Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN GPS

C3343/UNIT 11/ 1

UNIT 11

PENGENALAN GPS

OBJEKTIF

Objektif am:

Mempelajari dan memahami konsep satelit dan prinsip asas GPS.

Objektif khusus: & & & &

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

menghuraikan konsep satelit dan hubungannya dengan GPS menyatakan latar belakang kewujudan GPS menerangkan komponen asas GPS menerangkan isyarat dan ketepatan GPS

PENGENALAN GPS

C3343/UNIT 11/ 2

input

11.0

Pengenalan Di dalam unit dan modul sebelum ini anda telah didedahkan dengan penggunaan pelbagai alat ukur seperti teodolait, total station, alat EDM dan sebagainya. Penggunaan alat ukur tersebut secara umumnya adalah untuk menentukan kedudukan sesuatu titik bagi menghasilkan sesebuah pelan atau peta. Konsep penentuan kedudukan ini boleh dilakukan dengan kaedah bering dan jarak atau dengan kaedah kodinit. Rajah 11.1 adalah contoh untuk menentukan kedudukan di mana titik P diketahui melalui kodinit (x,y), kedudukan Q ditentukan samada dengan mencerap bering dan jarak atau hasil dari bering dan jarak tersebut, kedudukan diketahui dengan kiraan latit dan dipat untuk mendapatkan kodinit.

Dipat Q Latit

bering

P Rajah 11.1: Konsep penentuan kedudukan menggunakan peralatan ukur konvensional

PENGENALAN GPS

C3343/UNIT 11/ 3

Dalam perkembangan sains dan teknologi, teknologi pengukuran juga turut mengalami perubahan. Salah satu kaedah yang digunakan untuk tujuan pengukuran adalah dengan menggunakan satelit. Dalam konteks ukur tanah penggunaan satelit lebih dikenali dengan nama GPS. GPS adalah singkatan nama bagi Global Positioning System atau dalam istilah Bahasa Melayu adalah Sistem Penentududukan Global. Dalam modul ini perkataan GPS digunakan kerana ia begitu sinonim dalam kerja-kerja ukur. Kedudukan sesuatu titik di atas bumi menggunakan sistem GPS ditunjukkan dalam kodinit berdasarkan nilai latitud, longitud dan ketinggian (altitud). Rajah 11.2 menunjukkan bagaimana kedudukan ditentukan di atas permukaan bumi.

Rajah 11.2 Kodinit latitud, longitud dan altitud bagi menentukan kedudukan menggunakan GPS

Ops..

Jangan keliru!!! Konsep ukur adalah untuk menentukan kedudukan. Penggunaan Teodolait, Total Station atau GPS adalah contoh alat untuk mendapatkan kedudukan. Kaedah sahaja yang membezakannya.!!!

PENGENALAN GPS

C3343/UNIT 11/ 4

11.1

Kenapa Menggunakan Satelit? Sebenarnya satelit mempunyai berbagai-bagai kegunaan. Penciptaannya bergantung kepada aplikasi satelit tersebut seperti untuk kegunaan komunikasi, kajicuaca, ketenteraan dan sebagainya. Contohnya negara kita telah melancarkan satelit Measat untuk tujuan komunikasi. Dalam konteks disiplin ukur tanah, satelit digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu titik di atas permukaan bumi. Ianya mempunyai kelebihan berbanding dengan kaedah ukur konvensional. Justeru itu rasional penggunaan satelit dalam kerja ukur adalah; a. Pemancaran isyaratnya boleh dicapai bagi kawasan yang luas berbanding dengan sistem yang berdasarkan di bumi b. Melalui teknologi masakini, ia dapat memancarkan isyarat menembusi awan, hujan dan boleh digunakan siang dan malam c. Tiada mengenal sempadan negara, boleh digunakan secara global dan isyaratnya boleh dicapai sama ada di darat, laut dan udara. d. Satelit tidak mudah rosak dan jangka hayatnya diketahui. e. Penggunaannya tidak memerlukan pelaburan bagi perkakasan angkasa. f. Rajah 11.3 menunjukkan teknik penentududukan geodetik angkasa yang telah dimajukan adalah berdasarkan kepada penentuan berikut: i. Pengukuran jarak dari stesen bumi ke satu satelit seperti Satellite Laser Ranging (SLR) serta Lunar Laser Ranging (LLR) Pengukuran beza jarak seperti dalam kes Very Long Basline Interferometry (VLBI), satelit TRANSIT Doppler dan Differential GPS (DGPS) Pengukuran arah pada satelit melalui sistem optik

ii.

iii.

PENGENALAN GPS

C3343/UNIT 11/ 5

Rajah 11.3: Teknologi Penentududukan Geodetic Angkasa

Ops..
Salah satu sebab satelit digunakan adalah kerana ia tidak mengenal sempadan negara, boleh digunakan secara global dan isyaratnya boleh dicapai sama ada di darat, laut dan udara

11.3

Latar Belakang GPS GPS juga dikenali sebagai NAVigation System with Timing And Ranging GPS merupakan sistem penentududukan berasaskan satelit, yang merevolusikan tugas dalam navigasi dan bidang ukur. Rajah 11.4 menunjukkan salah satu gambar satelit GPS yang berada di orbit.

Rajah 11.4 : Satelit GPS

PENGENALAN GPS

C3343/UNIT 11/ 6

GPS pada awalnya merupakan sistem navigasi ketenteraan yang direka, dilaksanakan, dibiayai dan dikawal oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (U.S. DoD). Sistem ini diasaskan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat sejak tahun 1973.Sistem ini adalah hasil gabungan program U.S. Navy's TIMATION dan projek U.S. Air Force's 621B di bawah tanggungjawab `Joint Program Office' (JPO). Satelit GPS yang pertama telah dilancarkan pada 1978. Pada awalnya penggunaan sistem ini adalah ditujukan khas kepada pihak tentera Amerika Syarikat sahaja tetapi setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat, penggunaan sistem ini telah dibuka kepada orang umum. Matlamat utama GPS ialah untuk mewujudkan sistem penentududukan di darat, laut dan udara bagi pihak tentera Amerika Syarikat dan sekutunya, namun ia bebas digunakan oleh semua pengguna. Sistem ini direka untuk mengantikan kebanyakan sistem navigasi yang sedang digunakan. Bilangan pengguna awam jauh melebihi pengguna ketenteraan dan pembangunannya membangun dengan begitu pesat. Sistem ini dibahagikan kepada tiga segmen utama; segmen Angkasa Lepas, segmen Kawalan Bumi dan segmen Pengguna.

Asalnya GPS digunakan untuk tentera Amerika. Contohnya ketika Perang Teluk, GPS digunakan untuk menentukan kedudukan strategik tentera Iraq

Ops..

PENGENALAN GPS

C3343/UNIT 11/ 7

AKTIVITI 11a

o UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA o SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA. BAHAGIAN A Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai bagi soalan berikut: 1. 2. Istilah GPS dalam Bahasa Melayu adalah sistem penentududukan global Jika menggunakan GPS, kedudukan sesuatu titik di bumi ditentukan dengan _____________, _____________________ dan ________________ Pada umumnya penggunaan alat ukur seperti Teodolait, Total Station, EDM dan GPS adalah untuk menentukan ________________bagi menghasilkan _____________ sebagai hasil akhir bagi sesuatu kerja ukur. Pada awalnya penggunaan GPS adalah ditujukan khas kepada pihak ________ Amerika Syarikat sahaja tetapi setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat, penggunaan GPS telah dibuka kepada ________.

3.

4.

BAHAGIAN B Pilih jawapan yang sesuai bagi kenyataan di bawah sama ada Benar atau Salah 1. 2. 3. 4. Masalah dalam penggunaan satelit ialah ia mudah rosak dan jangka hayatnya tidak diketahui (Benar/Salah) Salah satu kegunaan satelit adalah dalam bidang kajicuaca. (Benar/Salah) Isyarat satelit hanya dapat menembusi awan tetapi tidak mampu menembusi hujan. (Benar/Salah) Isyarat satelit dapat digunakan di waktu siang dan malam untuk sesuatu kegunaan tertentu. (Benar/Salah) Matlamat utama GPS ialah untuk mewujudkan sistem penentududukan di darat, laut dan udara bagi pihak tentera Amerika Syarikat dan sekutunya. (Benar/Salah)

5.

PENGENALAN GPS

C3343/UNIT 11/ 8

input

11.4

Komponen Asas GPS (Sistem Asas GPS) Komponen asas GPS dibahagikan kepada tiga segmen yang utama iaitu :i. Segmen Angkasa Lepas ii. Segmen Kawalan Bumi iii. Segmen Pengguna. Rajah 11.5 menunjukkan lakaran ketiga-tiga segmen bagi sistem asas GPS.

Rajah 11.5: Komponen Asas GPS

11.4.1 Segmen Angkasa Komponen asas GPS yang pertama ialah Segmen Angkasa. Ia mengandungi 24 satelit yang memancarkan isyarat radio ke bumi. Altitud orbit ditentukan supaya satelit melewati jejak dan konfigurasi yang serupa pada setiap lebih kurang 24 jam. Terdapat 6 satah orbit, selang setiap 60 darjah dan sendeng 55 darjah terhadap satah katulistiwa. Ini membolehkan pengguna boleh menerima 5 - 8 isyarat satelit ini. Bagi

Fakta
* 24 satelit * 6 satah orbit * 55r sendeng di khatulistiwa

PENGENALAN GPS

C3343/UNIT 11/ 9

menjelaskan elemen segmen angkasa ini rajah 11.6 dan rajah 11.7 diharap dapat membantu anda memahami kedudukan satelit GPS di orbitnya Fungsi asas satelit adalah untuk: i. Menerima dan merekod data yang dipancarkan oleh Segmen Kawalan Mengawasi ketepatan masa melalui purata beberapa piawaian frekuensi atomik Memancarkan maklumat dan isyarat kepada pengguna di dalam satu atau kedua-dua frekuensi jalur L

ii.

iii.

Rajah 11.6: Gugusan Satelit GPS

Rajah 11.7 Satah orbit satelit sendeng 55r terhadap satah khatulistiwa

PENGENALAN GPS

C3343/UNIT 11/ 10

11.4.2 Segmen Kawalan Bumi Komponen asas GPS yang kedua ialah Segmen Kawalan Bumi. Ia mengandungi kemudahan-kemudahan yang diperlukan bagi mengawasi keadaan satelit, telemetri, penjejakan, memberi arahan dan kawalan, pengiraan efemeris. Terdapat lima stesen bumi yang membentuk segmen kawalan iaitu di Hawaii, Colorado Spring, Ascension Island, Diego Garcia dan Kwajalein Rajah 11.8 menunjukkan kedudukan kelima-lima stesen kawalan di bumi

Rajah 11. 8: Kedudukan lima stesen bumi yang membentuk Segmen kawalan Segmen kawalan berfungsi sebagai : i. Kesemua lima stesen tersebut adalah stesen kawalan yang menjejak satelit dan menghantar data penjejakan kepada stesen kawalan utama.
Fakta

ii.

Pusat Tentera Udara Falcon di Colorado Segmen Kawalan bertindak sebagai Spring, ialah Stesen Kawalan Utama pusat kawalan (Master Control Station (MCS)) (rajah bagi menjejak dan mengawal 11.7), di mana data penjejakan diproses operasi sistem untuk melakukan pengiraan efemeris satelit satelit-satelit GPS dan pembetulan jam satelit. la merupakan stesen pengoperasian segmen angkasa seperti mengoperasi satelit, encryption isyarat, pengawasan jam satelit dan lain-

PENGENALAN GPS

C3343/UNIT 11/ 11

lain. Stesen kawalan Utama diuruskan oleh 2nd Operations Squadron, 50th Space Wing, US Air Force. iii. Tiga stesen bumi (Ascension Island, Diego Garcia, dan Kwajalein) merupakan stesen penghantar, membenarkan up link data ke satelit. Data-data ini mengandungi maklumat efemeris dan pembetulan jam yang dipancarkan di dalam Mesej Navigasi. Mesej Navigasi adalah arahan telemetri dari Stesen Kawalan Utama. Setiap stesen upload boleh menjejak kesemua satelit sekali dalam sehari. Jika perlu, Mesej Navigasi yang baru dan arahan telemetri boleh dipancarkan kepada satelit GPS kira-kira setiap 8 jam. Ketika ini kadar pemancaran data adalah sekali (kadangkala 2 kali) setiap hari. Fungsi sampingan segmen kawalan ialah mengawasi Sistem Rujukan WGS84. Sistem rujukan ini boleh dicapai oleh pengguna GPS melalui efemeris satelit yang dikira oleh MCS. MCS membuat pengiraan berdasarkan data dari stesen bumi bagi

iv.

iv.

Rajah 11.9 menunjukkan kedudukan stesen kawalan memudahkan anda memahami penerangan mengenainya

Rajah 11.9 Hubungan antara setiap stesen kawalan

PENGENALAN GPS

C3343/UNIT 11/ 12

11.4.3 Segmen Pengguna Komponen asas GPS yang ketigai alah Segmen Pengguna. Ia terdiri daripada komponen i. pengguna, ii. alat penerima GPS iii. perkakasan GPS. Terdapat dua jenis kategori pengguna sistem GPS yang utama iaitu; i. pengguna militeri (tentera) ii. pengguna awam. Alat penerima GPS menukarkan isyarat satelit ke anggaran kedudukan, kelajuan dan masa. Ia terdiri daripada alat penerima kod perolehan kasar (C/A) jenis kod julat semu, alat penerima kod perolehan kasar (C/A) jenis fasa pembawa dan alat penerima kod P Perkakasan GPS pula terdiri daripada antena, komponen elektronik dan RF komponen. Antena penerima isyarat GPS mempunyai pelbagai bentuk, daripada bentuk piring (pelbagai saiz) ke bentuk palang kecil. Rekabentuk penerima dan antena ini bertujuan mendapatkan bacaan kedudukan pada ketepatan yang dijangkakan. Rajah 11.10 adalah contoh beberapa alat penerima GPS yang terdapat di pasaran.

Fakta
Segmen Pengguna terdiri dari komponen * Pengguna * Alat Penerima * Perkakasan Pengguna GPS * Tentera * Orang Awam

Ops..
Ingat!!! Sistem asas bagi GPS mengandungi tiga segmen iaitu a. Segmen Angkasa Lepas b. Segmen Kawalan Bumi c. Segmen Pengguna

Anda mungkin juga menyukai