Anda di halaman 1dari 3

Doa Pelancaran Program Pintas Jawi 2003

Ya Allah Tuhan Kami dan Tuhan segala sesuatu, di dalam majlis


yang penuh dengan kegemilangan dan kemuliaan ini, Majlis
Pelancaran Projek Pintas Jawi Sekolah-sekolah Peringkat Negeri
Perak 2003, kami menadah tangan memanjatkan kesyukuran kami
kepadaMu, dapat kami melancarkan projek ini, semoga denganya
kami sentiasa tergolong dalam golongan orang yang istiqamah
melakukan amalan yang berkualiti lagi diberkati Allah s.w.t.









Ya Allah yang mempunyai kurnia dan tidak dikurniakan bagi Nya,
Ya Tuhan yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Kami
memohon limpahan kurniaan yang berterusan dari Mu jua agar
usaha yang kami laksanakan ini dapat memperkasa dan
memartabatkan tulisan jawi. Kemahirannya di kuasai oleh anak
didik kami, masyarakat dan bangsa kami, dengannya tulisan jawi
akan berada dipersada yang tinggi. Kami yakin, ia juga sebagai
satu wadah untuk meningkatkan kualiti Pendidikan Islam serta
Penguasaan Bacaan AL Quran khususnya dan martabat umat
Islam amnya. Mudah-mudahan usaha kami ini mendapat
keredhaan, keberkatan dan perkenanMu Ya Allah.

,

,
,
.
Ya Allah Ya Rahman, kami memohon kepadaMu kurniakanlah dan
limpahkanlah kepada kami sekalian yang hadir ini nikmat
kesihatan yang berpanjangan, kekuatan mental dan fizikal yang
sentiasa mencetuskan inspirasi memajukan pendidikan negara.
Ya Allah Ya Rahim, hiasilah diri kami dengan ketenangan serta
kesejahteraan rohani dan jasmani, kekuatan diri dan ketahanan
emosi, ketinggian ilmu, keindahan akhlak dan kemuliaan peribadi.
Semarakkan sentiasa dalam diri kami semangat juang yang
membara, berusaha hingga jaya, dengannya dapat kami barisan
pimpinan pendidikan negeri Perak Darul Ridzuan merealisasikan
PERAK GEMILANG
dalam segenap bidang pendidikan.
Seterusnya mencapai aspirasi dan wawasan pendidikan negara.

Anda mungkin juga menyukai