Anda di halaman 1dari 11

1.

Pancaragam
Ia merupakan satu kumpulan muzik yang lazimnya terdiri dari alat bras sepenuhnya, dan
selalunya mempunyai satu bahagian genderang. Pacaragam juga terdiri dari kalangan ahli
pasukan beruniIorm yang ramai untuk membentuk satu paduan muzik berdasarkan alat muzik
yang dimainkan dengan gerakan-gerakan tertentu. Ia terdiri daripada beberapa kategori seperti
trumpet band, IanIare band, brass band, military band dan banyak lagi.

2. TEKNIK INSTRUMENTAL
O IRAMA (pertukaran not-not pendek)
Kebanyakan pelajar yang kurang pengalaman sering memendekkan not semasa menukar kepada
not-not lain. Contohnya not krocet atau minim tidak cukup dan keadaan ini desebabkan oleh
teknik pernaIasan yang tidak betul atau tidak memahami kepentingan meniup not mengikut
nilainya yang betul serta tidak berhati-hati semasa bermain alat muzik.
O KUAVER BERTITIK- corak irama semikuaever
Masalah yang sering berlaku ialah corak yang terdapat dalam meter 2/4 atau 4/4 apabila corak
irama kuaver bertitik. Semikuaver wujud dalam skor menjadikan pelajar sering meniup dengan
nilai dan irama not yang salah. Oleh itu,keseragaman corak irama tidak berlaku serta
menghasilkan melodi atau muzik yang tidak seragam dari aspek irama. Irama yang ditulis tidak
sama dengan irama yang dimainkan
O SINKOPASI
Bermain lagu yang mempunyai banyak sinkopasi adalah masalah utama pelajar untuk
mendapatkan ketepatan irama seperti yang ditulis dalam skor. Satu kaedah yang digunakan untuk
mendapatkan ketepatan irama sinkopasi ialah melatih pelajar menyanyi dan menepuk irama pada
keratin-keratan irama yang terdapat sinkopasi. Selain daripada itu menandakan 'downbeats
dengan pensil pada skor. Cara ini dapat membantu pelajar jika mereka menghadapi masalah
percampuran not dan tanda rehat juga sebagai peringatan mengenai berbagai aspek yang tedapat
dalam skor seperti pertukaran dinamik., artikulasi dan tempat sesuai untuk menarik naIas.
O TRIPLET
Ia terjadi selalunya apabila ketidaksangkaan pada irama yang terdapat dalam meter duaan seperti
2/4,4/4 atau 2/2. Masalah triplet yang rumit sering berlaku jika jeda antara not sukar dimainkan.
Selalunya dua not pertama dimainkan lebih cepat dan memaksa untuk memanjangkan bunyi not
ketiga lebih daripada yang ditulis.
O SKEL
Merupakan kesalahan yang sering berlaku semasa bermain lagu dalam berbagai skel diamana
semasa bermain not-not yang ada salur serta cenderung untuk bermain cepat atau lambat jika
terdapat not-not yang sukar. Terdapat masalah lain iaitu masalah koordinasi di antara jari dan
lidah yang menyebabkan tidak lancarnya irama yang dimainkan.
O AYA
3 sebab utama masalah gaya yang mengganggu kelncaran corak irama adala interpretasi irama
yang tidak tepat, kekurangan pengetahuan yang berkaitan gaya asas dan kekurangan masa latihan
yang diberikan untuk mencapai keseragaman gaya.
O EKSPRESSI
Masalah ekspressi sering berlakukepada pelajar yang kurang pengalaman mzik dan kurang diberi
pendedahan mengenai karektor muzik yang pelu dihasilkan. Kegagalan dalam menterjemah
karaktor-karaktor yang ditulis dalam skor kepada bunyi yang bermakna contohnya mod lagu,
kualiti ton, ketepatan irama, keseimbangan, intonasi, dinamik, Irasa lagu dan pelbagai aspek
estetik terdapat dalam lagu.

3. PENGHASILAN SESEBUAH PERSEMBAHAN YANG
BERMUTU

O HARMONI
armoni merupakan hasilan bunyi yang terdiri daripada jarak antara dua not (interval). Interval
antara dua not di dalam kord akan mengeluarkan bunyi yang tertentu melalui dua jenis interval
yang utama seperti major interval dan minor interval. Jika ada interval yang lebih kecil dari
minor ia dikenali sebagai diminished interval dan lebih besar dari major pula dikenali augmented
interval. Kedua-duanya adalah penting untuk mengeluarkan bunyi yang baik dari segi intonasi
dan keseimbangan bunyi.

armoni

(a) Triad
- Binaan triad tonik dalam kedudukan perdu.
- Triad tonik major : C, , F, D, Bb, A, Eb
- Triad tonik minor : A, E, D, B, , C, F#



(b) Pergerakan Kord
- Kaedah pergerakan kord dalam lagu.
- Kord primer I - IV - V dalam nada major: C, , F, D, Bb, A, Eb
- Kord primer i - iv - V dalam nada minor: Am, Dm, Em, Bm, m

(c) Kaden:
-Jenis dan Iungsi kaden
- Kaden plagal
- Kaden autentik
4 Autentik perIek (PerIect authentic)
4 Autentik imperIek (ImperIect authentic)

O IRAMA
Kebanyakkan skor lagu-lagu yang mempunyai tansa masa 2/4 mengandungi 80 atau 90 nilai-
nilai not dalam kuaver dan krocet. Jika kemahiran membaca dapat dikuasai maka seluruh
masalah yang timbul semasa membentuk sebuah pancaragam yang baik dapat diatasi. Latihan
yang banyak perlu ditumpukan kepada nilai not quaver dan krocet.

O PENGHASILAN TON
Terdapat beberapa Iaktor lain yang mempengauhi penghasilan ton yang baik seperti kualiti alat
muzik, pernaIasan, dan teknik meniup dengan menggunakan kesan dari pergerakkan lidah.
Dalam penghasilan ton terdapat 4 elemen penting iaitu embouchure, toungeing,teknik pernaIasan
dan kualiti alatan muzik. Peralatan muzik pancaragam mestilah dalam kualiti yang bagus kerana
ia mempengarihu ton yang baik. Latihan juga penting supaya tahu untuk menggunakan pelbagai
teknik yang diajar
Kualiti Bunyi
- Peranan kualiti bunyi dalam muzik
- Suara (Vokal)
- Alat muzik tradisional
- Alat muzik orchestra











. SE1ARAH PANCARAGAM UUM
Pancaragam Pusat Kokurikulum ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2004. Pasukan ini
asalnya merupakan sebuah kumpulan di bawah program kokurikulum Unit Seni Muzik. Oleh
kerana Universiti Utara Malaysia sering mengadakan aktiviti aktiviti berupa acara-acara
sambutan terutamanya di dalam sambutan ari Pengasasan UUM dan juga istiadat Konvokesyen
UUM maka timbul idea oleh Pengarah Pusat Kokurikulum, UUM, DSP/KS ProI. Madya Izham
Bin j. ShaIie, AMN, AMK untuk menubuhkan sebuah Pasukan Pancaragam yang mampu
mengiringi acara-acara rasmi universiti dan membuat persembahan untuk acara-acara hiburan
kepada warga universiti.
Pemilihan anggota diadakan pada semester pertama sesi 2003/2004. Anggota anggota
yang terlibat dikehendaki menjalani ujibakat dari segi teori dan praktikal. Namun terdapat juga
anggota yang berminat tetapi tidak memilikki asas ilmu muzik. Anggota-anggota yang terpilih
adalah dari kalangan pelajar semester satu dan mereka diajar dan didedahkan kepada ilmu teori
dan praktikal muzik selama 6 bulan hingga satu tahun di bawah bimbingan En. Mohd. Fairouz
Bin Che Rose.
Pasukan Pancaragam Pusat Kokurikulum ini sering mendapat jemputan untuk mengiringi
upacara rasmi universiti seperti Istiadat Konvokesyen UUM yang dihadiri oleh Canselor UUM
Tuanku Sultan Kedah. Selain itu, pasukan ini sekarang mengorak langkah dengan aktiI
menerima jemputan pihak luar untuk membuat persembahan seperti Upacara Perasmian/Penutup
Perkampungan Sukan / Atlit Sukan Malaysia SUKMA Kedah 2006. Selain itu, pasukan ini
sering terlibat di dalam mengiringi kontinjen badan beruniIorm sempena Perarakan Sambutan
ari Kebangsaan anjuran kerajaan Negeri Kedah.
Pada tahun 2007, pasukan ini buat julung kalinya menyertai The Kuala Lumpur World
Marching Band Competition 2007 dan telah berjaya menggondol pingat angsa Anugerah Khas
Juri pada pertandingan tersebut. Dengan kejayaan tersebut telah menaikkan semangat dan moral
anggota di mana pasukan ini merupakan satu-satunya pasukan pancaragam yang mewakili
IPTA/IPTS di Malaysia pada pertandingan tersebut. Manakala pada 2008 yang lalu sekali lagi
pasukan ini mengharumkan nama UUM dengan penyertaan di Pertandingan Wind Orkestra
antara IPTA dan menjadi satu-satunya wakil pasukan yang terdiri daripada pelajar kokurikulum
tidak seperti wakil IPT lain yang menghantar pasukan daripada Iakulti muzik masing-masing.
Walaupun begitu pasukan ini terpaksa berpuas hati dengan hanya menduduki tempat keempat
pada pertandingan tersebut. Namun kekecewaan lalu terbalas dengan jemputan daripada ong
Kong Tourisme untuk pasukan pancaragam UUM mewakili Negara ke ong Kong Marching
Band Competiton and Festival 2009 pada bulan Disember ini.
Keanggotaan pasukan ini semakin meningkat daripada 25 orang anggota pada peringkat
awal hinggalah kini mencecah jumlah 65 orang anggota daripada semester satu hingga semester
empat. Pasukan ini telah menubuhkan satu seksyen bagpipe yang dianggotai oleh 5 orang
anggota dan sebuah seksyen colour guard yang dianggotai oleh 10 orang siswi. Pasukan ini
dilatih dan dipimpin sepenuhnya oleh En. Mohd. Fairouz Bin Che Rose sebagai jurulatih
merangkap Konduktor serta dibantu oleh En. Ahmad Bin Man selaku Band Master.




. Carta Organisasi Pancaragam UUM







. Instrumen Pancaragam - Trumpet

Trompet ialah instrumen bras digunakan terutamanya dalam muzik klasik dan jazz. Jenis
trompet yang paling biasa ialah trompet Bb, bermaksud jika pemain bermain C, ia akan berbunyi
seperti Bb dalam pic konsert. Trompet dimainkan dengan meniup ke dalam pemipit dan
membuat bunyi "buzz". Terdapat tiga kunci dipanggil injap yang dapat pemain tekan untuk
mengubah pic.







. AKTIVITI MINGGUAN
Aktiviti kokurikulum di adakan pada setiap hari sabtu bermula dari jam 8 pagi sehingga 6
petang. Bagi kokurikulum pancaragam, aktiviti ini dilakukan di Pusat Kokurikulum Universiti.
Aktiviti yang dilakukan setiap minggu adalah melakukan latihan bermain alat muzik dimana
setiap pelajar mempunyai kelainan alat muzik berdasarkan kriteria masing- masing.
Minggu Pertama 10/9/2011
Kuliah pancaragam pertama pada semesta ini. En Fairouz memberi taklimat berkenaan
program dan aktivit yang akan dijalankan dalam semesta ini. Antara yang dibincangkan adalah
permarkahan baru yang akan digunakan pada semesta ini dimana kawad sudah dimansuhkan dan
digantikan dengan port-Iolio dan ini dilaksanakan kepada setiap unit dan badan kokurikulum.
Selain itu, kami juga dijelaskan tentang tarikh integrasi bagi kokurikulum pancaragam.
Minggu Kedua 17/09/2011
Pada minggu kedua, kami diberi latihan menggunakan alat-alat muzik pancaragam
masing-masing. Selain diberi nota, penjelasan yang terperinci diberikan oleh En Iairouz tentang
nota muzik supaya mudah untuk kami berlatih.
Minggu Ketiga 24/09/2011
Pada minggu ini, kelas dibatalkan dan digantikan dengan integrasi kokurikulum pada
28/09 2011 iaitu Malam Perasmian Ekspo Konvokesyen.
Minggu Keempat sehingga Minggu Kelapan 1/10 hingga 29/10/2011
Latihan pancaragam pada setiap hari sabtu dengan bimbingan En Fairouz dari pukul 2
hingga pukul 4 petang.
cuti pertengahan semester (4 11 November 2011)
Minggu Kesembilan 12/11/2011
Selepas berakhir cuti semester, latihan pancaragam disambung seperti biasa pada setiap
hari sabtu petang.
Minggu Kesepuluh dan Minggu kesebelas 19/11/2011 hingga 26/11/2011
Latihan bermain alat muzik dijalankan seperti biasa. Setiap pelajar di uji dengan memain
nod yang diberikan mengikut alat masing-masing.
Minggu Keduabelas 3/12/2011
Kelas Pancaragam dibatalakan
Minggu Ketigabelas 10/12/2011
Pada hari ini, setiap pelajar akan diuji oleh En Fairouz dan pada hari ini juga port-Iolio
yang dibuat oleh setiap pelajar akan dihantar.

Anda mungkin juga menyukai