Anda di halaman 1dari 7

PADANG MAHSYAR

Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar Dari Usman bin Affan bin Dahaak
bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah
bersabda, yang bermaksud: "Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari
kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat
yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di
bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama
dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas
(membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata:
"Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad
itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul."
Ibnu Abbas ra berkata: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah
Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang
dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa
bersamanya pakaian-pakaian syurga."

Jibril as akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?" Bumi akan
berkata: "Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala
lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW."
Rasulullah SAW bersabda: "Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi
Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur."
Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!" Maka, kubur
terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga,
ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan
janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi
bangunan.

Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya:
"Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas."
Baginda SAW bertanya, "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?" Jibril as menjawab: "Wahai
Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan.
Inilah hari pembentangan Allah Taala." Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril!
Gembirakanlah aku!" Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?" Baginda
SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku." Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak
melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?" Baginda SAW bersabda: "Bukan itu
maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?"
Jibril as berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada
manusia, sebelummu?" Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada
hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku." Jibril as berkata kepada baginda SAW:
"Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!" Jibril
as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta.
Jibril as berkata kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang
paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar
mentaatinya?" Buraq berkata: "Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku
agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku.
Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang
belum pernah terjadi sebelum ini." Baginda SAW bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya
kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu." Setelah berpuas hati,
Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan
Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di
atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh-tubuh yang telah
hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang
terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut
dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa. Roh-roh telah diletakkan di
dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh
makhluk.

Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan
hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya,
terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh.
Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan
mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang
gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita."
Malaikat Israfil as menjerit: "Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada
tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam."
Allah Taala berfirman: "Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada
tubuh-tubuhnya!" Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk
mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan
mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi
SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri
seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW
merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka.

Mereka seperti gelombang lautan. Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk, datanglah
kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala." Umat-umat
datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa
satu umat, baginda SAW akan bertanya: "Di mana umatku?" Jibril as berkata: "Wahai
Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir." Apabila nabi Isa as datang, Jibril as
menyeru: Tempatmu!" Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW
berkata: "Mengapa kamu berdua menangis." Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu,
Muhammad?" Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?" Jibril as berkata: "Mereka
semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan." Apabila mendengar cerita
demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana
keadaan umatku yang berbuat dosa?" Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad
SAW!" Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan
selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka
gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap
mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta
memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!" Air mata
mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya. Umat-
umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah
Taala seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?" Jibril as berkata: "Jibril di hadapan Allah,
Tuhan semesta alam." Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu
yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?" Jibril as berkata: "Mereka adalah
sebaik umat." Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu
Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu." Jibril as
kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang
untuk ditayangkan kepada Allah Taala." Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya
lalu berkata: "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi
Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya
menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: "Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan
apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!" Hamba-
hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: "Hari ini, Kami akan membalas setiap
jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang
mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril!
Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!"
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: "Wahai Malik! Allah Taala telah
memerintahkanmu agar membawa Jahanam." Malik bertanya: "Apakah hari ini?"
Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas
setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan." Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah
Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?" Jibril menjawab: "Ya!" Malik bertanya: "Di
mana Muhammad dan umatnya?" Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!" Malik bertanya
lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam
apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?" Jibril
berkata: "Aku tidak tahu!" Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang
menggerunkan.

Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan
panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan
bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air
mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang
memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka
sebenarnya tidak mabuk. Rasulullah SAW Membela Umatnya Di padang mahsyar orang
yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang
naik lalu menyeru: "TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah
kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini."
Allah Taala berfirman: "Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab
kekasihnya." Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu
menyeru: "KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta
saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!" Isa as datang di dalam
keadaan menangis.
Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: "Tuhanku. Penguasaku. Penciptaku! Isa roh
Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!"
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: "Tuhanku.
Penguasaku Penghuluku. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta
untuk umatku dariMu!" Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: "Siapakah yang memberi
syafaat kepada umatnya?" Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku. Penguasaku dan
Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah
mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka
adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan." Malaikat Zabaniah
menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Taala berfirman: "Di mana matahari?" Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala.
Ia berhenti di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: "Kamu! Kamu telah
memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?" Matahari menjawab. "Tuhanku! Maha
Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku
adalah hamba yang halus?" Allah Taala berfirman: "Aku percaya!" Allah Taala telah
menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan
dengan kepala makhluk." Ibnu Abbas r.h. berkata: "Peluh manusia bertiti dan sehingga
mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang
sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air
mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih
lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di
hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.

Mereka berkata: "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu
mengambil berat, hal keadaan umatnya. Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am
Nahari berkata: "Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara' r.h. Baginda SAW
dapati, dia sedang menangis." Baginda SAW bersabda: "Permata hatiku! Apa yang
menyebabkan dirimu menangis?" Fatimah menjawab: "Aku teringat akan firman Allah
Taala." "Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang
daripada mereka." Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: "Wahai permata
hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah
dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka
memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi." Fatimah
r.h. berkata: "Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?"
Baginda SAW menjawab: "Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk
dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:" Bagi setiap
orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia." ( Abasa: 37) Fatimah ra.
bertanya: "Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?"
Baginda SAW menjawab: "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang
memberi minum umatku." Fatimah r.h. bertanya lagi: "Sekiranya aku dapati kamu tiada di
telaga?" Baginda SAW bersabda: "Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi
para Nabi. Aku akan menyeru: "Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat
akan menyambut: "Aamiin."
Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: "Nescaya akan
mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah." Setiap umat akan berkumpul dengan
sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu
menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang. Apabila seruan dari tengah Arsy
kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang
yang berdiri di situ berkata: "Kami adalah umat Muhammad SAW!" Allah Taala berfirman
kepada mereka: "Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?" Mereka
berkata: "Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah
selainNya." Mereka ditanya lagi: "Kami mengenali Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Maha
Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya." Apabila ahli neraka dimasukkan ke
dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan
penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: "Marilah kita
pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!"

Manusia berpecah kepada tiga kumpulan. 1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit. 2.
Kumpulan pemuda. 3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar. Mimbar para
Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap
mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran
dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik.
Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW. Hawa melihat ke arah
mereka lalu berkata: "Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta
cantik wajah mereka. Mereka menyeru: "Di mana Muhammad?" Mereka berkata: "Kami
adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah.
Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka
pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami
agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami
akan pergi ke syurga atau neraka." Nabi Adam as berkata: "Pergilah kamu dariku!
Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa
Adam terhadap Tuhannya kerana lalai.

Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat
sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: "Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami
terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari
ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka." Nabi Nuh as berkata: "Sesungguhnya, aku
sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu
dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya
agar menolong kamu!" Nabi Ibrahim as berkata: "Sesungguhnya aku pernah berbohong di
dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku.
Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!" Nabi Musa as berkata:
"Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku
membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap
seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu
menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah
kamu berjumpa Isa as!" Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata:
"Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil
aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya
kepadaNya mengenai ibuku Mariam." Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra'
sedang duduk.
Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: "Ini umat Nabi Muhammad
SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka." Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi
Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. "Ini umatmu,
wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah
Taala." Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: "Marilah kepadaku,
wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari
kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!" Umat Nabi
Muhammad SAW berkumpul di sisinya. Terdengar suara seruan: "Wahai Adam! Ke marilah
kepada Tuhanmu!" Nabi Adam as berkata: "Wahai Muhammad! Tuhanku telah
memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku." Nabi Adam as pergi menemui
Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: "Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan
anak-anakmu ke neraka!" Nabi Adam as bertanya: "Berapa ramai untukku kirimkan?" Allah
Taala berfirman: "Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke
neraka." Allah Taala berfirman lagi: "Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang
yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu
keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka
pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam!
Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya
daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa
perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan
dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka
bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan
setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas."

Nabi Adam as berkata: "Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab
berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang
ghaib!" Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat Allah Taala menyeru: "Wahai
Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang
dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan." Malaikat Malik berdiri di pintunya
(neraka). Dia menyeru: "Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan
bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya
maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang
diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!"
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: "Wahai Malik! Dengan kebenaran
Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi!
Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu." Malaikat Malik memalingkan
mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan
kepada sepuluh kumpulan.

Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: "Ikutlah aku
wahai umatku di atas Sirat ini!"
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.
Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.
Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.
Kumpulan yang kelima berlari.
Kumpulan keenam berjalan.
Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di
atas belakang mereka. Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat.
Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW
akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-
muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang
buruk, mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad SAW!" Nabi Muhammad SAW berkata:
"Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka"! Kumpulan ke sembilan dan ke
sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.

Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan
dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-
kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih
sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka
menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas
dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana
kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama. Hanya tinggal, kanak-kanak yang
belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka
berkata: "Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku."
Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata:
"Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia." Malaikat berkata kepada mereka:
"Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga
akibat dosa mereka." Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata:
"Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan
kami dengan mereka." Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di
tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil "Tempat Teropong."
Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.

Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang
terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang
berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya. Apabila bendera baginda
menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka.
Rasulullah SAW bersabda: "Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?" Malaikat menjawab:
"Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. "Nabi SAW bersabda: "Aku
akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah."

Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap
kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar
memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.

Anda mungkin juga menyukai