Anda di halaman 1dari 5

DSLR tutorial

Link http://simf1.blogspot.com/p/free-talk-3.html

Apa itu kamera?


Bila cakap pasal kamera semua orang tahu ia sejenis alat yang mampu merakam imej dalam
bentuk digital atau filem. Istilah camera berasal dari latin dan banyak perdebatan tentang asal
usul kamera dan siapa penciptanya. namum  seorang saintis arab bernama Ibn al-Haytham ada
menerangkan tentang kamera di dalam bukunya.

Jenis Kamera.
Secara ringkas kamera moden dibahagikan kepada 2 yang utama iaitu kamera kompak dan
SLR.

 Camera kompak

Kamera DSLR

Apakah beza SLR dan Kompak kamera?


SLR dan kompak kamera mempunyai beberapa perbezaan antaranya ialah :
- Fizikal
- Fungsi
 -Harga
Secara fizikal kamera kompak lebih kecil dan mudah dibawa. Ia sangat sesuai untuk
mengambil gambar secara 'point and snap'. Bagi mereka yang inginkan hasil photografi yang
ringkas dan mudah serta tidak memeningkan kepala kamera ini adalah penyelesaianya.
Dengan kemajuan teknologi semasa gambar yang diambil menggunakan kamera ini sangat
memuaskan pada harga yang berpatutan. Ia ringan, mudah dibawa serta tidak memakan ruang
yang besar.

Kamera SLR pula mempunyai bentuk badan yang lebih besar dan berat. Ia banyak digunakan
dalam studio photografi dan mereka yang menginginkan kesempurnaan dalam bidang ini,
SLR di sasarkan kepada mereka yang lebih serious dalam bidang photografi seperti
jurukamera perkahwinan dan wartawan. Jika kita lihat 10 tahun dahulu kebanyakan kamera
ini digunakan oleh orang yang betul-betul profesional dan jarang sekali dimiliki oleh orang
biasa kerana harganya yang sangat mahal pada ketika itu. Namu sekarang kamera SLR boleh
didapati dengan harga yang lebih murah.

Apa perkara asas yang anda perlu tahu sebelum


menggunakan kamera DSLR? 
Ramai rakan kita di luar sana yang baru sahaja memiliki kamera jenis ini. Banyak perkara
yang perlu anda pelajari sebelum memahami ratusan fungsi kamera DSLR. Nasihat saya cuma
satu, jangan putus asa. Menggunakan kamera DSLR tidak semudah kamera kompak biasa.
Namun apa guna kita membeli kamera DSLR jika hanya menggunakan mode AUTO dan
membiarkan segala penetapan(setting) kepada default kamera. 
Pernahkan ini berlaku kepada anda:?

Ada beberapa perkara asas yang perlu anda ketahui sebelum menggunakan DSLR secara
manual.

ISO
Stutter speed
white balance
Metering
Empat perkara diatas merupakan asas utama yang anda perlu ketahui untuk memastikan
gambar yang anda ambil acceptable untuk di albumkan. namun jangan terkejut jika saya
katakan jurugambar pro sekalipun hanya memilih beberapa keping sahaja gambar dari ratusan
yang di snap. Contoh paling mudah wartawan tv, majalkah atau akhbar mengambil ratusan
gambar semasa sesuatu event namun hanya 1 atau dua keping sahaja dipilih untuk dijadikan
tontonan dan bacaan kita.
ISO
ISO adalah nilai film speed. Ya walaupun semua DSLR tidak menggunakan filem namun kita
masih menggunakan nilai ISO untuk merujuk kepada kepekaan sensor camera semasa
mengambil gambar. Nilai ISO boleh dilaraskan seperti ISO100, 200,400 dan 800. Dengan
kemajuan teknologi CMOS sensor hari ini sesetengah DSLR mampu menghasilkan gambar
yang cantik pada ISO 6000.

Bagaimana menentukan nilai ISO yang sesuai?


Boleh dikatakan semakin rendah ISO semakin halus dan cantik gambar mampu dihasilkan.
Namun bukan semua situasi kita boleh menggunakan ISO rendah seperti ISO50 atau ISO100.
Mengapa? Jika kita mengabil gambar didalam studio photografi yang dilengkapi dengan
limpahan cahara flash dan sebagainya memang ini tidak menjadi isu besar. Namun bagaimana
jika kita mengambil gambar didalam bilik atau dewan yang malap dan pada waktu malam.
Flash adalah penyelesaian yang mudah bagi masalah anda tapi perlu diingat penggunaan flash
tanpa perancangan dan setting yang betul merosakkan situasi atau mood gambar yang anda
ambil.
contoh gambar yang diambil dengan ISO yang berbeza tanpa Flash

Anda mungkin juga menyukai