Anda di halaman 1dari 9

Falsafah dan Logika Melayu JXEX1104

Fa lsafah
dis ebalik
Teks Hikayat
Hang Tuah

Tugasan : JXEX 1104

Nama : Haizurah Binte

Kadir Mydin

No. Matrix : JEA080704

Lampiran Teks Hikayat Hang Tuah yang akan dikupaskan


Setelah Hang Jebat mendengar kata Laksamana demikian, maka ia pun

hairan, seraya berkata, ”Hai Orang Kaya Laksamana, keranamulah maka aku

berbuat pekerjaan ini. Pada bicara ku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku

tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, taiada aku berbuat

pekerjaan demikian ini.” Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat, menyesalkah

engkau?” Maka kata Hang Jebat, “Hai Laksamana, samana, sekali-kali tiada aku

menyesal dan takut akan mati, tetapi aku sudah tahu akan kematianku ini pada

tanganmu, di mana dapat kusalahi lagi? Tetapi tuan hamba lihatlah tikam Si Jebat

derhaka ini, empat puluh hari orang Melaka membuangkan bangkai dalam negeri

Melaka ini dan tiada menderita bau busuk bangkai. Sepala-pala jahat janganlah

kepalang; kuperbuatsungguh-sungguh.” Maka sahut Laksamana, “Hai Si Jebat,

tersalah citamu itu. Apapun pekerjaanmu menderhaka pada tuanmu itu berapa-

berapa dosanya kepada Allah, tiada tertanggung olehmu di dalam akhirat jemah.”

Hikayat Hang Tuah

Mukasurat 355

Pengenalan

2
Hikayat Hang Tuah adalah sejenis karya sastera rakyat dalam kategori cerita

lagenda iatu cerita mengenai tokoh-tokoh lagenda di sesuatu tempat.

Pada umumnya Sastera Melayu Tradisional boleh dibahagikan kepada dua jenis

iatu lisan dan tulisan. Sastera Melayu Tradisional ini lahir atas untuk hiburan, unsur-

unsur pelarian daripada masalah dan cabaran hidup buat sementara waktu. Sastera

Melayu Tradisional juga memiliki unsur pengajaran, didikan kepada anggota

masyarakat, mengandungi sindiran secara halus kepada golongan tertentu dan

menggambarkan cara hidup, corak pemikiran dan ketamadunan masyarakat Melayu

lama.

Kesusasteraan bukan sahaja mempunyai hubungan yang amat erat dengan

masyarakat penulisnya, tetapi kesusasteraan juga turut terlibat dalam mempamerkan

pergolakan yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Karya sastera membicarakan apa

yang berlaku dan apa yang terlihat dalam sesuatu masyarakat dan negara.

Maka sastera boleh disifatkan sebagai satu wardah untuk menyampaikan ajaran

atau konsep falsafah-falsafah tertentu kepada pembacanya. Ini sejajar dengan konsep

falsafah yang ingin manusia berfikir atau mencari hikmah demi kehidupan yang

harmoni dan aman dari aspek sosial, politik dan lain-lain.

Hikayat Hang Tuah

Banyak karya-karya sastera tradisional yang telah dihasilkan namun Hikayat

Hang Tuah dianggap ramai pengkaji sebagai salah sebuah karya sastera klasik yang

terunggul. Ramai pengkaji sastera yang telah membuat pengajian mengenai Hikayat

ini antaranya kerana ia mengandungi unsur-unsur keberanian menentang feudalisme

yang dianggap sesuatu yang belum dijangkaukan masyarakat Melayu pada ketika itu.

3
Md Taib Osman melihat Hikayat Hang Tuah sebagai karya klasik yang terangung

kerana berjaya menggambarkan budaya dan sistem hidup masyarakat Melayu secara

realistik. (Md Taib Osman, 1974)

Falsafah disebalik Teks Hikayat Hang Tuah berdasarkan lampiran

Falsafah politik

Hikayat Hang Tuah adalah sastera yang mencerminkan kehidupan orang Melayu

di zaman pemerintahan feudal Melaka. Konsep daulat dan derhaka yang melatari

perhubungan antara raja dan rakyat dipercayai bermula dari perjanjian yang berlaku

antara Seri Teri Buana dan Lemang Lebar Daun. Konsep daulat dan derhaka ini amat

kuat mempengaruhi masyarakat Melayu tradisional pada ketika itu. Kedudukan raja

yang berdaulat dianggap begitu istimewa sehingga diletakkan ke taraf tertinggi dalam

masyarakat. Mereka tidak boleh dicela atau dikritik. Daulat juga menuntut taat setia

yang tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat (Abu Bakar, 1975).

Masyarakat feudal menganggap bahawa raja adalah tempat bernaung namun

masyarakat pada waktu itu tidak pernah memikirkan bahawa kehadiran raja itu tidak

akan bermakna jika tanpa rakyatnya. Seorang raja juga perlu bersikap adil terhadap

rakyatnya.

Konsep raja dan rakyat ini boleh dikaitkan dengan banyak konsep falsafah

antaranya falsafah Konfusianism yang didokongkan oleh ahli falsafah dari negera

China iatu Konfusius. Dalam falsafahnya, Konfusius ada menyatakan mengenai

falsafah Wu Lun (Five Relationship) atau lima jurusan perhubungan atau pertalian.

Falsafah Wu Lun ini memperkatakan tentang pentingnya perhubungan yang baik

antara raja dan rakyat demi mencapai suatu status kehidupan yang harmoni. Falsafah

Konfusius ini tercipta antaranya kerana keinginan Konfusius mencapai keharmonian

4
dan keamanan di negeri China yang huru hara kerana sikap pemerintahan China pada

zaman Purba.

Kassim Ahmad memandang pertikaian di antara Hang Tuah dan Hang Jebat itu

sebagai hasil satu pergelutan dalaman masyarakat (social conflict) dan dalam

pergolakan ini Hang Tuah melambangkan fahaman muthlak yang tradisional dan

Hang Jebat melambangkan fahaman demokratis yang baru itu. Fahaman-fahaman ini

telah bertembung akibat beberapa keadaan seperti; kedengkian pegawai-pegawai

istana terhadap Hang Tuah; tabiat Sultan menjatuhkan hukuman yang tidak adil dan

tanpa periksa, yang bangkit daripada kedudukan kuasa muthlaknya, dan akhirnya

kesetiaan Hang Jebat terhadap kawannya. Pengarang mungkin ingin menyampaikan

buah fikiran agar masyarakat Melayu masa itu berfikir dan mula mempersoalkan

mengenai sistem politik. Dengan cara ini, perubahan boleh berlaku supaya masyarakat

boleh mencapai keharmonian negeri seperti yang dikehendaki dalam falsafah politik

Konfusius. Dalam falsafah politik Konfusius ini, rakyat harus menunjukkan rasa taat

dan kesetiaan (Hsui) ada raja dan pemerintahannya namun raja dan pemerintahnya

harus pula bersifat adil dan menghormati rakyat.

Falsafah Idealisme

Sikap Hang Jebat yang memperjuangkan revolusionaisme pada ketika itu jelas

menunjukkan sikap idealisme atau keunggulan orang Melayu dalam menegakkan apa

yang diyakini. Pemberontakkan Hang Jebat berlaku kerana dorongan kemanusiaan

dalam dirinya untuk membela keadilan yang telah dicabuli raja. Namun fikiran beliau

ini dianggap salah oleh masyarakat feudal yang mendaulatkan raja pada ketika itu.

Kebolehan Hang Jebat untuk menilai kelebihan dan kekurangan dalam dirinya

dan pencubaannya untuk mengubah kepada suatu sistem pemerintahan Melaka pada

5
ketika itu menunjukkan dia seorang wisemen (pemikir/ pena’akul) yang mendukung

falsafah idealisme.

Falsafah Teksdealisme

Falsafah teori teksdealisme berasaskan kepada hasrat setiap pengarang itu untuk

meletakkan teksnya hingga mencapai suatu tahap keunggulan. Untuk mencapai suatu

tahap keunggulan, pengarang dituntut mempunyai sifat-sifat keberanian dan

kebijaksanaan. Keberanian dalam mengemukakan sesuatu idea dan pemikiran baru

dan bersedia untuk melakukan inovasi dan pembaharuan. Kebijaksanaan pula sifat

yang mendorong pekerjaan teks itu supaya dilakukan dengan penuh kesedaran dan

bergerak dalam landasan keilmuan. Karya yang unggul punya ada terkandung

didalamnya ideologi dan bersifat ontologikal.

Pengarang karya Hikayat Hang Tuah ini ternyata telah memuatkan falsafah

teksdealisme ini dalam tulisannya. Maka kerana itulah teks ini dianggap salah satu

teks klasik unggul yang telah dikaji ramai pengkaji di seluruh dunia. Orang Melayu

juga hingga sekarang tidak akan sah jika tidak mengetahui mengenai pergelutan

antara Hang Tuah dan Hang Jebat dalam teks Hikayat Hang Tuah ini.

Kebijaksanaan penulis boleh dilihat dalam teks ini bukan sahaja dari segi bahasa

dan gaya tulisannya yang indah tetapi dari segi cara pengarang mengentengahkan

konsep-konsepnya. Keberanian pengarang juga jelas kelihatan apabila beliau secara

sedar mengemukakan isu-isu yang dianggap sensitif pada waktu itu seerti isu

pemerintah Melayu yang bermasalah dan isu demokrasi dan ketaatan dalam hasil

karyanya walaupun perkara itu dianggap belum sesuai untuk dikritik secara terang-

terangan pada ketika itu. Secara rasional, sikap Jebat menentang raja sekaligus

menujukkan penekanan pengarang bahawa sudah tiba masanya rakyat bertindak

6
menuntut haknya sebagai rakyat dan akan tiba waktunya kedudukan raja tergoyah

oleh goncangan rakyat.

Kesetiaan Hang Tuah kepada rajanya memang dijadikan sorotan kerana mungkin

pengarang mahukan pembaca memikirkan kewajaran kesetiaan yang diberikan Tuah

kepada rajanya.

Falsafah Moral

Dilema pertarungan Hang Jebat dan Hang Tuah ini menggambarkan falsafah moral

yang terkandung dalam teks ini. Hang Jebat telah menderhaka kepada Sultan kerana

dia merasakan bahawa Sultan telah bersikap tidak adil terhadap sahabatnya, Hang

Tuah. Kerana ingin menebus pembunuhan sahabatnya, Jebat sanggup bertindak

sebagai penderhaka dan menentang kerajaan. Ini menunjukkan bahawa Jebat

mempunyai sikap moral yang dapat menilaikan antara yang betul dan salah. Dia juga

bersikap taat dan setia kepada teman. Dilema Hang Tuah pula berlaku apabila dia

berasa serba salah untuk membunuh temannya Jebat atau menjalankan

tanggungjawabnya kepada raja. Ini juga menunjukkan terdapatnya unsur-unsur moral

dalam teks ini. Falsafah moral ini telah didukung ramai ahli falsafah, antaranya

Konfusius dalam aliran falsafah Wu Lun (Five Relationship) atau lima jurusan

perhubungan atau pertalian. Falsafah Wu Lun ini memperkatakan tentang pentingnya

perhubungan yang baik antara sahabat lama dan sahabat muda.

Kesimpulan

Selain daripada konsep-konsep falsafah yang dibincangkan, teks mengenai

pertarungan Hang Tuah dan Jebat juga menyelitikkan falsafah-falsafah lain seperti

falsafah agama, Falsafah Seni dll.

7
Maka tidak dapat dinafikan bahawa teks yang menunjukkan pertarungan hebat

antara dua teman / pahlawan Melaka, Hang Tuah dan Hang Jebat ini sarat

mengandungi banyak konsep falsafah yang jelas mahupun yang tersembunyi.

Yang pasti, falsafah-falsafah ini semua memberikan satu pengajaran yang bersifat

baik dalam menggariskan pembentukkan peribadi, sifat-sifat kemanusiaan dan

hubungan yang perlu ada pada diri seseorang dalam mencapai status kehidupan yang

diingini dalam konsep falsafah.

8
Bibliografi

1. Mana Sikana.(2005). Sastera Junjungan. Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka

Karya.

2. Mana Sikana.(2007). Teras Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:

Penerbit Pustaka Karya.

3. Ahmad Sarji.(2004). Hang Tuah: Tokoh Epik Nasional. Kuala Lumpur:

Pelanduk Publication.

4. Dikaji Kassim Ahmad, Noriah Mohd. (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala

Lumpur: Yayasan Karyawan.

Anda mungkin juga menyukai