
umur anak-anak kita meningkat dewasa.
Ramai ibu bapa mengeluh tentang kenakalan dan kedegilan anak-anak. Masalah
menunaikan solat, masalah ke sekolah, masalah tidak mendengar kata dan
sebagainya. Namun malang sekali kerana masalah ini tidak pernah kita lihat
dengan kesedaran tertinggi.
Saudara,
Mari kita mengingati semula ketika anak-anak kita masih kecil. Ketika bayi
mereka dibelai cukup manja. Kita mengalirkan kasih sayang dan cinta kita
kepada mereka tanpa perlu berkata-kata. Hanya pelukan yang erat serta
senyuman kasih mampu membuatkan bayi kita menjadi tenang. Anak-
anak kita berasa sangat disayangi dan dikasihi.
Apabila anak-anak kita mula meningkat umur, sudah tahu berjalan dan bermain
itu ini, kita tidak lagi menggunakan pelukan erat kepada mereka. Kita tidak
menyampaikan mesej kasih sayang kita kepada mereka dengan belaian penuh
kasih sayang.
Dikala kecil mereka dibelai tetapi mengapa kini mereka dimarahi atau dilarang
dengan suara yang tinggi. Jiwa mereka terganggu.
Saudara,
Anak-anak kecil ini hanya menjadikan ibu bapa tempat bergantung. Walaupun
di hantar ke nursery atau dijaga oleh pembantu rumah, namun mereka tetap
inginkan ibu bapa untuk menagih kasih. Dunia kanak-kanak adalah dunia yang
tidak mampu berdikari. 56
Bayangkan ketika mereka memerlukan ibu bapa sebagai orang yang terbaik
mendidik mereka, kita hanya menggunakan banyak kata-kata larangan
berbanding belaian. Kita jarang lagi menyalurkan kasih sayang dengan pelukan.
Kita berasa mereka faham sendiri bahawa kita sayang mereka.
Nah! Di saat ini, jika kita tidak mendidik mereka dari awal lagi dengan belaian
kasih sayang, akhirnya mereka lebih senang bersama kawan-kawan mereka
berbanding kita. Anak-anak sudah mula mencari kebahagiaan bersama kawan-
kawan mereka. Mereka lebih yakin dan percaya kawan-kawan berbanding ibu
bapa.
Ibu bapa pula hari ke hari memarahi anak-anak ini kerana degil dan nakal.
Tidak mahu mendengar kata dan sebagainya. Ini membuatkan mereka terus
menjauhi ibu bapa. Belaian yang diharapkan seolah-olah tidak mungkin akan
dapat diterima lagi.
Walaupun ibu bapa mengambil berat tentang pelajaran anak-anak ini namun
dari segi jiwa, kita sebenarnya menghadapi masalah. Jika ada anak-anak yang
mendengar kata ibu bapa, ia hanya kerana rasa hormat kepada ibu bapa sahaja.
Rasa kasih dan sayang sudah mula berkurangan.
Apakah yang akan berlaku jika anak-anak ini sudah meningkat remaja? Saudara
boleh fikirkan berdasarkan remaja-remaja yang ada sekarang ini.
Nabi Muhammad SAW meminta kita untuk mendidik anak-anak kita agar
mendirikan solat seusia 7 tahun dan rotan jika tidak mendirikan solat semasa
umur 10 tahun ke atas. Persoalan yang tidak pernah kita teliti adalah mengapa
sukarnya meminta anak-anak kita mendirikan solat?
Kita tidak pernah muhasabah diri kita, apakah kita telah membangunkan jiwa
anak-anak kita sejak mereka kecil? Apakah pernah kita mendidik anak-anak kita 57
agar pergantungan mereka mesti kepada Allah SWT 100%. Pernahkan kita
menguatkan jiwa mereka agar cintakan Allah SWT dan Rasul SAW?
Allah SWT mewajibkan solat ketika berlakukan Isra’ dan Mikraj. Peristiwa
besar ini berlaku di sekitar tahun ke 10 selepas Nabi Muhammad SAW
menerima wahyu yang pertama. 10 tahun ini adalah masa yang diperlukan
untuk membangunkan jiwa umat islam ketika itu untuk benar-benar memiliki
jiwa yang mantap.
Kerana itu 10 tahun adalah masa yang cukup jika kita benar-benar
mendidik jiwa anak-anak kita untuk memiliki kesedaran yang tertinggi.
Maka apabila di ketika mereka memiliki kesedaran tertinggi kepada Allah
SWT, apakah sukar untuk mereka mendirikan solat?
Apakah sukar untuk mereka mendengar kata-kata ibu bapa mereka? Apakah
mereka akan menjadi anak-anak yang malas?
Pasti tidak kerana jiwa mereka kuat. Jiwa yang kuat, tenang, mantap, semangat,
positif dan sebagainya akan mempengaruhi fikiran untuk menjadi tenang, positif
dan sebagainya.
Untuk anak-anak yang berumur 5 tahun ke bawah, cara yang praktikal agar
mereka sentiasa bergantung kepada Allah SWT dan cinta kepada Allah SWT
adalah dengan mengajarkan mereka agar sentiasa mengucapkan “TERIMA
KASIH ALLAH SWT”.
Ketika umur ini agak sukar untuk meminta mereka berkomunikasi dengan Allah
SWT. Maka kata-kata terima kasih Allah SWT merupakan komunikasi dan
sekaligus ucapan syukur kepada Allah SWT. Anak saya sentiasa mengucapkan
terima kasih Allah SWT jika menerima sesuatu.
Mereka dilatih hari demi hari untuk berada di dalam kesedaran tertinggi.
Pergantungan mereka melangkaui ibu bapa iaitu kepada Allah SWT. 58
Untuk anak-anak yang berumur 6 tahun ke atas, bolehlah ajarkan mereka agar
sentiasa berkomunikasi dengan Allah SWT seperti yang disarankan di dalam
artikel-artikel di laman web ini.
Saudara,
Belailah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang dan sambungkan jiwa kita
ke Allah SWT ketika kita membelai mereka. Jiwa anak-anak ini masih lembut
dan mereka akan cepat berubah jika kita didik mereka dengan kasih sayang.
Semoga Allah SWT sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kita bagaimana cara-
cara terbaik untuk mendidik anak-anak kita. Sesungguhnya cara mendidik setiap
anak-anak kita adalah berbeza. Mohonlah pada Allah SWT agar kita diajarkan
oleh Allah SWT cara yang sesuai untuk mendidik setiap seorang anak-anak kita
agar menjadi anak yang soleh dan solehah.
“Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengasihani. Kami memohon kepadaMu ya Allah
agar Engkau alirkanlah sentiasa kasih sayang kami kepada anak-anak kami
dan kuatkanlah jiwa mereka dengan kasih sayang kami ini ya Allah.
Ya Allah, ajarilah kami bagaimana cara yang terbaik untuk mendidik anak-
anak kami ya Allah. Ya Allah berikanlah rasa cinta kepadaMu dalam jiwa kami
dan anak-anak kami ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih. Amin”
Khusyuk itu bermakna asyik. Khusyuk di dalam solat bermakna asyik dengan
Allah SWT. Syarat untuk asyik adalah yakin. Sesiapa yang khusyuk ketika solat
adalah mereka yang yakin bahawa mereka SEDANG bertemu dengan Allah
SWT. Mereka yakin bahawa mereka SEDANG kembali kepada Allah SWT.
Ketika kita berbual dengan sahabat, kita terlebih dahulu sedar dan yakin bahawa
sahabat kita ada di hadapan kita dan sedang berbual dengan kita. Jika kita tidak
sedar dan tidak yakin bahawa sahabat kita berada di hadapan kita, pasti kita
tidak akan berbual.
Untuk doa dimakbulkan, kita perlu yakin dengan Allah SWT bahawa
Allah SWT akan memperkenankan permohonan kita. Namun keyakinan ini
menjadi masalah kepada ramai di antara kita. Kita memohon tetapi kurang
yakin bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa kita.
Seperti contoh, saya berjumpa dengan ramai orang yang amat takut dengan
kematian kerana berasa diri banyak dosa dan belum bersedia. Terasa dosa yang
ada tidak diampunkan oleh Allah SWT. Namun dalam ketakutan itu, kita tidak
pula bersungguh-sungguh untuk berada dekat dengan Allah SWT.
Saudara, kematian bererti pulang atau kembali kepada Allah SWT. Kita tidak
perlu takut dengan kematian kerana kematian itu membuatkan kita kembali
kepada Allah SWT. (Yang saya takuti seandainya kematian tidak pulang ke
Allah SWT. Namun tidak ada kematian yang tidak pulang ke Allah SWT.)
Sebenarnya yang perlu kita takut bukanlah kematian itu tetapi yang perlu kita
takutkan adalah saat ketika kita mati itu. Ketika nafas terakhir kita itu, adakah
kita berada dalam kesedaran tertinggi di mana kita yakin kepada Allah SWT?
Makanya seharusnya kita ini bimbang tatkala melakukan maksiat, Allah SWT
memanggil kita pulang. Kita seharusnya bimbang di kala kita lupakan Allah
SWT, Allah SWT menjemput kita pulang. Kita seharusnya bimbang, ketika kita
seronok dan alpa dengan harta benda dan pangkat, Allah SWT meminta kita
untuk pulang.
Saudara,
Tidak yakin bahawa Allah SWT menghapuskan dosa kita membuatkan hidup 60
kita takut dengan kematian. Kita berasa takut untuk mati kerana berasa terlalu
banyak dosa.
Tujuan agar kita selalu memikirkan dosa yang lalu adalah hanya untuk
mengingatkan diri kita agar tidak mengulangi kesalahan kita lagi kerana
bimbang tatkala melakukan dosa tersebut, kita dipanggil oleh Allah SWT
untuk pulang selama-lamanya. Bukan bertujuan agar kita terbelenggu
dengan dosa-dosa yang kita ada sehingga kita takut dengan kematian.
Kita perlu YAKIN bahawa ketika kita memohon ampun kepada Allah SWT,
Allah SWT terus mengampunkan dosa-dosa kita. Jika dosa kita setinggi
gunung, yakinlah bahawa ampunan Allah SWT seluas langit dan bumi.
Mungkin selama ini kita banyak beribadah kepada Allah SWT dan terdetik
seketika kita ingin melakukan maksiat sekadar ingin tahu. Kita berfikir untuk
memohon ampun selepas itu.
Kita tidak tahu ketika kita melakukan maksiat buat pertama kali setelah sekian
lama tidak melakukannya, ketika itu Allah SWT melalui malaikatNya mencabut
nyawa kita. Inilah saat-saat yang kita bimbang dan takuti jika ia terjadi pada diri
kita. Nau’zubillah.
Saudara,
Untuk meningkatkan keyakinan kepada Allah SWT, kita perlu sentiasa berada
dalam kesedaran tertinggi. Setiap saat ingat Allah SWT. Setiap apa yang kita
lakukan, kita ingat Allah SWT. Kita melihat semua yang berlaku dalam hidup
seharian kita ini merupakan aturan Allah SWT yang sangat teliti.
Seperti contoh yang amat mudah, hari ini saudara keluar makan tengah hari
bersama sahabat. Lihatlah bagaimana Allah SWT aturkan bahawa hari ini
saudara terasa ingin keluar dengan sahabat saudara itu dan Allah SWT aturkan
bahawa sahabat saudara juga berasa ingin keluar dengan saudara pada hari itu.
Saudara lihat ketika saudara keluar makan bagaimana Allah SWT mengaturkan
perjalanan setiap orang. Saya suka melihat gelagat orang ramai disamping sedar
Saudara,
Dengan melihat sesuatu perkara dalam kesedaran tertinggi, kita akan sentiasa
kagum dengan Allah SWT. Keyakinan kita dapat ditambah lagi apabila
permohonan kita dimakbulkan oleh Allah SWT. Ini kerana saudara
mempraktikkan apa yang pernah disarankan dalam laman web ini iaitu
meminta kepada Allah SWT sebelum melakukan apa jua perkara dan pilihan.
Hidup kita ini penuh dengan pilihan dan kita sentiasa memohon kepada Allah
SWT ketika ingin membuat pilihan walaupun kecil. Ketika ini barulah kita
sedar selama ini Allah SWT lebih banyak memakbulkan doa kita daripada yang
tidak dimakbulkan atau sebenarnya dalam proses untuk dimakbulkan.
Seperti contoh, jika kita sentiasa memohon kepada Allah SWT di dalam
membuat pilihan walaupun ia kecil seperti ingin makan apa hari ini, dan
makanan yang kita pilih itu ternyata sedap, maka keyakinan kita pada Allah
SWT meningkat.
Contoh yang lain, ketika kita ingin berurusan dengan bank, kita memohon
kepada Allah SWT agar dimudahkan urusan kita. Ternyata semua urusan kita
berjalan lancar. Apabila kita sedar bahawa Allah SWT memakbulkan doa kita
dengan melancarkan urusan kita, maka keyakinan kita kepada Allah SWT
bertambah.
Sebelum ini kita tidak pernah meminta pada Allah SWT di dalam
membuat pilihan. Kita tidak melibatkan Allah SWT di dalam setiap
urusan kita walaupun kecil. Lalu kita tidak berasa yakin pada Allah SWT
kerana kita anggap semua yang berlaku adalah pilihan dan usaha kita
sendiri.
Disebabkan kita jarang melihat semua aturan hidup ini diaturkan oleh Allah
SWT, maka ketika kita memerlukan Allah SWT dan berdoa, kita tidak yakin
kepada Allah SWT bahawa Allah SWT akan memakbulkan doa-doa kita.
Jika permohonan kita tidak dimakbulkan pun, kita tetap yakin dengan Allah
SWT. Kita yakin bahawa perkara yang kita mohon itu bukan yang terbaik di sisi
Allah SWT dan juga apa yang kita mohon tidak sesuai untuk Allah SWT
makbulkan ketika itu. Dengan kesedaran ini, jiwa kita tidak kecewa dan kita
menerima takdir Allah SWT. Secara tak langsung sebenarnya kita menjadi
hamba yang berserah pada Allah SWT 100%.
Saudara,
62
Saya sangat yakin dengan apa yang saya mohonkan kepada Allah SWT kerana
terlalu banyak yang saya mohon, Allah SWT makbulkan. Keyakinan ini wujud
apabila sebelum kita memilih, kita sentiasa memohon yang terbaik daripada
Allah SWT walaupun dalam hal yang kecil.
Apabila apa yang kita mohon dimakbulkan walaupun perkara kecil, kita sedar
bahawa yang memakbulkan adalah Allah SWT bukannya kerana kita pandai
memilih atau juga sebuah kebetulan. Lalu keyakinan kita kepada Allah SWT di
dalam memakbulkan permohonan kita bertambah.
Saudara,
Kesedaran tertinggi membuatkan kita lebih yakin dengan Allah SWT dan
keyakinan itu tidak pernah turun malah meningkat dan meningkat.
Hidup ini penuh dengan pilihan. Lalu mohonlah pada Allah SWT sentiasa di
dalam membuat pilihan walaupun sekadar untuk makan, mandi, berjalan ke
mana-mana atau ketika membeli-belah kerana semua ini akan membuatkan kita
sedar pada Allah SWT. Secara tak langsung ia akan meningkatkan keyakinan
kita pada Allah SWT.
Ayat ini benar-benar menyedarkan saya bahawa saya tidak ada usaha sedikit
pun tetapi saya hanya mengikut gerakan Allah SWT sahaja. Gerakan dan aturan
Allah SWT inilah yang membuatkan ramai yang tersilap dengan
menyangkakan kita berusaha sendiri.
Lalu kita menjadi manusia ego kerana kita memikirkan semua kejayaan yang
telah dan akan kita kecapi adalah hasil dari usaha kita. Semua rezeki yang kita
perolehi disangkakan bahawa hasil daripada penat lelah kita. Semua
pencapaian kita difikirkan adalah kerana kepandaian dan kehebatan kita.
Termasuk hal-hal seharian kita yang lain iaitu ketika kita mencari maklumat
atau melakukan apa jua kerja, kita menyangkakan bahawa maklumat yang bakal
kita temui adalah hasil bijak pandai kita mencari. Kerja yang kita lakukan
datang dari daya usaha kita sendiri. Ilmu yang kita miliki adalah kerana usaha
kita mencari.
Kita hanya memiliki daya yang hanya sedikit yang diberikan oleh Allah SWT
kepada kita.