Anda di halaman 1dari 8

PENDAHULUAN Pemindahan ilmu dari guru kepada murid-muridnya bukanlah itu sahaja peranan guru tetapi dalam konteks

yang lebih luas iaitu sebagai muallim, murabbi, muaddib, mursyid, pendidik, pembimbing, pengajar, pengurus, pengarah, penyelia, pengelola, penyelidik, pengkaji, pakar rujuk, agen perubahan, agen sosialisasi, dan pembina masa depan negara dan sebagainya, bertujuan membina murid menjadi modal insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta agama. Guru juga adalah satu peranan yang penting dalam kehidupan seseorang insan. Pada awal pendidikan beliaulah idola, contoh, ikon dan referi hidup kanak-kanak. Sampai jika pendapat ibubapa menyangkal guru, kanak-kanak akan mengatakan gurunya benar. Usaha menarik minat murid mendampingi guru adalah satu langkah yang cukup berkesan untuk menarik mereka menyukai mata pelajaran yang diajar. Guru yang memiliki penampilan diri yang baik akan memberi bonus kepadanya kerana secara tidak langsung ia menjadi idola kepada murid terutama murid di kelas yang beliau ajar. Pandangan pertama iaitu pakaian yang sentiasa kemas pada setiap hari persekolahan, kesungguhan dalam pekerjaan, dedikasi dalam menyampaikan ilmu, bersikap adil kepada semua murid, sentiasa bertimbangrasa dan penyayang, mesra dan sentiasa nampak periang, sentiasa tenang dan berhati-hati dalam tindakan supaya tidak tersalah langkah, beretika dan boleh diteladani, berwatak tegas tetapi amat berhemah dalam tindakan, sentiasa memelihara disiplin diri, bersifat cekal dan sabar, berprinsip tetapi bersifat terbuka untuk menerima berbagai pandangan, berilmu dan mahir dalam bidang kerjayanya, sentiasa mengharga masa, komited dengan tugas, memiliki idea-idea yang bernas, kreatif dan inovatif, berwibawa, sedia berkorban masa dan wang ringgit serta berketrampilan adalah antara ciri-ciri personaliti yang boleh menawan hati murid-murid.Kekemasan tempat atau bilik guru sebagai tempat untuk guru melaksanakan kerja-kerja rutin juga menjadi perhatian murid. Mereka begitu gemar datang berurusan dan berjumpa untuk menyelesaikan berbagai masalah atau meminta guru menilai tahap pencapaiannya jika tempat itu kelihatan kemas dan tersusun yang mencerminkan perwatakan guru yang sebenar. PERNYATAAN MASALAH Dari abstrak ini, Pendidikan Moral adalah salah satu matapelajaran yang diajar di sekolah. Pendidikan Moral akan menjadi titik tolak guru sebagai agen sosialisasi peringkat rendah yang dapat memupuk nilai-nilai terbaik kepada murid menjadikan mereka modal insan negara. Disini juga banyak disentuh tentang personaliti, ciri-ciri guru dan keterampilan guru dalam menjadi daya penarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini, ciri-ciri personaliti dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi penarik minat murid kepada matapelajaran Pendidikan Moral. Di sini juga penerapan nilai dari guru kepada murid secara langsung.

METODOLOGI PEMERHATIAN Dalam menjalankan pemerhatian ini, kata pepatah Melayu ada menyatakan Tak kenal maka tak cinta hatta mengenali guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Moral di sekolah saya adalah langkah pertama dari segi ciri-ciri peribadi Guru Pendidikan Moral, keterampilan dan menjalankan pemerhatian terhadap sesi pengajaran guru tersebut. Dua orang guru telah dipilih bagi menjalankan pemerhatian ini. Ciri-Ciri Personaliti Guru Dua orang guru dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putera, Ipoh, Perak yang mengajar matapelajaran Pendidikan Moral dipilih bagi menjayakan pemerhatian ini. Mereka adalah Cik Chuah Swee Hong dan Pn Normah binti Ramli. Bermula dengan Cik Chuah Swee Hong merupakan bekas penuntut Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Parit Raja, Johor dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan mendapat ikhtisas dari Institut Perguruan Teknik Cheras. Beliau berasal dari Ipoh dan menyumbangkan kepakarannya di tempat lahirnya sendiri. Melalui pemerhatian yang telah dilakukan terdapat beberapa ciri-ciri peribadi yang menjadi penarik saya juga murid-murid adalah Cik Chuah merupakan seorang guru yang mudah didekati dan mesra tetapi tegas tanpa mengira bangsa. Dia juga seorang yang peramah dan ceria. Dari segi pengetahuan pula, Cik Chuah adalah lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik. Ini menunjukkan bahawa beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu pengetahuan. Pemilihan kriteria diatas mempunyai sebab-sebab yang tertentu. Kita lihat yang pertama adalah mudah didekati, Guru perlu menarik murid ke alam pembelajaran dengan sikap mesra, mudah didekati tetapi tegas dalam menentukan batas-batas pembelajaran. Kedua, sikap ini perlu kekal sepanjang masa dalam setiap situasi tanpa ada diskriminasi antara murid. Myint (2005) menyatakan bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negatif dalam kalangan murid seperti marah, sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan sentiasa menggalakkan emosi positif seperti yakin diri, seronok, dihargai dan selamat. Kebijaksanaan berkomunikasi dengan murid-murid, memahami perasaan mereka melalui pendekatan kesedaran emosi seperti mengambil berat tentang permasalahan mereka, bersimpati dan empati, cuba penyelesaian kekusutan yang berlaku ke atas mereka, dan sebagainya akan mendekatkan lagi mereka dengan guru. Melalui cara ini murid mudah mematuhi segala yang dihajati guru.( Hj.Samsudin bin Md Noor Guru Cemerlang Pendidikan Islam Gred Khas ( JUSA ) C) Dari pernyataan diatas, Guru-guru ini akan dipandang tinggi dan dihormati oleh murid-murid disamping memberikan kesan positif kepada guru. Guru akan merasa seronok untuk mengajar apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik. Guru yang seronok datang ke sekolah dan bersemangat akan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Kriteria kedua yang dipilih adalah peramah dan ceria. Peramah dan ceria adalah menjadi medium yang baik diantara murid dan guru menyempitkan jurang menjadikan murid lebih dekat dengan guru. Inilah sebabnya yang dapat menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajan Pendidikan Moral di sekolah. Apabila beliau peramah dan ceria, murid mengalami proses positif yang makin lama akan menjadi satu rasa hormat kepada guru dan ini dapat memberikan ketaatan atau kepatuhan dari murid itu dengan sendirinya. Menurut Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Yusmini Md Yusuff 2006, menyatakan bahawa tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu kepada objektif akademik sahaja malah guru berperanan dan mempunyai pengaruh besar kepada pembentukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu, pembinaan hubungan berkesan antara guru dan murid adalahpendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini. Mempunyai pengetahuan yang luas secara sistematik pula adalah kriteria ketiga yang dipilih. Kriteria ini dipilih apabila ilmu pengetahuan yang tinggi beliau dapat menjadi seorang profesional yang dapat menaakul dan menguasai isi kandungan mata pelajaran. Kepentingannya terserlah bagi memahamkan murid, dari kefahaman akan mendatangkan rasa tanggungjawab dan murid akan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Beralih kepada Puan Normah binti Ramli pula, dari pemerhatian beliau mempunyai ketegasan dalam menyampaikan hujah-hujah serta penerangan yang tepat. Beliau juga adalah guru yang berpengalaman dan berupaya menyelesaikan masalah dengan sistematik. Beliau juga mudah didekati tetapi disegani kerana komited dan mempunyai sarjana dalam hieraki pendidikannya. Puan Normah dianugerahkan Sarjana Pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kriteria-kriteria ini dipilih akan dikupas satu demi satu. Pertama, ketegasan dalam menyampaikan hujah adalah kerana melalui ketegasan menyatakan kepentingan pada setiap baitbait penyampaian pengajaran yang mampu menyusup dalam minda murid. Ketegasan diri Roark dan Galt yang wujud dalam komitmen mereka sendiri serta kepentingan diri mereka rasional. Nilai-nilai mereka aspek-aspek bagi mereka, dan tindakan mereka semua akhirnya bertujuan secara aman dan adil dan ini merupakan aspek yang paling ketara mementingkan diri mereka. Kekuatan pendirian mereka bermakna bahawa mereka tanpa kompromi dengan nilai-nilai mereka. Mereka juga tidak pernah membenarkan percanggahan pada integriti dan ini adalah satu sebab yang penting. Ini adalah sebab kerana kriteria ini dipilih. Kriteria kedua Puan Normah adalah pengalaman dan keupayaan penyelesai masalah. Ciri ini dapat menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui oleh murid kepada satu corak dalam keadaan baru dari segi lebih kepada prinsip konstruktivisme yang diperkenalkan oleh Bruner. Ini memerlukan pengalaman dan keupayaan penyelesai masalah dalam membantu memberi hala tuju kepada murid. Kriterianya yang komited membuatkan gerakerja guru yang menampakkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas juga dapat mempengaruhi minat murid terhadap guru. Guru sewajarnya memiliki keperibadian yang tinggi, berpengetahuan luas tentang tajuk yang hendak diajar, serta berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran, kemerlangan dalam mengurus bilik darjah, dan menampakkan personaliti sebagai guru yang berwibawa. Oleh itu kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan, bijak mengurus masa secara

optimum, berupaya meningkatkan prestasi murid, dan bijak mengawal disiplin meningkatkan keyakinan murid terhadap kemampuan guru.

akan

Dalam psikologi dan pendidikan, pembelajaran umumnya ditakrifkan sebagai suatu proses yang menyatukan kognitif, emosional, persekitaran pengaruh dan pengalaman untuk mendapatkan, meningkatkan atau membuat perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan dunia seseorang individu (Illeris, 2000; Ormorod, 1995). PEMERHATIAN DALAM PROSES PEMBELAJARAN Satu pemerhatian telah dibuat kepada kedua-dua guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru mengajar dan menekankan tentang Nilai-nilai moral. Kasih sayang adalah topik utama semasa pemerhatian kepada kedua-dua guru. Cik Chua Swee Hong dalam proses pengajarannya dibahagikan kepada set induksi, isi dan penutup. Dalam set induksi beliau menunjukkan gambar haiwan yang berkumpulan dan berkeluarga. Beliau bertanyakan kepada semua murid tentang gambar tersebut. Perhubungan dua hala terjadi dan dilihat guru dan murid amat mesra. Beliau telah berjaya membawa murid kepada tajuk utama yang ingin diajar iaitu kasih sayang kerana jelas gambaran yang diberi serta muridmurid dapat mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada mereka sebelum ini.Setelah itu,Cik Chua telah memberikan penjelasan tentang tajuk utama yang hendak dipelajari hari tersebut iaitu kasih sayang kepada ahli keluarga. Cik Chua dan Puan Normah menggunakan buku teks sebagai panduan utama .Disamping itu ada Alat Bantu Mengajar yang digunakan iaitu kad aktiviti yang mengandungi soalan ringkas tentang gambar. Murid-murid dapat memahami tajuk dengan jelas kerana mereka amat teliti ketika menyampaikan ilmu kepada mereka serta peneranganya amat baik sekali. Bahasa yang digunakan mudah dan ringkas untuk difahami,beserta pelbagai contoh-contoh di sekeliling murid yang berupaya menjangkau minda mereka. Aktiviti aktiviti yang dirangka sewaktu proses pengajaran juga amat bermakna.kad aktiviti nilai murni memang menarik kerana ada ilustrasi gambar dan soalan ringkas yang diberikan dapat menguji kefahaman murid-murid tentang tajuk. Sewaktu aktiviti pengukuhan ,seramai 5/5 orang murid moral telah berjaya menjawab soalan yang diberikan dengan baik dan betul semuanya.Ini menunjukkan objektif pengajaran Cik Chua dan Puan Normah telah mencapai sasaran dan berjaya untuk hari tersebut.Daripada pemerhatian saya ,murid-murid amat menyukai Cik Chua dan Puan Normah dan masa yang diperuntukkan untuk subjek moral terasa amat singkat kerana pengisian pelajar amat menarik. Keistimewaan yang terdapat pada kedua guru ini adalah berbeza. Ini ketara dari segi umur mereka yang jauh berbeza. Dalam pengajaran Cik Chuah, beliau menambah contoh dengan penggunaan media IT. Oleh kerana murid yang sedikit, penggunaan komputer riba dengan mengambil contoh bagi mengukuhkan lagi pengajaran serta menarik perhatian murid. Persediaan beliau dari segi sukatan Pendidikan Moral amat baik dalam menghubungkait bahan yang ada dalam komputer ribanya.

Puan Normah pula banyak menggunakan sekeliling dalam pengajarannya. Sebelum memulakan kelas beliau bersama-sama murid membersihkan kelas. Selepas itu beliau menekankan kebersihan itu amalan mulia dan keadaan yang bersih membuat kita lebih selesa belajar. Penekanan ini membuatkan murid lebih mengetahui tanggungjawab sebenar mereka. Caranya lebih seorang ibu yang tegas dalam pendiriannya menyampaikan segala yang perlu dalam sukatan. Pada rata-ratanya setelah dilakukan temuduga secara verbal kedua-dua guru menyampaikan masalah yang sama iaitu perubahan silibus yang terdapat dalam sukatan Pendidikan Moral membuatkan bahan bantu mengajar sentiasa perlu ditukar. Kesemua alat bantu mengajar seperti kad aktiviti, gambar-gambar dan perubahan nilai-nilai murni dalam sukatan member cabaran kepada mereka. Murid tidak mengaplikasikan kesemua nilai yang diterapkan atas sebab seperti pahat dengan penukul, yakni ada guru baru mereka lakukan. Cabaran ini ada pada Cik Chuah, kerana mempunyai kelembutan dalam memberi arahan, membuatkan murid kurang memberi fokus dan menerapkan nilai yang diajar. Murid juga hanya mengambil berat apabila mengambil peperiksaan sahaja. Cik Chuah memberi secara penekanan berbeza dengan selalu mengingatkan dan berpesanan sehingga murid dapat menyemai nilai moral dalam diri mereka bukan sahaja di dalam bilik darjah malahan di luar bilik darjah. Puan Normah yang lebih tegas menyatakan sebagai guru Pendidikan Moral keterampilan, personaliti dan luaran menjadi perhatian murid sepanjang di sekolah. Maka teladan perlulah kita tunjukkan kepada murid supaya pengajaran guru dapat diambil oleh murid sampai bila-bila. Pada pendapat kami, strategi-strategi berikut boleh digunakan dan dijadikan panduan oleh para guru dalam membina hubungan positif dalam penerapan nilai pendidikan Moral dengan muridmurid: Strategi 1: Mengingati nama murid dan memanggil dengan nama masing-masing. Sebagai seorang guru, kita perlulah berusaha untuk mengenali dan mengingati nama murid-murid bermula dari hari pertama persekolahan. Elakkan memanggil murid dengan menggunakan nombor pendaftaran atau nama-nama ganti diri am,contohnya, awak...,kamu..., atau berdasarkan posisi di dalam kelas contohnya awak yang duduk di belakang sekali....kebanyakan murd berasa bangga apabila guru mengingati nama mereka. Situasi itu menandakan guru ingat dan mereka wujud dimata guru disamping menunjukkan usaha guru yang bersungunh-sungguh untuk mengenali murid-muridnya. Guru yang mengingati nama muridmuridnya akan lebih cepat menjalankan hubungan dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat menolong guru mengawal tingkah laku murid di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah laku guru boleh memanggil nama murid dan menegurnya. Guru juga menyebut nama murid dengan betul. Sekiranya tidak pasti akan sebutan nama murid itu, beliau perlu mendekati murid tersebut dan bertanya tentang sebutan yang betul. Elakkan daripada menyebut nama dengan salah kerana situasi ini akan mengakibatkan murid tersebut diketawakan atau dijadikan nama gelaran oleh murid-murid yang lain. Perkara ini boleh menyebabkan murid berasa malu dan membenci guru. Guru juga dinasihatkan tidak menunding

jari,awak... bangun, kamu... dengar sini. Cara ini agak kasar dan tidak membantu dalam membina hubungan guru-murid. Strategi 2: Menanamkan semangat cintakan kelas/bilik darjah Menanamkan semangat cintakan kelas dalam kalangan murid boleh membangkitkan motivasi intrinsik kepada murid-murid untuk datang ke sekolah. Guru boleh menggunakan strategi-strategi tertentu untuk menjadikan kelas sebagai satu tempat yang seronok untuk menimba ilmu. Guru boleh menanamkan sifat kepunyaan murid terhadap kelas melalui aktivitiaktiviti yang dilakukan bersama, misalnya mengadakan cogan kata yang melambangkan semangat ahli dalam kelas. Melalui moto kelas, guru membimbing murid untuk mencirikan sifatsifat yang mereka inginkan untuk kelas mereka. Guru perlu mempunyai inisiatif dan membimbing murid bukan hanya mengarah dan mengatur. Bincanglah dengan murid-murid cara yang terbaik untuk menjaga keharmonian kelas. Dapatkan idea-idea bersama untuk mencantikkan kelas. Papan-papan kenyataan kelas diisi dengan bahan-bahan yang dipilih bersama murid-murid dan mengadakan giliran untuk sentiasa bertukar ganti bahan-bahan yang dipaparkan mengikut kreativiti murid. Puji dan beri peneguhan kepada usaha yang telah ditunjukkan oleh mereka. Usaha ini perlu berterusan hingga penggal akhir. Tanamkan sikap bangga dengan kelas hasil daripada usaha mereka sendiri. Rasa kepunyaan terhadap kelas boleh menghasilkan suasana kelas yang harmonis dan membangkitkan semangat setiakawan dan kepunyaan antara murid-murid dan guru-murid. Strategi 3: Agihkan Tanggungjawab Bersama Melibatkan murid dalam membuat keputusan dan bersama memikul tanggungjawab melibatkan kelas dan P&P merupakan salah satu strategi untuk membina hubungan antara gurumurid. Beri peluang kepada murid-murid untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan kelas, iaitu bermula dengan bersama-sama membuat peraturan bilik darjah. Guru dengan murid berbincang dan menentukan peraturan, matlamat, harapan dan sebagainya. Hal ini berupaya mengekalkan hubungan kerja yang sempurna dalam sesebuah bilik darjah. Rogers (dim. Hook & Vass, 2000) menghuraikan proses ini sebagai proses memperbaiki dan membangun semula. Faktor personaliti yang berbeza perlu diambil kira yang mana usaha ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu guru mesti menunjukkan bahawa beliau tidak menyimpan perasaan dendam sebaliknya menunjukkan teladan yang berkualiti. Mengikis perasaan dendam terhadap pelajar yang telah membuat kesilapan sinonim dengan perlakuan guru menerima kesilapan yang dilakukan sebagai kelainan yang terdapat pada setiap pelajar. Guru menunjukkan teladan terutamanya menggunakan kuasa yang diperuntukkan dan jelas dalam pengurusan penyelesaian konfiik di kalangan pelajar. Pakar psikologi pernah rnengatakan bahawa hasrat inti sari rnanusia adalah rnenjadi sebahagian daripada alam sosial dan perasaan intelektual, Oleh itu, guru perIu rnenggerakkan keinginan pelajar rnelibatkan diri dalam suasana bilik darjah rnengikut hasrat hati sernulajadi. Mereka mengharapkan peranan rnereka dipuji dan diperhatikan. Interaksi sekurang-kurangnya dua hala adalah amat diperlukan dalam sesuatu pengajaran dan pernbelajaran. Sehubungan itu, murid-murid berasa diri mereka adalah sebahagian daripada bilik darjah tersebut. Hal ini boleh membina hubungan yang positif antara guru-murid.

Strategi 4: Tunjukkan Keprihatinan Guru mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan murid-muridnya akan membantu beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan murid-muridnya. Sikap guru ini juga akan menjadi contoh yang baik kepada murid-murid untuk menjadi seorang yang prihatin terhadap orang di persekitarannya. Guru perlu menunjukkan keikhlasan dalam menunjukkan keprihatinan. Elakkan daripada bersikap berat sebelah dengan hanya memberikan perhatian kepada kelompokkelompok murid yang tertentu sahaja. Berilah perhatian sama rata kepada semua murid. Muridmurid dapat mengetahui sama ada seseorang guru itu mengambil berat atau tidak. Guru perlu mengetahui latar belakang dan personaliti murid. Kadangkala murid-murid malu untuk bersemuka dengan guru. Oleh itu, guru perlu tahu cara yang sesuai untuk mengenali latar belakang murid-muridnya. Guru boleh membuat semakan butir-butir peribadi melalui rekod yang disimpan. Guru juga boleh bertanya kepada guru terdahulu yang pernah mengajar muridmuridnya. Adalah penting untuk seseorang guru mengetahui personaliti anak didiknya. Guru boleh memberi murid-muridnya ujian personaliti yang ringkas supaya guru boleh mendapat gambaran awal tentang perawakan murid-muridnya. Selain itu, guru boleh membuat pemerhatian sendiri terhadap anak muridnya. Settelah mengetahui sedikit sebanyak tentang personaliti anakdidiknya, guru boleh menggunakannya untuk mendekati dan memahami murid dan seterusnya membantu mereka sekiranya mereka menghadapi masalah akademik, sosial dan emosi. Kadangkala, murid-murid malu dan segan untuk meluahkan masalah dan perasaan kepada guru secara bersemuka. Guru boleh menggunakan pelbagai cara yang lain. Contohnya, aktiviti mrnghantar surat kepada guru atau menulis jurnal harian dan dihantar secara peribadi kepada guru. Selain itu, guru boleh menggunakan kemudahan teknologi. Guru boleh menyuruh murid menghantar e-mail kepada guru untuk menceritakan kisah atau masalah peribadinya. Luangkanlah masa untuk membaca dan mendengar isi hati murid. Keprihatinan guru mendengar dan mengambil berat tentang diri murid menolong membina hubungan baik antara guru dengan murid. Murid yang rapat dengan guru dapat membantu menghindarkan murid daripada terjebak dalam masalah peribadi dan disiplin.

Penutup Kejayaan seseorang guru dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid tidaklah semata-mata bergantung kepada kemahiran menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang pelbagai sahaja. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga berkait rapat dengan kefahaman guru tentang peranan mereka yang sebenar, personaliti, keperibadian, kewibaan dan kesungguhan yang ditonjolkan, kebijaksanaan menawan hati budi murid, sifat pengorbanan dan keikhlasan, di samping perancangan yang teliti dan menyeluruh. Pemantauan dan penyeliaan yang berterusan serta melakukan refleksi bagi tujuan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan merupakan usaha-usaha dilakukan semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam konsep hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Kajian tindakan atau soal selidik boleh dilakukan oleh guru sebagai asas untuk tindakan yang lebih berkesan ke arah peningkatan prestasi murid. Perkongsian bijak dengan rakan-rakan panitia juga salah satu langkah ke arah memeperkasakan pengajaran dan dan pembelajaran. Bagi melaksanakan tugas yang mencabar ini, guru tidak perlu mengeluh dan merasa kecewa jika usaha-usaha yang dijalankan menemui kegagalan. Usaha dan ikhtiar yang berterusan mengikut pendekatan-pendekatan yang difikirkan wajar hasil daripada kreativiti dan innovasi serta komitmen guru yang tinggi. Kepuasan bagi seorang itu ialah apabila ramai murid yang diajar mencapai kejayaan. InsyaAllah dengan doa dan harapan, usaha yang disertaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan mendapat keberkatanNya jua.

Anda mungkin juga menyukai