Anda di halaman 1dari 8

HIDUP BERMASYARAKAT LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT JALAN-JALAN CARI RESEPI

 AYAM MASAK LEMAK  RENDANG DAGING HITAM

Nama : Alif Aiman bin Roslan Tingkatan : 2 Delta No. Maktab : 10137

BUTIRAN AKTIVITI
Tarikh : 13 14 Februari 2011 Guru Penasihat : Puan Rozilah binti Jamaluddin : Puan Suriati binti Ibrahim Ahli Kumpulan : Mior Muhammad Nadjmie bin Abdul Talib : Fasihah Amirah binti Abdul Hamid : Alif Aiman bin Roslan :Muhammad Ierfan bin Hasnan : Muhamad Azam bin Hashim : Muhamad Khairul Aizat bin Nazaruddin : Naqiyuddeen bin Azuan Aziz Kasim : Qistina Adila binti Ismail : Fatini binti Ahmad Puat : Ain Maisarah binti Ruzaimi : Nur Aliah binti Salman : Siti Nur Aini binti Ibrahim : Syazwani Izzati binti Mohammad Zain : Nurul Darvina Dayana binti Sahari

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guruguru yang terlibat sepanjang kami menjalani aktiviti Jalan Jalan Cari Resepi ini terutama sekali kepada penasihat homeroom saya , Puan Suriati binti Ibrahim . Saya juga berterima kasih kepada Puan Jamaliah binti Abdul Rahman kerana sudi berkongsi resepi tradisional kepada homeroom saya dan member kami peluang untuk merasa sendiri bagaimana untuk memasak . Tidak lupa juga kepada Puan Hasliza binti Ibrahim yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang folio ini dilaksanakan . Terima kasih juga kepada ibu bapa dan adik beradik yang sentiasa memberi dorongan . Akhir sekali , saya juga berterima kasih kepada rakan seperjuangan yang sentiasa berkongi maklumat terkini mengenai folio ini .

Objektif Projek
 Mengeratkan Silaturahim sesama masyarakat  Mempelajari resepi tradisional baru  Memupuk semangat kerjasama antara ahli homeroom  Menimba pengalaman baru  Mendedahkan kepada pelajar cara untuk memasak makanan tradisional

PERLAKSANAAN PROJEK
PERANCANGAN
 Berbincang mengenai tarikh dan masa yang sesuai j 13 Februari 2011 ( 8.00 pagi ) - Mencari resepi di Kampung Changkat Berangan j 14 Februari 2011 ( 8.30 pagi ) Memasak di tapak perkhemahan .  Berbincang rumah mana yang hendak dituju j Penasihat homeroom yang tentukan j Rumah yang hendak dituju merupakan rumah ibu angkat penasihat homeroom ( Puan Jamaliah binti Abdul Rahman )  Berbincang mengenai soalan apa yang hendak diajukan j Apakah bahan-bahan yang diperlukan ? j Bagaimanakah cara-cara untuk memasak ? j Apakah tips keselamatan sepanjang memasak ?

KERJA AMALI
 Bertolak dari MRSM Lenggong pada jam 8.00 pagi  Tiba di rumah yang dirancang pada 8.30 pagi  Disambut baik oleh keluarga Puan Jamaliah  Puan Jamaliah menceritakan serba sedikit mengenai dirinya  Kami mula meminta resepi yang dikehendaki  Sambil meminta resepi , penasihat homeroom kami ke pasar untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan

 Apabila penasihat homeroom selesai membeli , kami mula menyediakan bahan .  Kemudian , kami mula memasak sambil dibantu Puan Jamaliah  Selesai memasak , kami menyediakan meja makan untuk menikmati juadah yang telah siap  Kami makan bersama-sama dan berasa sungguh gembira  Selesai makan , kami membersihkan alatan-alatan yang telah digunakan  Sebelum pulang , kami sempat bergambar bersama keluarga Puan Jamaliah .

REFLEKSI
 Mengeratkan Silaturahim sesama masyarakat  Mempelajari resepi tradisional baru  Memupuk semangat kerjasama antara ahli homeroom  Menimba pengalaman baru  Mendedahkan kepada pelajar cara untuk memasak makanan tradisional

CADANGAN / KOMEN
 Saya berharap selepas ini , program ini mungkin boleh dimeriahkan lagi seperti aktiviti Keluarga Angkat dimana satu homeroom akan diberi satu keluarga angkat.  Selain daripada itu , mungkin aktiviti memasak boleh terus diadakan dirumah orang kampong tersebut .

GAMBAR

RUJUKAN
 Puan Suriati binti Ibrahim  Puan Jamaliah binti Abdul Rahman

Lampiran AYAM MASAK LEMAK


Bahan-bahan:      1 ekor ayam ~ potong ikut suka, cuci bersih dan toskan 1 cawan santan 2 keping asam gelugur 2 batang serai ~ dititik Garam dan sedikit gula.

Bahan kisar:      5 biji cili padi 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci kunyit hidup

Cara penyediaan: 1. Masukkan ayam bersama serai, asam gelugur dan bahan kisar ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga ayam kecut. 2. 3. Tuangkan santan Bila mendidih, tambahkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika. 4. Rasa dan jika sedap boleh matikan api dan bolehlah dihidangkan

Anda mungkin juga menyukai