Anda di halaman 1dari 13

RUMUSAN

Muzik merupakan satu matlamat pendidikan yang utama untuk mewariskan budaya sesuatu bangsa itu termasuk warisan budaya manusia yang silam kepada generasi muda. Satu komponen utama dalam mana-mana budaya ialah amalan muzik bangsa itu sendiri. Oleh yang demikian, pendidikan muzik boleh dianggap sebagai satu lagi saluran yang sihat untuk mencapai objektif ini.

Potensi bermain alat muzik yang terpendam di kalangan para pelajar boleh dicungkil dan dipelihara dengan amat baik semasa mereka masih bersekolah lagi. Potensi dan bakat muzik yang terpendam di kalangan para pelajar sama pentingnya dengan potensi dan bakat lain seperti kemahiran-kemahiran linguistik atau psikomotor yang juga boleh dicungkil pada peringkat sekolah. Dengan itu, adalah amat merugikan sesuatu bangsa jika setiap kanak-kanak tidak berpeluang untuk menguji bakat muzikalnya sewaktu bersekolah lagi.

Bermain alat muzik juga merupakan salah satu aktiviti utama yang membolehkan kita menyalurkan sumber tenaga kreatif yang semula jadi. Selain itu, muzik juga dapat memberikan peluang kepada setiap individu untuk meluahkan perasaannya secara sihat. Aspek ini amat penting untuk mengimbangkan lagi proses pendidikan semasa yang memberi tekanan yang begitu ketara dalam bidang sains dan teknologi mengikut satu arah aliran di merata dunia. Muzik juga membolehkan setiap individu, malah setiap bangsa mempertunjukkan atau memperlihatkan identiti masing-masing.

Pembelajaran muzik dapat membantu kita untuk lebih memahami sifat manusia dari aspek perhubungan antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan juga tentang ibadah dan kerohanian manusia. Kita juga dapat mempelajari tentang beraneka

jenis kebudayaan lain di dunia dengan lebih mendalam melalui saluran muzik.

Pembelajaran menggunakan alat muzik

seperti kibod di sekolah-sekolah boleh

dianggap sebagai satu dimensi tambahan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan secara individu. Ini adalah lebih penting bagi mereka yang senantiasa kurang merasai kejayaan dalam bidang-bidang lain. Di sini kita diingatkan bahawa kejayaan dalam sesuatu adalah amat penting untuk membentuk satu sikap positif tentang keyakinan diri dan ego bagi setiap pelajar. Maka, proses persekolahan tidak seharusnya tertumpu kepada mata- mata pelajaran kognitif sahaja sehinggakan kepentingan pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang afektif lain seperti muzik dan seni lukis tidak diambil kira langsung. Situasi seperti ini boleh menghampakan pelajarpelajar berkenaan dan ekoran daripada perasaan itu banyak lagi masalah sosial boleh timbul. Selain itu, pelajar yang berjaya dalam mata-mata pelajaran yang dianggap lebih kognitif juga harus berpeluang menceburkan diri dalam bidang afektif supaya proses pendidikan itu lebih seimbang.

Pembelajaran muzik secara formal dan sistematik boleh meningkatkan lagi paras penghayatan muzik di kalangan pelajar dan membantu mereka dalam menghayati muzik yang lebih canggih dan kompleks. Mereka juga berpeluang untuk mengenali muzik daripada budaya dan tamadun lain. Peluang untuk mempelajari atau menghayati bentuk-bentuk muzik tersebut amat kurang di luar proses persekolahan.

Melalui pembelajaran muzik para pelajar akan berpeluang untuk mempelajari sistem simbologi muzik yang juga merupakan satu lagi sistem simbologi manusia yang sungguh hebat. Setiap pelajar di sekolah diwajibkan supaya mempelajari sistem-sistem simbologi dan ikonografi yang terdapat dalam matematik, sains, dan bahasa-bahasa tertentu. Maka, para pelajar harus juga diberi peluang untuk mempelajari sistem

simbologi

yang

digunakan

untuk

seni

muzik.

Adalah amat mustahak bagi setiap pelajar menyedari bahawa bukan semua aspek kehidupan manusia boleh dinilai secara merata atau sejagat. Adakalanya sesuatu isu tentang soal kehidupan atau tingkah laku manusia boleh dilihat dan difahami dengan beraneka cara. Muzik boleh menyampaikan nilai-nilai seperti ini dengan amat berkesan. Dalam suasana yang mengagung-agungkan materialisme, pembelajaran muzik boleh memberi satu perspektif yang lebih seimbang terhadap kehidupan kita.

Muzik telah memainkan peranan yang utama dalam kehidupan manusia untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan manusia di seluruh dunia. Manusia tidak boleh hidup dengan cukup bahagia tanpa muzik. Peranan muzik dalam sesuatu masyarakat adalah cukup jelas dan nyata. Maka, tidakkah harus memberikan pendidikan muzik yang sistematik kepada generasi muda untuk membolehkan mereka hidup dengan lebih sempurna dan bahagia?

Apa itu Kibod? Kibod merupakan sejenis alat muzik berpic mirip organ dan piano tetapi menggunakan kuasa elektrik untuk memainkannya. Keyboard atau kibod dicipta dan diubahsuai semula dengan perkakasan elektronik. Konsep asal alat muzik Organ menggunakan tenaga salur paip angin dimainkan di gereja-gereja di benua Eropah pada zaman Barok lagi pada awal abad ke 15.

GAMBAR 1 Gambar 1 menunjukkan alat muzik organ berpaip telah wujud di zaman Renaissance dan di awal Zaman Barok

Sistem alat muzik kibod Organ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya. Kibod memerlukan sumber tenaga secara terus atau menggunakan bateri biasanya bateri kering bagi memainkannya. Kibod juga mempunyai susunan papan nada atau keys yang tertentu bilangan oktafnya mengikut jenis dan model ciptanyanya sama seperti piano atau organ. Ada pelbagai jenis dan jenama kibod dari model yang lama hingga kepada yang baru mengikut perubahan dan keperluan semasa.

GAMBAR 2

Gambar 2 di atas menunjukkan bagaiman sistem alat muzik kibod Organ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya. Jenis-Jenis Kibod

Pihak pengeluar kibod berjenama sentiasa berlumba untuk menghasilkan kibod yang terbaik atau dengan lebih tepatnya alat-alat muzik yang terbaik.Dengan ini terhasillah berbagai jenis kibod dari yang sederhana kepada yang agak canggih ciptaannya. Setiap pengeluar mengeluarkan berbagai-bagai model mengikut kemampuan pengguna dan juga keupayaan pengguna itu sendiri. Kualiti sesebuah kibod pula bergantung kepada berapa banyak keupayaannya berfungsi serta beroperasi dengan mudah semasa memainkannya. Jenis kibod yang ringkas dan agak sederhana buatannya hanya mampu menyediakan bilangan ton atau bunyi alat muzik serta beberapa jenis rentak (Style & Rhythm). Selain daripada itu kemampuannya terhad untuk diprogramkan atau dibuat rakaman main semula.

Cara kibod beroperasi berbeza di antara jenis-jenis model ciptaannya. Jenama kibod yang biasa digunakan serta terkenal ialah seperti YAMAHA, CASIO RHODES, TECHNICS dan KORG. Ada beberapa lagi jenama kibod yang harganya tidaklah mahal sekadar menyebut sebilangannya mampu dimiliki oleh seseorang yang ada minat dalam bidang muzik. Mengikut klasifikasi, alat-alat muzik keyboard terbahagi kepada tiga jenis iaitu kordofon, aerofon dan elektrofon. Antara alat-alat muzik keyboard ialah piano, organ, piano akordian dan synthesizer. Terdapat juga kibod yang memerlukan alat pembesar suara (speaker) untuk dimainkan dan ada jenis model yang sudah dibina pembesar suara (speaker) di dalam kibod itu sendiri. Piano Antara alat muzik keyboard yang paling popular ialah piano. Piano pertama telah dibuat di Florence, Itali pada tahun 1700 oleh Bartolommeo Cristofori. Beliau mendapat ilham untuk mencipta piano dengan mengambil contoh alat harpsikord yang begitu popular pada masa itu. Walau bagaimanapun, piano mengambil masa seratus tahun untuk mengatasi populariti harpsikord. Terdapat dua jenis piano yang sering dimainkan iaitu grand piano dan piano tegak. Untuk persembahan muzik profesional, grand piano menjadi pilihan kerana bunyinya yang lebih besar. Piano tegak selalunya digunakan sebagai alat muzik yang dimainkan di rumah. Piano moden mempunyai papan jejari dalam lingkungan tujuh oktaf yang membolehkan pemain piano memainkan muzik seperti sebuah orkestra. Dalam apa-apa muzik sekalipun sama ada jaz, pop rock mahupun klasikal, piano tetap menpunyai kedudukan sebagai alat muzik terpenting kerana kemampuannya menjadi alat melodi dan juga iringan. Organ Organ terbahagi kepada dua klasifikasi. Organ jenis aerofon ialah organ berpaip yang biasanya digunakan di gereja. Ia menggunakan kuasa angin yang dipam melalui paip-

paip khas. Jenis yang kedua ialah organ eletrofon atau moden yang menggunakan kuasa elektrik untuk meghasilkan bunyi. Organ ini lebih ringan, mudah alih dan jauh lebih murah berbanding dengan organ aerofon. Ini menjadikannya alat muzik yang sesuai untuk persembahan konsert serta digunakan di gereja kerana kemampuannya meniru bunyi yang hampir sama dengan organ paip. Pada sekitar tahun 1930 an di Amerika Syarikat, organ elektrik yang paling popular ialah organ harmonium. Ketika era muzik rock dan blues pada tahun 1960 an, muncul pula organ elektronik. Organ elektronik meggunakan kaedah litar elektronik yang lebih mudah untuk menghasilkan bunyi. Hasilnya, organ ini lebih kecil saiznya serta mudah alih selain harganya yang murah. Organ jenis ini menjadi alat muzik kegemaran pemuzik-pemuzik kontemporari. Apa Kelebihannya Kibod? Kelebihan utama kibod ialah keupayaannya berfungsi sebagai alat muzik All in One dan menjadi begitu canggih serta menakjubkan dunia muzik hari ini. Semua kibod adalah kromatik dan dilengkapi dengan pelbagai warna ton serta renj pic yang baik. Melodi dan harmoni boleh dimainkan secara serentak diiringi dengan automatik bassnya. Antara kelebihan kibod ialah;

Synthesizer Keyboard

Synthesizer terawal 1960-an Muzik Pop moden banyak menggunakan peralatan keyboard synthesizer. Mungkin kamu pernah mendengar piano di mainkan dalam lagu pop & mungkin kamu pernah melihat bunyi piano atau alat muzik string dimainkan dari keyboard synthesizer. (kalau tak pernah, pergilah tengok diluar sana dimana ada tempat orang buat persembahan bermain alat muzik). Kemungkinan besar bunyi itu datang dari keyboard synthesizer menyerupai bunyi piano acoustic hanya sedikit perbezaan ia lebih terang & sharp tone. Bunyi alat muzik string (violin ensemble) & brass (alat tiupan angin -- trumpet,horn) pun boleh dimain dari keyboard synthesizer. Begitu juga bunyi percussion (drum,cymbal) & juga bunyi ganjil yang tidak terdapat pada alat muzik lain & juga bunyi-bunyian organ. Synthesizer atau synth alat elektrik boleh mengeluarkan bunyi dengan menjana isyarat elektrik pelbagai frequency.

Isyarat elektrik ini kemudian di mainkan melalui speaker. Synthesizer boleh mengeluarkan julat bunyi yg luas, samada menyerupai bunyi alat muzik yang betul, atau mengeluarkan bunyi timbre (tone quality & tone colour). Keyboard synthesizer bukan alat muzik gitar. Tetapi ia juga boleh mengeluarkan bunyi menyerupai alat muzik bertali. Satu set alat muzik moden seperti gitar, bass, drum, string & wind instrument boleh dimainkan dengan menggunakan hanya satu keyboard synthesizer atau Digital Sound Processor keyboard melalui protokol MIDI (Musical Interface Digital Interface) yg membolehkan Synthesizer, mesin drum synthesizer elektrik, computer, MIDI controller, sound card, sampler menyelaras sesama sendiri. Cuba kamu sendiri google & cari sejarah synthesizer di wikipedia, kamu akan membaca bagaimana ia digunakan secara meluas pada 1970an yg perlahan-lahan menggantikan organ.

Tahun 1980an keyboard synthesizer diguna secara meluas selaras dengan perkembangan teknologi elektronik. Muncul band yang memainkan muzik disco (synth pop & techno) secara elektronik keseluruhan seperti Depeche mode, Devo, Bellville Three, Giorgio Moroder, Cybotron & banyak lagi. Alat Synthesizer juga digunakan mengiring penari breakdance, & rakaman lagu lagu Rap. Muzik Jazz, R&B, Pop, hip hop, Rock, Metal atau apa apa saja lah mendapat manfaat dari perkembangan teknologi synthesizer (keyboard) kerana bunyi satu set orkestra (40 -- 60 alat muzik acoustic atau muzik elektrik) boleh dimainkan hanya dengan memainkan beberapa keyboard synthesizer. Pemain keyboard Synthesizer -- Kitaro (lagu Matsuri, bunyi synthesizer menyerupai bunyi flute), Stevie wonder, John Lord (Deep Purple) & banyak

lagi lah pemain keyboard berjuta-juta banyak nya hingga tak terkira. Terpulang pada anda sahaja kalau berminat nak tengok dia orang bermain muzik. Pernahkah kamu mendengar bunyi Organ? Ada bunyi organ dalam lagu terbaru Avril Lavigne bertajuk "What The Hell (apa sudah terjadi? & Siapa buat benda bodoh ni- maksud tajuk lagu ni)

Ini lah benda yang panggil Synthesizer keyboard

Organ

Organ berkuasa air pada zaman Rom

Binaan paip besi yang mengeluarkan bunyi dari organ berkuasa udara >

keyboard untuk pipe organ Organ (perkataan Greek bermaksud "alat") ialah alat muzik berpapan nada (keyboard instrument) terdiri dari beberapa division, setiap satu dipunyai satu papan nada (keyboard) dimainkan dengan tangan atau kaki. Organ alat lama dimainkan dalam Tradisi muzik barat bertarikh dari masa 285-222 BC Ctesibius of Alexandria (pencipta hydraulic). Pada sekitar abad ke 8, ia menjadi muzik iringan dalam perlawanan Gladiator, & mendapat tempat kekal di rumah ibadat. Organ paip hari ini ialah turunan dari organ purba itu. Angin di tiup kedalam paip menggunakan pump (seperti accordion) tetapi dalam bentuk & bunyi yang besar. Reed organ & harmonium jenis yg dimainkan

sebelum terciptanya organ electric. Kecil seperti piano kecil, murah & mudah di bawa ke mana-mana tidak seperti organ paip yg besar.

Hammond organ Chord organ dicipta oleh Laurens Hammond tahun 1950. Sejak 1940an organ elektrik kecil boleh diperolehi yang bunyinya sama seperti organ berpaip kemudian menjadi permulaan kepada alat muzik keyboard moden. Tahun 1960an-1970an organ menjadi alat popular kumpulan muzik Pop & Rock pada masa itu seperti The Doors, Led Zeppelin, Deep Purple, Iron Butterfly & banyak lagi. Ada juga rakaman alat organ dalam muzik Pop & pop tradisional Malaysia pada tahun 1960-an & 1970-an. Hari ini bunyi organ boleh dimainkan dari Keyboard Synthesizer yang menggunakan Digital Sound Processor didalam atau Sound Sampler dalam hardware keyboard. Alat keyboard moden hari ini boleh mengeluarkan pelbagai bunyi seperti alat windwood, reed, brass, string & percussion yang menyerupai bunyi alat sebenar.