Anda di halaman 1dari 1

Ira Bhattacharyya, Pensyarah Kanan, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, 98009 Miri.

______________________________________________________________________ Habibah binti Marzuki, Ketua Jabatan Sains, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, 98009 Miri. 23 Februari 2011

Puan, Peminjaman Papan Pameran Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Untuk pengetahuan pihak puan, Pengajian Matematik Pendidikan Rendah Ambilan Januari 2009 akan mengadakan pameran sempena Minggu Bahasa Inggeris. Butirannya adalah seperti berikut: Tarikh : 28 Februari 2011 hingga 4 Mac 2011 Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam

Tempat : Pusat Sumber IPG Kampus Sarawak 3. Sehubungan itu, saya ingin memohon kebenaran pihak puan untuk menggunakan 4 buah papan pameran bagi kegunaan sepanjang minggu tersebut. 4. Semoga permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak puan untuk diluluskan supaya pameran ini dapat dijalankan dengan jayanya. Kerjasama daripada pihak puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(IRA BHATTACHARYYA) Pensyarah Kanan, IPG Kampus Sarawak .

Anda mungkin juga menyukai