Anda di halaman 1dari 1

Baru kuteringat, zaman-zaman studi dulu, memang selalu diakhiri majlis dengan bacaan tasbih kaffarah..

tak sedar rupa-rupanya dah jauh ku melupakan amalan itu jahilnya diri nie, ayat yang cukup simple tu sebenarnya patut terus diamalkan meh kita sama-sama amalkan bacaan tasbih kifarah, moga Allah menerima keampunan kita **** Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu . **** Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:

Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis **** Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini? Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut

Anda mungkin juga menyukai