Anda di halaman 1dari 11

Kolesterol Tinggi: Kesan, Bahaya & Tips

Kekalkan Bacaan Kolesterol Normal

ByNazurah Hassan
Posted on May 26, 2021

Berapakah bacaan kolesterol normal? Dan berapakah bacaan kolesterol tinggi?

Seperti kandungan gula dan tekanan darah, paras kolesterol juga perlu dikekalkan pada
tahap optimum.
Sekiranya paras kolesterol didapati tinggi, ia boleh membuatkan seseorang berisiko
untuk menghidap penyakit seperti strok dan sakit jantung.

Tahukah anda apakah itu kolesterol dan bagaimana cara membaca kadar kolesterol
seseorang?

Jom kita teliti lebih lanjut melalui artikel ini.

APAKAH ITU KOLESTEROL?


Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati dan berfungsi untuk membawa lemak
ke seluruh bahagian badan yang memerlukannya sebagai tenaga.

Selain itu, kolesterol juga memainkan peranan dalam membekalkan vitamin D, serta
membantu dalam menghasilkan hormon seperti kortisol dan hormon seksual.

Kolesterol juga boleh diambil menerusi makanan seperti mentega, kuning telur dan
daging.

2 KATEGORI UTAMA KOLESTEROL


Terdapat beberapa kategori kolesterol utama antaranya ialah Low Density Lipoprotein
atau LDL.

Ia juga dikenali sebagai kolesterol jahat kerana kadar LDL yang tinggi boleh
menyebabkan salur darah tersumbat.

High Density Lipoprotein atau HDL pula lebih dikenali sebagai kolesterol baik yang
membantu memindahkan lebihan kolesterol semula ke hati untuk dilupuskan.
 

PANDUAN MEMBACA KADAR KOLESTEROL NORMAL / TINGGI 


Sekiranya seseorang mengamalkan diet berkolesterol tinggi, ia berisiko untuk
menghidapi penyakit seperti salur darah mengecil (artherosclerosis) atau serangan
jantung.

Oleh itu, pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dilaksanakan bagi mengelakkan
masalah kolesterol tinggi dalam badan.

Biasanya sampel darah akan diambil bagi mengukur paras kolesterol dengan terperinci.

Panduan membaca kadar kolesterol adalah seperti di bawah :


Risiko Sederhana
Bacaan Normal Risiko Awal (borderline) Risiko Tinggi

< 170 mg/dl 200 mg/dl 200-239 mg/dl 240 mg/dl

Untuk bacaan yang lebih terperinci, juga boleh merujuk kepada paras bacaan kolesterol
tinggi / normal seperti di bawah:
(Sumber: MyHealth MyLife)

BAHAYA KOLESTEROL TINGGI YANG TIDAK DIKAWAL


Kolesterol tinggi adalah penyebab utama beban penyakit dalam negara-negara maju
dan negara-negara yang membangun.

Kini, ianya menyebabkan 2.6 juta kematian di seluruh dunia.4 Berdasarkan Tinjauan
Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2015,
kadar bilangan warga Malaysia yang menghidap dislipidemia dan berumur 18 tahun
dan ke atas adalah 47.7% (9.6 juta).
Yang lebih menakutkan, kolesterol tinggi biasanya tidak mempunyai simptom-simptom
tetapi ia meningkatkan risiko anda mengalami serangan jantung dan strok.

Ini kerana paras tinggi kolesterol LDL dikaitkan dengan peningkatan risiko
arteroskelrosis, iaitu pemendapan plak-plak bahan berlemak di dalam dinding arteri.

Arterosklerosis yang berlaku di dalam jantung akan menyebabkan serangan jantung,


manakala, arterosklerosis yang berlaku di dalam otak boleh menyebabkan strok.

Sila rujuk gambar rajah di bawah:

CARA TURUNKAN KADAR KOLESTEROL TINGGI


1. Amalkan Pemakanan Sihat
Seperti yang kita tahu, pemakanan yang tidak sihat juga boleh mengakibatkan paras
kolesterol meningkat.
Elakkan makanan tinggi kolesterol jahat seperti makanan segera dan makanan
bergoreng serta lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pengambilan serat seperti oat juga mampu mengurangkan kadar kolesterol sehingga
10 ke 25 %.

Makanan yang mengandungi lemak sihat seperti kekacang, ikan, dan minyak zaitun
juga amat baik untuk diamalkan bagi mengurangkan kadar kolesterol.

2. Kekal Aktif dengan Senaman


Kadar kolesterol juga dapat dikurangkan dengan gaya hidup yang sihat.

Aktiviti beriadah terbukti mampu mengurangkan paras kolesterol serta mengurangkan


risiko penyakit lain.

Bagi yang menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi atau lemah jantung,
dapatkan saranan doktor bagi mengetahui jenis senaman yang bersesuaian dengan
anda.

3. Atasi Masalah Stres


Stres ialah sesuatu yang sukar dielakkan tidak kiralah di tempat kerja mahupun di
rumah.

Stres juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada kadar kolesterol tinggi dalam
badan kerana ia boleh mempengaruhi paras hormon dan tekanan darah.

Jadi, pengurusan stres adalah amat penting bukan sahaja bagi kesihatan mental,


malah untuk kesihatan fizikal seseorang.
Antara kaedah pengurusan stres yang boleh diamalkan ialah senaman ringan seperti
berjalan atau regangan badan.

Stres juga dapat dielakkan dengan berehat sejenak dan jauhi minda daripada berfikir
perkara yang boleh menyebabkan anda cemas atau bercelaru.

4. Berdisiplin dalam Pengambilan Ubat


Selain pengamalan gaya hidup dan diet sihat, doktor mungkin akan memberikan ubat
kawalan kolesterol bergantung kepada tahap kesihatan anda.

Antara ubat yang biasa diberikan bagi menguruskan kolesterol ialah statins, fibrates
dan niacin yang bertindak untuk mengimbangi paras kolesterol dalam darah.

Walaupun kolesterol memainkan peranan yang penting dalam badan, ia juga boleh
mendatangkan penyakit jika tidak dikawal dengan baik.
Contoh makanan yang boleh diambil dan perlu dielakkan

(Sumber: Bahagian Pemakanan KKM)


AYUH, AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT!
Oleh itu, gabungan gaya hidup sihat dengan tabiat pemakanan yang berkhasiat,
senaman berkala dan pengurusan stres yang baik adalah penting bagi mengurangkan
paras kolesterol.
Dengan badan dan minda yang sihat, anda mampu mengelak masalah kolesterol tinggi
serta risiko penyakit lain seperti penyakit jantung dan obesiti.

Anda mungkin juga menyukai