Anda di halaman 1dari 12

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Pengenalan

Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian serta


keunikan yang tersendiri. Namun demikian ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu
tertutup dan tidak menerima pengaruh luar sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku
antara tamadun. Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi
dan insan. Ia berlaku di sepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan-kesan positif
dan negatif. Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yang tertentu dan juga
dengan pelbagai cara yang berbeza. Interaksi antara tamadun ini terjadi kerana
wujudnya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah
tamadun dengan tamadun lain. Sifat terbuka sesebuah tamadun ini memberi peluang
kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi
tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Hal ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun
itu daripada menjadi beku dan jumud yang akhirnya boleh meruntuhkannya. Proses
interaksi antara tamadun berlaku disebabkan pelbagai faktor.

Faktor-faktor Interaksi Antara Tamadun

Interaksi tamadun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh dilihat dari
pelbagai sudut. Secara umumnya, interaksi tamadun ini disebabkan sifat toleransi dan
sikap saling hormat-menghormati di antara tamadun. Manakala, secara khususnya,
interaksi di antara tamadun adalah berpunca daripada aspek seperti kepimpinan, sikap
golongan agama, kedudukan geografi, perkahwinan, perdagangan dan misi politik.
(1) Kepimpinan

Faktor kepimpinan memainkan peranan yang amat penting di dalam proses


interaksi tamadun. Sifat pemimpin akan mempengaruhi proses interaksi yang
dilakukan. Ini bermakna, sekiranya pemimpin bersikap adil, bertoleransi dan
menghormati kebudayaan lain, proses interaksi akan berjalan dengan lancar yakni
aman dan damai. Sebaliknya seorang pemerintah atau raja yang zalim serta tidak
mempunyai sifat toleransi akan menyukarkan interaksi antara tamadun.

Dalam mengkaji interaksi antara tamadun kita menemui banyak contoh


pemimpin atau raja yang mempunyai sifat toleransi. Sebagai contoh, Nabi Muhammad
s.a.w yang merupakan pemimpin yang mempunyai sifat toleransi yang tinggi dalam
kepimpinannya . Baginda tidak menyekat kegiatan orang Yahudi dan Kristian semasa
pemerintahan Islam di Madinah. Sebaliknya hak golongan ini dilindungi secara
perundangan. Hal yang sama berlaku semasa zaman pemerintahan Khulafa al-
Rasyidin serta kerajaan-kerajaan Islam selepasnya. Di saamping sikap toleransi
pemimpin yang menjadi penggalak kepada proses interaksi antara tamadun terdapat
juga pemimpin yang bersikap zalim dan tidak bertoleransi sehingga mewujudkan konflik
di kalangan masyarakat. Antaranya, sikap tidak bertoleransi Han Wu Ti (Dinasti Han)
yang memihak kepada cendekiawan konfusianisme berbanding sami Buddha.

(2) Sikap golongan agama

Sikap golongan agama seperti sami, paderi serta alim -ulamak merupakan
faktor yang sangat banyak mempengaruhi proses interaksi di antara tamadun.
Lazimnya golongan ini berusaha untuk mewujudkan suasana harmoni dan memberi
penekanan kepada sifat-sifat keinsanan. Sikap golongan agama ini menjadi penentu
kepada hidup beragama secara harmoni di mana kerukunan hidup bersama-sama
insan yang mempunyai agama yang berbeza diterapkan. . Dalam Tamadun Islam,
golongan agama merupakan para ulama manakala Tamadun India yang berteras
kepada agama Hindu, minoriti kasta Brahmin menjadi tunggak kepada agama.
Golongan agama dalam kepercayaan Buddha pula didukung oleh sami sementara
paderi menguasai fahaman Kristian.

Sikap golongan agama yang berakhlak seperti yang dipamerkan ulama Islam di
Alam Melayu memudahkan proses interaksi dan Islamisasi berlaku. Mereka berjaya
memberikan tasawwur Islam (pandangan Islam) yang sebenar sehingga terbentuknya
pendidikan formal melalui institusi seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah
(Acheh). Kesannya, Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli dan beberapa ulama lain
terkenal di rantau Melayu.

Namun demikian, terdapat juga golongan agama yang mencetuskan konflik


seperti tindakan Paus Urban II yang mengadakan perjumpaan besar-besaran dengan
penganut Kristian di Perancis pada tahun 1095 M untuk memerangi orang Islam yang
dikatakan bertindak zalim kepada penganut Kristian. Konflik ini juga berlaku ketika
pemerintahan Dinasti Han apabila seorang pemerintah memenjarakan segolongan sami
dan penganut Buddha. Namun, konflik yang berlaku tidak menghilangkan kepercayaan
dalam kalangan masyarakat Asia kerana agama dan penguasanya tetap berada pada
kedudukan yang tinggi.

(3) Geografi

Seperti yang diketahui, sejarah sering menyebut tentang pentingnya kedudukan


geografi yang strategik dan menjadi laluan utama dalam aktiviti perdagangan. Hal ini
juga turut memberi kesan yang sama sehingga berlakunya interaksi tamadun.
Contohnya, Tamadun China berinteraksi dengan pelbagai tamadun lain kerana terdapat
dua laluan utama iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan darat dan laut. Laluan
sutera darat menghubungkan China dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke
Peking. Manakala, laluan laut pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India,
Kepulauan Melayu hingga ke Canton di Tenggara China. Kedua-dua laluan ini
membolehkan negara-negara terlibat berinteraksi dan menjalankan aktiviti
perdagangan. Pelabuhan Melaka juga terkenal kerana kedudukan geografinya yang
strategik dan terlindung dari angin monsun. Pelabuhan ini menjadi tumpuan dan
persinggahan para pedagang. Aktiviti perniagaan berlaku di Pelabuhan Melaka
disebabkan ramai pedagang yang singgah.

(4) Perkahwinan

Dalam pada itu, perkahwinan juga antara faktor penting dalam proses interaksi
tamadun. Contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dan Puteri Pasai dalam
kalangan golongan bangsawan dan pemerintah. Di rantau Alam Melayu juga,
berlakunya interaksi di antara penduduk tempatan dengan pedagang Arab dalam
tempoh mereka bermukim di situ sementara menunggu angin monsun. Perkahwinan ini
juga membawa kepada Islamisasi kerana gadis tempatan perlu diislamkan terlebih
dahulu sebelum berkahwin dengan pedagang Arab. Malahan, ahli keluarga gadis
tersebut juga turut sama menerima Islam dalam kehidupan mereka.

(5) Perdagangan

Hubungan perdagangan di antara Arab dan China memang membuktikan


perdagangan sebagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya interaksi.
Hubungan kedua buah negara tersebut bermula sejak 3 Masihi lagi. Malah, pedagang
Arab dan Parsi membina penempatan di Kwang Cho (Canton), Chang Chow dan
Chuan Chow. Masjid turut didirikan di Guangzhou yang membuktikan berlaku
Islamisasi di wilayah tersebut.

Alam Melayu turut berinteraksi dengan Arab secara tidak langsung apabila
pedagang Arab singgah sementara menunggu angin yang sesuai sebelum ke China.
Catatan Marco Polo tentang pengislaman Perak pada tahun 1292 M menunjukkan
berlakunya proses Islamisasi.
(6) Politik

Misi politik yang dimaksudkan ialah hubungan diplomatik seperti Alam Melayu
dengan China. Hubungan diplomatik dengan China berlaku sejak 1404 M seperti yang
tercatat dalam sejarah Melaka. Tujuan Melaka mengadakan hubungan diplomatik ini
adalah untuk mendapatkan perlindungan dari ancaman Siam. Laksamana Cheng Ho
yang beragama Islam dihantar ke Melaka yang secara tidak langsung menggalakkan
Islamisasi di rantau Alam Melayu. Perlindungan ini juga memberi kesan yang sama
kepada negeri-negeri di Kepulauan Melayu seperti Kedah, Johor, Kamar dan
sebagainya.

Persamaan dan perbezaan antara tamadun

Semua tamadun menekankan perihal kerohanian, mempunyai doktrin dan


amalan-amalan tertentu yang berbentuk ritual dan spiritual. Demikian juga
kepercayaan tentang kehidupan selepas mati, pembalasan terhadap perbuatan
manusia dan pelbagai aspek lainnya. Namun begitu, terdapat juga perbezaan yang
berpunca daripada manifestasi ketuhanan yang ada pada setiap agama. Ajaran agama
Buddha pula untuk melenyapkan karma, memutuskan lingkaran Samsara dan
mencapai Nirwana. Cara mencapai pembebasan mutlak ini disebut Empat Kebenaran
Utama iaitu hidup adalah penderitaan, penderitaan disebabkan keinginan memenuhi
keperluan dunia, penderitaan dapat dihapuskan dengan menindas hasrat atau
kehendak dan cara menyingkirkan hasrat adalah melalui Astamarga atau Jalan Lapan
Lapis .

Persamaan antara tamadun juga meliputi peraturan hidup bermasyarakat.


Perbezaan dalam peraturan ini hanyalah dari segi sumber, penguatkuasaan dan aspek-
aspek lain. Umpamanya, Tamadun Islam bersumberkan wahyu dalam bentuk Al-Quran
dan Al-Sunnah. Sementara, Tamadun China berasaskan kepada falsafah Kung Fu Tze
dan Taoisme serta ajaran Gautama Buddha.
Dalam aspek etika, perbezaan dari sudut sumber dan pandangan sarwajagat
setiap tamadun boleh dilihat dari aspek politik dan pemerintahan. Kebanyakan tamadun
menekankan aspek moral dan akhlak sebagai asas politik dan kerajaan. Contohnya
Islam mengutamakan politik dan kepimpinan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai
rujukan dalam pemerintahan. Prinsip utama yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w.
ialah prinsip syura, ‘adalah, musawah dan hurriyah. Dalam tradisi Islam, raja atau
pemerintah perlulah berlaku adil dan mengelakkan kezaliman.

Aspek pendidikan juga merupakan aspek penting dalam etika. Pendidikan dapat
membentuk peribadi insan yang diharapkan dapat menyebarkan ilmu pengetahuan
kepada orang lain. Dalam ajaran agama Buddha dan Hindu, aspek pendidikan yang
ditekankan ialah proses mencari diri sendiri iaitu self-discovery. Dalam pada itu, kedua-
dua agama ini juga menekankan elemen ilmu dan amalan kerohanian dalam
melahirkan seorang insan yang baik.

Dalam aspek ekonomi pula, semua tamadun menolak amalan rasuah, penipuan
dan penindasan. Kegiatan ekonomi seperti membuat kebajikan, bersedekah dan
membela golongan miskin amat digalakkan.Ekonomi ketika Tamadun Barat berasaskan
pemikiran sekular dan ideologi manusia yang telah memperkenalkan sistem ekonomi
kapitalis. Sistem ini lebih mengutamakan keuntungan material dan kebangkitan individu
atau kumpulan tertentu sebagai kuasa pasaran. Sistem ini berdasarkan teori Adam
Smith (1723-1790 Masihi) yang mengatakan sistem pengeluaran sesebuah negara
terdiri daripada unsur sumber alam, sumber manusia dan stok barang yang ada.
Pengalaman sistem kapitalis telah menyebabkan penubuhan institusi kewangan (bank)
di Barat seawal tahun 1587 Masihi.

Aspek kekeluargaan juga aspek penting di dalam etika yang dianggap sebagai
asas pembentukan sesebuah masyarakat. Ajaran Konfusius dalam Tamadun China
menekankan pentingnya hubungan kasih sayang. Kasih sayang dapat mewujudkan
hubungan harmoni dalam masyarakat. Konfusius telah memperkenalkan konsep alai
yang menekankan hubungan sesama manusia seperti hubungan maharaja dengan
rakyat, hubungan bapa dengan anak, hubungan abang dengan adik, hubungan suami
dengan isteri dan hubungan kawan dengan kawan.
Seterusnya ialah aspek kesenian dan kebudayaan. Seni menurut agama Buddha
terdiri daripada keindahan perhiasan, keindahan jasmani, keindahan tingkah laku dan
keindahan batin. Manusia dapat memiliki keindahan melalui dua Darma indah iaitu
Khanti dan Soracca. Dalam seni Islam pula, falsafah seni Islam berteraskan tauhid
walaupun terhasil pada pelbagai aneka karya seni. Dalam Tamadun China pula, karya
seni merangkumi seni lukis dan seni kaligrafi yang menjadikan unsur alam sebagai
tema utama.

Aspek alam sekitar juga merupakan aspek penting yang tergolong dalam etika.
Islam menghargai alam sekitar yang merupakan tanda-tanda kewujudan Allah SWT.
Lao Tze telah mengemukakan falsafah tao sebagai kekuatan di mana manusia cuba
menjalin dirinya dengan alam. Konsep ini serupa dengan konsep Wu-Wei dalam aliran
Konfusius yang mentafsir kehidupan di alam ini adalah hasil dari pergerakan alam yang
berterusan. Seseorang dianggap dapat berhubung denganalam apabila berjaya
menghubungkan diri dengan tao melalui pembersihan jiwa atau mengosongkan diri dari
dua perkara yang keterlaluan.

Aspek terakhir yang terkandung dalam etika ialah aspek institusi agama. Masjid
merupakan institusi agama Islam yang menjadi institusi penting dalam pendidikan sama
ada berkenaan ilmu Islam atau informasi setempat. Kuil dan candi pula rumah ibadat
penganut agama Hindu dan Buddha. Kuil menjadi pusat pendidikan oleh sami-sami
Hindu dan Buddha. Candi pula bangunan yang berkait dengan aspek keagamaan
seperti Candi Borobudur. Gereja pula berperanan sebagai tempat ibadat penganut
Kristian, pusat pendidikan agama Kristian dan untuk aktiviti masyarakat setempat.
Perkembangan ini melahirkan sekolah-sekolah missionari yang mendapat pembiayaan
pihak gereja.
PERSAMAAN
ASPEK CHINA ISLAM
 meletakkan lima hubungan  menyeru kepada
asas antara manusia dengan perkara yang sama –
manusia (konsep li):- pentingkan
Kekeluargaan  Anak patuh pada ibu bapa kekeluargaan –
 Adik patuh pada abang berdasarkan al-Quran
 Isteri patuh pada suami – hubungan anak dan
 Murid patuh pada guru ibu bapa berdasarkan
 Rakyat patuh pada raja hak & tanggungjawab

 pembentukan masyarakat  ikatan masyarakat


banyak dipengaruhi sistem bukan setakat
kekeluargaan mereka - sesama kerabat tetapi
kuasa bapa atau lelaki sesama agama dan
kemasyarakata adalah penting sesama manusia
n  Sistem kekerabatan (orang Islam dan
berasaskan hubungan darah bukan Islam)
penting dalam pembentukan  Mementingkan ikatan
masyarakat Cina – sistem kasih sayang,
kelas dalam masyarakat bertolak ansur ketika
ditentukan oleh tahap berhubungan dalam
pendidikan & kemahiran masyarakat-
mementingkan
golongan lelaki dan
wanita – sama rata
 Tidak wujud kelas
hamba – semua
manusia sama –
takwa yang
membezakan
Alam Sekitar  alam perlu dijaga agar tidak  lebih jelas
menjejaskan kehidupan kepentingan menjaga
secara keseluruhan alam sekitar kerana ia
adalah kurniaan Allah
yang digunakan untuk
faedah dan
kepentingan hidup
manusia

Idea Intelektual  perkenalkan kod 17 perkara  penulis-penulis


seperti al-Farabi, al-
Ghazali dll – tumupan
kepada pemimpin &
kepimpinan
 Bersandar agama
tidak boleh
dipisahkan dengan
politik – berbeza
dengan sekularisme
 Al-Quran * al-Hadis –
panduan
 Keadilan – prinsip
utama – cth : Nabi
Muhammad s.a.w

Teologi(Agama)  menekankan konsep ketuhanan


 mempunyai doktrin & amalan2 tertentu
Pendidikan  untuk membentuk peribadai seseorang individu
 tugas menyampaikan ilmu -tanggungjawab mulia

PERBEZAAN
ASPEK CHINA ISLAM
1) Kekeluargaan dan  menyeru untuk  matlamatnya lebih
kemasyarakatan mewujudkan jauh lagi iaitu untuk
suasana harmoni mendapat keredhaan
dalam hubungan & keberkatan Allah
kekeluargaan dan s.w.t
masyarakat
 konsep reinkarnasi  konsep monoteisme
2) Teologi(Agama) @ penjelmaan
semula
 transformasi sifat  tauhid
3) Pendidikan dicapai melalui
proses mengenal
diri sendiri
 ajaran Confucius  Politik dan agama
4) Politik dan menekankan tidak boleh dipisahkan
Kerajaan hubungan  Prinsip-
pemerintah dengan keadilan,syura,wasatiy
rakyat yah
5) Institusi  Kuil  masjid
Keagamaan

Kesimpulan

Tamadun sesebuah masyarakat bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya bersifat


terbuka. Sifat inilah yang memberi peluang kepada berlakunya interaksi antara
tamadun. Interaksi antara tamadun menghasilkan dua kesan yang penting iaitu kesan
positif dan negatif. Kesan positif memberi pengukuhan kepada sesuatu tamadun.
Elemen-elemen atau ciri-ciri tamadun luar yang diterima oleh sesuatu tamadun akan
mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Sementara kesan negatif pula seringkali
mewujudkan konflik antara masyarakat yang memiliki tamadun yang berbeza. Konflik ini
dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti teologi, ekonomi, sosial dan politik. Faktor yang
lebih sering menjadi penyebab kepada konflik ini ialah faktor teologi.

Dalam interaksi antara tamadun juga kita dapati kesan yang terhasil daripada
interaksi itu juga tidak sama bagi kedua-dua tamadun. Bagi tamadun yang lebih tinggi
dan lama, ia lebih banyak mempengaruhi ataupun meninggalkan unsur-unsur penting
kepada tamadun yang lebih rendah. Sebaliknya tamadun yang lebih rendah,
pencapaiannya akan lebih bersifat receptive, walaupun ia turut mempengaruhi tamadun
yang lebih tinggi. Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini akan dapat
memperkayakan tamadun tersebut serta mengelakkannya daripada menjadi jumud,
beku dan statik. Hasilnya, sesuatu tamadun yang terbuka dan dapat mengasimilasikan
pengaruh luar itu akan semakin berkembang dan melahirkan perubahan-perubahan
yang penting.

Bibliography

1. (n.d.). Retrieved February 19, 2011, from http://www.dapat.net


2. (2009, September 25). Retrieved February 19, 2011, from
http://rujuknota.blogspot.com

3. Aros, A. H. (1957-2007). In Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS).


Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.

4. (2000). Interaksi Antara Tamadun. In A. m. Dali, TITAS kertas 1 (pp. 37-60).


Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti sdn.Bhd.

5. Sandom, R. (2009). Retrieved February 19, 2011, from http://www.scribd.com

6. Yazid, A. A. (2009). In P. P. Bhd, Pengajian Tamadun Asia. Pahang Darul


Makmur.

Anda mungkin juga menyukai