Anda di halaman 1dari 4

Dahulu, ada beberapa ekor tikus yang

tinggal di sebuah rumah. Hero adalah tikus


yang paling berani. Suatu hari, tikus-tikus
itu telah kehabisan makanan. “Kita harus
mencari makanan ,” kata mereka.
Hero pun menewarkan dirinya secara
sukarela, “Biar saya yang keluar untuk
mencari makanan !” Bawalah beberapa
tikus lain bersama kamu, Hero!” kata seekor
tikus bijak. Tetapi Hero tidak peduli.
Hero tiba di sebuah restoran. “Mesti ada
banyak makanan yang enak di sini,” fikir
Hero.
Lalu, dia mengintai melalui tingkap dan
dapat melihat pizza dan roti.
Air liurnya mula meleleh.
Dengan senyap-senyap Hero masuk ke
dalam restoran itu. Dia mahu mengambil
sedikit makanan. Tiba-tiba, Hero terdengar
suatu bunyi, “Meow! “ Itu Kucing, musuh
saya!” jerit Hero dalam ketakutan.
Kucing itu ternampak Hero. Hero berlari
dengan sekuat hatinya dan kucing itupun
mengejarnya.
Nasib baik Hero ternampak satu lubang lalu
masuk ke dalamnya. Kucing itu berasa
sungguh marah.
Selepas kucing itu pergi, Hero menarik nafas
lega. Dia teringat semula pada makanan
yang enak tadi.
Hero terlihat sebiji kek di atas meja. Dia pun
terus memanjat meja itu dan mula
memakan kek.
Tiba-tiba, Hero menjerit kesakitan. Rupa-
rupanya dia telah terkena perangkap tikus.
“Aarrrggghhh!” Jeritnya.
Semantara itu,kawan-kawan Hero menjadi
tidak sabar. Mereka tidak dapat menahan
lapar lagi.
“Ayuh kita pergi mencari Hero. Saya harap
dia tidak di tangkap, “ kata seekor tikus
dengan cemas.
“Ada sebuah restoran dekat sini,” kata
seekor tikus yang lain. “Mari mencari Hero
di situ!”
Semua tikus pun masuk ke dalam restoran.
Mereka dapat melihat Hero telah
terperangkap.
Dengan sedihnya Hero berkata, “Saya telah
bercakap besar. Inilah balasannya kerana
suka bercakap besar. “
Tiba-tiba, kucing tadi datang untuk
memakan Hero. Tikus-tikus yang lain lari
lintang-pukang.
Mereka berasa sedih kehilangan Hero dan
juga menyesal kerana tidak dapat
mnyelamatkan Hero.

Anda mungkin juga menyukai