Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim Menjadi anak yang soleh atau solehah ni idaman setiap mereka yang bergelar anak Apakah ciri

ciri anak soleh dan solehah.. 1 ) Mentaati kedua ibu bapa Anak yang soleh dan solehah ini sentiasa mentaati ibu bapa mereka selagi mana ia tidak terkeluar dari syarakKita yang sebagai anak ni adakah sentiasa mentaati kedua ibubapa kita ??? cube kita renung dan muhasabah balik diri kitaadakah kita pernah menaikkan suara di depan mereka ataupun kita pernah menyakiti hati mereka ??? Moga-moga kita tidak tergolong didalam golongan di atas Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA ayat yang ke yang bermaksud : dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia . Untuk menjadi anak yang soleh dan solehah perlu mengelakkan daripada berlaku kasar kepada kedua ibubapa kita apatah lagi meninggikan suara setiap kali selesai solatbaca doa : Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku , kasihani mereka sepertimana mereka mengasihiku dan mendidikku sejak kecil lagi .amiin 2 ) Tingkahlaku dijaga dan akhlak dipelihara. Kita perlu menjaga akhlak kita, Jaga tingkah laku daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri atau mendatangkan malu kepada keluarga kadang kala kita tidak perasaan perkara yang kita buat itu mendatang dosatetapi ALLAH itu Maha Pengampunapabila kita melakukan dosa , cepat-cepat kita beristiqfar dan memohon ampun kepada Yang Maha Esa 3 ) Menjaga amalan kerana Yang Maha Esa Anak yang soleh dan solehah perlu menjaga amalan semata-mata kerana Allah. Jangan kecoh terutamanya di dalam solat Dahulukan perkara yang wajib seperti solat diawal waktuapabila solat kita dijaga insyaAllah,amalan amalan kita akan menjadi lebih teraturselain itu jadikan alquran sebagai sahabat karib dikala senang dan susahsentiasa berzikir 4 ) Tiada cinta selain cinta kepada Allah, Tiada rindu selain rindu kepada Rasulullah Cinta Allah mengatasi cinta segala-galanya cinta kepada Rasulullah adalah cinta seterusnya dan cinta ibubapa selepas itu tiada istilah couple bagi yang belum berkahwin kerana ia adalah nafsu semata-mata Zaman sekarang teknologi semakin canggih, perasaan boleh diluahkan melalui pelbagai cara seperti di handphone melalui smsyahoo messenger dan sebagainyatetapi kita kena ingat, biarlah rindu pada Rasulullah mengatasi segala-galanyaitulah ciri-ciri ingin menjadi anak soleh dan solehah. 5 ) Kasih sayang hanya pada ibubapa, Guru dan teman-teman Letakkan kasih saying ibubapa yang paling utama kerana tanpa mereka tidak mungkin kita dilahirkan kedunia ini. Kita boleh melihat pengorbanan seorang ibu yang menanggung keperitan dan kepayahan mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Ibu jugalah yang sanggup bersengkang mata apabila anak jika anak itu sakit,ibu jugalah yang akan menjaga kita.Jadi betapa

kita wajib memberikan kasih sayang kepada ibu kita.Bapa juga tidak kurangnya,mencari rezeki untuk memberi makan kepada anak-anak dan menghantar anak-anak untuk menuntut ilmu. Guru merupakan ibubapa kedua kita apabila berada disekolahtiada guru yang mengajar anak murid mereka untuk bersikap biadap apatah lagi mengajar perkara perkara yang tidak berfaedahmereka semua mahu anak-anak murid mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna untuk keluarga dan masyarakat..itulah sifat bagi seorang anak soleh dan solehah iaitu mengasihi dan menghormati guru-guru. Anak soleh dan solehah juga perlu mengasihi teman-teman, tetapi sebelum itu biarlah mencari teman yang memberikan faedah kepada kita dengan saling ingat mengingati antara satu sama lainbukan sekadar kawan biasasanggup berkorban dikala susah dan senangitulah sebaik-baik teman Pesanan untuk anak lelaki Buat anak lelakitanggungjawab sebagai anak lelaki lebih besar daripada anak perempuankerana bapa telah kembali bertemu dengan Maha Pencipta, maka anak lelakilah yang perlu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluargamenjaga ibu dan keluargaOleh itu,apa yang perlu anak lelaki buat adalah, perlu mendalami ilmu terutama ilmu agamajika kita melihat pada zaman sekarang, apabila berlaku kematian keluarga, terutama ibu bapa, ada anak-anak yang telah menswastakan menguruskan jenazah ibu bapa mereka, anak-anak hanya perlu membayarini bukanlah ciri-ciri dan sifat-sifat anak yang soleh dan solehahanak lelaki juga perlu menjadi imam didalam solat sekiranya ibubapa suruh, bilamana solat berjemaah dirumah, keakraban dan bahagian dalam keluarga itu terpancaranak lelaki juga perlu menjaga dan membimbing keluarga terutama yang ada kakak atau adik perempuantanggungjawab anak lelaki adalah memastikan mereka ini menjaga aurat dan batas-batas pergaulan. Pesanan untuk anak perempuan Buat anak perempuan, tanggungjawab kita tidaklah seberat tanggungjawab anak lelaki, tetapi tidaklah kita sebagai anak perempuan mengambil kesempatan daripada ituanak perempuan perlu menjaga aurat dan batas pergaulan merekabila seorang anak perempuan itu melakukan dosa , bukan sahaja diri sendiri yang menanggung dosa, tetapi bapa juga menanggung dosa anak perempuan ituapakah kita tidak ada rasa kasih sayang kepada bapa ingatlah, sesungguhnya amat mudah mereka yang bergelar wanita itu untuk masuk syurga dan amat mudah juga untuk masuk ke neraka Anak soleh dan solehah sebagai harta, tidak jemu berdoa , agar sejahtera terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai