Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA CADANGAN PERLAKSANAAN PERTANDINGAN BADMINTON ANTARA DORM 2011

BIRO SUKAN ASRAMA SMK DATO ONN

PENGENALAN Kejohanan ini akan dikenali sebagai PERTANDINGAN BADMINTON ANTARA DORM 2011 OBJEKTIF PERTANDINGAN 1. Sebagai satu tradisi asrama untuk menganjurkan pertandingan badminton pada setiap tahun 2. Untuk memupuk silaturrahim sesama pelajar asrama 3. Untuk mengembangmajukan lagi sukan badminton dalam kalangan pelajar asrama dan sekolah 4. Sebagai aktiviti riadah untuk kesihatan bersama. KATEGORI PERLAWANAN 1. Beregu Aspura, 2. Beregu Aspuri, YURAN PENYERTAAN RM 5.00 untuk setiap pasukan SYARAT PERTANDINGAN 1. Terbuka kepada semua pelajar asrama 2. Setiap dorm memilih wakil untuk acara masing-masing. 3. Setiap dorm boleh menghantar 1 atau 2 pasukan beregu PERATURAN KEJOHANAN 1. Peraturan yang digunapakai dalam kejohanan ini ialah seperti yang amalkan oleh Badminton World Federation (BWF) 2. Pasangan yang menang akan mendapat 1 mata dan yang kalah tidak mendapat mata 3. Pasangan yang mendapat walkover akan mendapat 1 mata dan dikira menang 21-0, 210 4. Pasangan pemain yang gagal meneruskan perlawanan atas apa jua sebabpun adalah dikira kalah dan tidak mendapat sebarang mata, 5. Jika permainan tidak ditamatkan, tiada pasangan yang mendapat mata 6. Kejohanan akan diadakan secara liga (round robin) dan kedudukan dalam carta liga adalah ditentukan oleh perkara berikut: 7. Kedudukan teratas adalah pasangan yang mengutip jumlah mata terbanyak, 8. Jika tiga pasangan mengutip mata yang sama, kedudukan teratas ditentukan oleh jumlah perlawanan dimenangi, 9. Jika terdapat dua pasangan berkedudukan sama setelah peraturan (ii) diatas, maka kedudukan dua pasangan ini diambilkira dari perlawanan antara mereka, yang menang berkedudukan diatas, 10. Jika 3 pasangan berkedudukan sama setela peraturan (ii) diatas, kedudukan akan ditentukan oleh perbezaan antara jumlah perlawanan dimenangi dan jumlah perlawanan kalah, dengan jumlah perbezaan yang besar dikedudukan diatas, 11. Jika 2 pasangan berkedudukan sama setelah peraturan (iv) diatas, maka pemenang dalam perlawanan awal antara mereka akan dikira sebagai pemenang, 12. Jika 3 pasangan berkedudukan sama setelah peraturan (iv) diatas, kedudukan mereka akan ditentukan oleh perbezaan antara jumlah mata dimenangi dengan jumlah mata kalah, perbezaan yang tinggi berkedudukan diatas, 13. Jika 2 pasangan berkedudukan sama setelah peraturan (vi) diatas, maka pemenang dalam perlawanan awal antara mereka akan dikira sebagai pemenang,

14. Jika 3 pasangan berkedudukan sama setelah peraturan (iv) diatas, kedudukan mereka akan ditentukan dengan undian. 15. Semua keputusan perlawanan bagi pasangan yang dibatalkan penyertaannya (disqualified) akan dihapus dari kejohanan, 16. Aduan atau bantahan mengenai keputusan hakim perlawanan hendaklah disalurkan kepada Peguasa Kejohanan yang dilantik oleh jawatankuasa, jika tidak dilantik maka dengan sendirinya Pengerusi jawatankuasa adalah Penguasa Kejohanan (Tournament Refeere). Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis/mengisi borang bantahan sekurang-kurangnya sejam selepas perlawanan dengan menyertakan bayaran bantahan. Kos bantahan akan ditentukan oleh jawatankuasa kejohanan. 17. Pasangan tidak boleh ditukar sesudah kejohanan bermula atau pemain-pemain tersebut telah bermain, 18. Hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian, yang lazim dipakai dalam permainan badminton, 19. Sebarang kemuskilan dan apa jua keputusan yang tidak terkandung dalam kertas kerja ini hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Kerja kejohanan. FORMAT PERTANDINGAN Tertakluk kepada banyak penyertaan, kejohanan akan dijalankan secara liga atau round robin diperingkat kumpulan. Juara, Naib Juara dari kedua-dua kumpulan akan bermain dalam peringkat separuh akhir. JADUAL DAN TEMPAT KEJOHANAN 1. Kejohanan akan diadakan pada Sabtu, 16 Jun 2011 di Dewan An-Najah, SMK Dato Onn , (tertakluk kekosongan) , PENUTUP Semoga usaha-usaha murni ini untuk mengisi masa lapang generasi muda ini dengan aktiviti berfaedah mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah. Hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan berkualiti akan tercapai sekiranya program ini dapat dijalankan. Sekian.

Biro Sukan Asrama SMK Dato Onn

.
(WARDEN ASRAMA)

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BADMINTON ANTARA DORM 2011 NAMA PASUKAN DORM KATEGORI 1. 2. : : : BEREGU ASPURA BEREGU ASPURI

NAMA PEMAIN

Dengan ini, kami bersedia untuk menyertai kejohanan ini dengan penuh semangat kesukanan dan akan mematuhi apa jua peraturan yang mengawalnya. Bersama ini disertakan bayaran penyertaan sebanyak RM5.00 sahaja. T/Tangan Ketua Pasukan T/Tangan Penerima

___________________________________ [ ] Tarikh :

___________________________________ [ ]

*Kembalikan borang ini selewat-lewatnya seminggu sebelum pertandingan dijalankan

Anda mungkin juga menyukai