Anda di halaman 1dari 20

POLITEKNIK UNGKU OMAR Electrical Engineering Department

E 5124-Komunikasi Data
ASSIGNMENT 1- Media Penghantaran

NAME : Wong Soon Tatt (01DKE09F1009)

CLASS

: DKE6A

LECTURER : Encik Razip Bin Mat MODULE : E 5124

WAYAR PASANGAN TERPIUH (TWISTED PAIR WIRES)

Wayar Pasangan Terpiuh merupakan media yang selalu digunakan untuk menghantar data yang berbentuk denyutan elektronik.

Ia juga dikenali sebagai kabel pasangan terpiuh. Wayar pasangan terpiuh terdiri dari beberapa wayar berwarna dan berpembalut yang dipiuhkan untuk mencipta medan magnet dan seterusnya mengurangkan gangguan hingar.

Biasanya empat atau lapan wayar yang membentuk dua hingga empat pasangan. Wayar jenis ini selalunya digunakan sebagai wayar telefon. Wayar pasangan terpiuh murah dan mudah diperolehi tetapi isyarat yang melaluinya mudah terherot dan diganggu hingar, dan kadar penghantaran yang rendah.

Ada 2 jenis wayar atau kabel, iaitu pasangan terpiuh tak berpembalut

unshielded twisted pair) dan pasangan terpiuh berpembalut yang biasanya


disebut STP (shielded twisted pair).

Wayar pasangan terpiuh

Kategori 1 2 3

Perihalan Menggunakan kuprum tipis. Digunakan sebagai wayar telefon. Tidak sesuai untuk LAN sekarang. Digunakan untuk LAN yang sama. Wayar yang mengandungi sekurang-kurangnya 3 piuh setiap kaki dan tiada pasangan wayar yang mempunyai bilangan piuh per kaki yang sama. Wayar yang memenuhi syarat kehilangan isyarat untuk jarak yang jauh (attenuation) dan tenaga yang disimpan oleh wayar (capacitance). Lebih baik daripada wayar kategori 4 terutamanya dari segi attenuation dan crosstalk. Mengandungi 4 pasangan 24 AWG (0.5 mm) kuprum.

Kadar Data Maksimum 1Mbps 4Mbps 10Mbps

16Mbps

100,155Mbps dan 1000 Mbps

Kabel yang selalu digunakan ialah UTP kategori 3 dan 5. UTP kategori 3 ialah wayar gred suara. UTP kategori 5 ialah wayar gred data. Wayar kategori 6 dan 7 juga telah pun ada di pasaran.

KABEL SEPAKSI (COAXIAL CABLE)

juga disebut sebagai kabel berpembalut (shielded cable), terdiri dari satu dawai atau lebih yang diperbuat daripada kuprum yang dilindungi oleh penebat dan diselaputi oleh pelindung jaringan besi.

Kadar penghantaran data yang lebih tinggi berbanding dengan kabel pasangan terpiuh dan boleh digunakan untuk menghantar semua jenis data.

Contoh kabel sepaksi adalah kabel TV, kabel yang digunakan untuk menyambung TV dengan penerima gelombang TV, talian telefon jarak jauh, pautan dekat antaran komputer dan rangkaian setempat.

setiap kabel sepaksi boleh menyokong lebih kurang 60 saluran suara. Kabel sedemikian yang menyokong berbilang suara disebut kabel sepaksi jalur lebar yang kelajuannya sehingga 100Mbps.

Kabel seperti ini disebut kabel sepaksi tebal (thick coaxial) atau thicknets, atau 10Base5 dan juga disebut thick Ethernet.

Kabel yang selalu digunakan dalam rangkaian setempat ialah kabel RG-58AU, yang selalu disebut kabel sepaksi tipis (thin coaxial), atau 10Base2, atau thin Ethernet, atau thinnets dan berkelajuan sehingga 10Mbps.

Kabel sepaksi

Kabel sepaksi menawarkan lebar jalur dan darjah imuniti daripada herotan isyarat yang tinggi.

Kabel ini murah untuk dipasang,dan mematuhi piawai. Kos kabel ini tinggi untuk jarak jauh kerana memerlukan pengulang (repeater).

KABEL GENTIAN OPTIK (FIBER OPTIC CABLE)

data dihantar dalam bentuk denyutan cahaya. berkos rendah, tinggiisipadu penghantaran, rendah kadar ralat dan selamat mesej.

Gentian ini boleh menghantar data pada kelajuan 80Gbps. dibuat dari gentian kaca atau silika (silica) yang lebih nipis.

menghantar berbagai jenis data seperti video, gambar, multimedia, muzik, grafik dan sebagainya.

tidak terjejas oleh gangguan elektronik seterusnya mengurangkan ralat penghantaran data.

Ada dua jenis kabel gentian optik iaitu gentian optik berbilang mod (multi mode) dan gentian optik mod tunggal (single mode).

Fiber optik

Jenis kabel ini dikelaskan menurut bagaimana cahaya bergerak.

SISTEM MIKROGELOMBANG

Mikrogelombang menggunakan udara atau ruang angkasa untuk menghantar data.

Isyarat mikrogelombang dihantar dalam bentuk pandangan garis lurus (line-ofsight).

Isyarat ini tidak boleh melencong menurut permukaan bumi atau mengelak bukit atau gunung, atau bangunan tinggi.

stesen penghambat (relay station) digunakan untuk menghubungkan isyarat mikrogelombang. Bilangan stesen penghambat bergantung kepada bentuk mukabumi, biasanya berada 30-50 km di antara satu sama lain.

Stesen penghambat biasanya ditempatkan pada atas bangunan tinggi, bukit dan menara tinggi. Frekuensi penghantaran mikrogelombang dalam julat 2 hingga 40 GHz.

Stesyen penghambat gelombang

Stesyen penghambat gelombang Stesyen penghambat gelombang

Bumi

Stesen penghambat gelombang

bermuatan sederhana, kosnya sederhana, boleh dibahagi kepada banyak subsaluran dan boleh menjangkau jarak jauh tetapi mudah diganggu hingar seperti cuaca dan elektrik, dan perlu mengatasi masalah pandangan satu garis dan geografi (bukit dan bangunan).

SISTEM SATELIT

Kaedah satelitSatelit Jenis digunakan apabila jarak penghantaran adalah jauh dan terdapat Keterangan
Satelit orbit bumi geosegerak Satelit yang berada diorbit geosegerak yang banyak halangan. (geosynchrounos earth orbit mengekalkan kedudukan satelit mengikut kedudukan (GEO)atau isyarat yang dibawa melalui satelit berbentuk mikrogelombang untuk bumi. Selalunya berada di paras 36000 km dari bumi Data satellite) dan mengelilingi bumi setiap 24 jam dan kelihatannya mewakili suara, data, dan video. tidak bergerak di langit. Contoh satelit ini ialah satelit yang digunakan oleh ASTRO.

Satelit adalah satu peranti elektronik yang mempunyai sehingga 100 kira-kira Satelit orbit bumi pertengahan Satelit berada diorbit pertengahan, iaitu (medium earth orbit (MEO) 10,000 15,000 km dari bumi. Satelit ini nampak transponder (radio kecil dan khusus) yang menerima, menguatkan dan satellite) bergerak di langit. Pengguna perlu berpindah dari satu satelit MEO yang lain untuk tujuan pengekalan menghantar semula isyarat. komunikasi.
Satelit orbit bumi rendah Satelit berada diorbit rendah, iaitu kira-kira sehingga Satelit bertindak sebagai stesen penghambat (relay) di antara satu stesen bumi (low earth orbit (LEO) satellite) 3,000 km dari bumi. Kebanyakkan berada hanya beratus kilometer dari bumi. Satelit ini nampak dengan stesen bumi yang lain. bergerak di langit. Pengguna perlu berpindah dari satu satelit ke satelit LEO yang lain untuk tujuan Frekuensi isyarat yang dipaut naik (uplink) ke satelit berbeza dengan jenis ini ialah pengekalan komunikasi. Contoh satelit frekuensi satelit Tiung Sat.

isyarat yang dipaut turun (downlink) ke stesen bumi.

Jenis Satelit

Kelasfrekuensisatelit Jalur C (C band): frekuensi paut naik ialah 6GHz dan frekuensi paut turun ialah 4 GHz. Juga disebut jalur 4/6GHz

Jalur Ku (Ku band): frekuensi paut naik ialah 14GHz dan frekuensi paut turun ialah 12 GHz. Juga disebut jalur 14/12GHz. Jalur Ka (Ka band): frekuensi paut naik ialah 30GHz dan frekuensi paut turun ialah 20 GHz. Juga disebut jalur 30/20GHz.

Kelebihan sistem satelit ialah keluasan muka bumi yang dapat diliputinya, bermuatan tinggi dan kos yang rendah untuk setiap pengguna.

INFRA MERAH

Teknologi infra merah adalah penghantaran data dalam bentuk inframerah tanpa melalui wayar.

Kaedah ini terhad pada satu kawasan yang kecil sahaja dan berasaskan garisan penglihatan (line of sight). Kadar pemindahan data ialah kira-kira 10 Mbps.

Teknologi ini boleh digunakan untuk rangkaian komputer tanpa wayar. Contoh penggunaan lain adalah unit kawalan jauh TV.

RADIO

Penghantaran meggunakan frekuensi tinggi dan frekuensi rendah. Teknologi radio frekuensi tinggi adalah seperti radio bersel, boleh menembusi dinding pejabat tetapi mempunyai liputan yang terhad.

Teknologi radio frekuensi rendah menggunakan teknologi spektrum radio, mempunyai kuasa penembusan yang besar, liputan yang luas tetapi mempunyai masalah gangguan.

Teknologi spektrum radio mengunakan frekuensi radio lazim iaitu seperti radio AM, FM, dan gelombang pendek.

RANGKAIAN TELEFON

Rangkaian telefon yang digunakan oleh orang awam disebut Rangkaian suis telefon awam (public switch telephone network) yang mengendalikan suara.

PSTN telah menggunakan berbagai media seperti, gentian optik, sistem mikrogelombang, dan sistem satelit.

Data dihantar melalui talian dail ataupun talian suwa atau talian terdedikasi

Jenis Talian Talian dail (dial up lines)

Keterangan Talian ini merupakan gabungan talian telefon analog yang ditawarkan oleh syarikat telefon awam, contohnya Telekom, Celcom dan Maxis. Modem diperlukan untuk menggunakan talian dail ini. Anda boleh dail 1515 untuk menggunakan perkhidmatan TmNet. Kos menggunakan talian dail murah dan bergantung kepada tempoh penggunaan. Kualiti dan kebolehdapatan talian tidak terjamin. Talian ini dapat menjamin kualiti dan kebolehdapatan talian. Talian jenis ini khusus digunakan untuk tujuan lain. Misalkan talian mesin ATM ke komputer pusat bank menggunakan talian terdedikasi. Syarikat awam juga menawarkan talian terdedikasi kepada pelanggan dan talian ini disebut talian suwa (leased line). Talian suwa mungkin talian analog atau talian digital. Jika talian analog, talian ini sama seperti talian telefon. Jika talian digital media UTP, STP kabel sepaksi, gentian optik, mikrogelombang akan digunakan. Antara talian digital yang selalu digunakan ialah talian ISDN, DSL, talian pembawa-T atau ATM. Talian ini menyediakan kadar penghantaran yang lebih laju dari talian analog (dail), iaitu sehingga 126Kbps. Talian ISDN boleh menghantar 3 atau lebih isyarat serentak menggunakan teknik pemultipleksan. Pengubahsuaian ISDN (bukan modem) diperlukan untuk kedua-dua hujung talian ISDN. Kos talian ISDN agak mahal. Talian ini menawarkan alternatif kepada talian ISDN terutama untuk syarikat kecil. Kadar DSL lebih tinggi sedikit dari talian ISDN. Modem DSL diperlukan untuk menyambung dengan komputer. Satu jenis DSL yang popular ialah ASDL (asymmetric DSL) atau DSL tak simetri yang menyokong kadar penghantaran lebih tinggi iaitu 16Kbps-640Kpbs bagi pautan naik dan 1.54-8.45Mbps bagi pautan turun. Masih tidak banyak syarikat Telekom menyokong talian ini.

Talian terdedikasi (dedicated lines)

Talian ISDN (Integrated Services Digital Network/ talian rangkaian digital perkhidmatan terkamir. Talian DSL (Digital Subscriber) line/talian pelanggan digital

Jenis Talian

Anda mungkin juga menyukai