Anda di halaman 1dari 2

4 Golongan Ahli Neraka

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki
itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.
Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya.
Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau
dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh
anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram
apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa
tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita


jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan
adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila
ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan
dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus
memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-


"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA
BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim!
dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah
tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah
swt berikan pada kita.

Tasmim :
Lelaki...seringkali kita Ego....,walhal kita berhadapan dengan seberat-berat
tanggungjawab.Sebagai ayah, sebagai suami, sebagai abang, sebagai anak lelaki mempunyai
amanah yang telah ditentukan oleh Allah terhadap perempuan disekelilingnya.

Perempuan....jika sayangkan ayahmu,jika sayangkan suamimu,jika sayang abangmu, jika


sayang anak lelakimu maka sayanglah mereka dengan menuruti perintah Allah dan jauhi
larangan Allah.

Semoga masyarakat yang lahir dari individu-individu muslim, mu'min mendapat kehidupan
yang barakah dari Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai