Anda di halaman 1dari 11

PENYAKIT IKAN AIRTAWAR DAN RAWATAN

Pada kebiasaannya, penyakit-penyakit ikan adalah disebabkan oleh patogen


(agen-agen yang menyebabkan penyakit) seperti berikut :-

a) Parasit (Endoparasit/Ektoparasit)
b) Kulat
c) Bakteria
d) Virus
e) Punca-punca lain seperti faktor genetik dan persekitaran

i) Penyakit Primer

Penyakit ini berlaku apabila ikan saling bertindak dengan patogen buat pertama
kalinya. Ini berlaku apabila kita campurkan ikan yang besar dengan ikan yang
kecil. Ikan besar walaupun mempunyai patogen tetapi ianya tidak menunjukkan
tanda-tanda penyakit kerana ikan tersebut sudah lali terhadap penyakit itu. Bagi
ikan yang kecil dan baru pertama kali bertemu dengan patogen, ia mudah
diserang penyakit. Dalam proses pengawanan ikan, penyakit primer juga boleh
berlaku dimana patogen dari induk akan merebak kepada anak.

ii) Penyakit sekunder

Penyakit ini berlaku apabila faktor-faktor tekanan yang boleh melemahkan ikan
wujud dan menyebabkan ikan (termasuk ikan yang lali terhadap sesuatu
penyakit) senang diserang oleh patogen. Ini adalah kerana dalam keadaan
biasa(tanpa tekanan) terhadap patogen-patogen tetapi dengan adanya faktor-
faktor tekanan,seperti suhu, mutu air dan lain-lain, ikan menjadi lemah dan dya
ketahannya tidak cukup untuk melawan serangan patogen.

I. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH PARASIT

Di malaysia, kebanyakkan penyakit adalah disebabkan oleh parasit (ektoparasit).

Definasi Parasit:

Organisma yang tinggal dan mendapatkan makanan didalam Luar badan


organisma yang lain tanpa memberi faedah kepada organisma tersebut.

1. Penyakit Bintik Putih (white spot)

Disebabkan oleh parasit protozoa yang dipanggil Ichthyophthirius multifilis

Semua jenis ikan terutamanya anak-anak ikan. Parasit tersebut menembusi


kulit ikan dan memakan sel-sel tisu dan darah.
Ukuran 0.5 – 1 mm (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda tanda penyakit

- Ikan berenang tanpa arah yang tertentu untuk mengelakkan parasit tersebut
(peringkat Permulaan);
- Lapisan luar kulit menjadi kelabu dan terdapat bintik-bintik putih pada seluruh
badan;
- Tompok-tompok putih dan pucat pada insang menunjukkan kerosakkan
insang dan menyebabkan ikan sukar untuk bernafas.Ini menyebabkan ikan
timbul kepermukaan untuk bernafas;
- Ikan merasa gatal-gatal dan akan mengeselkan badan ditebing kolam atau
sangkar;
- Ikan tidak makan (peringkat serius);
- Mata menjadi kelabu.

Rawatan

Bahan Kimia Dos/Kadar Jadual Tempoh Rawatan Catitan


(ubat)
Metilin biru 2 ppm (mg/l) Berterusan sehingga sembuh Rawatan yang paling
sesuai
Sodium klorida + 1000 ppm + 20-25 3 kali berurut-turut setiap 2
Formalin ppm hari (1 minggu)
Potassium 1-2 ppm Berterusan sehingga sembuh
permanganate
Formalin 2.5 ml /100liter Berterusan sehingga sembuh

Kolam ikan yang terkena penyakit ini harus dikeringkan dan dimasukkan kapur
dengan kadar 1.5 tan sehektar.
Cara-cara rawatan

(i) Merendamkan ikan didalam air yang mengandungi ubat (bahan kimia)
dalam jangkamasa yang singkat.
- Ikan diletakkan tangki atau bekas kecil.
- Ubat dimasukkan ke dalam tangki. Ikan akan dikeluarkan selepas
beberapa minit.
- Perlu berhati-hati kerana dos ubat yang terlalu tinggi boleh menyebabkan
tekanan kepada ikan

(ii) Merendamkan ikan di dalam air yang mengandungi ubat untuk jangkmasa
yang panjang
- Dos ubat yang digunakan adal;ah rendah dan tidak menyebabkan tekanan
kepada ikan
- Ubat dimasukkan kedalam kolam/tangki secara berterusan sehingga ikan
sembuh dan kesan ubat akan hilang dengan sendirinya.
- Jika kesan ubat tidak hilang, air baru perlu dimasukkan selepas beberapa
hari.

2. Ichthyobodo, Trichodina & Chilodonella

Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap biasa, Sepat siam, Kap kepala
besar dan Lampan jawa

Trichodina sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Chilodonella sp. (gambar oleh DOF Malaysia)


Tanda-tanda penyakit sama seperti penyakit bintik putih

Rawatan

Bahan Kimia Dos/Kadar Jadual Tempoh Rawatan Catitan


(ubat)
Sodium klorida + 1000 ppm + 20-25 2-3 kali berurut-turut setiap 2
Formalin ppm hari (1 minggu)
Potassium 100 ppm 5-10 minit Tidak sesuai untuk anak
permanganate ikan kap kepalan besar
Formalin 2.5 ml /100liter 2 hari berturut-turut selama 1
minggu

3. Myxosporidiosis

Disebabkan oleh parasit Myxobolus dan Henneguya

Ikan yang diserang adalah Ketutu dan Kap biasa

Kedua-dua parasit tersebut terdapat pada insang. Bagi Myxobolus, ia juga


terdapat pada kulit. Parasit ini berbentuk sista (mengandungi spora-spora )
dan akan pecah apabila matang. Spora-spora akan dilepaskan ke dalam air
dan jangkitan akan berlaku

Tanda-tanda penyakit

- Ikan menjadi pucat (serius ). Sista berwarna putih dan parasit yang bulat
(ukuran 2-4 mm) akan dapat dilihat pada insang dan kadangkala insang
menjadi berkolompok;
- Kulit ikan menjadi bengkak-bengkak (parasit Myxobolus );
- Dalam keadaan biasa, kematian akan berlaku perlahan-lahan.

Rawatan

Setakat ini, tidak ada rawatan bagi penyakit. Adalah disyorkan supaya mengawal
dan mencegah penyakit daripada berlaku

4. Dactylogyrosis (penyakit kutu insang)

Disebabkan oleh: Parasit Dactylogyrus

Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap perak dan Kap kepala besar.

Parasit yang matang melekat pada insang bertelur


Dactylogyrus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda-tanda penyakit

- Insang kelihatan berdarah dan berlebihan lendir (peringkat awal );


- Dalam keadaan serius filamen insang akan rosak dan operkulum ikan tidak
boleh tertutup dengan sempurna mengakibatkan kesukaran bernafas.

Rawatan

Bahan Kimia Dos/Kadar Jadual Tempoh Rawatan Catitan


(ubat)
Sodium klorida 10,000– 15,000 ppm 10 – 15 minit
Metilin biru 2 – 4 ppm 30 - 45 minit
Formalin 200 – 250 ppm Berterusan sehingga sembuh Tidak sesuai untuk anak
ikan kap kepalan besar

5. Gyrodactylosis (penyakit kutu insang)

Disebabkan oleh: Parasit Gyrodactylus


Ikan yang diserang adalah Ketutu dan Kap biasa. Parasit ini menyerang
bahagian permukaan badan sahaja

Tanda-tanda penyakit

Sama dengan penyakit bintik putih

Rawatan

Serupa dengan rawatan bagi Dactylogyrosis.


6. Argulosis (kutu ikan )

Disebabkan oleh: Parasit Argulus

Argulus berbentuk piring dan berwarna kehijauan. Ia berukuran 7mm garispusat.


Argulus boleh dilihat dengan mata kasar terlekat pada badan ikan.

Ikan yang diserang adalah kap rumput, kalui, kap biasa, Temakang, dan Kap
kepala besar. Parasit ini menyerang bahagian luar badan dengan cara
menghisap darah terutmanya bahagian kepala dan sirip ekor.

Argulus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda-tanda penyakit
- Ikan menjadi kurus disebabkan kehilangan bendalir tubuh kerana dihisap oleh
parasit;
- Terdapat kesan-kesan darah ditempat parasit melekat;
- Kematian ikan akan berlaku jika bilangan parasit terlalu tinggi.

Rawatan

Bahan Kimia Dos/Kadar Jadual Tempoh Rawatan Catitan


(ubat)
Potassium 10 ppm 30 minit
permanganate
Dipterex 0.25 ppm Sekali pada tiap-tiap minggu
selama 2 minggu

Kolam ikan yang terkena penyakit ini harus dokeringkan dan dikapor dengan
kadar 1.5 tan sehektar.
7. Lernaesis (cacing sauh )

Disebabkan oleh: parasit Lernaea sp.

Ikan yang dijangkiti adalah Kap rumput, Lampan Jawa, Temakang, Kalui, Kap
kepala besar dan kap biasa.

Lernaea sp. . (gambar oleh DOF Malaysia)

Parasit ini menyeerang bahagian permukaan luar badan ikan dengan menghisap
bendalir ikan dan mengakibatkan kerosakan tisu kepala, mata, ekor dan sirip

Tanda-tanda penyakit

- terdapat tanda-tanda merah pada badan;


- Ikan yang kecil selalunya mati dan ikan yang besar akan mengalami
kekurangan berat badan.

Rawatan

Bahan Kimia Dos/Kadar Jadual Tempoh Rawatan Catitan


(ubat)
Sodium klorida 8,000 – 11,000 ppm Selama 10-15 minit. Sekali
(garam) pada tiap-tiap minggu selama
4 minggu.
Dipterex 0.25 ppm Sekali pada tiap-tiap minggu
selama 4 minggu berturut-
turut.

II. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH ENDOPARASIT (Parasit


Dalaman )

Setakat ini , penyakit-penyakit endoparasit tidak menimbulkan masalah.


Endoparasit yang menyebabkan penyakit adalah:

i) Trematoda Digenetik
ii) Nematoda ( cacing gelang )
iii) Cestoda (cacing peta)

1. Trematoda Digenetik

Parasit ini menyerang mata dan mengakibatkan mata menjadi bengkak.


Bahagian kornea akan kelihatan kelabu tengah. Bintik-bintik putih kelihatan di
bahagian pupil, iaitu larva cacing parasit Displostumum Spatheum. Ia memakan
kanta mata dan menyebabkan ikan tersebut buta

2. Nematoda dan cestoda

- Cacing gelang dan cacing peta terdapat pada bahagian luar perut, otot-otot,
pundi, usus dan didalam mata;
- Ikan yang diserang akan kehilangan berat badan dan kelihatan kurus. Oleh
itu, tidak boleh diginakan sebagai induk;
- Cacing-cacing ini tidak menyebabkan kematian ikan yang tinggi dan jikalau
kematian berlaku, ianya tidak serentak.

Rawatan

Tidak ada rawatan yang memuaskan. Oleh itu, Disyorkan supaya mengawal dan
mencegah parasit dengan membuang siput-siput pembawa parasit tersebut.

III. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KULAT

1. Saprolegniasis

Penyakit ini berlaku apabila ikan mengalami tekanan (penyakit sekunder ) seperti
kesesakan ikan dalam tangki, sangkar atau kolam, kemerosotan mutu air, luka-
luka pada badan ikan apabila disebabkan oleh parasit atau kekasaran semasa
pengendaliannya

Tanda-tanda penyakit

- Kulat saprolelgnia akan kelihatan seperti kap[as pada badan ikan;


- Terdapat tanda-tanda kemerahan disekeliling kulat;
- Ia menyerang ditempat-tempat luka ataupun serangan parasit pada badan
ikan dan juga menyerang telur-telur ikan.
Rawatan

Bahan Kimia Dos/Kadar Jadual Tempoh Rawatan Catitan


(ubat)
Metilin biru 2 ppm Berterusan sehingga sembuh
Potassium 10 ppm 90 minit
permanganate

IV. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA

Bakteria terdapat disekitar sistem perairan. Apabila faktor-faktor tekanan wujud,


bakteria akan menyebabkan penyakit.

Tanda-tanda penyakit

- Badan ikan kemerahan-merahan dan jika penyakit tidak dikawal, tanda


kemerahan-merahan akan merebak ke seluruh badan dan menjadi ulser;
- Ikan tidak berselera untuk makan;
- Kadangkala mata dan perut ikan menjadi bengkak;
- Kematian ikan yang disebabkan oleh bakteria adalah tinggi dan serentak;

Rawatan

Furanace 0.05ppm sehingga sembuh

V. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS

Virus adalah organisma yang lebih halus daripada bakteria dan ia tidak dapat
dilihat dibawah mikroskop biasa. Penyakit virus serig berlaku bersama dengan
penyakit bakteria dan tanda-tanda klinikal, rawatan dan cara-cara pengawalan
adalah hampir sama seperti penyakit bakteria.

VI. PENGAWALAN PENYAKIT

A) Faktor-Faktor Tekanan

Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh


menyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut;

i) Suhu

Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air),


dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan
suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan
menyebabkan ikan menjadi lemah.
Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:

a) Air yang cetek di dalam kolam adalah tdak sesuai, di mana air cepat
panas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tiba-
tiba;
b) Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkan
di dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikan
akan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air di
dalam kolam.

ii) Sumber dan Mutu Air

Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan


pencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm,
kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara 6.5 –
9.0 .

iii) Pengendalian

Pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akan


menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi
peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.

iv) Faktor Kesesakan

Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan


kesesakan. Faktor keseskan dapat meningkatkan kandungan ammonia
seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga
turut mengalami tekanan.

v) Makanan

Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu


fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah
diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang,
Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi
dan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan
menyebabkan mutu air menurun.

B) Ciri-Ciri Kolam

Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah


mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan
supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke
kolam yang lain.
C) Pengawalan Patogen

- Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk


mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit.
Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus dan
Lernaea.

- Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan


membunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam.
Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.

- Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm
selama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat
menangalkan parasit yang terdapat di luar badan ikan.

- Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat
disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan
tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.

- Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh
menyebabkan penyakit primier.

- Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat


terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai
patogen yang akan menjangkiti anak ikan.

- Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan


makanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen
menyerang ikan.

VII. KHIDMAT BANTUAN JABATAN PERIKANAN

Unit Penyakit Pengurusan Kesihatan Ikan dan Kuarantin di Pusat


Penyelidikan Perikanan Likas bertanggungjawab terhadap
pengenalpastian penyakit yang menyerang ikan ternakan tempatan dan
mencadangkan rawatan yang sesuai.

Sekiranya para penternak mengalami masalah wabak penyakit di kolam


ternakan, segeralah menghubungi Pejabat Perikanan Daerah atau terus
ke Pusat Ppenyelidikan Perikanan Likas, untuk meminta bantuan yang
perlu.

Anda mungkin juga menyukai