Anda di halaman 1dari 20

STESEN 1

NAMA PERGERAKAN

Dirian bangau sambil mengepit bola

PERALATAN BERAT

Tiada

ALATAN TANGAN

Bola

a. Pelajar berdiri dalam keadaan bersedia sambil memegang bola. b. Berdiri di atas sebela kaki sambil bola dikepit di bahagian parat lutut. c. Kaki dijengketkan supaya tumitt tidak menyentuh lantai bagi tujuan mengimbang.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 2

NAMA PERGERAKAN

Pergerakan bintang sambil menggolek bola

PERALATAN BERAT

Tiada

ALATAN TANGAN

Bola

a. Pelajar bersedia dalam keadaan berdiri smbil memegang bola. b. Bola kemudiannya dilerekkan di atas lantai. c. Lakukan pergerakan bintang mengikut bola yang dilerekkan. d. Tangkap bola yang dilerek sejurus selepas melakukan pergerakan bintang. CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 3 Pusingan 180 darjah sambil melambung dan mengangkap bola

NAMA PERGERAKAN

PERALATAN BERAT

Tiada

ALATAN TANGAN

Bola

a. Pelajar bersedia dalam keadaan berdiri sambil memegang bola. b. Bola dilambungkan tinggi ke atas. c. Lompat dan pusingkan badan 180 darjah secara setempat. d. Tangkap semula bola yang dilambung. CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 4 Memusingkan badan sambil menendang bola ke belakang

NAMA PERGERAKAN

PERALATAN BERAT

Tiada

ALATAN TANGAN

Bola a. Pelajar dikehendaki menggolek bola di atas lantai. b. Lari dan letakkan tapak kaki ke atas bola. c. Pusingkan badan dan tukar kaki sebelah untuk memijak bola. d. Tarik bola dengan hujung jari kaki dan tolak ke arah belakang

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 5

NAMA PERGERAKAN

Imbangan atas abdomen sambil mengangkat bola

PERALATAN BERAT

Lombol

ALATAN TANGAN

Bola

a. Meniarap di atas peti lombol. b. Kedua-dua tangan pelajar memegang bola. c. Lakukan lentikan belakang dan angkat bola menebihi bahagian kepala. d. Lakukan pergerakan tersebut selama 5 saat.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 6

NAMA PERGERAKAN

Gulingan hadapan sambil mengepit bola

PERALATAN BERAT

Tilam

ALATAN TANGAN

Tiada

a. Berdiri dalam keadaan bersedia. b. Kepitkan bola di bahagian kekura kaki. c. Letakkan tangan di atas tilam dan rapatkan dagu ke bahagian dada. d. Lakukan gulingan hadapan dengan bola dikepitkan seperti gambar di bawah.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 7

NAMA PERGERAKAN

Menyilang bola di celah peha sambil menukar kaki

PERALATAN BERAT

Tiada

ALATAN TANGAN

Bola

a. Pelajar berdiri dalam keadaan bersedia sambil memegang bola. b. Bukakan sebelah kaki kehadapan. c. Silangkan tangan yang memegang bola di bahagian celah kangkang. d. Semasa melakukan pergerakan (c) tukarkan bahagian kaki hadapan dengan melompat setempat secara berselang seli dengan kaki kanan. CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 8

NAMA PERGERAKAN

Ekstensi kaki sambil mengilas bola ke pinggang

PERALATAN BERAT

Tiada

ALATAN TANGAN

Bola

a. Berdiri dalam keadaan bersedia sambil memegang bola. b. Lakukan pergerakan ekstensi kaki secara berselang seli. c. Semasa melakukan pergerakan ekstensi kaki, kilaskan bahagian pinggang sambil memegang bola.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 9

NAMA PERGERAKAN

Imbangan skala sisi dengan bola

PERALATAN BERAT

Tiada

ALATAN TANGAN

Bola

a. Pelajar hendaklah berdiri dan memegang bola dalam keadaan bersedia. b. Codongkan badan ke sisi kanan dan kiri sambil merapatkan telinga ke bahu dalm keadaan tangan lurus sambil memegang bola. c. Angkat kaki sebelah untuk melakukan imbangan.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 10

NAMA PERGERAKAN

Larian zig zag sambil melantun bola

PERALATAN BERAT

Skop

ALATAN TANGAN

Bola

a. Pelajar menolak bola kehadapan. b. Bola hendaklah ditolak secara berselang seli melintasi skop agar membentuk arah pergerakan zig zag.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 11

NAMA PERGERAKAN

Imbangan V sambil melambung bola

PERALATAN BERAT

Tiada

ALATAN TANGAN

Bola

a. Pelajar duduk melujur dan bersedia. b. Fleksikan bahagian sendi pinggang untuk melakukan imbangan v. c. Lambungkan bola ke atas dan tangkap semula sambil melakukan imbangan.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 12

NAMA PERGERAKAN

Menyilang bola di bawah peha sambil angkat

PERALATAN BERAT

Bangku

ALATAN TANGAN

Bola

a. Berdiri di atas bangku sambil memegang bola. b. Angkat lutut tinggi sambil ketingting. c. Silangkan bola yang dipegang sambil menukar kaki dengan bergerak ke hadapan.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 13

NAMA PERGERAKAN

Kilas Pinggang

PERALATAN BERAT

Tiada

ALATAN TANGAN

Bola

a. Duduk melunjur dalam keadaan bersedia, bola diletakkan di bahagian belakang badan. b. Kilas bahagian pinggang dan ambil bola di bahagian belakang. c. Letakkan bola tadi di bahagian belakang dengan mengilas pinggang ke arah yang bersebelahan. d. Ulang pergerakan sebanyak 3 kali.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 14

NAMA PERGERAKAN

Ketingting tukar kaki sambil melambung bola

PERALATAN BERAT

Tangga

ALATAN TANGAN

Bola

a. Berdiri dengan bola dalam keadaan bersedia. b. Sebelah kaki difleksikan sambil tangan memegang bola. c. Lakukan ketingting secara zig zag sambil bertukar kaki. d. Ketingting dilakukan dengan bergerak ke ruang tangga.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 15

NAMA PERGERAKAN

Jack knife sambil mengepit bola di kaki

PERALATAN BERAT

Tiada

ALATAN TANGAN

Bola

a. Pelajar baring menelentang sambil mengepit bola di antara kaki. b. Secara serentak, bangun dan rapatkan bahagian abdomen dengan peha (jack knife). c. Semasa melakukan pergerakan (c), bola akan turut mengikut gerak kaki.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 16

NAMA PERGERAKAN

Grapevine sambil melambung dan menyambut bola

PERALATAN BERAT

Tiada

ALATAN TANGAN

Bola

a. Berdiri dalam keadaan bersedia sambil memegang bola. b. Lambungkan bola tinggi ke udara sambil membuka kedua-dua kaki ke sisi. c. Silangkan kedua belah kaki dan buka semula. d. Rapatkan kedua belah kaki sambil menangkap bola yang dilambung tadi.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 17

NAMA PERGERAKAN

360 degree sambil mengimbang bola di atas leher

PERALATAN BERAT

Tiada

ALATAN TANGAN

Bola

a. Bongkokkan badan sambil mendepakan tangan. b. Letakkan bola di bahagian belakang kepala. c. Pusing setempat dalam sudut 360 darjah.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 18

NAMA PERGERAKAN

Menggelecek bola sambil melerekkan bola

PERALATAN BERAT

Tiada

ALATAN TANGAN

Bola

a. Berdiri sambil memegang bola dalam keadaan bersedia. b. Golekkan bola dalam satu garis lurus c. Semasa bola bergolek, silangkan kedua-dua belah kaki di hadapan bola secara berselang seli. d. Hentikan bola dengan menggunaka tapak kaki.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 19 Lompat layang sambil melambung bola keudara dan menangkap semula

NAMA PERGERAKAN

PERALATAN BERAT

Papan anjal

ALATAN TANGAN

Bola

a. Dalam keadaan bersedia, berdiri sambil memegang bola. b. Berlari untuk mendapatkan momentum dan terus memijak papan anjal. c. Layangkan badan ke udara san buka kaki seluasnya sambil memegang bola ke hadapan.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

STESEN 20

NAMA PERGERAKAN

Bangkit tubi sambil memegang bola.

PERALATAN BERAT

Tiada

ALATAN TANGAN

bola

a. Duduk dengan lutut dibengkokkan 90 darjah. b. Kedua-dua belah tangan lurus sambil memegang bola. c. Lakukan bangkit tubi sambil tangan yang memegang bola diangkat ke depan.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI

Anda mungkin juga menyukai