Anda di halaman 1dari 2

DOA HARI KANAK-KANAK

________________________

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kami


menadah tangan menzahirkan kesyukuran kami, kerana dengan limpah kurniaMu ya Allah, dapat kami berkumpul pada hari yang bersejarah ini, sempena Hari
Kanak-Kanak yang disambut pada ().



Wahai tuhan kami, permudahkanlah dalam setiap pekerjaan kami dan
teguhkanlah pendirian kami dalam pelbagai situasi yang kami tempuhi. Ya Allah!
Lindungilah negara kami yang tercinta ini, dari segala mara bahaya, agar kami
dapat hidup dalam aman merdeka, untuk kami terus menjulang tinggi agama
Engkau ya Allah. Dan hidupkanlah kami dalam lembayung keredhaan dan
kerahmatan Engkau. Jadikanlah kami di kalangan mereka yang benar-benar
mengharapkan pertolongan Engkau.


}




Ya Allah! Ya Tuhan Kami, berikanlah kami, isteri dan zuriat keturunan
kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami
imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.




Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami, anak-anak yang pintar dan
bertaqwa, yang menjadi harapan untuk memimpin negara pada masa hadapan,
serta golongkanlah mereka dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

{









}

Anda mungkin juga menyukai