Anda di halaman 1dari 2

08/03/2011

Kisah Nabi Harun a.s

HARUN adalah abang kandung Nabi Musa. Kisahnya dalam al-Quran selalu disebut bersama
dengan kisah adiknya itu. Baginda mendampingi Nabi Musa menemui Firaun untuk meminta
agar Firaun melepaskan Bani Israil daripada perhambaan.

Mereka menyampaikan wahyu daripada Allah kepada raja Mesir itu dan mengingatkannya serta
meluruskan jalan hidupnya yang melampaui batas (tidak rela melepaskan Bani Israel daripada
perhambaan) serta menyimpang daripada ajaran Allah SWT.

Dengan lemah lembut, Musa dan Harun menghadapi keangkuhan Firaun yang mengaku dirinya
Tuhan. Akhirnya, Musa dan Harun berjaya membawa keluar Bani Israil dari Mesir.

Ketika sampai di sekitar Gunung Sinai, Nabi Musa meninggalkan Bani Israel selama 40 hari
untuk menemui Tuhan di puncak Gunung Sinai.

Harun ditugaskan menjaga kaumnya. Baginda sempat mengingatkan mereka agar tidak
menyembah berhala lagi.

Ketika Musa masih berada di Gunung Sinai, Harun mendatanginya.

Setelah mendapatkan tugas dan perintah daripada Allah SWT, kedua-duanya segera berangkat ke
Mesir. Dengan ketabahan dan keteguhan iman, mereka menemui Firaun di istananya.

Dalam pertemuan itu, Nabi Musa menyampaikan wahyu Allah SWT kepada Firaun dan meminta
agar Firaun membebaskan Bani Israel daripada perhambaan.

Harun memiliki kemampuan berbahasa lebih fasih daripada adiknya. Oleh hal demikian itu,
Musa memohon kepada Allah SWT agar mengutuskan Harun mendampinginya menemui Firaun.
Permohonan itu bermaksud untuk membenarkan kata-kata yang disampaikan Musa, kerana
baginda khuatir Firaun tidak mahu menerima kata-katanya.

Harun diangkat oleh Allah SWT menjadi nabi dan rasul untuk membantu tugas kerasulan Nabi
Musa a.s.

Ketika hendak mendatangi Firaun, mereka diperintahkan oleh Allah agar mengaku sebagai
utusan Allah kepada Firaun. Mereka menghadap Firaun dengan membekalkan bukti-bukti
kerasulan mereka daripada Allah.

Bani Israel menyembah patung lembu yang diperbuat daripada emas dan melupakan Tuhan
ketika Musa berada di puncak Gunung Sinai untuk bertemu Tuhan. Harun tidak berdaya
menggalas tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Nabi Musa.
Ketika hendak menerima wahyu Allah SWT di Gunung Sinai, Harun diserahkan untuk memikul
amanah oleh Musa untuk memimpin Bani Israel. Selama ditinggalkan oleh Musa, kaumnya
membuat kekacauan.

Dalam suasana itu, muncul Samiri yang mengaku layak menjadi pemimpin Bani Israil. Dia
membuat patung anak lembu emas sebagai sembahan. Melihat kaumnya yang kufur itu, Harun
berusaha mengingatkan akan kesesatan mereka. Baginda berusaha menghentikan kekufuran
kaumnya, namun hati mereka benar-benar keras.

Setelah pulang dari Gunung Sinai, Musa marah kepada kaumnya dan menegur abangnya, Harun.

Oleh sebab berasa marah dan sedih, seperti dikisahkan di dalam al-Quran, Musa melemparkan
'loh-loh' (Taurat) yang baru diterimanya daripada Allah dan memegang rambut Harun, sambil
menariknya ke arahnya.

Sesudah amarahnya reda, barulah diambilnya kembali 'loh-loh' (taurat) itu, kerana di dalam
tulisan Taurat itu terdapat petunjuk dan rahmat untuk orang-orang yang takut kepadanya.

Nabi Harun a.s wafat terlebih dulu daripada Nabi Musa a.s dan dimakamkan oleh Nabi Musa a.s
di Bukit Hur (Jabal Harun) di Semenanjung Sinai.

Anda mungkin juga menyukai