Anda di halaman 1dari 2

Merosotnya Penggunaan Bahasa Melayu Di Kalangan Masyarakat Melayu Disebabkan Sikap Mereka

Kalau pokok bergoyang, tentu ada anginnya. Begitu juga dengan kemerosotan penggunaan Bahasa Melayu, sudah tentu ada fakor-fakor yang menyebabkan ia merosot. Siapakah yang harus dipersalahkan? Salah satu faktor yang menyebabkan ia merosot ialah sikapsikap negatif yang terpaku di minda sesetengah anggota masyarakat Melayu. Mereka lebih mementingkan Bahasa Inggeris daripada Bahasa Melayu. Mereka memberi alasan seperti Im not use to speaking Malay. Selain itu, mereka juga memberi alasan bahawa Bahasa Inggeris lebih penting. Alasan seperti ini ialah hanya untuk menjaga imej mereka yang ala orang barat. Kadang-kala sebutan perkataan Melayu ke Inggerisan bunyinya. Golongan ini telah dinamakan sebagai Mat-Salleh Celup. Golongan ini hendak menunjukkan siapa yang lebih handal dan lebih standard dalam perbualan masing-masing. Tahukah anda bahawa, ada kira-kira 250 juta pengguna Bahasa Melayu? Namun begitu, bilangannya mungkin lebih kecil dari yang disangkakan. Oleh itu, kita sebagai anggota masyarakat Melayu tidak seharusnya membuat alasan untuk mengelakkan diri dari berbahasa Melayu, kerana Bahasa itu lambang bangsa. Namun begitu, ada yang hanya atau sering membeli bukubuku dan majalah Bahasa Ingggeris. Perkara ini disebabkan sikap mereka yang tidak mementingkan Bahasa Melayu. Ada segolongan masyarakat Melayu yang Bahasa Melayunya tunggang-langgang. Walaupun begitu, mereka sempat menghadiri kelas yang mengajar bahasa seperti Perancis, Jepun dan Italy. Mereka tidak sedar bahawa Bahasa Melayu mereka masih belum sampai ke taraf yang tinggi. Kadang-kala pula, di kalangan bangsa Melayu sendiri, penggunaan bahasa Melayu yang bercampur-aduk dengan Bahasa Inggeris sering digunakan. Sebagai contoh, seorang

wartawan mewawancara Anwar. Wartawan itu mengemukakan pertanyaan. Bagaimanakah perasaan anda tentang kegiatan Bulan Bahasa? Anwar menjawab, I rasa proudlah dengan our Malay society dan I akan support mereka. Sedarkah anda bahawa orang seperti Anwar hanya tahu memberi sokongan sahaja. Bagaimana pula dengan penggunaan Bahasa Melayu mereka? Inilah salah satu perkara yang menyebabkan merosotnya penggunaan Bahasa Melayu dan ini memalukan bangsa Melayu. Bak kata peribahasa rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku. Perbualan yang bercampur-aduk juga digunakan di rumah, di antara ahli keluarga. Masyarakat Melayu harus mengutamakan bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu adalah identiti masyarakat Melayu. Kita harus mengelakkan Bahasa Melayu kita dicemari oleh Bahasa Inggeris. Kita harus mempunyai kesanggupan dan konfiden untuk menggunakan Bahasa Melayu. Masyarakat Melayu harus memberikan contoh yang baik kerana para pemimpin yang bukan Melayu juga mempelajari Bahasa Melayu. Ini kerana mereka sedar akan perlunya menguasai Bahasa Melayu di rantau ini. Kementerian juga telah membentuk Majlis Bahasa Melayu Singapure (MBMS) untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dan meningkatkan taraf penguasaan Bahasa Melayu. Masyarakat Melayu mempunyai peranan yang penting untuk memelihara kemurnian Bahasa Melayu. Masyarakat Melayu mudah terpesong dan dipengaruhi budaya barat. Oleh itu, kita harus menjaga dan mengembangkan Bahasa ibunda kita. Bahasa Melayulah haruslah dikekalkan bukan diabaikan kerana kita tidak mahu anak-anak kita pada masa hadapan digelar masyarakat tempang generasi pincang.
http://www.cybermelayu.com/newriang/essay/esei_9/index.htm

Anda mungkin juga menyukai