Anda di halaman 1dari 9

KEJOHANAN BADMINTON BEREGU LELAKI TERBUKA UTHM 2008

ANJURAN PASUKAN BADMINTON UTHM DENGAN KERJASAMA PUSAT KOKURIKULUM SUKAN DAN KEBUDAYAAN (PKSK)

Tarikh: 3 hingga 6 Januari 2008

Tempat: Dewan Badminton UTHM

1.0 TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapat kelulusan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bagi mengadakan Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Terbuka UTHM 2008 pada tarikh 3 hingga 6 Januari 2008, bertempat di Dewan Badminton UTHM.

2.0 LATAR BELAKANG

Badminton merupakan sejenis permainan yang berasal dari Negara India dan kini telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu permainan antarabangsa termasuk di negara kita. Ini dapat dibuktikan dengan adanya pelbagai kejohanan dan pertandingan yang dianjurkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan sama ada daripada pemain-pemain ataupun penonton-penonton. Namun di peringkat antarabangsa, penguasaan sukan ini ternyata di antara beberapa negara Asia dan Eropah. Menerusi pertandingan Piala Thomas yang bermula pada tahun 1948-1949 dan Piala Uber 1956-1957, sukan ini berjaya meningkatkan minat di kalangan peminat sukan Badminton di seluruh dunia. Bagi negara kita, Badminton merupakan salah satu sukan yang benar-benar berjaya meletakkan nama negara di tempat paling atas dibandingkan dengan sukan lain. Inilah satusatunya permainan yang kita mampu menjadi johan dunia. Kejayaan beberapa kali

memenangi Piala Thomas serta kegemilangan kita dalam Sukan Komanwel membuktikan kemampuan dan kebolehan kita dalam sukan ini. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ditubuhkan pada tahun 1934 dan merupakan antara persatuan sukan terawal di negara ini, sedar akan peranan dan tanggungjawabnya. Pelbagai kejohanan dianjurkan di samping perancangan masa depannya membuktikan bahawa untuk masa akan datang negara kita tidak akan ketandusan dari segi

melahirkan bintang-bintang badminton yang bertaraf dunia. Di peringkat sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Badminton ternyata sudah berjaya menjadi acara sukan yang digemari. Kelab-kelab rekreasi, persatuanpersatuan sukarela dan badan-badan serta jabatan-jabatan kerajaan dan swasta turut menubuhkan pasukan masing-masing dengan turut mengadakan pertandingan dan kejohanan sendiri dari semasa ke semasa. Semua ini menunjukkan bahawa Badminton sudah berjaya menarik minat segenap golongan masyarakat negara ini dan dunia amnya. Menyedari hakikat bahawa sukan Badminton merupakan salah satu sukan yang sangat digemari di Malaysia. Oleh itu, Pasukan Badminton UTHM mengambil inisiatif untuk

mengadakan Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Terbuka UTHM 2008.

3.0 PENGANJUR Pasukan Badminton UTHM dengan kerjasama Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan (PKSK).

4.0 MAKLUMAT PROGRAM 4.1 OBJEKTIF PROGRAM Tujuan utama Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Terbuka UTHM 2008 ini dijalankan adalah: a) Mengembang dan memperluas kemahiran pemain-pemain Badminton UTHM. b) Mewujudkan interaksi antara warga UTHM dengan penduduk luar. c) Membuka peluang kepada pelajar UTHM untuk mencungkil bakat-bakat baru. d) Memupuk semangat kerjasama ahli melalui penganjuran program. e) Merkenalkan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kepada pihak luar dengan lebih meluas dan memberikan pandangan masyarakat bahawa universiti juga mengutamakan sukan dan rekreasi pelajar disamping menimba ilmu.

4.2 JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM.

Justifikasi mengadakan program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang pengurusan kejohanan serta memupuk interaksi positif antara warga UTHM dengan masyarakat luar.

4.3 MATLAMAT PROGRAM Matlamat jangka panjang program ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar UTHM dalam Badminton untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu, mengembang dan memperluas kemahiran pemainpemain Badminton UTHM dengan melihat kemahiran dan corak permainan pemain daripada luar UTHM.

4.4 TARIKH Tarikh : 3 hingga 6 Januari 2008

4.5 TEMPAT Tempat : Dewan Badminton UTHM.

4.6 NAMA PROGRAM Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Terbuka UTHM 2008.

4.7 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN Beregu Lelaki

4.8 JANGKAMASA PROGRAM 4 hari

4.9 PESERTA

Terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

4.10 PERASMI PROGRAM TUAN HJ. KAMARUDIN BIN KHALID Ketua Pusat Kokurikulum, Sukan Dan Kebudayaan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

5.0 AHLI JAWATANKUASA

PENAUNG Y. BHG. PROF. DR. HASHIM BIN SAIM Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

PENASIHAT TUAN HJ. KAMARUDIN BIN KHALID Ketua Pusat Kokurikulum, Sukan Dan Kebudayaan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Pengarah program : MOHD ARIF BIN HASAN : EZZATUL IZYAN BINTI KAMARUDDIN

Timbalan pengarah program : CHEE KWOK CHIEN Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Biro protokol / urusetia : NOOR ASHIKIN BINTI RAMLEE : LOOI MING YI : CLEMENT HOR VOOR PENG : NADIRAH BT. SHARIFF WONG BEK LUNG : AHMAD AL-HAFIZ BIN RIMAN TAN CHIK YING

Biro publisiti

Biro peralatan

: NOR ADUNI BIN MUHAMMAD NOR HANIL RAAJ SINGH GILL BEH YOONG YOONG

Biro hadiah dan cenderahati : RIZWAN BIN JAMHARI NURUL EZATY BINTI MOHD NASARUDIN Biro pengadil : MUHAMMAD KHAIRUL HAFIZI BIN AB RAHMAN ERWIN A/K LAMAT CHIENG HOE LEE Biro perubatan dan kebajikan : MOHD ROSLE BIN HALIM MOHD SYUKRI BIN MARTIUS MOHD BAKRILEH BIN AMINUDIN FAIZAL BIN MANANI Biro tugas-tugas Khas : MOHD KHAIRUL AZHAR BIN YUSOF FAIZUL AMIN BIN SIMIRAH MOHD FAIRUS BIN SHAHRIN

6.0 TENTATIF PROGRAM Hari pertama 3 Januari 2008 (Khamis) 8.00p.m -11.00p.m Pusingan awal kejohanan

Hari kedua 4 Januari 2008 (Jumaat) 8.00a.m-1.00p.m 2.00p.m-7.00p.m 8.00p.m-11.00p.m Pusingan awal kejohanan Pusingan awal kejohanan Suku akhir kejohanan

Hari ketiga 5 Januari 2008 (Sabtu) 8.00a.m-1.00p.m Suku akhir kejohanan

8.00p.m-11.00p.m

Separuh akhir kejohanan

Hari keempat 6 Januari 2008 (Ahad) 8.00p.m-11.00p.m Akhir kejohanan & Majlis penutupan

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

i) Makanan dan Minuman Makanan AJK RM 10.00 x 4 hari x 25 orang Air mineral RM 12.00 x 4 hari x 3 kotak Jamuan Penutupan majlis RM 3.00 x 50 orang

RM1,000.00 RM144.00 RM 150.00 RM1,294.00

ii) Hadiah Perasmi program Piala johan Piala naib johan Piala ketiga dan keempat Piala Saguhati

RM40.00 x 1 RM80.00 x 2 RM70.00 x 2 RM60.00 x 4 RM30.00 x 8

RM 40.00 RM160.00 RM140.00 RM240.00 RM240.00

* Hadiah wang tunai akan diberikan kepada Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat, walaubagaimanapun tertaklk kepada bilangan penyertaan. RM 820.00 iii) Kain Rentang iv) Bulu Tangkis v) Alat-alat tulis vi) Tag Nama vii) Pengadil RM150.00 x 5 helai RM 50.00 x 50 tabung RM100.00 x 1 set RM 4.00 x 25 orang RM 10.00 x 64 perlawanan RM 750.00 RM2500.00 RM100.00 RM100.00 RM640.00

viii) Perubatan

RM 73.00 x 1 set

RM 73.00 RM4,163.00

x) Karpet

(Minta dipasang pada gelanggang tengah 2 hari sebelum perlawanan)

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN 8.0 KESIMPULAN

RM 6,277.00

Sebagai kesimpulan, diharapkan dengan penganjuran program ini akan dapat membentuk jatidiri para pelajar dan para pemain. Pengalaman dan pengajaran yang diterima dapat memajukan sukan Badminton. Semoga dengan menyertai kejohanan ini dapat memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim yang telah sedia terjalin.

Disediakan oleh,

____________________ EZZATUL IZYAN BINTI KAMARUDDIN Ketua Pasukan Badminton Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. (013-7597890) (017-2987199)

Disemak oleh,

____________________ ENCIK AZLI BIN PUDDIN Penolong Pendaftar, Pusat Kokurikulum, Sukan Dan Kebudayaan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Disahkan oleh,

____________________ TUAN HJ. KAMARUDIN BIN KHALID Ketua Pusat Kokurikulum, Sukan Dan Kebudayaan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Disokong oleh,

____________________ HJ ABU BAKAR BIN HUSSAIN Bendahari Universiti Tun Huusein Onn Malaysia

Diluluskan oleh,

____________________ PROF. IR DR. AMIR HASHIM BIN MOHD KASSIM Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni) Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai