Anda di halaman 1dari 6

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: PENGHAYATAN NOVEL

TEMA
Ketabahan menghadapi dugaan hidup
- Azam dan keluarganya tabah menerima kematian ayahnya, Encik
Razali dalam suatu rampasan kapal terbang yang terhempas di Tanjung
Pangku.

PERSOALAN
(1) kasih sayang antara ahli keluarga
- kesedihan menyelubungi ahli keluarga mangsa pesawat yang
terhempas akibat kehilangan orang tersayang.

(2) tabah menghadapi kesukaran dan rintangan


- Puan Katijah, ibu Kamarul Azam, tabah menghadapi kematian
suaminya.

(3) kerjasama semua pihak dalam membantu menangani masalah


- pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa pesawat yang
terhempas.

(4) sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan


- perampas pesawat yang dinaiki oleh bapa Kamarul Azam sanggup
bertindak di luar batasan kemanusiaan hingga meragut banyak nyawa
yang tidak berdosa.

WATAK DAN PERWATAKAN


Kamarul Azam - anak sulung kepada Encik Razali dan Puan Katijah
- ahli pengakap yang aktif
- mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik
- sangat berhati-hati dalam sebarang tindakan
- patuh akan ajaran agama
- berani dan tidak mudah berputus asa

Encik Razali - ayah Azam


- seorang wartawan kehormat
- seorang ayah penyayang

Puan Katijah - ibu Azam


- seorang wanita yang tabah
- ibu dan isteri yang penyayang

DSP Yazid - adik Encik Razali


- Penolong Penguasa Polis di Johor Bahru
- bertanggungjawab
- cekap dan cepat bertindak
- tegas
- penyayang

Razi - rakan karib Azam


- cekap mengendalikan motobot
- berhati-hati dalam membuat tindakan
- patuh kepada arahan ketua

Pak Widodo - nelayan rakyat Indonesia


- baik hati
- menyelamatkan Azam dan Razi ketika mereka dihanyutkan

PLOT
Permulaan
Azam menyampaikan hasratnya untuk pergi berkhemah di Tanjung
Pangku
Ayahnya pula akan mengiringi Menteri Pertanian untuk lawatan ke
Pulau Pinang

Perkembangan
DSP Yazid memberitahu Puan Katijah berita tentang rampasan kapal
terbang yang berlepas dari Pulau Pinang.
Azam dan rakan-rakannya pula menaiki motobot menuju ke tapak
perkhemahan setelah berehat sebentar di Tanjung Bunga.

Perumitan
Sarjan Salleh menerima laporan bahawa terdapat dua letupan berlaku
dalam pesawat berkenaan.
Azam dan Razi pula telah ditawan oleh sekumpulan penjahat. Bot
mereka telah diseret ke tengah laut dan dibiarkan tenggelam.
DSP Yazid bergegas ke ibu pejabat untuk mendapatkan laporan terkini
tentang kapal terbang yang telah dirampas.
Azam pula ternampak cahaya di udara bersama-sama satu lembaga besa
menuju ke arah mereka

Klimaks
DSP Yazid menyampaikan berita buruk tentang malang yang menimpa
Encik Razali kepada Puan Katijah.
Azam pula mendapat tahu bahawa mangsa tragedi tersebut termasuklah
Menteri Pertanian dan bapanya sendiri.

Peleraian
Azam, Razi, dan Antik dikesan oleh bot peronda polis.
Mereka bersama-sama dengan keluarga mangsa yang lain membanjiri
Jalan Kebun Teh untuk memberikan penghormatan terakhir dan
menyaksikan sendiri upacara pengebumian mengikut adat semua agama.

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: LATAR TEMPAT

Soalan: Huraikan latar tempat dalam novel ”Tragedi Empat


Disember”.

Rangka Jawapan
1 Rumah keluarga Encik Razali
- mereka sekeluarga minum petang

2 Di dalam bot
- Azam dan rakan-rakan bertolak ke Tanjung Pangku
- Azam dan Razi ditinggalkan dalam keadaan bot bocor

3 Tanjung Pedas
- berhenti berehat, makan, solat, dan mandi-manda

4 Tanjung Pangku
- Azam dan rakan-rakannya pergi berkhemah
- Azam dan Razi pergi ke balai polis lalu menyaksikan peristiwa kapal
terbang terhempas
- Azam dan Razi diculik penjahat

5 Hotel Gentre
- keluarga mangsa berkumpul
- Perdana Menteri datang mengucapkan takziah

6 Rumah Pak Widodo


- Azam dan Razi dirawat setelah ditemui oleh Pak Widodo yang hanyut
setelah bot mereka bocor dan terbalik

7 Di tengah lautan
- Azam, Razi, dan Antik mencari jalan pulang ke Malaysia
- pertemuan antara Antik dengan Pak Widodo

8 Di tanah perkuburan, Jalan Kebun Teh


- mangsa dikebumikan
- pertemuan Azam dengan keluarga dan rakan-rakan

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: LATAR MASA

Latar Masa

1 Cuti penggal persekolahan – bulan Disember 1977


- peristiwa berlaku dari awal hingga akhir

2 Sabtu, 3 Disember 1977


- minum petang sekeluarga di rumah

3 Ahad, 4 Disember 1977 - pagi


- Azam dan rakan-rakan bertolak ke Tanjung Paku
- Ayah bertolak ke Pulau Pinang untuk mengikuti rombongan Menteri
Pertanian

4 Ahad, 4 Disember 1977 - malam


- kapal terbang dirampas pada pukul 8.15 malam
- Azam dan rakan-rakan mula berkhemah
- Azam dan Razi ke Balai Polis Tanjung Pangku pada pukul 8.15 malam
- Kapal terbang yang dirampas terhempas pada pukul 8.31 malam
- Azam dan Razi ditangkap penjahat

5 Isnin, 5 Disember 1977


- berita rampasan dan nahas tersebar
- berita kehilangan Azam dan Razi juga diketahui oleh DSP Yazid dan
keluarganya
- ahli keluarga mangsa berkumpul di Hotel Gentre, J. Bahru
- DSP Yazid melawat dan menyiasat di Tanjung Pangku
- Antik dan Pak Widodo menyelamatkan Azam dan Razi (tengah
malam)

6 9 Disember 1977
- mangsa tragedi dikebumikan
- Azam dan Rzi bertembung dengan polis peronda dan dibawa ke tapak
perkuburan mangsa di Jalan Kebun Teh

7 Siang hari
- perpisahan antara Azam dengan Antik di tengah lautan

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: LATAR MASYARAKAT

1 Mempunyai semangat perpaduan kaum


- Azam, Lim, Rendra, dan Zanawati merupakan sahabat baik
- masyarakat menerima keputusan untuk mengebumikan semua mangsa
pelbagai kaum bersama-sama

2 Mengamalkan cara hidup sihat


- Azam makan bersama-sama dengan keluarganya
- melancong bersama-sama dengan keluarga
- Azam, Chandra, dan Razi aktif berpersatuan, iaitu Pengakap, manakala
Linda, Lim, dan Zanawati terlibat dalam persatuan Pandu Puteri

3 Taat akan suruhan agama


- masyarakat masih berpegang kuat kepada agama kerana masih
mengerjakan ibadat dalam keadaan di luar rumah

4 Bekerjasama dalam menjayakan sesuatu


- Azam dan rakan-rakannya bekerjasama menjayakan ekspedisi
- Pihak SAM (Syarikat penerbangan) bekerjasama dengan pihak polis
untuk menyiasat kejadian
5 Prihatin
- Pak Widodo dan Antik sanggup menyelamatkan Azam dan Razi dan
membawa mereka pulang untuk dirawat walaupun perbuatan mereka
salam di sisi undang-undang
- Puan Khatijah dan beberapa orang lain membantu pihak syarikat
penerbangan menenangkan keluarga mangsa yang tidak dapat
mengawal perasaan

6 Rajin bekerja
- Menteri Pertanian mengadakan lawatan kerja ke Utara Semenanjung
- Azam dan rakan-rakan rajin ke sekolah walaupun cuti

Anda mungkin juga menyukai