Anda di halaman 1dari 2

Senario 1: Dialog antara dua gadis kampung.

Cik Wan adalah wanita yang bersuami


tetapi dimain kayu tiga. Cik Siti adalah anak dara yang batu api. Cik Wan sedang
memberikan makan kepada ayam-ayamnya dan terserempak dengan Cik Siti.

Cik Wan: Pancaran mentari menerangi bumi


Hujan gerimis di malam hari
Amboi, CIk Siti nampak berseri
Hendak berjumpa Si Jantung hati?

Cik Siti: Anak kucing bermain tali


Sambil bermain, menari-nari
Memanglah CIk Wan bijak bistari
Tekaanmu itu tepat sekali! ( nada malu/segan)

Cik Wan: Bunga melur indah di taman


Yang indah dipetik, dijual di pekan
Bertuah sungguh Cik Siti rupawan
Bukan sepertiku, suami pun tak hiraukan

Cik Siti: Ombak menari memukul pantai


Bermain air di waktu senja
Ini mesti Pak Dolah buat perangai
Takkan Cik Siti berdiam sahaja? (nada sinis, batu api)

Cik Wan: Diam-diam Si ikan pari


Jika disengat, sakit sekali
Jangan sangka ku berdiam diri
Akan ku buktikan siapa diriku ini
Senario 2: Dialog antara Cik Wan dengan Pawang.

Cik Wan: Kelmarin ku datang meminta petua


Untuk membuat dia setia
Hari ini ku datang dendam membara
Buat dia merana selama-lamanya

Pawang: pecah periuk di atas tangga


kuah mengalir ke tepi paya
pintamu itu ku jalankan segera
agar kau tau kuasaku yang ada

Pawang will read mantera

Anda mungkin juga menyukai