Anda di halaman 1dari 32

Sivik adalah satu perkataan asing yang dipinjam oleh

kita tetapi konsep kesedaran sivik adalah konsep lama yang


baru diberi nilai yang tinggi. Kesedaran sivik bermakna
perasaan bertanggungjawab bukan sahaja terhadap harta
sendiri, tetapi juga terhadap harta orang ramai. Konsep ini
menjadi penting kerana dalam masyarakat moden harta orang
ramai meningkat dan perlu dihargai oleh rakyat demi
kepentingan rakyat sendiri.

Sebenarnya dalam memelihara harta orang ramai, kita


memelihara kepentingan kita sendiri. Walaupun harta itu
tidak berguna kepada kita secara langsung, tetapi
kerosakannya akan menambah beban kita. Ini adalah kerana
Kerajaan atau pihak kuasa tempatan terpaksa memperbaiki atau
menggantikan harta itu dengan menggunakan wang rakyat yang
secara langsung atau tidak langsung dikutip daripada kita.
Walaupun tidak semua daripada kita yang membayar cukai,
tetapi perbelanjaan yang diperuntukkan oleh Kerajaan
bermakna pengurangan perbelanjaan bagi lain-lain kemudahan
untuk kita semua.
Mungkin kita berpendapat bahawa wang ini sedikit
sahaja. Tetapi, jika dijumlahkan kerosakan seluruh negara
kerana kurangnya perasaan sivik, nilai harta yang rosak ini
boleh meningkat kepada puluhan juta ringgit setahun.
Selain daripada itu, kerosakan itu mengganggu
masyarakat. Jika sebuah lif dirosakkan, bukan sahaja
belanja memperbaikinya perlu dibuat, tetapi juga
pengguna-pengguna lif terpaksa turun-naik menggunakan
tangga. Bagi mereka yang tua dan yang sakit, banyak masalah
akan timbul. Di samping itu, keselesaan dan keindahan juga
akan terjejas dan semua penduduk negara ini akan menerima
imej yang tidak baik.
Sebaliknya, jika kita mempunyai kesedaran sivik dan
cermat dengan harta awam, kita akan membawa manfaat kepada
masyarakat, termasuk diri kita sendiri, bangsa dan negara.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Masyarakat yang mempunyai kesedaran sivik akan hidup
mulia dan bahagia. Segala urusan kehidupan kita akan
menjadi licin dan mudah. Segala kerja akan berjalan dengan
baik dan cepat. Dan kita tidak perlu membazirkan masa atau
wang.
Dalam ruang-ruang akhbar, kita sering membaca tentang
sungutan-sungutan orang ramai kerana tidak mendapat layanan
yang baik di pejabat Kerajaan atau di kedai atau di mana
sahaja khidmat diberi. Sementara ada di antara
sungutan-sungutan ini yang berasas, kita harus ingat bahawa
mereka yang cuai ini adalah manusia biasa yang tidak berbeza
dengan mereka yang membuat sungutan. Sebenarnya yang
membuat sungutan itu juga mungkin bersikap tidak
bertanggungjawab jika dia yang memberi khidmat.
Perkara ini menjadi nyata kepada segolongan kita yang
memandu kereta. Walaupun seseorang itu tertib dan
berbudi-bahasa, tetapi apabila ia memandu kereta, ia
kehilangan kesabaran dan amat marah jika kereta di
hadapannya terlambat sedikit. Sebabnya ialah kita tidak
memupuk kesedaran sivik.
Di negara di mana kesedaran sivik kuat, seseorang
pemandu kereta bukan sahaja bersabar tetapi sanggup memberi
jalan kepada kereta lain. Ini adalah kerana pada kali yang
lain pula, ia akan diberi jalan. Dengan itu, memandu kereta
tidak menjadi beban, perjalanan menjadi lebih selesa dan
kemalangan kurang berlaku. Hasilnya ialah mereka sendiri
terpelihara.
Jika kita sedar bahawa soal kesedaran sivik ini
bukanlah soal orang lain membetulkan diri mereka tetapi
soalnya ialah kita semua sanggup mengakui kesalahan kita dan
membetulkan diri kita, maka usaha ke arah meningkatkan
kesedaran sivik akan lebih berjaya.
Kesedaran sivik merupakan satu usaha menukar nilai
hidup kita atau usaha membentuk sifat yang lebih baik bagi
kita. Langkah pertama ialah pengakuan oleh setiap orang
daripada kita bahawa kita bersalah dan perlu kita betulkan
diri kita. Jika kita suka menunjukkan jari kepada orang
lain dan mendesak mereka membetulkan diri mereka, maka usaha
ini akan gagal. Sebabnya ialah mereka yang kita tunjuk itu
menunjuk pula kepada orang lain atau kepada diri kita
sendiri sebagai pihak yang salah yang mesti membetulkan
dirinya dahulu. Disebabkan semua pihak menunjuk kepada
orang lain dan tidak seorang pun yang mengaku dirinya salah,
maka tiada siapa pun yang akan membetulkan dirinya. Maka
sudah tentulah usaha untuk membentuk kesedaran sivik ini
akan gagal.
Pendapat umum ialah usaha membentuk kesedaran sivik ini
perlu dimulakan di masa kecil. Kita sedar bahawa jika
sesuatu tabiat yang baik telah dipupuk semasa kecil, ia
bukan sahaja lebih mudah diamalkan tetapi adalah juga lebih
kekal. Bagi tujuan ini, kita perlukan penglibatan ibu bapa
dan guru-guru secara besar-besaran.
Kesedaran sivik tidak boleh diajar dalam bilik darjah
sahaja. Ia mesti diajar sepanjang masa. Ini bermakna ibu
bapa dan guru-guru terpaksa mengawasi gerak-geri kanak-kanak
di bawah jagaan mereka sepanjang masa. Terdapat banyak
harta dan kemudahan awam di sekolah-sekolah yang mesti
dijaga dengan baik dan guru-guru mestilah menentukan
kemudahan-kemudahan tersebut terpelihara. Sekolah-sekolah
yang tidak mengalami kerosakan mencerminkan setakat mana
kesedaran sivik telah dipupuk di sekolah-sekolah berkenaan.
Sungguhpun kesedaran sivik boleh menjamin keselesaan
hidup kita, fakta-fakta lain perlu juga diambilkira. Pada
kebiasaannya, sama ada orang ramai menyambut desakan untuk
menjaga harta awam atau tidak bergantung kepada pemeliharaan
yang telah dibuat oleh mereka yang ditugaskan untuk
memelihara harta awam itu. Jika sesuatu harta awam itu
berada dalam keadaan yang terbiar kerana tidak dijaga dengan
baik, maka orang ramai tidak akan menjaganya, walaupun
mereka mempunyai kesedaran sivik.
Ini dapat dilihat daripada tabiat dan sikap kita
mengenai keadaan yang bersih. Kita telah mengadakan
undang-undang supaya orang ramai tidak membuang sampah di
sana-sini. Undang-undang ini gagal pada mulanya. Tetapi,
apabila bandar Kuala Lumpur dibersihkan dan di tanam dengan
pokok-pokok bunga yang dijaga rapi, didapati orang ramai
tidak lagi membuang sampah di sana-sini. Ini menunjukkan
bahawa jika kita ingin kesedaran sivik berkesan, persiapan
yang teliti dan baik mesti disediakan terlebih dahulu.
Mereka yang ditugaskan untuk membuat persiapan ini hendaklah
menjalankan kerja mereka dengan sebaik-baiknya.
Manusia adalah makhluk yang berakal. Manusia dapat
membendung nafsunya jika ia dapat memahami akan sebab
sesuatu itu. Jika kita hendak memupuk kesedaran sivik, maka
kita harus menerang dan menjelaskan sebabnya kesedaran sivik
ini baik bagi diri kita. Oleh itu adalah penting bagi kita
memperkenalkan makna dan maksud kesedaran sivik dan
sebab-sebabnya mengapa kesedaran ini penting bagi mewujudkan
masyarakat yang berdisiplin dan bahagia. Hari Kesedaran
Sivik ini bolehlah dianggap sebagai salah satu daripada
langkah bagi meningkatkan kesedaran ini. Langkah-langkah
yang lain hendaklah menyusulinya supaya sedikit demi sedikit
kesedaran sivik menjadi sebahagian daripada peribadi rakyat
Malaysia

Sejauh Mana Penubuhan Pusat Jagaan Bayi Terbuang Akan Menyelesaiakan Masalah
Gejala Sosial

Artikel Oleh: En Mohamad Faizal b Kasim

Bahagian Kewangan Dan Penyelenggaraan

 Rakyat Malaysia hari ini dikejutkan dengan berita pembuangan bayi yang berleluasa
sehingga kita sudah terbiasa dan lali mendengarnya. Saban hari berita tentang gejala
ini tersiar dan terpampang bagaikan tiada kesudahan. Seolah-olah tiada jalan
penyelesaian yang mampu diambil bagi menamatkan perlakuan jijik manusia yang tidak
mempunyai kesedaran sivik ini.
Kita semua sedia maklum punca berlakunya gejala ini. Bermula dari pergaulan bebas
remaja yang cetek iman yang akhirnya terlanjur sehingga melahirkan zuriat yang tidak
berdosa ke dunia ini. Persoalannya sekarang ialah apa yang perlu dibuat dengan bayi
itu? Jalan termudah ialah BUANG dan berharap tiada siapa yang akan tahu. Dimana
agaknya hendak dibuang? Longkang, parit, sungai, depan masjid, tong sampah dan
semak menjadi tempatnya. Kasihan bayi itu. Apalah malang nasibnya. Berhujan,
berpanas, dihurung semut, digonggong anjing atau dimakan biawak, ini bukan rekaan
tapi benar-benar terjadi!
Lihat sahajalah imej bayi malang ini, mereka terlalu mentah untuk menerima perbuatan
kejam golongan yang tidak waras membunuh dan membuang bayi sendiri.
Di Petaling jaya Selangor, Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch) diwujudkan
bagi menempatkan bayi-bayi malang ini. Beroperasi 24 jam. Dilaksanakan oleh
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) beralamat di
No.6, SS1/24A, Kampung Tunku, Petaling Jaya dan dikendalikan oleh Pertubuhan
Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) dan telah dirasmikan oleh
penaung OrphanCARE sendiri iaitu Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.

OrphanCARE terima bayi lelaki pertama

2010/06/29 
Terselamat daripada dibuang: Wajah bayi pertama yang dihantar ke Pusat Jagaan Bayi
Tidak Diingini (Baby Hatch), di Petaling Jaya. Bayi berusia lima hari seberat 2.7
kilogram itu diserahkan Sabtu lalu oleh ibu bapanya berumur awal 20-an yang masih
belum berkahwin dan merahsiakan kandungan itu daripada pengetahuan keluarga serta
rakan masing-masing.Gambar Berita Harian-Nasional

Penubuhan pusat jagaan ini bukanlah penyelesaian penuh permasalahan ini, ianya
hanyalah sebahagian daripada jawapan kepada mereka yang tiada hati perut yang
tidak mengenal erti perikemanusiaan yang sanggup membuang darah daging sendiri.
Dalam hal ini,  kerajaan hendaklah mengenakan tindakan yang tegas kepada pasangan
yang melakukan zina dan sanggup membuang bayi yang tidak berdosa. Hukuman
sebat ke atas pasangan zina yang belum berkahwin  dan rejam kepada pasangan yang
telah berkahwin seperti yang dianjurkan oleh syariat Islam adalah jawapan yang paling
tegas bagi menangani isu yang seperti tidak berkesudahan ini.
Usaha berlipat ganda perlu bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tertutamanya
golongan belia dan remaja. Kefahaman tentang islam yang syumul perlu diterapkan
dengan lebih mendalam adalah peranan kerajaan, jabatan agama, masjid, sekolah dan
agensi-agensi islam. Peranan ibu bapa juga penting sebagai orang yang paling hampir
bagi memberi kefahaman terhadap anak-anak agar lebih difahami dan lebih praktikal.
Media massa cetak dan elektronik memainkan peranan yang besar bagi mengurangkan
gejala ini daripada menjadi semakin parah. Pemantauan yang berterusan oleh petugas
media massa dan ibu bapa bagi mengelakkan penyiaran yang ke arah kebaratan oleh
anasir-anasir yahudi yang sememangnya bertujuan untuk menyesatkan dan
merosakkan sekaligus mempengaruhi pemikiran anak-anak remaja kita ke arah maksiat

TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI

WAWASAN DIRI

1.Wawasan diri merujuk kepada suatu pandangan masa depan yang jauh dengan
    matlamat yang pasti.

2.Wawasan diri yang positif harus dibina dengan:

         mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.

         menyedari minat peribadi.

         mengenali personaliti diri.

3. Wawasan diri dapat dicapai dengan menentukan matlamat yang ingin dicapai,

     menggariskan rancangan yang perlu diambil dan senarai tindakan terhadap
rancangan

      tersebut.

4.  Matlamat merupakan sesuatu yang dapat dilaksanakan dan mesti bersesuaian
dengan

     minat dan kebolehan individu.

5.  Rancangan merupakan garis panduan yang perlu dilaksanakan untuk


merealisasikan

     wawasan ini.

6.  Tindakan merupakan usaha yang dilaksanakan untuk setiap rancangan yang
digariskan .7. Kepentingan mempunyai wawasan diri:

         menjadi pendorong untuk kita mencapai cita-cita.

         Menjadi panduan untuk mendisiplinkan diri.

         Membantu kita merancang strategi atau langkah supaya lebih teratur dan
berkesan.

         Membantu merealisasikan wawasan negara iaitu Wawasan 2020.

         Membantu kita mencapai kecemerlangan dalam hidup.


8. Kita hendaklah menentukan wawasan diri yang bersesuaian dengan kebolehan,
minat dan kemahiran yang dimiliki.

PERKEMBANGAN DIRI YANG SEIMBANG

1.  Perkembangan diri yang seimbang merujuk kepada usaha melahirkan individu yang

     seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

2.  Individu yang seimbang merupakan individu yang berilmu pengetahuan dan

     berkemahiran, berakhlak baik dan mulia, bertanggungjawab serta cergas tubuh

     badannya.

3.  Intelek merujuk kepada aspek perkembangan minda seseorang untuk berfikir dan

     memahami sesuatu. Perkembangan ini dapat dicapai dengan menambahkan ilmu
dan

     memperoleh pengalaman.

4.  Rohani merupakan perkembangan perasaan dan hati yang berkaitan dengan jiwa
atau

     naluri manusia. Rohani dapat dikembangkan dengan amalan agama, norma

     masyarakat, pantang-larang dan undang-undang.

5.  Emosi merupakan unsur semulajadi yang ada pada manusia iaitu pengawalan
perasaan seperti sayang, marah, takut, cinta, benci dan sebagainya.  Manusia perlu
mengawal emosi agar tidak mendatangkan tindak balas yang negatif daripada pihak
lain.

6. Perkembangan tubuh badan dikenal sebagai jasmani.  Tubuh yang sihat akan
mewujudkan intelek yang baik, emosi yang terkawal dan waktu rehat yang mencukupi
serta riadah yang sistematik akan menghasilkan jasmani yang sihat.
7.  Keempat-empat aspek ini penting untuk menikmati kehidupan yang sejahtera.

TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN

KEPERLUAN BERKELUARGA

1.Keluarga merupakan asas atau terkecil yang membentuk sesebuah masyarakat.

2.Keluarga juga merupakan komuniti pertama yang mula dikenali oleh anak-anak.

3.Setiap anggota keluarga memainkan peranan penting untuk mengukuhkan institusi


keluarga.

4. Keluarga bahagia, berkualiti dan cemerlang dapat dilahirkan jika setiap anggota
keluarga mengetahui tanggungjawab masing-masing.

5. Pelbagai cara boleh dipraktikkan bersama bagi mengukuhkan institusi keluarga. 


Antaranya ialah

beriadah bersama, makan bersama.

meraikan hari istimewa bersama-sama.

Berkongsi suka duka bersama-sama.

Saling membantu dan bekerjasama sesama anggota keluarga dan lain-lain lagi.

6. Keperluan berkeluarga boleh dilihat dari tiga aspek.

POLITIK

Menjadi ketua dan pemimpin kepada keluarga.

Melahirkan bakal pemimpin atau pelapis negara.

Melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berguna kepada bangsa dan
negara, menyediakan anggota tentera untuk mempertahankan kedaulatan dan
keselamatan negara.
EKONOMI

Menyediakan tenaga kerja dalam negara.

Menyediakan pengguna dan pembeli barang untuk mengembangkan ekonomi negara


selain meluaskan pasaran pengguna.

SOSIAL

Melahirkan zuriat bagi mengembangkan unit keluarga.

Memenuhi tuntutan agama bagi mendirikan keluarga secara sah.

Menggelakkan gejala tidak sihat seperti anak luar nikah, bersekedudukan dan
pembuangan bayi.

Menambahkan rakyat dalam sesebuah negara.

TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT

KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH SOSIAL DALAM


MASYARAKAT.

1.Terdapat pelbagai isu dan masalah social yang mengancam masyarakat terutamanya
remaja.

2.Antara masalah sosial tersebut berikut:

Penyalahgunaan dadah.

Penderaan

Penyalahgunaan teknologi.

Pergaulan bebas.

Vandalisme
Gengsterisme.

3. Antara punca-punca yang mengakibatkan timbulnya pelbagai isu dan masalah sosial
dalam masyarakat:

Kepincangan keluarga.

Pengaruh rakan sebaya.

Pengaruh budaya kuning dari barat.

Tiada pegangan agama yang kukuh.

4. Gejala sosial ini akan membawa kesan yang buruk terhadap diri, keluarga,
masyarakat dan negara kerana ia mengancam keselamatan, kestabilan dan keamanan
serta merugikan negara.

5. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan bagi membasmi gejala sosial negatif:

Mengadakan kempen kesedaran.

Menguatkuasakan undang-undang.

Memberikan didikan agama dan moral.

Memberi khidmat nasihat dan kaunseling.

Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan baik iaitu memberi perhatian dan kasih
sayang.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DALAM MASYARAKAT

1. Norma komuniti merupakan peraturan dan amalan-amalan yang menjadi kebiasaan


dan diterima oleh komuniti.

2. Antara amalan norma komuniti dalam masyarakat.

Adab dalam majlis rasmi dan di meja makan.


Amalan bergotong-royong.

Amalan membuka kasut sebelum masuk rumah.

Anak-anak menghormati dan mentaati ibu bapa atau orang yang lebih tua.

Dilarang melakukan jenayah yang salah di sisi undang-undang.

3. Peraturan pula adalah segala yang ditetapkan sama ada secara lisan atau bertulis
dan harus dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat.

4 Antara kepentingan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam


masyarakat adalah:

Membentuk anggota masyarakat yang beradab, beretika, berdisiplin dan


bertanggungjawab.

Menjamin kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara.

Membimbing dan mendorong kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Mengawal tingkah laku dan perlakuan serta kehidupan dalam sesebuah komuniti.

5.  Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau antisocial yang dilakukan
oleh golongan juvana yang berusia di bawah 18 tahun.

6.  Pesalah juvana lazimnya tidak akan dikenakan hukuman penjara sebaliknya akan
dihantar ke pusat pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney yang dikelolakan
oleh Jabatan Penjara Malaysia.

TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

PRINSIP-PRINSIP PENTING DALAM AJARAN PELBAGAI AGAMA


1. Agama merupakan pegangan hidup manusia.  Prinsip, amalan dan nilai yang
terkandung dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan
seterusnya dalam menghadapi cabaran.

2. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain bebas
diamalkan secara aman.  Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu,
Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.

3. Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia
yang baik, taat kepada ajaran agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai murni
untuk mencapai kecemerlangan diri.

4. Agama Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil kepada manusia lain dan
menyebarkan ilmu yang dimiliki kepada orang lain tanpa mengira waktu.

5.   Nilai lain yang ditekankan oleh agama Islam ialah tidak bersifat pilih kasih, bersifat
ihsan, sentiasa sabar untuk menghadapi segala penderitaan dan kesusahan, merendah
diri dan tidak memandang rendah pada orang lain, selain benar dan amanah.

6.  Agama Buddha pula menekankan keyakinan yang berdasarkan kepada


pengetahuan.  Seseorang penganut agama Buddha mestilah mempunyai pemikiran
yang rasional dan mengambil keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri sendiri dan
orang lain.

7.  Ajaran Hinduisme mengajar penganutnya untuk mempercayai Tuhan dan segala-
galanya datang daripada Tuhan dan Tuhan akan memberikan keputusan yang bijak
tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

8.   Agama Kristian juga mengajar umatnya untuk mempraktikkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan serta berkhidmat untuk masyarakat agar sentiasa dirahmati Tuhan.

KEPENTINGAN AMALAN-AMALAN TERTENTU DALAM PERAYAAN PELBAGAI


KAUM
1. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai perayaan.

2. Perayaan-perayaan yang disambut setiap tahun ini mempunyai keunikannya


tersendiri dan ia dirayakan bersama-sama dengan kaum lain dengan perasaan
muhibah dan perpaduan.

3. Antara perayaan-perayaan penting yang disambut di negara ini ialah Hari Raya
Puasa, Tahun Baru Cina, Deevapali, Thaipusam, Hari Wesak, Krimas, Hari Raya Aidil
Adha, Hari Gawai, Tadao Keamatan, Perayaan Ponggal dan Vaisakhi.

4. Keunikan ini juga menjadi daya penarik pelancong ke negara kita.

5. Amalan baik kampung menjadi tradisi semua kaum apabila menjelangnya sesuatu
perayaan untuk meraikannya dengan keluarga dan sanak-saudara.

6. Amalan ziarah-menziarahi merupakan fenomena yang biasa ketika sambutan


perayaan.  Secara tidak langsung perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

7. Islam menyarankan umatnya memohon maaf ketika perayaan Hari Raya Puasa. 
Amalan ini dapat menjernihkan sebarang perselisihan faham dan memulihkan kasih
sayang antara anggota keluarga.

8. Semangat komuniti atau kemasyarakatan dapat dilihat ketika sambutan perayaan-


perayaan ini.  Amalan memakai pakaian dan memasak makanak tradisional menyerikan
lagi sambutan tersebut.

9. Mengadakan rumah terbuka merupakan satu lagi amalan yang sering diadakan oleh
kerajaan Malaysia untuk menjalinkan perpaduan antara kaum. Pelbagai acara dan
aktiviti serta juadah tradisional akan dihidangkan untuk semua lapisan masyarakat.

10. Amalan-amalan ini mewujudkan rasa hormat, persefahaman dan tolak ansur antara
pelbagai kaum di negara ini.

KELEBIHAN SAMBUTAN PELBAGAI PERAYAAN


Mengeratkan hubungan pelbagai kaum.

Mengekalkan amalan dan tradisi setiap kaum.

Mewujudkan perasaan hormat, toleransi dan saling faham-memahami antara kaum.

Daya penarik pelancong.

AMALAN-AMALAN PENTING KETIKA PERAYAAN

HARI RAYA AIDILFITRI

Wajib berpuasa selama sebulan (bulan Ramadan) sebelum berhari raya.

Membayar zakat fitrah.

HARI RAYA AIDILADHA

Menunaikan solat sunat Aidiladha pada pagi hari raya.

Penyembelihan binatang akan dilakukan dan dagingnya akan disedekahkan kepada


fakir miskin dan jiran-jiran yang beragama Islam.

TAHUN BARU CINA

Mengadakan makan besar bersama semua angggota keluarga .

Tradisi mengunjungi dan memberi angpau kepada mereka yang belum berkahwin.

HARI DEEPAVALI

Menyalakan pelita di kawasan rumah.

Amalan mandi minyak geliga bertujuan untuk penyucian badan dan pembuangan dosa.

HARI KRIMAS

Menghias pokok Krimas dan bertukar-tukar hadiah dengan kaum keluarga.


Berkumpul bersama keluarga untuk makan malam.

TADAO KEAMATAN

Mengadakan upacara kepada semangat padi sebagai tanda kesyukuran.

Menjamu makanan tradisional dan minuman tapai.

HARI GAWAI

Mengadakan upacara sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran .

Menghidangkan air tuak.

HARI VAISAKHI

Berkumpul untuk mendapat restu daripada guru di Gudwara.

Menggantikan bendera suci di Gudwara.

Membaca kitab suci (Guru Granth Sahib)

TEMA 5: KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada


pembentukan kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini.

Kedudukan perlembagaan adalah lebih tinggi dan mengatasi kekuasaan Yang di-
Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.

Perkara 75 menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan


Perlembagaan Persekutuan akan terbatal dengan sendirinya.
Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia:

Peraturan atau prinsip asas yang menjadi penentu pentadbiran sesebuah negara.

Menentukan pembahagian kuasa dan pelaksanaan kuasa sesebuah pemerintahan.

Sumber kepada penggubalan undang-undang negara.

POLITIK

menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.

Menjamin pentadbiran dan pemerintahan yang cekap, adil dan telus.

Menjamin kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.

Merupakan panduan pemerintahan negeri.

Menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.

EKONOMI

Memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum.

Kestabilan politik menjamin perkembangan ekonomi.

Kestabilan politik juga menarik kedatangan pelabur luar.

SOSIAL

Mewujudkan integrasi yang membentuk negara dan bangsa yang bersatu padu dan taat
setia kepada negara.

Menjaga dan memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak.

Menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.

PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 15 bahagian dengan 183 perkara.

Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia merangkumi bahasa, agama,


kewarganegaraan,hak asasi, kedudukan istimewa Orang Melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak.

BAHASA

Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Bahasa Malaysia digunakan untuk maksud dan tujuan rasmi, namun penggunaan
bahasa lain tidak ditegah.

AGAMA

Agama Islam sebagai agama rasmi negara, namun semua orang bebas mengamalkan
dan menganuti agama masing-masing.

 Raja/Sultan ialah ketua agama Islam.

KEWARGANEGARAAN

         Mempunyai taraf keanggotaan sesebuah negara.

         Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan hak terhadap negara.

         Tanggungjawab utama warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung


perlembagaan.

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

Tiga perkara menjadi hak keistimewaan utama, iaitu peluang dalam perkhidmatan
awam, ekonomi dan pelajaran.

Kedudukan istimewa orang Melayu- berhubung dengan tanah rizab.


HAK ASASI

Kebebasan beragama- setiap individu bebas mengamalkan agama masing-masing.

Kebebasan diri- setiap individu yang tidak bersalah di sisi undang-undang tidak boleh
diambil nyawanya, dipaksa kerja, dihukum, dibuang negeri, dihalang bersuara, dilarang
berkumpul dan ditegah menubuhkan persatuan.

Kebebasan ekonomi- setiap individu bebas menjalankan aktiviti ekonomi selagi tidak
bertentangan dengan undang-undang negara.

TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN

PENGGUNA RASIONAL

Pengguna ialah mereka yang menggunakan barangan atau perkhidmatan yang ada di
pasaran.

Pengguna rasional merujuk kepada pengguna yang pandai membuat keputusan,


bermaklumat dan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan.  Pengguna rasional
selalunya akan berbelanja secara berhemah dengan membuat bajet dan mengikut
keperluan serta kemampuan.

Pengguna yang bijak seharusnya mengetahui haknya dan bertindak dengan bijaksana. 
Terdapat 8 hak pengguna:

Hak mendapatkan keperluan asas.

Hak untuk bersuara.

Hak mendapatkan jaminan keselamatan.

Hak untuk mendapatkan ganti rugi.

Hak mendapatkan maklumat.

Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan.


Hak membuat pilihan.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.

Etika pengguna dan pengeluar bermaksud membudayakan standard kepenggunaan


dalam kehidupan seharian.  Sebagai pengguna yang beretika, kita tidak harus membeli
barangan seludup atau curi.

Pengeluar perlu mematuhi kod etika semasa menguruskan perniagaan dan harus
mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh SIRIM dan Jabatan Standard
Malaysia.

Standard amat penting untuk menyelaraskan pembuatan sesuatu produk supaya


kehidupan lebih selamat dan terjamin.

KPDNHEP merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kepentingan


pengguna daripada penindasan peniaga.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah diwujudkan untuk melindungi hak


pengguna dengan menyediakan alternatif selain mahkamah bagi pengguna menuntut
ganti rugi.

Pengguna juga harus peka dan mengambil inisiatif untuk memperluaskan pengetahuan
mereka agar tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga atau pengeluar.

Khamis, 2009 Mei 21

PUNCA BERLAKUNYA KEKURANGAN KESEDARAN SIVIK DALAM KALANGAN


MASYARAKAT DAN LANGKAH MENGATASINYA
Kesedaran sivik boleh ditakrifkan sebagai rasa sedar yang mendalam dan berterusan
serta muncul dari hati seseorang atas dasar tanggungjawab untuk memelihara hak dan
kepentingan awam. Kesedaran sivik akan menjadikan seseorang individu itu
warganegara yang ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan
kepentingan awam untuk dikongsi bersama. Hari ini, kita begitu megah mengatakan
bahawa negara kita telah maju dan pesat membangun seiring dengan era globalisasi
namun, tanpa kita sedari kesedaran sivik dalam kalangan rakyat Malaysia begitu
rendah malah semakin luntur ditelan arus pemodenan. Hal ini terbukti apabila masih
terdapat dalam kalangan masyarakat kita, individu-individu yang masih tidak
menghormati satu sama lain. Kata-kata, “Yang muda disayangi, yang tua dihormati,”
tidak dapat kita lihat daripada perlakuan mereka. Apabila berada di dalam
pengangkutan awam seperti bas, monorel mahupun kereta api, masih banyak lelaki
yang sasa dan bergaya, tidak sanggup untuk memberi tempat duduk kepada wanita tua
atau ibu mengandung yang tidak berdaya. Di perhentian-perhentian bas pula, sampah-
sarap yang mengotorkan dan menyakitkan mata memandang juga bukan perkara asing
di mana-mana tempat di negara kita. Di manakah silapnya sehingga pada zaman
negara mengorak langkah ke arah menjadi negara maju pun, fenomena negatif yang
memperlihatkan kerendahan kesedaran sivik masyarakat kita masih berleluasa dan
dapat kita lihat di mana-mana? Pada pendapat saya, kita harus meneliti dan mendalami
permasalahan ini agar langkah yang ampuh dan berkesan dapat dilaksanakan bagi
menyuburkan kesedaran sivik ini dalam kalangan masyarakat kita.

Pepatah ada mengatakan bahawa anak-anak adalah ibarat kain putih; ibu bapalah yang
yang akan mencorakkan kehidupan dan peribadi mereka yang sebenarnya. Pepatah ini
menggambarkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mencorakkan peribadi
yang positif dalam diri anak-anak mereka. Malahan, rumah adalah ibarat syurga kepada
setiap anak yang lahir ke dunia ini. Dari rumah, mereka mengenal erti kasih sayang,
perasaan saling memahami serta saling menghormati. Namun, hakikat yang amat pahit
untuk diterima adalah terdapat banyak daripada kalangan masyarakat kita kini yang
menjadikan rumah sebagai neraka buat anak-anak mereka. Kajian Jabatan Kebajikan
Masyarakat mendapati bahawa kadar perceraian dan rumah tangga bermasalah
semakin hari semakin meningkat terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala
Lumpur, George Town dan Johor Baharu. Perceraian memperlihatkan masalah rumah
tangga antara suami isteri yang berpunca daripada permusuhan, perkelahian dan
kecurangan antara suami isteri. Siapakah saksi kepada semua permasalahan ini?
Sudah pastilah insan-insan lain dalam institusi rumah tangga itu, iaitu anak-anak. Tanpa
disedari oleh ibu bapa, mereka telah memusnahkan keceriaan rumah tangga dan alam
remaja anak-anak mereka menyebabkan anak-anak turut berendam air mata.
Menyaksikan ibu bapa ‘seperti anjing dengan kucing’, akan mempengaruhi
pertumbuhan jiwa anak-anak terutama remaja yang sedang meningkat dewasa.
Perasaan marah kepada ibu bapa ini akan mewujudkan luka jiwa yang amat dalam
kepada anak-anak. Maka, akan terdapat antara mereka yang melepaskan kemarahan
itu di luar rumah, iaitu dengan menconteng atau melakarkan ‘graffiti’ di tempat-tempat
menunggu bas atau merosakkan harta benda awam seperti tandas dan telefon awam.
Malahan, terdapat juga dalam kalangan mereka yang bertindak seperti ‘marahkan pijat,
kelambu dibakar’ iaitu melepaskan kemarahan dan dendam mereka kepada orang lain
seperti guru-guru dan rakan-rakan dengan menunjukkan sikap biadab dan
mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan. Segala perlakuan ini dapat kita lihat dalam
kehidupan kita sehari-hari menjadi bukti rendahnya kesedaran sivik di kalangan
masyarakat terutama golongan remaja. Malahan, kajian polis mendapati bahawa lapan
puluh peratus daripada remaja yang ditangkap atas pelbagai kesalahan jenayah
merupakan mereka yang datang dari keluarga yang bermasalah. Justeru tidak
keterlaluan jika kita menyatakan bahawa salah satu punca kurangnya kesedaran sivik
dalam kalangan masyarakat adalah berpunca daripada kelonggaran dalam institusi
rumah tangga itu sendiri sehingga menyebabkan jiwa anak-anak menjadi tidak subur
atau terbantut. Seterusnya, perkara tersebut akan mempengaruhi perlakuan mereka.
Semangat patriotik yang rendah juga menjadi sebab lunturnya kesedaran sivik dalam
kalangan masyarakat kita pada hari ini. Anak-anak hari ini kurang dididik agar
berbangga menjadi rakyat Malaysia. Oleh itu, perasaan sayang akan negara dan
berbangga menjadi warganegara Malaysia masih amat kurang dalam kalangan
masyarakat kita. Satu contoh yang jelas membuktikan pernyataan ini adalah apabila
Lagu Kebangsaan, Negaraku, berkumandang di udara. Berapa ramaikah antara kita
yang berhenti dan berdiri tegak secara sukarela bagi menghormati lagu tersebut?
Berapa ramaikah pula antara kita yang masih mengetahui Rukun Negara dan
menghayatinya? Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa jumlahnya adalah terlalu
sedikit; iaitu hanya dalam kalangan warga ‘senior’ kita. Apabila tahap kesedaran dan
kecintaan terhadap negara rendah, natijahnya, perasaan ‘Negara KitaTanggungjawab
Kita’ juga turut kurang dalam diri setiap individu. Justeru tidak ada perasaan bersalah
apabila seseorang itu merosakkan bunga di taman-taman rekreasi. Tidak ada juga
perasaan dan keinginan dalam hati mereka untuk mencantikkan setiap kawasan di
negara ini. Justeru, ada yang tidak berasa bersalah apabila mereka membuang sampah
di tempat-tempat yang tidak sepatutnya, seperti ke dalam sungai atau di mana-mana
yang difikirkan selesa untuk mereka berbuat demikian. Perkara yang jelas adalah
wujudnya sikap, ‘aku, aku dan engkau, engkau’ dalam diri masyarakat kita. Oleh itu,
perasaan sepunya terhadap harta benda awam, perasaan menghormati pelbagai kaum
atas dasar ini ialah tempat kita dan negara ini ialah negara kita dan kitalah yang
bertanggungjawab atas keharmonian, kesejahteraan serta keindahannya, tidak wujud
dalam diri mereka yang terlibat. Maka, sehingga hari ini, kita masih menyaksikan
perlakuan-perlakuan negatif yang memperlihatkan bahawa tahap kesedaran sivik
masyarakat ternyata masih rendah.

Ketidakmampuan sistem pendidikan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak kepada


para pelajar turut menyebabkan kesedaran sivik masih belum membanggakan dalam
kalangan masyarakat kita pada hari ini. Selain rumah, sekolah merupakan institusi
murni yang berperanan membentuk sahsiah dan peribadi seseorang individu. Di
sekolah yang terdapat pelajar daripada pelbagai bangsa dan agama, maka integrasi
kaum berlaku. Melaluinya, para pelajar mempelajari adat dan budaya kaum lain.
Mereka juga belajar menerima, memahami dan menghormati satu sama lain walaupun
mereka dari latar belakang bangsa dan kaum yang berbeza. Namun, kenapakah kita
masih menyaksikan pelajar-pelajar yang tidak menghormati satu sama lain?
Mengapakah nilai-nilai murni seperti mematuhi undang-undang dan peraturan serta
hormat-menghormati masih kurang dipraktikkan oleh para pelajar seluruh negara?
Dalam hal ini, kita tidak menafikan kepentingan sekolah kepada kehidupan seseorang
individu.Namun, keberkesanan fungsinya sebagai tempat untuk mencerna peribadi
murni dalam kalangan para pelajar masih boleh dipertikaikan. Tambahan pula pada
masa kini, keunggulan serta kecemerlangan sesebuah sekolah diukur dari segi
pencapaian akademiknya. Jika tinggi peratus kelulusan para pelajar, maka dikatakan
bahawa sekolah itu ialah sebuah sekolah yang baik. Hambatan untuk menghasilkan
pelajar yang cemerlang akademik inilah yang menyebabkan guru-guru bertungkus-
lumus melatih anak-anak didik mereka agar mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan. Waktu pengajaran dan pembelajaran juga adalah untuk mencapai
matlamat yang sama ini. Natijahnya, tugas untuk mendidik sahsiah serta membentuk
perkembangan emosi para pelajar semakin dikesampingkan. Malahan,terdapat
sesetengah sekolah yang mengetepikan terus kegiatan kokurikulum untuk pelajar-
pelajar kelas peperiksaan semata-mata untuk memberi penekanan kepada
peperiksaan. Hal ini pernah diselar oleh Menteri Pelajaran yang berasa kesal terhadap
tindakan sesetengah pengetua sekolah yang tidak memberi penekanan kepada bidang
kokurikulum sehingga matlamat menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek tidak tercapai sepenuhnya. Jika di rumah anak-anak gagal
terdidik, di sekolah juga mereka tidak menerima bimbingan yang sewajarnya, maka
tidak hairanlah jika kita masih melihat ketempangan peribadi anak-anak muda kita yang
masih rendah kesedaran siviknya.

Pada era globalisasi ini, negara kita begitu ghairah untuk mencapai matlamat
menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Gagasan idea
mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamed ini telah menjana
pembangunan yang amat pesat dalam pelbagai bidang di negara kita, terutama bidang
telekomunikasi dan perindustrian. Sememangnya, idea tersebut merupakan impian
murni setiap warganegara kerana pembangunan dan kemajuan akan menjanjikan
peningkatan taraf hidup masyarakat kita. Namun,kita terpaksa membayar harga yang
mahal untuk segala yang dinikmati itu. Keghairahan mengejar kebendaan telah
mewujudkan golongan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Kemajuan
serta pembangunan pesat juga telah meragut semangat kejiranan dan kemesraan
dalam masyarakat. Sikap ‘siapa lu siapa gua’ semakin berleluasa. Hidup bak ‘enau
dalam belukar, hanya melepaskan pucuk masing-masing’ sudah menjadi kelaziman
dalam masyarakat. Natijahnya, kepentingan terhadap kebendaan ini menyebabkan
seseorang bertindak tanpa mementingkan perasaan dan kebajikan orang lain. Dengan
alasan tidak mahu menjaga tepi kain orang lain, masyarakat, terutamanya yang di
bandar-bandar besar hanya sibuk dengan kerjaya dan urusan masing-masing. Kegiatan
gotong-royong yang diadakan hanya akan disertai jika terdapat orang-orang besar yang
merasmikannya. Jika tidak, amalan bergotong-royong itu tidak akan mendapat
sambutan. Oleh yang demikian, kita menyaksikan masyarakat di bandar-bandar besar
mengadakan majlis kenduri dan perkahwinan di hotel-hotel. Dengan berbuat demikian,
mereka sebenarnya telah membunuh semangat kerjasama yang mewujudkan
silaturrahim serta keharmonian dalam masyarakat. Peluang untuk saing mengenal dan
bertegur sapa antara jiran juga tidak dapat dipraktikkan. Jadi, tidak hairanlah jika
dikatakan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat kita semakin berkurang.
Malahan lebih malang daripada itu, sikap mementingkan diri juga turut menimbulkan
masalah lain. Sebagai contoh, apabila berlaku sesuatu kemalangan, terdapat individu
yang terus memandu tanpa menghiraukan mangsa kemalangan yang memerlukan
bantuan. Hal ini bermakna, di samping menghapuskan kesedaran sivik, sikap
individualistik ini yang diakibatkan oleh pembangunan ini juga telah turut membunuh
rasa kemanusiaan di kalangan sesetengah daripada kita.

Sejajar dengan perkembangan teknologi telekomunikasi dan alam siber, internet, media
massa seperti televisyen dan sebagainya telah mendominasi kehidupan sebahagian
besar daripada masyarakat. Sasaran pembangunan ini juga tidak mengecualikan
golongan kanak-kanak dan remaja. Kita tidak bimbang jika perkembangan tersebut
adalah sesuatu yang positif. Malangnya, filem-filem yang ditayangkan di televisyen
begitu dikuasai oleh filem-filem luar terutamanya filem-filem dari Barat. Bersama-sama
filem tersebut ialah nilai-nilai kehidupan masyarakat Barat yang amat bertentangan
dengan budaya dan amalan kita masyarakat Timur. Kebanyakan rancangan dari Barat
ini memaparkan anak-anak yang sudah tidak lagi menghormati ibu bapa mereka.
Mereka kononnya mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan kehendak
mereka. Malahan, pada kebanyakan siri filem atau drama Barat ini ditonjolkan bahawa
keluarga terutama ibu bapa yang sudah tua, tidak lagi penting buat anak-anak mereka.
Bahkan, bagi anak-anak yang sudah berkeluarga, ibu bapa adalah terpisah terus
daripada kehidupan mereka. Jika kita perhatikan, paparan remaja Barat di sekolah juga
amat berbeza daripada para pelajar dalam sistem pendidikan kita yang begitu
menekankan nilai-nilai murni dan adab antara guru dan pelajar. Di Barat, pelajar boleh
meletakkan kaki di atas meja semasa guru sedang mengajar. Perkara- perkara ini
disertai maklumat-maklumat negatif dari internet secara perlahan-lahan telah
mempengaruhi dan menghakis nilai dan kesopanan masyarakat kita. Justeru kita
melihat kepincangan akhlak dan peribadi masyarakat kita semakin hari semakin ketara.
Jadi, tidak hairanlah jika kesedaran sivik seperti sikap menghormati guru dan orang
yang lebih tua juga semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat kita hari
ini.

Walaupun petanda-petanda kerendahan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat


semakin jelas, namun, kita tidak boleh hanya berpeluk tubuh dan membiarkan
permasalahan ini semakin serius. Oleh itu, sebelum ’nasi menjadi bubur’, sebelum
’yang bengkok terus menjadi patah’, langkah-langkah untuk mengembalikan nilai murni
dan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat perlu segera dilaksanakan. Dalam hal
ini, kita terpaksa meletakkan tanggungjawab penting ini kepada pihak pendidikan. Hal
ini juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran kita. Oleh sebab itu, beliau telah
mengarahkan agar kurikulum semua mata pelajaran yang sedia ada dirombak semula.
Jika melalui Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM), elemen nilai-nilai murni wajib
diterapkan dalam setiap mata pelajaran, maka dalam kurikulum baru yang disemak
semula, perkara ini ditambah pula dengan meletakkan elemen semangat patriotik
sebagai sesuatu yang wajib diterapkan dalam pengajaran. Selain itu, nilai-nilai
kesusasteraan pula kini diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Melalui
cerpen, novel, drama dan puisi yang diajarkan dari peringkat Tingkatan Satu hingga
Tingkatan Lima, tema-tema yang berkenaan dengan nilai-nilai murni dan semangat
cinta akan negara telah diterapkan. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun.
Walaupun negara mereka semakin maju, namun, masyarakatnya masih mengekalkan
nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka.
Malahan di negara-negara Jepun dan Korea ini, yang merupakan dua buah negara
gergasi perindustrian ini, institusi pendidikan begitu dihormati oleh ibu bapa kerana
mereka menyedari bahawa daripada sekolah, anak-anak mereka dididik dan diasuh
untuk menjadi insan yang sempurna. Malahan, sistem pendidikan di kedua-dua buah
negara ini amat menitikberatkan mata pelajaran kesusasteraan dan sejarah, dari
peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Mereka percaya bahawa dengan
mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka, mereka
dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya. Semangat inilah
yang membawa negara mereka pada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban
jiwa dan raga demi negara yang tercinta. Justeru dalam usaha untuk melahirkan
semangat cinta akan negara serta menerapkan kesedaran sivik yang tinggi dalam diri
anak-anak remaja kita, maka tidak boleh tidak, perubahan dalam sistem pendidikan
perlu dilaksanakan. Dalam hal ini, guru-guru juga memerlukan orientasi baru agar turut
memberi perhatian pada sahsiah dan nilai-nilai murni anak-anak didik mereka dan tidak
hanya berusaha membimbing mereka mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

Selain usaha di atas, pihak sekolah perlu juga melaksanakan aktiviti kokurikulum
dengan lebih giat dan berkesan. Kita perlu sedar bahawa aktiviti kokurikulum
merupakan wahana yang paling berkesan dalam membentuk sikap murni seperti
bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar.
Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform
seperti Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah, akan membentuk semangat berpasukan
yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka akan bersama-sama mendirikan khemah,
mematuhi giliran memasak dan sebagainya , sepanjang perkhemahan diadakan. Selain
itu, aktiviti kawat kaki dan latihan-latihan yang diadakan pula akan membentuk para
pelajar yang mematuhi masa dan sentiasa berdisiplin. Aktiviti bergotong-royong oleh
persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di kawasan
sekitar sekolah pula akan menanamkan perasaan bertanggungjawab para pelajar
terhadap alam sekitar serta sekolah mereka. Bak kata pepatah, ‘tak kenal , maka tak
cinta.’ Justeru melalui program-program yang dijalankan, para pelajar akan membentuk
jati diri dan sikap positif dalam diri mereka. Mereka akan lebih bersikap ‘membina’
daripada ’meruntuhkan’ atau membinasakan sesuatu. Mereka juga akan lebih
bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang disediakan untuk kegunaan
ramai. Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang lebih berkesan, kita
berharap agar tidak ada lagi telefon awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang
diconteng dengan kata-kata yang tidak menyenangkan mata memandang. Sebaliknya,
kita akan dapat menyaksikan masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya,
mereka tidak berebut-rebut lagi ketika menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak
muda kita juga akan lebih menghormati golongan yang tua kerana tahap kesedaran
sivik dalam kalangan masyarakat telah meningkat.

“Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara” merupakan kata-kata yang


melambangkan kepentingan generasi muda terhadap pembangunan sesebuah negara.
Oleh itu, kita mahu melahirkan golongan remaja yang berwibawa dan berketerampilan
dalam pelbagai bidang agar mereka dapat menyumbang tenaga dan bakti kepada
negara. Hal ini tidak akan tercapai jika remaja kita rendah kesedaran siviknya serta
kurang jati dirinya. Justeru usaha kerajaan untuk mewajibkan remaja yang berusia
lapan belas tahun menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mampu
meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan golongan muda di negara kita ini.
Latihan-latihan yang diikuti adalah bermatlamat untuk membentuk jati diri dan sikap
positif dalam diri remaja. Malahan, lebih daripada itu, program tiga bulan ini akan
melarikan para remaja daripada pelbagai gejala negatif seperti melepak, merambu dan
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Latihan-latihan yang dijalankan juga
akan memberi penekanan pada kepentingan kesedaran sivik, kepentingan mencintai
negara,kepentingan pembentukan modal insan serta kepentingan untuk membina
kemandirian dan jati diri agar sikap positif ini akan tumbuh subur dalam diri anak-anak
remaja negara kita. Apabila para remaja ini mempunyai rasa bertanggungjawab
terhadap diri, bangsa dan negara, secara tidak langsung, mereka juga akan
bertanggungjawab terhadap hak dan kepentingan orang lain. Hasilnya, diharapkan agar
melalui program Khidmat Negara ini, negara akan dapat melahirkan masyarakat yang
lebih tinggi tahap kesedaran siviknya.

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Kita mahu melahirkan masyarakat yang hidup
seperti aur dengan tebing, saling menguatkan antara satu sama lain. Kita mahu
melahirkan masyarakat yang kukuh semangat kejiranannya serta sentiasa bersedia
untuk bekerjasama demi kebaikan bersama. Dalam hal ini, saya berpendapat agar
amalan bergotong-royong yang menjadi teras konsep bekerjasama dalam masyarakat
kita perlu disuburkan kembali, terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Pada tahap
awal, kita berharap agar para menteri dan Wakil Rakyat turut turun padang bersama-
sama dengan rakyat dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan. Apabila budaya
gotong-royong ini telah dapat diwujudkan, masyarakat akan dengan sendirinya
mengatur program-program tersebut untuk kepentingan kawasan tempat tinggal
mereka. Selain itu, amalan rumah terbuka serta ziarah-menziarahi pada musim-musim
perayaan juga merupakan amalan positif yang akan meningkatkan kesedaran sivik
dalam masyarakat kita. Melalui aktiviti ini, sesama jiran akan salin mengenali dan
beramah mesra sesama mereka. Walau bagaimanapun, kita berharap agar kejadian
berebut makanan yang berlaku dalam satu majlis terbuka anjuran seorang menteri
beberapa tahun lalu akan dapat diatasi pada masa-masa akan datang. Kita mahu
melihat bukan sahaja keharmonian hubungan pelbagai bangsa di negara kita tergambar
melalui aktiviti tersebut, malahan juga kita mahu menampilkan adab yang tinggi dalam
kalangan masyarakat kita yang terkenal dengan budi bahasa dan kesantunannya.
Apabila program-program ini dapat disebarluaskan di seluruh negara, sudah pasti tahap
kesedaran sivik masyarakat kita juga akan dapat ditingkatkan.

“Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.” Peribahasa tersebut membawa maksud


bahawa peribadi serta perlakuan ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak
mereka. Justeru jika kita ingin melihat kesedaran sivik subur dalam masyarakat, maka
ibu bapa perlu memainkan peranan perdana dalam usaha ini. “Melentur buluh biarlah
dari rebungnya.” Oleh itu, sesuatu perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu bapa
agar apabila anak-anak memasuki alam persekolahan, nilai-nilai asas yang positif
seperti hormat-menghormati, beradab sopan dan bertolak-ansur telah sedia wujud
dalam diri anak-anak mereka. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mendidik anak-anak agar
saling menghormati antara satu sama lain. Sebagai contoh, anak-anak yang lebih muda
perlu menghormati kakak atau abang mereka yang lebih tua. Anak-anak juga diajar
agar menghormati harta benda milik adik-beradik mereka serta harta benda bersama.
Oleh itu, amalan bergotong-royong sesama ahli keluarga perlu diterapkan dari peringkat
rumah lagi. Bukan sahaja amalan ini akan memudahkan pelaksanaan sesuatu
pekerjaan, malahan kemesraan keluarga juga akan dapat ditingkatkan. Kita sedia
maklum bahawa pada peringkat usia muda, anak-anak sedang membina identiti
mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa akan menjadi contoh teladan yang paling hampir
untuk diikuti oleh anak-anak. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ‘ketam
yang mengajar anaknya berjalan betul’. Oleh itu, ibu dan bapa perlu sentiasa
menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati sesama mereka agar nilai
positif ini diikuti oleh anak-anak. Ibu bapa juga perlu menegur kesilapan anak-anak agar
mereka mengetahui garis panduan antara perkara yang betul dan perkara yang salah.
Kebanyakan permasalahan yang berlaku dalan kalangan remaja masa kini adalah
disebabkan ibu bapa begitu takut untuk memperbetul dan menegur perbuatan negatif
anak-anak mereka. Jika ibu bapa dapat memainkan peranan mendidik anak-anak
mereka sewajarnya, maka sudah pasti masalah remaja kekurangan kesedaran sivik ini
tidak akan wujud di negara kita.

Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang mempunyai tahap
kesedaran sivik yang tinggi adalah melalui tindakan tegas dan penguatkuasaan
undang-undang. Jika kita tinjau ke negara jiran kita, Singapura, kita akan begitu kagum
akan rakyatnya yang begitu patuh akan peraturan serta amat bertanggungjawab
terhadap harta benda awam. Namun, dasar sebenar sikap tersebut adalah daripada
ketegasan kerajaan Singapura ‘mendidik’ rakyatnya.Setiap mereka yang didapati
melanggar peraturan awam akan terus didenda. Malahan, dalam perkara penggunaan
tandas awam pun,Singapura sentiasa memastikan penggunaannya yang betul Sesiapa
yang didapati tidak menarik pam air selepas menggunakan tandas akan dikenakan
hukuman pada masa itu juga. Negara kita juga perlu menguatkuasakan peraturan dan
undang-undang yang melibatkan rakyat yang kurang kesedaran siviknya ini. Jika
Singapura mewajibkan aktiviti khidmat masyarakat kepada sesiapa yang didapati
melanggar hak-hak penggunaan harta benda awam seperti telefon awam, dan
pembuangan sampah-sarap, mengapakah kita tidak boleh melaksanakannya?
Golongan masyarakat yang ‘berkepala batu’ dan terlalu mementingkan diri sendiri ini
sememangnya perlu dikenakan tindakan tegas. Setakat ini, tindakan hanya dikenakan
kepada mereka yang didapati merosakkan telefon-telefon awam. Bagaimana pula
dengan mereka yang tidak dapat membezakan antara tong sampah dengan tempat
menunggu bas? Golongan ini juga perlu dikenakan tindakansewajarnya. Dalam hal ini,
tindakan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) menangkap orang ramai yang
mengotorkan tempat-tempat awam dan mewajibkan mereka membersihkan tempat itu
semula adalah amat dipuji. Hal ini disebabkan, melalui pelaksanaan peraturan yang
tegas itu, orang ramai akan sentiasa beringat-ingat semasa menggunakan segala
kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan mereka.

Kesimpulannya, walaupun masalah kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan


masyarakat kita belum begitu parah, namun, kita perlu berusaha untuk membaikinya.
Hal ini terutamanya dalam kalangan remaja kerana merekalah yang bakal mencorakkan
hala tuju masa depan negara. Kita menginginkan agar kemajuan yang kita kecapi
adalah selaras dengan pembangunan jiwa dan peribadi anak-anak bangsa kita. Justeru
menyedari hakikat bahawa kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat masih rendah
atau semakin luntur, semua pihak harus membuka mata dan memainkan peranan
masing-masing untuk membina satu bangsa Malaysia yang berjaya dan mempunyai
tahap kesedaran sivik yang tinggi. ‘Negara Kita Adalah Tanggungjawab Kita’. Oleh itu
bersama-samalah kita seluruh warga negara yang tercinta ini memupuk sikap saling
bekerjsama dan saling bersatu hati agar kemajuan yang diingini tercapai tanpa
mengorbankan nilai dan susila bangsa dan agama kita.

Anda mungkin juga menyukai