Anda di halaman 1dari 1

PERLANJUTAN PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH PERJANJIAN ini dibuat pada ..

Antara Kerajaan Malaysia, yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 1 (kemudian dari ini disebut Kerajaan) bagi pihak pertama ; dengan . (No. Syarikat: ..) sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di .. .. . .. (kemudian dari ini disebut Pengusaha Kantin) sebagai pihak satu lagi. BAHAWASANYA A. Kerajaan dan Pengusaha Kantin telah menandatangani Perjanjian bertarikh . (tarikh Perjanjian ibu) bagi Pengusaha Kantin berniaga bahan-bahan makanan dan minuman di premis yang disediakan oleh Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 1 (kemudian dari ini disebut Perjanjian ibu); dan B. Kerajaan dan Pengusaha Kantin bersetuju untuk melanjutkan tempoh perjanjian ibu atas terma dan syarat Perjanjian ini. ADALAH DENGAN INI kedua-dua pihak bersetuju seperti berikut: 1. Tempoh Perjanjian dilanjutkan selama dua belas (12) bulan bermula pada hari selepas Tarikh Tamat Perjanjian yang di peruntukan dalam Fasal 3.1 Perjanjian ibu, iaitu dari hingga (kemudian dari ini disebut Tarikh Tamat Tempoh Lanjutan). 2. Semua terma dan syarat Perjanjian ibu adalah terpakai melainkan Fasal 3.2 Perjanjian ibu, iaitu peruntukan mengenai pelanjutan tempoh Perjanjian. 3. Perjanjian ini hendaklah dibaca bersama dengan, dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ibu. 4. Jika kesemua atau mana-mana Bahagian daripada deposit sewa di Fasal 6.1 dan deposit bayaran elektrik dan air di Fasal 7.2 Perjanjian ibu telah digunakan dalam tempoh kuat kuasa Perjanjian ibu, maka Pengusaha Kantin hendaklah mengemukakan baki deposit supaya amaun deposit adalah seperti yang ditetapkan di Fasal 6.1 dan Fasal 7.2 Perjanjian ibu dalam tempoh tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas tarikh Perjanjian ini berkuat kuasa. Kegagalan berbuat demikian adalah dianggap sebagai suatu pecah kontrak dan Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini di bawah Fasal 17 Perjanjian ibu. 5. Perjanjian ini hendaklah ditafsir menurut, dan dikawal oleh, undang-undang Malaysia dan kedua-dua pihak beersetuju akan tertakluk sepenuhnya kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia. PADA menyaksikan persetujuan dan peruntukan tersebut di atas, kedua-dua pihak yang diberi kuasa untuk tujuan ini menurunkan tandatangan masing-masing pada tarikh yang mula-mula disebut di atas. Ditandatangani oleh: Nama : Ditandatangani oleh: Nama :

Jawatan : Bagi pihak Kerajaan Malaysia Dihadapan :

Jawatan : Bagi pihak Dihadapan :

L A M P I R A N A

Anda mungkin juga menyukai