Anda di halaman 1dari 1

Aku bukan suami terbaik...

YA ALLAH. YANG MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA PENYAYANG.

Aku tahu apa yang aku minta ini satu perkara yang sangat mustahil. Apa yang aku
inginkan adalah engkau kembalikanlah seorang insan yang sangat istimewa bagi
diriku. Dialah yang pernah menyerikan hidup aku. Dan dialah banyak bersama dengan
aku ketika susah dan senang.

Aku ingin menebus kembali segala dosa ku pada mu YA ALLAH. Aku sangat berdosa
kerana tidak menjaga amanah yang engkau berikan kepada aku.

Aku ingin menebus apa yang selama aku bersama dengan isteriku yang telah aku
persiakan. Aku sia-sia dia ketika dia ada bersama aku. Aku abaikan apa aku dapat
ketika kami bahagia.

Aku seorang suami yang pendosa. Aku banyak mengecewakan hati isteri dalam diam. Aku
banyak berkasar dalam percakapan ketika bergurau. Dan aku masih ingat ketika aku
hilang sikap kesabaran melayani seorang wanita bergelar isteri.

Kini tandus segalanya. Aku layu di pusara mu sayang. Aku layu dan aku lemah ketika
aku jejak kaki ke rumah yang kekal bagi engkau. Bunga cinta yang dulu wangi dalam
genggaman ku akhirnya hilang serinya. Tiada ertinya dan tiada lagi hajat untuk aku
memiliki kamu kembali.

Ya ALLAH.
Aku hamba sangat pendosa. Aku sangat kecewa apa yang pernah berlaku. Dia seorang
isteri yang terbaik. Dia seorang wanita yang kuat. Seorang anak yang sangat baik
pada mama dan ayah.

Anda mungkin juga menyukai