Anda di halaman 1dari 1

APAKAH ITU HIPERKOLESTEROLEMIA ?

Hiperkolesterolemia adalah satu keadaan di mana kolesterol dalam badan adalah melebihi daripada aras normal. Kolesterol yang berlebihan akan termendap di salur darah dan akan menyempitkannya. Ini akan mengganggu sistem peredaran darah yang normal dan akan meningkatkan risiko mendapat penyakit darah tinggi dan sakit jantung. >> >> >> >> >> >> >> >> >>

FAKTOR RISIKO PENYAKIT JANTUNG


Faktor-faktor risiko yang utama ialah : Kolesterol LDL yang tinggi Kolesterol HDL yang rendah Tekanan darah tinggi Merokok Diabetis Peningkatan umur Sejarah keluarga yang mengidap penyakit jantung Obes Kurang aktif/ senaman

Senaman Senaman yang teratur meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik), mengurangkan risiko penyakit jantung dan boleh juga menolong mengawal berat badan, diabetis dan tekanan darah tinggi.

Mengisap Rokok Merokok merosakkan lapisan saluran meningkatkan timbunan kolesterol LDL. darah dan

CARA UNTUK MENGURANGKAN TAHAP KOLESTEROL DALAM DARAH ANDA


kolesterol yang temendap dalam arteri jantung Pengubahsuaian Pemakanan Menghadkan jumlah lemak tepu (seperti daging, hasil tenusu, minyak kelapa) dan juga makanan yang berkolesterol dalam pemakanan anda. Lebihkan pengambilan makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijiran. Jikalau boleh pilih makanan yang rendah lemak atau hasil tenusu tanpa lemak. Terapi pemakanan yang rapi boleh mengurangkan jumlah kolesterol sehingga 5% - 10%. Pengurangan Berat Badan Sekiranya berat badan anda berlebihan, anda patut mengambil langkah untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang ideal. Pengurangan berat badan menolong untuk meningkatkan paras kolesterol HDL.

Alkohol Pengunaan alkohol yang sederhana telah dikaitkan dengan paras kolesterol HDL yang lebih tinggi. Tetapi alkohol juga boleh memburukkan lagi tekanan darah tinggi dan meningkatkan risiko untuk mendapat strok.

Terdapat dua jenis lipoprotein kolesterol yang mengawal aras kolesterol dalam badan kita iaitu lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) dan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL). 1) High-density lipoprotein (HDL) Kolesterol HDL juga dipanggil sebagai 'kolesterol baik' kerana ia dipercayai menghapuskan kolesterol yang berlebihan dalam salur darah. Paras HDL yang tinggi seolah-olah melindungi daripada penyakit jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 2) Low-density lipoprotein (LDL) Kolesterol LDL yang berlebihan akan menambahkan kolesterol dalam arteri jantung dan kemungkinan menyebabkan penyakit jantung. Lebih tinggi paras LDL, lebih tinggi risiko anda untuk mendapat penyakit jantung. Itulah sebab kolesterol LDL sering dipanggil 'kolesterol jahat'.

TAHUKAH ANDA

Ubat-ubatan Terapi ubat harus dipertimbangkan sekiranya paras kolesterol anda tidak mencapai paras yang diingini, meskipun pertukaran pemakanan dan gaya hidup telah dibuat. Bagi mereka yang terbukti mengidap penyakit jantung koronari dan paras kolesterol yang tersangat tinggi, ubat pengurangan kolesterol patut diberikan disamping meneruskan gaya hidup yang lebih sihat.

Anda mungkin juga menyukai