Anda di halaman 1dari 2

Ekologi

kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam persekitarannya.Semua hidupan
terpaksa saling bergantung sesama sendiri dan perlu bergantung kepada persekitarannya dalam
komuniti masing-masing atau dengan komuniti lain.

Rantaian Makanan
Pemindahan tenaga secara sehala,lurus,dan mudah.Ia melibatkan aras trofik yang bermula dari
pengeluar ke pengguna hinggalah ke pereput atau pengurai yang berlaku di dalam sesebuah
ekosistem

Siratan Makanan
Pemindahan tenaga secara bersilang dan kompleks antara organism-organisma yang hidup dalam
sesebuah ekosistem.Sesuatu organisma itu boleh menjadi mangsa atau pemangsa bukan kepada satu
organisma sahaja tetapi kepada banyak organism

Aras Trofik
Aras-aras makanan yang ada dalam sesebuah ekosistem secara berturutan

Keseimbangan Dinamik
Tahap keseimbangan yang sentiasa berubah-ubah mengikut gangguan yang
berlaku dalam sesebuah ekosistem
Aliran Tenaga
Proses perpindahan tenaga dari satu aras trofik ke satu aras trofik yang lain apabila berlaku situasi
“makan dan dimakan” dalam sesebuah ekosistem itu.Tenaga yang disimpan dan mengalir dalam
sesebuah ekosistem biasanya dalam bentuk tenaga kimia dan juga tenaga haba.Tenaga kimia akan
disimpan manakala tenaga haba akan dibebaskan

Kitar Nutrien
Kitar bahan kimia atau unsur kimia(bahan bukan organik) yang ada dalam sesebuah
ekosistem.Ia berlaku secara berterusan dan berkesinambungan dalam edaran yang lengkap dan
sempurna

Ekosistem
Sistem ekologi yang lebih kecil yang juga memperlihatkan pertalian antara
komponen-komponennya

Penyahhutanan
Penghapusan hutan secara besar-besaran.Kawasan hutan ditebang dan
dimusnahkan dengan pelbagai cara dan tujuan
Pembangunan Lestari
Adunan pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar daripada musnah
Komponen Biotik
Komponen hidupan di dalam sesebuah ekosistem boleh dipecahkan kepada tiga peringkat iaitu
peringkat pengeluar,pengguna,dan juga pengurai

Komponen Abiotik
Komponen bukan hidupan di dalam sesebuah ekosistem boleh dibahagikan kepada empat jenis
yang utama iaitu; air,tanah,udara,dan bahan-bahan nutrien atau dikenali juga sebagai bahan
mineral (zat galian)

Anda mungkin juga menyukai