Anda di halaman 1dari 1

Baiklah. Pada hari ini, topik yang akan dibentangkan adalah ; MENGAJAR MURID MEMBINA AYAT MUDAH.

TIPS MENGAJAR Tunjukkan satu gambar yang murid ketahui. Minta murid namakan gambar tersebut. Rangsang minda murid untuk bercakap mengenai gambar tersebut. Minta murid salin apa yang dicakapkan dalam perbincangan. Contoh soalan rangsangan guru : Gambar apakah yang kamu lihat? Jawapan ramalan murid : Gambar bas. Soalan rangsangan guru : Kamu ke sekolah menaiki bas? Jawapan ramalan murid : Ya. Soalan rangsangan guru : Bagaimana? Boleh kamu beri tahu cikgu? Jawapan ramalan murid : Saya pergi sekolah naik bas. Soalan rangsangan guru : Cuba kamu tulis apa yang kamu cakap tadi. Jawapan ramalan murid : Saya pergi sekolah naik bas Jelaskan kepada murid bahawa tujuan gambar ditunjukkan adalah untuk merangsang minda murid membina dan menulis ayat. Berikan contoh lain dan ulang aktiviti yang sama. Jangan tegur jika murid lakukan kesalahan semasa membina ayat. Sebaliknya rangsang minda murid supaya mereka dapat mencari idea dengan cepat Elakkan daripada membenarkan murid pemulihan menggunakan pemadam. sekiranya murid lakukan kesalahan. Biarkan kesalahan itu. Minta murid tulis ayat yang baharu. Kemudian guru perlu bandingkan ayat yang ditulis salah dan ayat yang ditulis dengan betul. Guru perlu tunjukkan di mana kesalahan dalam ayat itu berlaku dan bandingkannya dengan ayat yang betul.. Kebanyakan murid pemulihan amat lemah dalam aspek membina ayat kerana kemahiran aplikasi mereka masih lemah. Bimbingan berterusan mampu menjelmakan prestasi murid ke arah yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai