Anda di halaman 1dari 9

Isi kandungan

1. Rujukan Makalah.................................................2

2. Tujuan Kajian...................................................2

3. Objektif Kajian.................................................2

4. Bentuk Makalah..................................................3

5. Abstrak.........................................................3

6. Dapatan Kajian..................................................3

KEKUATAN.........................................................5

KELEMAHAN........................................................5

Bagaimana Paired Reading dilaksanakan............................5

7. Kesimpulan Kajian...............................................6

8. Sumbangan kajian................................................7

9. Soalan-soalan...................................................8

10. Senarai Rujukan................................................8

11. Refleksi.......................................................9
ULASAN MAKALAH / ARTIKEL

1. Rujukan Makalah
1.1. Penulis: CATHY L. FIALAAND SUSAN M. SHERIDAN
Tajuk Makalah: PARENT INVOLVEMENT AND READING: USING
CURRICULUM-BASED MEASUREMENT TO ASSESS THE EFFECTS
OF PAIRED READING.
1.2. Nama Makalah :Psychology in the Schools
1.3. Volume :40
1.4. Bilangan :6
1.5. Tahun:2003
1.6. Bilangan Muka Surat :15 ms.
1.7. Terbitan :Wiley InterScience
1.8. Tempat Terbitan :University of Nebraska, USA

2. Tujuan Kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengukuhkan keberkesanan
bimbingan ibubapa terhadap anak-anak mereka melalui Paired
Reading.
Ia adalah lanjutan dari kajian-kajian yang telah dilaksanakan
terlebih dahulu yang memberi impak yang memberangsangkan terhadap
kelancaran pembacaan kanak-kanak.
Kajian juga dilaksanakan bagi menunjukkan betapa kekerapan
bimbingan lagi berterusan dari ibubapa akan menjadikan kelancaran
pembacaan serta minat membaca dikalangan kanak-kanak akan
meningkat.

3. Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai objektif untuk meneruskan keprihatinan
terhadap kajian masa lalu berhubung dengan pembacaan . Khususnya
dalam kajian kali ini merungkai persoalan-persoalan berikut:
(1) Adakah pembacaan bimbingan ibubapa melalui Paired Reading
dengan bahan yang terkawal menghasilkan satu peningkatan
ketepatan dan kelancaran bacaan berasaskan pengukuran
kurikulum dalam pelbagai gred?;

2
(2) Dapatkah ibubapa melaksanakan Paired Reading dengan latihan
atau pendedahan yang minimal?; dan
(3) Bagaimana Ibubapa dan anak-anak mereka menilai
kebolehterimaan Paired Reading and sejauh mana peserta dapat
membandingkan dengan pasangan yang lain?

4. Bentuk Makalah
Makalah ini berbentuk emperikal berasaskan kepada kajian-kajian
yang dilaksanakan dengan dapatan-dapatan berbentuk persampelan
yang disertakan serta data-data statistik dari kajian
tersebut.Hasil dari kajian ini pengkaji telah dapat membuktikan
Paired Reading sebagai satu Kaedah pengajaran yang berkesan.

5. Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan bacaan secara
berpasangan (Paired Reading) dengan menggunakan penilaian
berasaskan kurikulum kepada satu per empat dan 2 pelajar gred 3
yang mempunyai tahap pencapaian bawah sederhana. Ibubapa bersama
anak-anak menggunakan kaedah Paired Reading ini selama 10 minit
dirumah mereka untuk 5 hari seminggu selama 6 minggu. Mereka
dibekalkan dengan bahan bacaan yang berasas kurikulum sedia ada.
Hasil kajian telah menunjukkan kebolehbacaan kanak-kanak tersebut
meningkat dari aspek ketepatan dan kadar kelajuan bacaan yang
meningkat mengikut pengukuran Penilaian Kurikulum yang
dilaksanakan pada pra dan post pembacaan. Hasilnya menunjukkan
sambutan dan keberkesanan kaedah dalam meningkatkan pembacaan
dikalangan kanak-kanak dengan bantuan ibubapa mereka.

6. Dapatan Kajian
Kajian telah dilaksanakan terhadap 3 pasangan atau keluarga
iaitu Bob dan Ibunya, Sue dan Ibunya dan Joe bersama Ibu dan
bapanya. Mereka telah dikawalselia sepanjang kajian selama 6
minggu dengan bahan disediakan oleh Pengkaji.
Pengkaji telah dapat membuktikan terdapatnya peningkatan
keberkesanan bacaan dikalangan kanak-kanak dengan bimbingan
ibubapa mereka yang dikaji.Rujuk Rajah 1;

3
Juga kajian telah berjaya memberi kesan kefahaman bacaan
terhadap kanak-kanak dengan bimbingan ibubapa sebagaimana
ditunjukkan dalam Rajah 2 setelah Pre dan Post Test dijalankan
terhadap 3 keluarga berkenaan.

Rajah 1.

Slope Values and Mean Words Correct Per Minute Across Experimental
Phases and Corresponding Effect Sizes
Slope Values Baseline Paired Reading Effect Size
Bob 477 .593 2.038
Sue 1.16 .469 .968
Joe .813 .169 .652

Mean Words Correct Per Minute


Baseline Paired Reading Follow Up
Bob 80.7 (171)a 93.3 (184) 112 (219)
Sue 64.3 (107) 66.4 (110) 77 (113)
Joe 67 (107) 73.4 (110) 89.5 (113)
a Values in parentheses represent mean words correct per minute for
comparison peers.

Pengkaji membuat post test dalam kajian ini dan telah dapat
mengesahkan terdapatnya peningkatan sebagaimana yang ditunjukan
dalam rajah 2;

Rajah 2
Pre- and Posttesting Scores on Woodcock-Johnson
Subtests
Letter-Word Identification Passage Comprehension
Pre Post Pre Post
Bob 3.8 4.7 3.0 3.9
Sue 3.1 4.1 3.9 5.1
Joe 3.1 4.4 3.0 4.2
Note: Scores presented are grade equivalents

4
KEKUATAN
 Ia dapat memberikan bacaan sebenar oleh kanak-kanak
tersebut.
 Satu kaedah yang seronok, mudah lagi berkesan untuk
dilaksanakan dirumah.
 Satu penglibatan terus ibubapa-anak-anak secara jangka masa
yang panjang yang dilakukan mengikut fasa kelajuan atau masa
kelapangan mereka.
 Ibubapa yang berpelajaran dapat memberikan tumpuan kepada
isi pembacaan anak-anak selain dari memperbaiki pembacaan
anak-anak tersebut.

KELEMAHAN
 Kanak-kanak punya kelebihan memilih teks sendiri yang
menjurus kepada meilihan kepada teks yang senang.
 Pemilihan kepada teks yang sukar akan menimbulkan kekeciwaan
untuk meneruskan pembacaan.
 Timbul persoalan samada ibubapa dapat melaksanakannya dengan
berkesan tanpa mengikut latihan atau mendapat latihan secara
singkat.
 Dan dapatkan ditentukan kesahihan bimbingan ibubapa itu
benar-benar dapat mempertingkatkan pembacaan kanak-kanak
berkenaan.

Bagaimana Paired Reading dilaksanakan


Tatacara Pembacaan Paired Reading
1. Masa Warm-up (beberapa minit perbualan tidak formal sebelum
permulaan bacaan Paired Reading sekiranya diperlukan).
2. Ibubapa menentukan masa 10 minit.
3. Kanak-kanak memilih cerita atau material untuk dibaca
sebagaimana yang disediakan untuk mereka.
4. Ibubapa dan kanak-kanak membaca secara serentak.
5. Ibubapa menegur apabila kanak-kanak melakukan salah satu
kesilapan berikut:menggantikan perkataan yang sedia ada dan
mengenepikan perkataan dalam bahan yang dibaca dan berhenti
lebih lama dari dari kiraan tiga bagi satu-satu perkataan.
6. Ibubapa meakukan pembetulan:

5
a. ibubapa memberhentikan pembacaan kanak-kanak;
b. ibubapa menunjukkan perkataan dan menyebutnya;
c. kanak-kanak menyebut perkataan tersebut;
d. seterusnya bacaan diteruskan.
7. Kanak-kanak menunjukkan isyarat meneruskan bacaan.
8. Ibubapa memberi pujian apabila bacaan diteruskan dalam
bentuk isyarat.
9. Kanak-kanak meneruskan bacaan secara sendiri.
10. Ibu bapa akan menyampuk apabila kanak-kanak melakukan
kesilapan sebagaimana proses diatas.
11. Ibubapa menggunakan kaedah pembetulan sebagai diatas.
12. Ibubapa memberi pujian setidak-tidaknya sekali selain
ketika kanak-kanak memberi isyarat untuk membaca sendiri.
Contoh; membaca perkataan yang sukar, mencuba menyebut
perkataan yang sukar)
13. Bercerita secara tidak formal atas apa yang dibaca

7. Kesimpulan Kajian
 Pembacaan merupakan sesuatu usaha yang berterusan tanpa
mengira masa, kedudukan dan tempat. Untuk lebih maju ia
harus menjadi amalan hidup bagi masyarakat dengan
membudayakan ilmu.
 Ibubapa adalah orang yang paling hampir atau dekat dengan
anak-anak mereka. Justeru itu mereka merupakan individu yang
mengenali sepenuhnya anak mereka dari segi kekurangan,
kelebihan, naluri dan keperluan mereka.
 Pembacaan yang bersahaja, menyeronokkan, mudah dilakukan
secara informal akan memberikan gambaran keupayaan kanak-
kanak sebenar tanpa paksaan atau tekanan dari pihak-pihak
tertentu.
 Memberikan kesinambungan pembelajaran disekolah diteruskan
dirumah disambing melibatkan ibubapa untuk bersama
menentukan kejayaan pembelajaran anak-anak mereka.
 Tidak dinafikan pembelajaran dirumah dapat meningkatkan
keupayaan pembelajaran kanak-kanak atas faktor keselesaan
berada dirumah selain dari jauh dari rasa malu dikalangan
kawan-kawan sebaya disekolah.

6
 Oleh yang demikian, faktor keupayaan ibubapa membimbing
ataupun tahap pendidikan ibubapa itu merupakan faktor yang
amat penting untuk kaedah Paired Reading ini boleh berjaya.
 Terdapat ibubapa yang memerlukan kursus lebih mendalam dalam
menjalankan kaedah Paired Reading ini. Namun begitu bagi
sesetengah ibubapa yang mempunyai taraf pendidikan yang baik
atau tinggi hanya memermukan pendedahan yang minimal bagi
melaksanakan kaedah tersebut.
 Berasaskan kajian lalu yang mana Paired Reading ini
dijalankan 4 hari seminggu, kajian ini dilaksanakan dalam 5
ke 6 hari seminggu selama 6 minggu berterusan, amatlah jelas
terdapat peningkatan yang sunggoh memberangsangkan.
 Pengecaman kepada perkataan dan kefahaman terhadap petikan
menunjukkan peningkatan yang sangat baik ( rujuk rajah 3)

8. Sumbangan kajian
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini adalah sangat relevan
dan signifikan terhadap sistem pendidikan negara keseluruhannya
dan kerelevanan serta kesignifikanannya melangkaui batasan ilmu
dan zaman. Ini adalah kerana membaca merupakan asas bagi segala-
galanya sama ada khusus dalam pendidikan mahupun kehidupan
manusia.
Seandainya kajian ini dapat diapplikasikan sebagai satu kaedah
pengajaran tidak langsung dikalangan setiap keluarga,
seharusnyalah tidak akan berlaku masalah tidak boleh membaca
ataupun masalah tidak menguasai 2M maupun 3M didalam dunia
persekolahan negara kita.
Kaedah ini sekiranya dapat dipraktikkan ia akan memberikan
kesan yang sangat positif dalam hubungan kekeluargaan, yang mana
pada masa kita sentiasa membincang betapa longgar nya ikatan
kekeluargaan dikalangan masyarakat kita yang menjadikan satu
masalah sosial yang besar.
Walaupun penglibatannya nampak minimal, namun impaknya sangat
besar bagi melahirkan satu masyarakat Malaysia yang berilmu
selari dengan wawasan negara untuk membina modal insan yang
berpengetahuan dan berdaya saing didalam era globalisasi kini.

7
Membaca adalah saluran utama yang asas bagi mendapatkan
segala ilmu pengetahuan terutama dalam sistem pendidikan
Malaysia aspek bacaan adalah antara komponen kemahiran berbahasa
yang dititikberatkan. Ia terkandung dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah sebagai satu
kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. ( 3M iaitu membaca,
menulis, mengira ). Di sekolah, kemahiran membaca diajarkan
menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan serta berterusan. Ia
diajarkan berperingkat-peringkat dengan bacaan mekanis dikenal
pasti sebagai kemahiran asas membaca. Satu objektif tersendiri
ditetapkan untuk dicapai oleh pelajar semasa di sekolah.

9. Soalan-soalan
1. Berdasarkan hasil akhir kajian tersebut, masih terdapat ruang
yang membolehkan kajian ini diteruskan seperti sejauh mana
keberkesanan kaedah Paired Reading ini boleh dijayakan kawasan
penduduknya yang mempunyai tahap sosio-ekonomi yang rendah?
2. Bagaimanakah kaedah ini boleh dijayakan kepada kanak-kanak
yang mempunyai ibubapa yang sememangnya illiterate atau buta
huruf?
3. Apakah alternatif yang boleh kita lakukan dalam Paired Reading
ini untuk membolehkan kanak-kanak menguasai pembacaan dari
bahan yang dari bahasa kedua atau bahasa lain?
4. Pada hakikatnya sejauh mana keupayaan ibubapa atau pun
komuniti itu dapat menyediakan bahan-bahan bacaan yang sesuai
atau pun lebih mencabar kepada anak-anak untuk satu jangka
masa yang panjang dan berterusan?

10. Senarai Rujukan


1. PARENT INVOLVEMENT AND READING: USING CURRICULUM-BASED
MEASUREMENT TO ASSESS THE EFFECTS OF PAIRED READING
CATHY L. FIALAAND SUSAN M. SHERIDAN
University of Nebraska–Lincoln –
2003 Wiley Periodicals, Inc.
11. Refleksi.

8
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji telah menarik saya
untuk memikirkan beberapa perkara yang ada hubung kaitnya
dengan keintiman kekeluargaan, ilmu membaca dan pendidikan.
Institusi keluarga sangat memainkan peranan penting dalam
pembentukan budaya membaca untuk masyarakat kita pada masa kini
dan akan datang.
Ibubapa bukan hanya sekadar memberikan keperluan harian
seperti makan dan minum serta tempat tinggal, malah dalam
memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan anak-
anak terutama pada peringkat awalan. Namun budaya membaca yang
telah dipupuk dari kecil membolehkan ia menjadi amalan harian
kepada keluarga bagi melahirkan masyarakat berilmu.
Sebagai seorang pendidik dan juga ibubapa, saya
berpendapat bahawa seandainya kita dapat melaksanakan kaedah
ini secara berterusan, InsyaALLAH kita dapat membentuk anak-
anak untuk lebih berjaya dari segi membudayakan ilmu. Disamping
itu kita dapat mengukuhkan institusi keluarga itu sendiri.

Sekian. Terima kasih.

MOHAMMAD ZAWAWI BIN ABU BAKAR

Anda mungkin juga menyukai