Anda di halaman 1dari 14

BAB 1

PENGENALAN

Glaukoma adalah sejenis penyakit yang boleh menyebabkan kerosakkan


mata secara beransur-ansur. Biasanya ia disebabkan oleh peningkatan
tekanan intraocular didalam bola mata. Kerosakan saraf optik akan
menyebabkan pesakit kehilangan medan penglihatan secara beransur-ansur.
Ia merupakan salah sat penyebab kebutaan. Kebutaan yang disebabkan oleh
glaucoma adalah kekal.

Glaukoma adalah penyakit yang memerlukan rawatan sepanjang


hayat. Ubat titis mata anti-glaukoma adalah merupakan rawatan utama untuk
kebanyakan pesakit glaucoma. Ada diantara pesakit yang tidak mengetahui
kepentingan dan cara penitisan ubat titis anti-glaukoma. Cara penitisan ubat
titis mata yang betul adalah amat penting untuk mendapat keberkesanan
rawatan yang diberikan. Pesakit glaukoma perlu memahami kepentingan
rawatan dan teknik penggunaan ubat titis mata dengan cara yang betul.
Kegagalan pesakit memahami tentang rawatan dan teknik penggunaan ubat
titis mata yang betul menyebabkan pesakit berisiko mendapat tekanan intra-
okular yang tinggi dan kebutaan.

Maka, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai tahap


kefahaman pesakit tentang kepentingan ubat titisan anti-glaukoma serta
teknik penitisan ubat titis mata yang betul. Dengan tahap kefahaman pesakit
yang tinggi terhadap ubat titis anti- glaucoma serta teknik penitisan ubat titis
mata yang betul,dapat mengurangkan risiko pesakit mendapat kebutaan.

1
BAB 2
LITERATURE REVIEW

Menurut Glaucoma Associates Of Texas 2002-2003, menyatakan bahawa


rawatan Glaukoma adalah untuk menurunkan tekanan dalam mata bagi
mengelakkan kerosakan pada saraf optik, yang mana boleh menyebabkan
pesakit kehilangan penglihatan. Kerjasama bersama doktor adalah penting
bagi mendapatkan keberkesanan rawatan. Penggunaan ubat titis mata anti-
glaukoma dengan teknik yang salah, akan menyebabkan rawatan yang
diberikan tidak berkesan dan danpenyakit akan bertambah serius

Pendapat ini disokong oleh EVE J. Hingginbotham 2004, yang


menyatakan bahawa penitisan ubat titis mata dengan cara yang betul
kedalam sak konjunktivaakan memberi kesan yang menyeluruh pada
kawasan mata.

Menurut D. Frith 2001, didalam buku Clinikal practice, menyatakan


dengan melakukan ’punctal occlusion’ (tekanan pada pundi lakrimal ) ia akan
mengelakkan pengaliran ubat kebahagian nasal. Ini akan mengurangkan
penyerapan ubat kedalam aliran sistemik.

Mengikut Glaukoma research foundation, pengambilan ubatan dengan


cara yang betul dapat membantu dalam mengekalkan tekanan
intraokular,dimana ia merupakan rawatan yang penting untuk pesakit
glaukoma.

2
BAB 3
OBJEKTIF

Objektif Umum

Untuk mengkaji teknik penitisan ubat titis mata pesakit glaukoma.

Objektif Khusus

1. Untuk menilai tahap kefahaman pesakit dalam penggunaan ubat titis


.
Mata anti-glaukoma.

2. Untuk menilai teknik penitisan ubat titis mata yang betul.

3
BAB 4
METODOLOGI

Kajian ini dijalankan di Jabatan Oftalmologi HospitalSelayang dan Hospital


Kuala Lumpur. Responden yang terlibatadalah sebanyak 50 orang, yang
terdiri daripada kalangan pesakit glaukoma yang mendapat rawatan di
Hospital Selayang dan Hospital KualaLumpur. Kajian ini bermula dari bulan
September hingga bulan November 2007.

Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal


selidik yang perlu dijawab oleh pesakit yang datang ke Klinik Glaukoma.
Sebanyak 8 soalan kajian telah disediakan.Ia merangkumi bahagian A yang
terdiri daripada data demografi dan bahagian B pula mengandungi soalan
berkaitan dengan kefahaman pesakit tentang teknik penitisan ubat titis anti-
glaukoma dengan cara yang betul.

4
BAB 5

PENEMUAN
BAHAGIAN A

Data demografi yang diambil dari peringkat umur 21-80 tahun, yang terdiri
daripada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa, mengikut jantina
lelaki dan perempuan.. Semua ciri-ciri demografi yang diperolehi ditunjukkan
didalam jadual dibawah. (Jadual 1)

UMUR DALAM TAHUN BILANGAN ( NO ) PERATUSAN %


21-40 tahun 7 14%
41-60 tahun 22 44%
61-80 tahun 21 42%
JUMLAH 50 100
JANTINA BILANGAN ( NO) PERATUSAN %
LELAKI 24 48%
PEREMPUAN 26 52%
JUMLAH 50 100%
BANGSA BILANGAN (NO) PERATUSAN%
MELAYU 15 30%
CINA 21 42%
INDIA 14 28%
LAIN-LAIN 0 0
JUMLAH 50 100%

Jadual 1: menunjukkan data demografi

5
BAHAGIAN B
Soalan 1

Hasil daripada kaji selidik yang dijalankan didapati sebanyak 26% (13)
responden yang tahu penyakit yang mereka alami. Manakala 44% (22)
responden yang menjawab kurang pasti tentang penyakit yang mereka akami
dan sebanyak 30% (15) yang menjawab tidak tahu.( Carta pai 1)

30% 26%
Tahu
Kurang pasti
Tidak tahu
44%

Carta pai 1: Kefahaman pesakit tentang penyakit

6
Soalan 2
Daripada soal selidik, didapati sebanyak 46% (23) responden tahu tentang
kepentingan ubat titis mata anti-glaukoma. Manakala 50% (25) responden
yang mengatakan kurang pasti dan selebihnya sebanyak 4% (2) responden
menjawab tidak tahu. (Carta pai 2)

4%
Tahu
46%
Kurang pasti
50% Tidak tahu

Carta pai 2: Kefahaman pesakit tentang kepentingan ubat titis mata

7
Soalan 3
Kajian mendapati 68% (34) responden yang menitiskan ubat mata sejurus
selepas satu sama lain, 24% (12) responden menitiskan ubat mata selang 5
minit. Manakala sebanyak 8% (4) responden yang mengatakan tiada jarak
masa yang diambil untuk menitiskan ubat mata, jika lebih dari dua jenis
digunakan. (Carta pai 3)

Sejurus
selepassatu
8% sama lain
24% Selang 5minit

68%
Tiada jarak masa

Carta pai 3: Jarak masa yang diambil jika lebih dari dua jenis ubat

8
Soalan 4
Melalui soal selidik ini, didapati sebanyak 66% (33) responden yang tahu
bahawa ubat titis mata yang dititiskan perlu mengikut masa yang ditetapkan.
Manakala sebanyak 26% (13) responden yang kurang pasti dan selebihnya
sebanyak 8% (4) responden yang menjawab tidak tahu. (Carta pai 4)

8%

26%

66%

TAHU
KURANGPASTI
TIDAK TAHU

Carta pai 4: Kefahaman pesakittentang kepentingan mengambil ubat titis


mengikut masa yang ditetapkan.

Soalan 5
Terdapat sebanyak 70% (35) responden yang datang ke Klinik Mata untuk
mendapatkan ubat baru jika kehabisan ubat titis mata.18% (9) responden
yang menunggu sehingga temujanji untuk mendapatkan ubat dan 12% (6)
responden sahaja membeli ubat daripada Farmasi luar. (Carta pai 5)

Datang ke Klinik
12%
18%
Tunggu hingga
temujanji
70% Beli ubat di
Farmasi

Carta pai 5: Tindakan pesakit sekiranya kehabisan ubat mata

10
Soalan 6
Berdasarkan kajian yang dilakukan, didapati sebanyak 84% (42) responden
yang menitiskan ubat titis mata mengikut masa berikutnya jika terlupa
menitiskan ubat titis mata, 10% (5) responden yang menitiskan ubat mengikut
masa yang tertinggal manakala terdapat sebanyak 6% (3) responden yang
tidak menitiskan ubat pada hari tersebut jika terlupa. ( Carta pai 6)

6%
10% MENITIS UBAT BILA
INGAT- 1 TITIK
MENITIS UBAT BILA
INGAT- 2 TITIK
TIDAK MENITISKAN
84% UBAT

Carta pai 6: Tindakan pesakit jika lupa menitiskan ubat mata

11
Soalan 7
Melalui kajian ini juga, terdapat 76% (38) responden yang tahu cara yang
betul menitiskan ubat titis mata anti-glaukoma. 24% (12) menyatakan kurang
pasti dan sebanyak 0% atau tiada responden yang mengatakan tidak tahu.
(Carta pai 7)

24% 0%
Tahu
Kurangpasti
Tidak tahu
76%

Carta pai 7: Kefahaman pesakit menitiskan ubat mata dengan cara yang betul

12
Soalan 8
Bilangan responden yang malakukan teknik yang betul sebelum,semasa dan
selepas menitiskan ubat titis anti-glaukoma dapat ditunjukkan dalam jadual
dibawah. (Jadual 8)

TEKNIK PENITISAN UBAT TITIS MATA DENGAN Ya( % ) Tidak


CARA YANG BATUL (% )
(a) Mencuci tangan sebelum menitiskan ubat mata 62 38
(b) Menitiskan ubat titis mata kedalam konjunktiva sac 72 28
(c) Memastikan hujung botol tidak menyentuh mata 65 35
pesakit
(d) Melakukan punctal occlution 12 88

Jadual 8: Teknik penitisan ubat anti-glaucoma dengan cara yang betul

13

Anda mungkin juga menyukai