Anda di halaman 1dari 5

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM LAPORAN AKTIVITI MALAM SENI KEBUDAYAAN KOKURIKULUM

TARIKH : 02 APRIL 2011- 07 APRIL 2011 TEMPAT : PUSAT KEBUDAYAAN DEWAN RESITAL PANCA SAKTI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM ANJURAN: KURSUS KOKURIKULUM MUZIK KOMERSIAL DENGAN KERJASAMA: PUSAT KOKURIKULUM

1.0 PENDAHULUAN

1.1

Kursus kokurikulum Muzik Komersial adalah satu kursus yang menawarkan kursus

sambilan dalam bidang muzik bagi pelajar jurusan lain. Kursus ini juga menambahkan pengetahuan pelajar dalam bidang muzik. Dalam bidang kokurikulum ini, pelajar akan diajar tentang peralatan tradisional pada bahagian satu. Pada bahagian dua, pelajar akan diajar peralatan muzik komersial seperti gitar, drum, bass dan piano. Malahan, pelajar juga akan diajar cara membaca not-not dan beat muzik dan membantu pelajar supaya tidak hanya bergantung kepada kord semata-mata.

1.2 Aktiviti yang dijalankan membantu pelajar mempraktikkan apa yang dipelajari di dalam
kelas dan meyakinkan pelajar untuk membuat persembahan dihadapan para hadirin tanpa rasa gugup jika membuat persembahan di masa depan. Aktiviti ini juga sebenarnya sebagai satu ujian terakhir bagi para pelajar sebelum menamatkan pengajian dalam muzik komersial.

1.3 Aktiviti telah dijalankan pada 2 April hingga 7 April 2011 mempersembahkan
persembahan pelajar dalam bentuk tarian hinggalah persembahan kugiran. Pada malam 6 April 2011, akitiviti yang dijalankan adalah persembahan kugiran. Sebanyak 8 kugiran telah mempersembahkan lagu masing-masing dimana dua daripadanya adalah kugiran daripada muzik komersial bahagian dua.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Tujuan aktiviti Malam Seni Kebudayaan adalah untuk mempersembahkan persembahan
pelajar di samping menghiburkan para hadirin dengan bakat-bakat pelajar UiTM. Malah, sebagai ujian terakhir bagi para pelajar.

2.2 Persembahan kugiran telah menyuntik semangat pelajar untuk mempraktikkan apa yang
dipelajari di dalam kelas dengan penuh yakin di masa akan datang.

3.0 PENYERTAAN 3.1 Semua kugiran yang membuat persembahan pada malam itu adalah pelajar-pelajar yang mengambil jurusan muzik komersial dalam bidang kokurikulum. 3.2 Aktiviti yang dijalankan telah dihadiri oleh pelajar-pelajar UiTM Shah Alam dan beberapa Staff UiTM untuk menyaksikan persembahan pelajar-pelajar muzik komersial lantas memberi semangat kepada peserta-peserta pada malam itu. 4.0 LAPORAN Pada malam 6 April 2011, telah diadakan Malam Seni Kebudayaan Muzik Komersial. Program ini telah diadakan di Pusat Kebudayaan Dewan Resical Panca Sakti yang terletak berhampiran Bangunan Budisiswa UiTM. Malam itu telah dimulakan dengan persembahan dari kugiran pertama yang mempersembahkan muzik instrumental diiringi drum. Kugiran kedua mengiringi dengan persembahan kugiran diiringi saksofon. Kedua-dua kugiran ini sebenarnya terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil jurusan muzik di UiTM Shah Alam. Persembahan ketiga pula adalah persembahan muzik gamelan daripada pelajar yang mengambil kursus kokurikulum gamelan. Mereka telah mempersembahkan dua lagu pada malam itu. Persembahan keempat pula adalah persembahan dari pelajar-pelajar muzik komersial bahagian dua dengan lagu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor. Persembahan kami pada malam itu diiringi koir. Pemain gitar pada kumpulan ini ialan Bailey, pemain drum, Hazeme, pemain bass ialah saya, Ifwat dan penyanyi lelaki ialah Fadhly. Kumpulan koir pada malam itu memakai baju seragam hitam. Persembahan keempat lagu pula juga dari Pada peserta-peserta persembahan dari kugiran yang

mempersembahkan

gemilang.

keempat,

Norazam

mengambil alih sebagai Pemain gitar utama, dan Salma Sakeena sebagai pemain gitar kedua. Saya pula bermain bass. Manakala pemain drum dikekalkan iaitu Hazeme. Penyanyi juga bertukar kepada Harriz dan Faten. Kugiran ini telah

mempersembahkan lagu Karena Wanita nyanyian asal Ada Band. Persembahan kugiran ini mendapat tepukan dan sorakan meriah dari penonton walaupun pada realitinya, bunyi gitar pada malam itu kurang jelas. Persembahan kelima pula telah mempersembahkan lagu Lena diulit Intan nyanyian asal Wings. Setelah selesai membuat persembahan, kesemua peserta telah disajikan makanan dan minuman. Dengan berakkhirnya aktiviti pada malam itu, maka berakhirlah pengajian kokurikulum dalam muzik komersial. Disini dikepilkan juga beberapa gambar yang sempat dirakamkan pada malam itu.

Hazeme bersama pensyarah En. Razin Abdul Shukor.

Koir pada malam itu.

Laporan disediakan oleh,

__________________________ (Mazuhairie Ifwat Bin Mazlan) 2009196755 Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang LW213 Muzik Komersial bahagian 2 HKB224

Anda mungkin juga menyukai