Anda di halaman 1dari 2

Zulhisham Bin Zainal Abidin

C-2-1, Kompleks Institusi Pendidikan


Sungai Ara
11900, Bayan Lepas
PULAU PINANG Tel:012-4859761
______________________________________________________________________________
Ketua Penolong Pendaftar Tarikh:11 Jun 2010

Unit Peperiksaan

Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar

Universiti Sains Malaysia

11800, USM, PULAU PINANG

Tuan,

RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2

SIDANG AKADEMIK 2009/2010

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya seperti nama dan alamat di atas ingin merayu pihak tuan agar dapat menyemak
semula keputusan peperiksaan di bawah ini.

Nama Penuh : Zulhisham Bin Zainal Abidin

Alamat : C-2-1, Kompleks Institusi Pendidikan, Sg. Ara, 11900, Bayan Lepas, P.Pinang.

No.Matrik : S-PM 0197/08

Rancangan/Tahun Pengajian : Sarjana Pendidikan ( Tahun 2 )

Angka Giliran : 81034

Kod/Tajuk Kursus : PLG 501 ( Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan )


3. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan perkara ini supaya sekurang-
kurangnya saya dapat memperoleh gred LULUS C+ bagi kursus tersebut. Hal ini disebabkan
saya ingin mendaftar kursus PLG 598 ( Projek Penyelidikan ) bagi melengkapkan syarat
pengijazahan seperti mana yang ditetapkan pada Semester 1 Sesi Akademik 2010/2011 ini.

4. Akhir kata, segala perhatian yang diberikan oleh pihak tuan itu saya iringi dengan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Benar,

------------------------------

[Zulhisham Bin Zainal Abidin]

E.mel : zza.pm08@student.usm.my

zzulhisham@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai