THURSDAY, APRIL 20, 2006
DANAU SISIK EMAS
DANAU SISIK EMAS
Di Pinggir Kampung Sawah Raja, Kota, Negeri Sembilan, terdapat satu tempat bernama
Danau Sisik Emas. Menurut ceritanya suatu ketika dahulu kawasan tersebut merupakan
sebuah danau yang cantik. Airnya jernih dan banyak ikan berkeliaran di dalamnya. Apabila
ada pertabalan undang luak Rembau maka Danau Sisik Emas menjadi tumpuan orang ramai.
Mereka mengadakan pesta keramaian di tempat tersebut untuk menyambut kedatangan
Datuk Undang. Tetapi kini Danau Sisik Emas terbiar dan tidak lagi dipedulikan. Kawasan
tersebut telah tumpat dan ditumbuhi semak samun.
Suatu ketika dulu, di sebelah atas Danau Sisik Emas terdapat sebuah kampung bernama
Kampung Pelebar. Kerana sesuatu sebab maka Kampung tersebut telah ditinggalkan dan kini
cuma tinggal kesan sahaja. Manakala di seberang danau tersebut terdapat sebuah kampung
bernama Kampung Sawah raja. Asal kampung itu bernama Sewar Raja iaitu tempat raja
mengutip cukai. Menurut ceritanya, cukai di kutip daripada perahuperahu yang melalui
Sungai Rembau yang terdapat di sebelah Danau Sisik Emas.
Pada 8 Februari 1973 Kampung Sawah Raja pernah menggemparkan negara kerana
berlakunya peristiwa berdarah yang mengorbankan 9 orang termasuk 3 anggota polis. Kisah
yang menyayat hati itu berlaku apabila seorang lelaki iaitu penduduk tempatan bernama Idrus
bin Hassan, 67 tahun, yang juga dikenali sebagai Idrus Harimau telah mengamuk dan
membunuh penduduk kampung tersebut termasuk anggota polis.
Mungkinkah kejadian tersebut ada kaitannya Dengan Danau Sisik Emas?. Menurut siasatan
pihak Polis, Idrus mengamuk kerana permatang sawahnya di robohkan oleh jirannya.
Kedudukan sawah milik Idrus berhampiran dengan Danau Sisik Emas. Ada pula yang
mengatakan Idrus menuntut ilmu kebatinan dan pernah bertapa di Danau Sisik Emas. Namun
cerita yang sebenar kenapa Idrus sanggup mengamuk dengan menggunakan senapang
patahnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Berbalik kepada kisah Danau Sisik Emas, menurut ceritanya suatu ketika dahulu ada seorang
lelaki bernama Pidano yang berasal dari Minangkabau Sumatera Barat. Dia juga seperti
kebanyakan lelaki bangsa Minangkabau, bila sudah dewasa akan keluar dari kampung untuk
mencuba nasib di rantau orang. Salah satu tempat yang menjadi pilihan mereka ialah Tanah
Melayu.
Setelah lama berjalan akhirnya Pidano sampai di kampung Sawah Raja. Pidano tertarik hati
dengan keindahan Danau Sisik Emas yang airnya jernih dan sentiasa berombak. Di dalam
danau itu kelihatan ikanikan berenang di permukaan air. Lalu Pidano mengambil keputusan
untuk menetap di situ. Dia mendirikan sebuah pondok berhampiran dengan Danau Sisik
Emas.
Untuk menampung kehidupannya, setiap hari Pidano mengail ikan di Danau Sisik Emas
dengan menggunakan sampan. Hasil dari tangkapan ikan tersebut ditukar dengan beras dan
garam dari penduduk kampung tersebut. Pidano juga dikatakan seorang pemuda yang lurus
dan baik hati. Dia hanya menukarkan ikan hasil tangkapannya dengan secupak beras dan
sejemput garam sahaja. iaitu sekadar cukup untuk makanannya pada hari tersebut. Dan
esoknya dia akan mengail ikan lagi dan menukarnya lagi dengan secupak beras dan
sejemput garam. Walaupun hasil tangkapannya banyak dia tetap menukarkan ikannya
dengan secupak beras dan sejemput garam. Sikap Pidano ini menyukakan hati penduduk
kampung tersebut.
Danau Sisik Emas dikatakan mempunyai penunggu yang terdiri dari makhluk halus.
Penunggu danau itu berasa marah kerana banyak ikan di danau itu dapat dikail oleh Pidano.
Pada suatu hari sedang Pidano memancing ikan mata kailnya tersangkut pada sesuatu.
Dengan perlahanlahan Pidano menarik mata kailnya ke atas dan alangkah terkejutnya
Pidano bila mendapati mata kailnya tersangkut pada rantai emas.
Pidano dapati rantai emas itu panjang dan tidak putusputus bila di tarik naik ke dalam
perahunya. Maka ketika itu timbul rasa tamak di hati Pidano. Dia ingin cepat kaya dengn
penemuan harta karun tersebut. Pidano terus menarik rantai emas sehingga perahunya
sarat.
Apa yang sedang dilakukan oleh Pidano di lihat oleh seorang budak lelaki yang sedang
berdiri di tepi danau tersebut. Budak itu menyuruh Pidano mengerat rantai emas itu dengan
menjeritkan perkataan " Kerat kerat kerat". Namun tidak dipedulikan oleh Pidano. Malah dia
semakin tamak dan terus menarik rantai emas itu ke dalam perahunya. Apabila perahu itu
berlebih muatan akhirnya karam.
Pidano cuba berenang ke tebing tasik itu namun tidak berdaya. Malah Pidano berasa seperti
ada sesuatu yang menariknya ke bawah. Akhirnya dia mati lemas. Penduduk kampung
mencari mayat Pidano lalu dinaikkan ke darat dan dikebumikan.
Sejak peristiwa itu penduduk kampung tidak berani memancing ikan di danau tersebut. Ini
menyebabkan ikan semakin banyak dan membesar sehingga air danau itu nampak
berkilauan akibat sisiksisik ikan yang berkeliaran dipermukaannya. Apabila hari hampir senja
ketika sinar matahari kemerahan di kaki langit maka permukaan tasik itu nampak berkilauan
seperti emas lalu mereka namakan Danau Sisik Emas.
Menurut ceritanya lagi, suatu ketika dahulu di tepi danau itu terdapat pinggan mangkuk
kepunyaan makhluk halus yang menjaga danau tersebut. Apabila penduduk kampung hendak
mengadakan majlis kenduri mereka boleh meminjam pnggan mangkuk itu melalui
perantaraan seorang bomoh. Kononnya bomoh itu akan membakar kemenyan di tepi danau
lalu menyeru makhluk halus memohon pinjam barang kepunyaannya.
Namun akhirnya makhluk halus itu tidak membenarkan lagi barangbarangnya diambil kerana
banyak yang tidak dpulangkan semula oleh peminjam ditempat asalnya. Manamana pinggan
mangkuk yang pecah tidak diganti. Kerana itu sampai sekarang penduduk kampung tidak
dapat meminjam lagi.
posted by Persatuan Sejarah Jelebu @ 4:36 PM 1 comments
TUESDAY, FEBRUARY 21, 2006
ASAL USUL NAMA REMBAU
REMBAU merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang banyak
menyimpan sejarah kedatangan orangorang Minangkabau di Negeri
Sembilan. Malah Rembau menjadi tempat berkumpulnya orangorang
Minangkabau untuk memulakan penghidupan baru di tanah melayu.
Nama Rembau diambil dari nama sejenis pokok yang bernama Merbau.
Kisah bermula apabila sekumpulan orang asli terjumpa sebatang pokok
Merbau yang amat besar dan tinggi menjulang. Pokok tersebut tumbuh
di kaki Gunung Datok. Adapun Gunung Datok itu banyak menyimpan
kisah sejarah dan kini orang ramai suka mendakinya sebagai salah satu
aktiviti mendaki gunung.
Nama Rembau bermula dari peristiwa sekumpulan orangorang asli
yang diketuai oleh Batin Sekudai hendak membuat penempatan baru
dikaki Gunung Datok. Semasa membuat kerja menebas dan menebang
dalam usaha membersihkan kawasan tersebut mereka terjumpa
sebatang pokok yang amat besar dan tinggi menjulang. Setelah
bebincang akhirnya mereka membuat keputusan menebang pokok
Merbau itu kerana kawasan tersebut hendak dijadikan tempat
kediaman. Mereka bimbang pokok yang besar itu akan membahayakan
keselamatan mereka.
Maka mereka pun menebang pokok Merbau tersebut secara bergilirgilir
dengan menggunakan kapak dan beliung. Mereka berkerja siang dan
malam selama tujuh hari tujuh malam. Tetapi apa yang menghairankan
mereka ialah pokok tersebut masih juga tidak mahu tumbang.
Setelah genap tujuh hari tujuh malam mereka berusaha untuk
menumbangkan pokok Merbau tersebut tetapi masih tidak berjaya,
akhirnya mereka mengadukan perkara itu kepada seorang Bomoh yang
paling handal di kalangan mereka. Dan setelah bomoh itu melihat pokok
tersebut maka bomoh itu menyuruh orangorang asli itu mendaki
Gunung Datok hingga sampai ke kemuncak. Kemudian mereka
hendaklah meminta izin dari penunggu Gunung tersebut untuk
menebang pokok Merbau tua itu.
Esoknya beberapa orang asli mendaki Gunung Datok dengan
membawa pelbagai persembahan untuk diberikan kepada penunggu
yang dipercayai berada di puncak gunung tersebut. Setelah sampai di
puncak Gunung Datuk, mereka pun menyeru nama penunggu gunung
itu sambil meminta kebenaran untuk menebang pokok Merbau tua yang
tumbuh di kaki gunung itu. Setelah selesai mereka pun pulang ke
rumah masingmasing.
Pada malamnya turunlah hujan lebat bersama ribut kencang. Dan pada
keesokan paginya mereka beramairamai keluar dari rumah masing
masing menuju ke pokok Merbau tua itu untuk meneruskan kerja
penebangan.
Tetapi alangkah terperanjatnya mereka bila melihat pokok Merbau tua
yang amat besar dan tinggi itu sudah pun tumbang menyembah bumi.
Mereka amat hairan melihat pangkal pokok yang begitu besar dan
untuk mengukur lebarnya mereka duduk bersila di perdu pokok itu.
Kabarnya setelah 40 orang duduk bersila barulah penuh pangkal pokok
Merbau yang ditebang itu.
Mereka menjamu selera sambil bersuka ria menandakan sudah berjaya
menumbangkan pokok yang paling besar itu. Sebahagian dari mereka
menyusuri batang pokok itu untuk mencari pucuknya. Kabarnya pucuk
pokok Merbau yang tumbang itu sampai ke sebuah sungai lalu Sungai
itu dinamakan Sungai Ujung.
Dan kawasan pangkal pokok itu mereka namakan Kampung Merbau
Tua. Untuk meringkaskan sebutan mereka sebut " Kampung Merbau"
sahaja dan akhirnya bertukar menjadi Rembau sahaja. Menurut
ceritanya, sekumpulan orangorang Minangkabau yang datang dari
Pagar Ruyung Sumatera Barat telah datang ke Rembau dengan tujuan
mengembangkan agama Islam di samping berniaga.
Oleh kerana orangorang asli disitu menyambut kedatangan mereka
dengan baik lalu mereka mengambil keputusan untuk menetap di situ
malah ramai yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Datok Lela
Balang iaitu ketua orangorang Minangkabau telah membuka sebuah
penempatan baru berhampiran kampung Merbau Tua dan kampung
yang baru dibuka itu dinamakan kampung kota. Kampung tersebut
masih ada hingga sekarang.
Adik Datok Lela Balang pula membuka sebuah penempatan lagi lalu
dinamakan Kampung Padang Lekuk. Sejak itu semakin ramailah orang
orang Minangkabau datang ke Rembau dan orangorang asli pula
meninggalkan tempat itu untuk membuat penempatan baru.
Menurut ceritanya lagi, Raja Melewar dari Pagar Ruyung Minangkabau
datang ke Negeri Sembilan melalui Sungai Rembau lalu bersemayam di
Kampung Penajis, tidak jauh dari Kampung Kota. Kemudian baginda
mendirikan sebuah istana lalu dinamakan Kampung Istana Raja.
Apabila istana itu terbakar maka didirikan sebuah istana baru di Seri
Menanti. Dan hingga sekarang Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilkan
bersemayam di Istana Besar Seri Menanti.
Adapun namanama kampung seperti kampung Kota, kampung Penajis,
kampung Istana Raja dan kampung Sawah Raja masih kekal namanya
sehingga sekarang.
posted by Persatuan Sejarah Jelebu @ 12:41 AM 0 comments
WEDNESDAY, JUNE 01, 2005
ASAL USUL ADAT PERPATIH
Menurut sejarahnya, Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung Minangkabau, Sumatera
Barat, Indonesia. Di namakan Adat Perpatih sempena nama orang yang menyusun dan
membuat peraturan adat tersebut. Adat Perpatih di bawa ke Negeri Sembilan oleh
orangorang Minangkabau yang merantau ke Tanah Melayu.
Menurut ceritanya, beratus tahun dahulu di Negeri Padang Luas, Pagar Ruyung
Minangkabau ada dua orang adik beradik yang seibu tetapi berlainan bapa. Yang tua
bernama Temenggong atau Datok Temenggong dan adiknya bernama Perpatih atau
Datok Perpatih. Apabila keduanya sudah dewasa maka mereka pun merwarisi
pemerintahan negeri Padang Luas.
Walaupun mereka adik beradik tetapi berbeza pendapat terutama dalam cara
pemerintahan. Kerana perbezaan pendapat itu menyebabkan selalu terjadi perbalahan
antara Datok Temenggong dengan adiknya Datok Perpatih. Untuk mengelak terjadinya
pergaduhan maka negeri Padang Luas terpaksa di bahagi kepada dua pemerintahan.
Datok Temengong memerintah di bahagian pesisir pantai manakala Datok Perpatih
berkuasa di bahagian daratan. Dengan itu kawasan pemerintahan Datok Temenggong
memakai adat yang disusun oleh Datok Temenggong (Adat Temenggong) manakala
kawasan Datok Perpatih memakai adat yang di susun oleh Datok Perpatih ( Adat
Perpatih.)
Antara Adat Temenggong dengan Adat Perpatih terdapat perbezaan terutama dalam
soal pembahagian harta pusaka. Bagi Adat Temenggong, lelaki lebih banyak mendapat
bahagia harta pusaka daripada perempuan manakala Adat Perpatih pula menyerahkan
segala harta pusaka kepada anak perempuan.
Pada suatu hari anjing Datok Perpatih telah menggigit kaki Datok Temenggong.
Akibatnya anjing itu telah dipukul oleh Datuk Temenggong sehingga mati. Ini
menimbulkan kemarahan Datok Perpatih. Dia segera berjumpa Datok Temenggong.
"Bukankah peraturan dalam adat temenggong mengatakan , siapa menggigit dia kena
gigit?" tanya Datok Perpatih kepada Datok Temenggong. Dia sebenarnya merujuk
kepada adat Temenggong yang mengatakan sesiapa yang menggigit mesti dibalas
dengan gigit juga.
"Memang benar!" jawab Datok Temenggong.
" Kenapa bila anjing menggigit kaki awak pukul sampai mati?. Sepatutnya bila anjing
itu menggigit kaki awak maka awak gigit pula kaki anjing itu," balas Datok Perpatih.
Mendengar katakata itu, Datok Temenggong merasa marah lalu berlakulah cabar
mencabar antara keduaduanya. Untuk mengelakkan sengketa itu berpanjangan maka
keduanya bersetuju meninggalkan negeri Padang Luas untuk membuka negeri baru.
Maka Datok Perpatih dan Datok Temenggong pun menyediakan bahtera masing
masing untuk belayar meninggalkan negeri Padang Luas. Konon ceritanya, bahtera
Datok Temenggong selamat dilancarkan ke laut dan terus belayar. Manakala bahtera
Datok Perpatih tidak mahu dilancarkan ke laut. Walupun rakyat jelata di suruh beramai
ramai menolak bahtera itu namun tidak juga dapat bergerak.
Pada malamnya Datok Perpatih bermimpi bahtera yang bernama "Geliong Panjang " itu
tidak dapat dilancarkan kerana telah diduduki oleh "Jin Sakti Muno". Untuk
melancarkannya maka terpaksalah digalangkan di bawah bahtera itu seorang
perempuan yang mengandung sulung (bunting sulung).
Maka pada keesokan harinya Datuk Perpatih menyuruh orangorangnya mencari
perempuan yang bunting sulung. Setelah puas mencari diserata negeri Padang Luas
itu maka akhirnya didapati hanya ada dua orang sahaja yang sedang bunting sulung
iaitu anak Datok Perpatih sendiri dan anak saudaranya yaang bernama Puteri Seri
Banun. Adapun Puteri Seri Banun seorang yang baik hati dan sanggup berkorban
dengan menawarkan dirinya menjadi penggalang kepada bahtera bapa saudaranya.
Mengikut cerita selanjutnya, Puteri Seri Banun yang sedang bunting sulung itu pun di
baringkan di bawah bahtera itu sebagai penggalangnya. Kemudian orang ramai
menolak bahtera itu ke air. Tetapi dengan takdir Tuhan, ketika bahtera itu ditolak oleh
orang ramai maka satu keajaipan berlaku dimana bahtera itu terangkat sendiri lalu
masuk ke dalam laut. Ada yang percaya Jin Sakti Muno yang mengangkat dan menolak
bahtera itu ke laut kerana syarat telah dipenuhi.. Dengan ini terselamatlah Puteri Seri
Banun dari menjadi korban bahtera tersebut. Dan sebaik sahaja bahtera itu berjaya
dilancarkan maka Seri banun pun melahirkan seorang anak lelaki lalu di beri nama
Batin menggalang.
Setelah lama belayar akhirnya Datok Perpatih sampai ke Negeri Sembilan lalu mereka
pun mencari kawasan yang sesuai untuk membuka negeri. Setelah perkampungan
baru berjaya diwujudkan maka Datok Perpatih telah menyusun semula adat perpatih
untuk disesuaikan dengan keadaan setempat. Antara peraturan baru yang diguna
pakai oleh Adat Perpatih ialah segala harta pesaka hendaklah diserahkan kepada anak
perempuan. Ini sebagai mengenang jasa Seri Banun yang sanggup menjadi
penggalang bahtera Datok Perpatih.
berkorban untuk bapa saudaranya Datok Perpatih.
Di Negeri Sembilan terdapat 12 sukusuku atau keluarga.
Sukusuku tersebut seperti berikut:
Suku Biduanda (dondo)
Batu Hampar (Tompar)
Paya Kumbuh (Payo Kumboh)
Mungkal
Tiga Nenek
Seri Melenggang (Somolenggang)
Seri Lemak (Solomak)
Batu Belang
Tanah Datar
Anak Acheh
Anak Melaka
Tiga Batu
Ini dinyatakan dalam sebuah gurindam yang berbunyi:
Raja beralam
Penghulu berluak
Lembaga berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersukusuku
Berapa sukunya?
Dua Belas!
posted by Persatuan Sejarah Jelebu @ 12:59 AM 2 comments
TUESDAY, FEBRUARY 15, 2005
ASAL NAMA JELEBU DAN SEJARAHNYA
Ke Jelebak ke Jelebu
Tuai padi tiga serangkai
Siapa kena kemat Jelebu
Kalau tak mati badai mengasai.
" Kau baliklah dulu untuk sediakan makan malam kita," pesan
Tok Jelbu kepada isterinya.
Maka Tok batin Jelbu pun turun ke dalam Sungai Lumut untuk
mandi dan membersihkan dirinya. Sedang dia asyik mandi
tiba-tiba hujan turun dengan lebat diikuti dengan kilat sabung
menyabung. Dan dengan tiba-tiba sahaja maka air Sungai
Lumut itu pun pasang. Tok Batin Jelbu tidak sempat naik ke
darat dan beliau dihanyutkan oleh air sungai yang deras itu.
Kisah kedua pula ada kaitan dengan nama buah labu. Setelah
Tok Batin Jelbu mati maka pokok labu yang ditanam di
ladangnya tumbuh subur dan banyak mengeluarkan buah.
Maka ramailah orang datang ke situ memungut buah labu
tersebut. Mereka namakan tempat itu "Jalar Labu" tetapi
akhirnya bertukar menjadi Jelebu.
posted by Persatuan Sejarah Jelebu @ 10:51 PM 1 comments
TUESDAY, JANUARY 25, 2005
MASJID KUALA DULANG
Batin Lambung Setia Raja ialah seorang Pawang Besar
yang berasal dari Pahang, Syah Alam Raja Sehari pula ialah seorang tukang tilik yang
handal berasal dari Pagar Ruyung, Minangkabau. Keduanya samasama mengembara
untuk membuka negeri. Setelah jauh mereka berjalan, secara kebetulan mereka
bertemu di suatu tempat bernama Bukit Buaiyan. Keduanya berhenti di situ untuik
berehat.
Setelah bertegur sapa dan berkenalan masingmasing cuba menunjukkan kehandalan.
Batin lambung Setia Raja membaca jampi menteranya dan sebaik sahaja jampi
menteranya habis dibaca, tibatiba hujan turun dengan lebatnya hingga membasahi
pakaian Syah Alam Raja Sehari. Syah Alam tersenyum lalu membuka ilmu tiliknya.
Tibatiba hujan yang turun dengan lebatnya itu berhenti dan matahari memancar terik
sehingga berupaya mengeringkan pakaiannya.
" Nampaknya kita memiliki ilmu yang sama handalnya. Oleh sebab itu, hamba fikir
lebih baik kita berdamai sahaja," kata Syah Raja Sehari.
" Benar kata tuan hamba. Tidak ada faedahnya kalau kita berkelahi. Lagipun tujuan kita
datang ke sini untuk membuka negeri, bukannya untuk berperang," balas Batin
Lambung Setia Raja pula.
" Hamba hanya boleh membuka negeri apabila terjumpa sedulang nasi. Begitulah
pesan ayahanda hamba," kata Syah Alam Raja Sehari.
" Ayahanda hamba juga berpesan begitu. Hamba akan terus berjalan mencari tempat
yang ada sedulang nasi," balas Batin lambung Setia Raja.
Mendengarkan itu, Syah Alam Raja Sehari berasa marah. Keduaduanya mula
bertengkar kerana masingmasing menyangka dipermainkan. Pertengkaran mereka
semakin hebat sehingga hampir mencetuskan perkelahian.
Tibatiba mereka terdengar suara perempuan sedang menyanyi menyebabkan
pertengkaran itu terhenti. Mereka begitu terpesona mendengar kemerduan si penyanyi
itu.
Batin lambung Setia bersuara, " Hamba fikir elok kita cari dari mana datangnya suara
perempuan itu. Hantukah dia atau manusia?".
Syah Alam Raja Sehari menganggukngangguk seraya melirik senyuman. Kemudian
dia menokok. " kalau dia manusia kita jadikan isteri tapi kalau hantu atau jembalang
biar hamba yang menghalaunya dari sini."
" Mari kita gunakan kepandaian masingmasing," cadang Batin lambung Setia Raja.
" Biar hamba dulu," kata Syah Alam Raja Sehari lalu menggunakan ilmu tiliknya. "
Hmm…Perempuan itu berada dalam rumpun buluh di lembah sana."
" Ayuh mari kita samasama mencarinya," balas Batin Lambung Setia Raja.
Batin Lambung Setia Raja dan Syah Alam Raja Sehari samasama turun ke lembah itu.
Di situ mereka dapati ada serumpun buluh dan suara perempuan itu memang datang
dari dalam rumpun buluh itu.
" Baik kita tebang dahulu buluhbuluh itu. Mungkin perempuan itu sedang
bersembunyi di dalamnya," cadang Syah Alam Raja Sehari.
" Elok juga cadangan tuan hamba itu," balas Batin Lambung Setia Raja.
Lalu keduanya menebang pokokpokok buluh itu. Sebaik sahaja habis buluhbuluh itu
ditebang, mereka terlihat seorang perempuan sedang duduk bersila di tengahtengah
bekas rumpun buluh itu. Dan di hadapan perempuan itu terdapat sedulang nasi. Batin
Lambung Setia Raja dan Syah Alam Raja Sehari berpandangan.
" Siapakah kamu wahai peremluan muda?. Adakah kamu ini manusia seperti kami atau
dewadewa?" tanya Batin Lambung Setia Raja.
" Hamba adalah manusia seperti kamu. Ayahanda hamba yang menyuruh hamba
datang ke sini membawa sedulang nasi," jawab perempuan muda itu.
Kemudian perempuan itu menoleh lalu terlihatlah oleh mereka wajah perempuan itu
yang cantik bak purnama sedang mengambang penuh.
Batin Lambung Setia Raja dan Syah Alam Raja Sehari sangat terpikat dengan
kecantikan paras rupa perempuan itu. Sekali lagi mereka bertengkar kerana masing
masing ingin menjadikannya isteri.
" Hamba yang sepatutnya memiliki perempuan itu kerana hamba yang meniliknya.
Kalau tidak hamba yang meniliknya kita tidak tahu di mana perempuan itu
bersembunyi," tegas Syah Alam Raja Sehari.
‘ Tidak! Hambalah yang wajar memilikinya kerana ilmu pawang hambalah yang dapat
menghalau hantu yang menjadi penunggu rumpun buluh ini," pintas Batin Lambung
Setia Raja pula.
Masingmasing tidak mahu mengaku kalah lalu mula berkelahi. Melihat keadaan itu
maka perempuan itupun berkata:
" Dengar dulu katakata hamba. Tuan berdua jangan berkelahi kerana sebenarnya kita
ini adikberadik. Kamu berdua tidak boleh mengahwini hamba," kata perempuan itu.
Kedua dua lelaki itu tercengang dan saling berpandangan. " Siapakah kamu ini?" tanya
keduadua lelaki itu hampir serentak.
" Nama beta Puteri Bongsu, Puteri raja berdarah putih, bertekak hitam dan berbulu
roma songsang. Saudara beta ialah Datuk Hulubalang Misai Beruban dan Datuk
Hitam," jawab perempuan itu.
Mendengar katakata perempuan itu barulah masingmasing sedar mereka adik
beradik.
Sebenarnya mereka bertiga telah dipisahkan oleh ayah mereka semasa mereka masih
kecil. Abang yang tua dibawa ke Pagar Ruyung untuk menuntut ilmu pawang. Adiknya
yang tengah dihantar ke Pahang untuk mempelajari ilmu tilik manakala adik
perempuan yang bongsu disuruh menunggu kepulangan abangabangnya dengan
membawa sedulang nasi.
" Ruparupanya kita bertiga adik beradik. Oleh sebab itu kita tidak boleh berkahwin
ataupun berkelahi. Kita sepatutnya bersyukur kerana pertemuan ini," kata Syah Alam
Raja Sehari.
" Benar seperti kata kekanda kita yang tua itu. Kalau kita berkelahi kelak akan disesali
oleh anak cucu kita," kata Puteri Bongsu.
" Jadi apa yang patut kita buat?" tanya Batin Lambung Setia Raja.
" Kita buka negeri di sini dan buatkan tempat kediaman kita," kata Puteri Bongsu.
Lalu mereka bertiga pun membuka negeri dan membuat sebuah istana sebagai tempat
kediaman. Tempat itu mereka namakan nasi sedulang. Tetapi akhirnya bertukar
menjadi " Kuala Dulang". Tidak lama kemudian Puteri Bongsu berkahwin dengan
seorang pemuda pilihannya dan mereka dikurniakan dua orang anak perempuan.
Mereka ialah Moyang Angut dan Moyang Angsa yang menjadi pengasas Jelebu.
Semakin hari semakin ramai orang Minangkabau datang ke Kuala Dulang. Orangorang
Minangkabau itu kemudiannya telah mendirikan sebuah masjid di tepi Sungai Teriang
dan masjid itu dinamakan " Masjid Kuala Dulang". Tidak jauh dari masjid itu terdapat
sebuah lagi sungai bernama Sungai Lumut.
posted by Persatuan Sejarah Jelebu @ 5:09 PM 0 comments
WEDNESDAY, JANUARY 12, 2005
KISAH DATO' MOYANG SALLEH
DATO' MOYANG SALLEH MEMUTUS TALI KE JOHOR
Pada suatu ketika dahulu, daerah Jelebu di Negeri Sembilan berada di bawah
pemerintahan Sultan Johor. Kononnya baginda seorang yang zalim dan tingkah laku
baginda tidak disenangi oleh Datok Penghulu Jelebu.
Datok Uban iaitu Penghulu Rembau mempunyai seorang anak gadis yang cantik
bernama Seri Banun. Bila Sultan Johor mendapat tahu kecantikan gadis itu maka
baginda menghantar utusan tapi pinangan baginda ditolak sebab Seri Banun sudah
bertunang dengan seorang pemuda bernama Si Amat.
Sultan JOhor murka lalu memerintahkan Datok Penghulu Rembau datang mengadap
tetapi beliau enggan sebaliknya menyuruh Si Amat iaitu tunang Seri Banun ke Johor
sebagai pengganti. Baginda Sultan merasa terhina lalu bertanya kepada Si Amat
kenapa hasrat baginda hendak mengahwini Seri Banun di tolak.
" Ampun, Tuanku. Seri Banun itu tunang patik," sembah Si Ahmad.
" Putuskan pertunangan kamu!" titah sultan.
" Ampun Tuanku," sembah Si Amat. " Patik tidak sanggup mungkir janji sebab sekali
kita mungkir janji seumur hidup orang tidak akan percaya."
Baginda bertambah murka lalu memerintahkan Si Amat di bunuh. Pengawal istana
segera menghayunkan pedangnya ke leher Si Amat tetapi senjata itu tidak melukainya
kerana Si Amat memiliki ilmu kebal.
" Tuanku," kata Si Amat." Patik ini anak pembesar. Mengikut adat anak pembesar tidak
boleh dibunuh. Tetapi kalau tuanku nak bunuh juga maka gunakan keris patik dan
tikamkan ke rusuk sebelah kiri patik."
Mendengar itu lalu Sultan mencabut keris Si Amat lalu menikam rusuknya dan dengan
sekali tikaman saja maka Si Amat pun mati. Datok Penghulu Rembau merasa amat
sedih dengan kematian Si Amat akibat di bunuh oleh Sultan JOhor. Maka beliau pun
mengadukan hal tersebut kepada Moyang Salleh Datok Penghulu Jelebu.
Moyang Salleh turut merasa simpati dengan kematian Si Amat dan beliau bersetuju
mengadap sultan Johor untuk bertanya kenapa pembunuhan itu dilakukan oleh
baginda.
Maka Moyang Salleh pun bertolak ke JOhor dengan membawa empat orang
pengiringnya iaitu Tok Gagah Lela Perkasa, Tok Laut Api, Tok Beruang Hitam, dan Tok
Bauk. Dan mereka mempunyai kegagahan dan kesaktian masingmasing.
Apabila sampai di Johor baginda Sultan tidak menerima mereka mengadap malah
disuruh berdiri di halaman istana sahaja. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati Moyang
Salleh dan pengiringnya tambahan pula beliau pembesar tanah jajahan sultan.
Tibatiba langit gelap menandakan hujan lebat akan turun. Sultan yang duduk di
anjung istana bersama pengiring hanya memerhatikan sahaja tanpa mempelawa naik
ke istana. Baginda seolah sengaja hendak membiarkan utusan dari tanah jajahan itu
basah kuyup di halaman istana.
Apabila hujan turun maka Moyang Salleh membuka destarnya lalu melambungkan ke
atas dan tibatiba destar itu bertukar menjadi payung. Dengan ini mereka berlima tidak
basah.
Kemudian pengiringpengiring Datok MOyang Salleh pula menunjukkan kehebatan
masingmasing. Datok Gagah Lela Perkasa menggarukan belakangnya pada batang
kelapa yang tumbuh di halaman istana menyebabkan buah buah kelapa yang masak
berguguran jatuh ke tanah.
Tok Beruang Hitam pula menunjukkan kekuatan tangannya dengan mencakar dinding
istana hingga tercabut. Manakala Tok Laut Api pula bila menghembuskan nafasnya
keluar api hampir membakar langsir istana.
Sultan Johor merasa hairan melihat kejadian itu sekaligus merasa tercabar seolah
Moyang Salleh dan para pengiringnya sengaja hendak menunjuk kehandalan di depan
baginda.
" Beta mahu kamu tunjukkan pula kehandalan kamu kepada mereka," titah Sultan
kepada pembesar istana.
" Ampun Tuanku," sembah Datok Bendahara. " Setahu patik tidak ada sesiapa di
negeri Johor ini mempunyai ilmu setanding dengan mereka."
Sultan terdiam sambil berfikir. " Kalau bagitu benarkan meraka mengadap." titah
baginda.
Datok Bendahara menjemput Moyang Salleh dan para pengiringnya naik ke istana
mengadap Sultan tetapi mereka mengenakan syarat mesti disediakan jamuan kerana
mereka merasa amat lapar.
" Sediakan nasi lima puluh gantang dan lauknya seekor kerbau," kata Moyang Salleh.
" Makanan sebanyak itu biasanya untuk seratus orang," kata Datok Bendahara hairan.
" Jika baginda setuju kami akan naik ke istana tapi jika tidak setuju biarkan kami di sini
sahaja," kata Moyang Salleh pula.
Mahu tidak mahu Sultan terpaksa menerima syarat itu kerana bimbang utusan dari
Jelebu itu bertindak liar. Dan apabila jamuan sudah disediakan makan Moyang Salleh
dan para pengiringnya naik ke istana.
Sekali lagi Sultan Johor dan pembesarpembesar istana hairan bila mendapati
makanan yang mereka hidangkan habis di makan oleh Moyang Salleh dan para
pengiringnya.
" Benarkan mereka mengadap beta kemudian suruh balik segera ke Jelebu," tutah
Sultan Johor.
" Beginikah cara tuanku melayan pembesar tanah jajahan?" tanya Moyang Salleh
sebaik sahaja mengadap Sultan.
" Apa maksud kalian datang ke Johor tanpa diundang?" tanya Sultan pula.
Oleh kerana terlalu marah dan merasa terhina dengan sikap Sultan maka Moyang
Salleh lupa tujuan asalnya datang ke Johor. Apa yang terlintas dalam fikirannya ialah
tidak mahu bertuankan Sultan yang tidak betimbang rasa.
" Patik datang untuk memutuskan tali dengan Johor. Mulai hari ini Jelebu merdeka dari
pemerintahan tuanku," kata Moyang Salleh.
" Beta tak setuju!" titah Sultan.
" Alamat negeri Johor akan huru hara kami kerjakan. Akan berlaku pertumpahan darah
di bumi Johor ini," kata Moyang Salleh pula.
Kerana bimbang dengan tindak balas Moyang Salleh dan para pengiringnya akhirnya
Sultan Johor bersetuju walaupun berat hati baginda melepaskan Jelebu keluar dari
tanah jajahan baginda.
Baginda menganugerahkan Moyang Salleh cap mohor sebagai pemerintah " Bergajah
Tunggal" dengan membawa gelaran Datuk Mendalika Akhir Zaman Sultan Jelebu.
Kemudian baginda Sultan menyuruh Datok Moyang Salleh dan para pengiringnya
meninggalkan Johor dengan segera. Semasa turun dari istana Datok Moyang Salleh
mencabut pedangnya lalu dicantasnya tempayan yang terletak di tepi tangga balairong.
Kerana tajamnya mata pedang Datok MOyang Salleh dan tetakannya yang kuat maka
tempayan itu putus dua, tetapi masih tegak seperti biasa seolah tidak nampak bekas
cantasan mata pedang pada tempayan itu.
" Selagi tempayan ini putus maka selagi itulah hubungan antara Jelebu dengan Johor
akan putus," kata Datok Moyang Salleh lalu meninggalkan istana Sultan JOhor.
posted by Persatuan Sejarah Jelebu @ 11:55 PM 2 comments