Anda di halaman 1dari 6

KESAN KEMUDARATAN KEBISINGAN a. Kurang Pendengaran Kurang pendengaran boleh disebabkan oleh berbagai-bagai faktor.

Secara amnya ia dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu: b. c. Kurang Pendengaran konduktif dan Kurang Pendengaran sensorineural

Adalah menjadi tanggungjawab doktor untuk menyiasat dan menentukan penyebab penyakit kurang pendengaran. Ada di antara penyakit kurang pendengaran itu boleh diubati dan pendengaran akan pulih seperti sediakala seperti penyakit disebabkan oleh infeksi, tahi telinga atau bendasing menutupi telinga. Ada juga penyakit telinga yang boleh dicegah dari menjadi lebih teruk seperti penyakit yang disebabkan oleh bunyi bising atau infeksi telinga dan ada penyakit yang boleh dicegah daripada terjadi kepada orang lain atau kawan sekerja seperti penyakit yang disebabkan oleh kebisingan. i. Kurang Pendengaran Konduktif Kurang Pendengaran Konduktif disebabkan oleh berbagai ketidaknormalan yang melibatkan telinga luar atau telinga tengah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh sekatan pada lubang telinga (tahi telinga, edema, dan bendasing), perubahan pada gegendang telinga (kebocoran) ataupun pada osikel (tercabut, otosklerosis stapes) dan ketidaknormalan pada ruang telinga tengah (dipenuhi oleh cecair, kelainan tekanan). ii. Kurang Pendengaran Sensorineural Kurang Pendengaran Sensorineural adalah disebabkan oleh perubahanperubahan pada sel-sel rerambut sensori organ korti di koklea ataupun berlaku perubahan pada safar kranial ke lapan. Ini disebabkan oleh kerosakan pada rerambut sensori (kebisingan, dadah otoksik seperti quinin, streptomycin, aspirin, bahan kimia industri seperti benzen, karbon disulfida, karbon monoksida, pewarna analin), kemerosotan elemen neural (presbycusis) atau pada dinamik cecair normal (hidrop koklea, penyakit Menieres). d. Kesan Kebisingan Kebisingan ditakrifkan sebagai bunyi yang tidak diingini. Pengkelasan yang mudah adalah berdasarkan pada frekuensi bunyi iaitu: 2. Infrasonik mempunyai frekuensi kurang dari 20 Hz.

3. Bunyi yang boleh didengar mempunyi frekuensi di antara 20 Hz hingga 2000 Hz. 4. Ultrasonik mempunyai frekuensi melebihi 2000 Hz. Percakapan menggunakan frekuensi di antara 300 Hz 3000 Hz. Oleh itu sebarang kebisingan di dalam frekuensi yang sama akan mengganggu percakapan dan juga mengganggu persekitaran tempat kerja. Sumber kebisingan dalam keseluruhan spektrum adalah seperti berikut: (Jadual 1b) Empat faktor utama yang mempengaruhi kemudaratan kebisingan: 5. Spektrum kebisingan iaitu bunyi berfrekuensi tinggi lebih mendatangkan keburukan daripada bunyi berfrekuensi rendah. 6. Paras kebisingan iaitu intensiti bunyi yang melebihi 80 dB(A) akan merosakkan pendengaran berbanding dengan bunyi yang berintensiti rendah. 7. Jangkamasa pendedahan kepada kebisingan seseorang yang terdedah kepada kebisingan dalam jangkamasa yang panjang akan menyebabkan dos pendedahannya bertambah dalam sehari, maka ia lebih berisiko mendapat kesan buruk dari kebisingan. 8. Kerentanan individu setiap individu mempunyai kerentanan yang berbeza-beza kesan kebisingan kepada sistem pendengaran mereka. Walaupun sekumpulan pekerja terdedah kepada dos yang sama tetapi ada di antara pekerja ini yang mendapat kesannya lebih awal dibandingkan dengan pekerja lain. Paras bunyi dB(A) 140 -------------130 -------------120 -------------110 -------------100 -------------90 ---------------Punca Bunyi Pelancaran roket Pemotongan Pneumatik Music Rock / Disko Gergaji mesin (1m) Jet terbang (jarak 300m) Traktor ladang Jack Hammer (jarak 7m) Motosikal (jarak 8m) Truk berat (jarak 13m) Isyarat Keretapi (jarak 150m) Pengisar makanan Jam loceng Pembasuh baju Ramai menaip Jangkaan paras suara untuk berkomunikasi lisan Tidak boleh berkomunikasi Hampir tidak boleh berkomunikasi Hampir tidak boleh berkomunikasi Menjerit pada jarak 15 sm Menjerit pada jarak 15 sm. Suara yang kuat pada jarak 1 m.

80 ----------------

Meninggi suara pada jarak

70 ----------------60 ----------------50 --------------------0 ----------------------

Enjin kereta Penyedut hampagas Jalanraya kurang kenderaan Pejabat tidak ramai menaip Berbisik-bisik Ambang pendengaran

1.5 m Meninggi suarau pada jarak 4 m

Jadual 1b : Paras bunyi dan punca pengeluaran bunyi. i. Kesan Pendedahan Kebisingan Berterusan Kesan buruk daripada kebisingan ialah: 2. menyebabkan kurang pendengaran 3. memecahkan gegendang telinga atau berlaku perubahan kedudukan osikel yang disebabkan oleh kebisingan yang sangat kuat. 4. Mengganggu percakapan ataupun berkomunikasi. 5. Gangguan emosi 6. Lain-lain kesan buruknya ialah: a. Meningkatkan pergerakan usus, meningkatkan tekanan darah, meningkatkan paras glukos darah dan meningkatkan paras lipid darah b. Menyebabkan ulser peptid c. Menurunkan keupayaan melakukan sesuatu pekerjaan d. Menyebabkan dengung pada telinga e. Menyebabkan keletihan f. Meningkatkan stress (tegasan) 7. a. Kebisingan Menyebabkan Kurang Pendengaran Kurang Pendengaran Sementara Kurang pendengaran ini berlaku selepas pendedahan kepada bunyi bising yang kuat. Pendengaran akan kembali normal selepas bebas 14 16 jam daripada kebisingan itu ataupun pada hari cuti. Oleh itu pastikan pekerja bebas dari kebisingan sekurang-kurangnya 14 jam sebelum membuat ujian audiometri untuk mengelakkan audiogram yang abnormal disebabkan oleh kurang pendengaran sementara itu.

b.

Kurang Pendengaran Kekal Keburukan ini disebabkan oleh pendedahan kepada kebisingan dalam jangkamasa yang lama dan mengakibatkan kurang pendengaran sensorneural. Kerosakan utama akibat kebisingan adalah pada sistem pendengaran di mana ia disebabkan oleh rangsangan yang berlebihan di koklea. Sel deria rambut pada organ Corti pula mudah tercedera akibat kebisingan. Sel deria rambut di bahagian luar lebih cepat tercedera berbanding dengan selsel rerambut di bahagian dalam. Sekiranya pendedahan kepada kebisingan berlaku secara berterusan, kerosakan pada sel deria rambut akan menyeluruh dan organ Corti akan runtuh atau hilang sama sekali. Ini akan menyebabkan terjadinya kurang pendengaran. Petunjuk awal pada masalah ini adalah apabila seseorang itu tidak dapat memahami percakapan individu lain, bercakap dengan suara yang kuat, kadang kala telinga berdengung dan beliau terpaksa memerhatikan pergerakan bibir orang yang bercakap untuk mendengar percakapan tersebut. Orang yang mengalami kurang pendengaran yang teruk mudah dikesan. Mereka sukar mendengar dan sukar berkomunikasi. Diagnosis kurang pendengaran kekal yang berhubung dengan kebisingan akan dibuat sekiranya: i. Pekerja itu mempunyai sejarah pendedahan kepada kebisingan yang lama. ii. Audiogram pesakit akan menunjukkan purata intensiti (dB) bunyi pada frekuensi 0.5, 1, 2 dan 3 KHz adalah 25 dB(A) atau lebih. iii. Tidak ada penyebab-penyebab kurang pendengaran lain seperti strok, ketumbuhan dan sebagainya yang mempengaruhi masalah ini. Kehadiran lekuk (dip) pada frekuensi 4 KHz merupakan petunjuk awal kepada kurang pendengaran yang disebabkan oleh kebisingan. Jika pendedahan kebisingan berterusan, bacaan pada frekuensi lain juga akan turut terlibat. Walau bagaimanapun ini bukanlah merupakan diagnosis yang mutlak untuk masalah kurang pendengaran

yang disebabkan oleh bunyi bising. Oleh itu, ujian klinikal seterusnya seperti audiometri konduksi tulang, pengukuran impedan akustik dan ujian vestibular perlu dilakukan. Diagnosis kurang pendengaran yang disebabkan oleh bunyi bising dibuat dengan mempastikan tiaa faktor-faktor lain yang menyebabkan kurang pendengaran. 8. Gangguan Komunikasi

Kebisingan di persekitaran akan mengganggu komunikasi seseorang. Keberkesanan komunikasi ini penting dalam sesuatu tempat kerja untuk mempercekapkan mutu kerja. Gangguan komunikasi ketika bekerja boleh menyebabkan tingginya risiko terjadinya kemalangan di tempat kerja. 9. Gangguan Emosi

Gangguan kebisingan adalah fenomena yang subjektif. Kebisingan akan lebih mengganggu bila ia menjadi semakin kuat. Bekerja di tempat bising atau di persekitaran bising boleh menyebabkan seseorang itu tertekan perasaannya. Ini akan menyebabkan seseorang itu akan melakukan atau bertindak luar dari dugaan. i. Dengung (Tinnitus) Dengung boleh berlaku sebaik sahaja individu terdedah kepada kebisingan. Seseorang yang mengalami kurang pendengaran yang kekal boleh menyebabkan terjadinya dengung yang kekal. Dengung yang disebabkan oleh pendedahan kepada bunyi bising biasanya bernada tinggi seperti bunyi wisel, siulan ataupun berdering. Toleransi terhadap dengung bergantung kepada individu. Masalah ini sukar dikawal dan boleh menyebabkan tekanan emosi kepada pesakit. Pesakit mungkin membunuh diri apabila ia terlalu terganggu oleh dengung tersebut. ii. Presbycusis Adalah kurang pendengaran semulajadi yang disebabkan oleh peningkatan umur. Presbycusis akan menambahkan lagi masalah kehilangan pendengaran yang disebabkan. Ia tidak menyebabkan berlakunya lekuk pada frekuensi 4

KHz dalam audiogram tetapi ia akan mempengaruhi frekensi yang lebih tinggi. iii. Kesan Pendedahan Kebisingan Impuls Kebisingan Impuls ialah bunyi bising yang mempunyai intensiti yang tinggi dalam jangkamasa yang singkat. Kemudaratan akibat kebisingan impuls meningkat berkadar dengan bilangan impuls yang dialami dalam jangkamasa tertentu. Kajianter hadap haiwan didapati kesan kombinasi kedua-dua pendedahan kebisingan berterusan dan kebisingan impuls adalah lebih teruk berbanding dengan kesan pendedahan salah satu daripadanya. iv. Kesan Pendedahan Kebisingan Bersela Kebisingan Bersela ialah kebisingan yang terjadi dalam jangkamasa tertentu sahaja serta berulang. Kebanyakan kebisingan yang berkaitan dengan pekerjaan adalah dari jenis ini. Kebisingan ini membolehkan telinga berehat dan pulih seketika dan ini akan mengurangkan kemungkinan berlaku kerosakan pendengan yang kekal. b. Apa Yang Perlu Dilakukan? Sistem pendengaran yang mengalami kehilangan pendengaran akibat kebisingan tidak boleh dirawat sepenuhnya. Cara untuk mencegah kemudaratan ini ialah dengan mengelkkan telinga dari terdedah kepada bunyi bising. Menggunakan alat bantu pendengaran (Hearing Aid) oleh pekerja yang kurang pendengaran di tempat kerja yang bising tidak membantu pekerja itu kerana ia akan meniggikan bunyi bising latar belakang dan juga suara percakapan. Dengan itu, pekerja sukar mendengar percakapan. Walau bagaimanapun, alat bantu pendengaran berguna pada pekerja untuk aktiviti sosial di tempat yang tidak bising. Oleh itu, Program Perlindungan Pendengaran dengan menitikberatkan pengawalan kebisingan perlu diadakan di tempat-tempat kerja bagi mencegah masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai