Anda di halaman 1dari 2

Taklimat Guru Cemerlang Selamat sejahtera kepada para guru dan pendidik yang dapat meluangkan masa untuk

menghadiri Kursus Guru Cemerlang yang dikelorakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai pengerusi ahli jawatantankuasa pengelora kursus ini, saya berasa amat bangga diberikan peluang untuk menyampaikan taklimat ini. Biar saya menceritakan serba-sedikit tentang asal-usul Kursus Guru Cemerlang. Program ini terhasil atas memorandum kepada kabinet yang bertajuk Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang pada tahun 1993. Pada tahun seterusnya (1994), Guru Cemerlang telah diperkenalkan. Tujuan Guru Cemerlang diperkenalkan adalah untuk: Memperluaskan peluang guru untuk naik pangkat. Memberi peluang guru berpengalaman, berkemahiran dan pakar dalam pengajaran ataupun pembelajaran untuk menaik pangkat. Membolehkan guru naik pangkat tanpa meninggalkan tugas mendidik. Menyediakan peluang naik pangkat kepada guru dengan lebih laju. Memberi pengiktirafan kepada guru dalam mata pelajaran masing-masing. Meningkatkan kualiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang boleh dijadikan sebagai teladan kepada guru lain untuk dicontohi. Meningkatkan motivasi guru dalam bidang perkhidmatan pendidikan. Meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Dari segi penyeliaan, Guru cemerlang masih tertakluk kepada hirarki mengikut carta organisasi jabatan beliau bertugas. Penilaian adalah berdasarkan prinsip tidak boleh dinilai oleh pegawai yang lebih rendah grednya daripada pegawai yang dinilai. Guru yang cemerlang adalah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sentiasa dedikasi, berinovatif dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Oleh sebab itu, Guru Cemerlang mempunyai cirri-ciri: Peribadi yang mulia seperti tahu menghargai masa, seronok bekerja, ketinggian akhlak moral peribadi, mengamalkan sikap baik hati, memberi teladan yang baik, kewajipan menjalankan tugas, sabar atas cabaran dan dugaan, bakat digilap, dan seronok mencipta yang baru. Hasil kerja yang cemerlang seperti menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakaran. Boleh memahami, mentafsir dan mengoperasikan kurikulum ke dalam bentuk aktiviti dalam dan luar bilik darjah. Boleh menjadi pakar rujuk

pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan latihan dalaman untuk meningkatkan profesionalisme guru dan kaki tangan sekolah. Bijak mengurus masa. Boleh memanfaatkan keperluan alat bantu mengajar tertentu. Mengetahui pendekatan dan strategi pengajaran yang terkini dan berupaya menyampaikan kepada guru-guru. Mengetahui kebolehan murid di sekolahnya serta latar belakang, pengalaman dan keluarga mereka. Pengetahuan dan kemahiran yang tinggi agar berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dan membangunkan potensi pelajar. Komunikasi dengan berkesan serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum. Berpotensi tinggi. Ini merujuk kepada guru yang berwawasan, proaktif mempunyai inisiatif, bersifat responsive dan inovatif dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. Menyumbang kepada kemajuan pendidikan Negara. Guru Cemerlang berupaya menjana idea baru dan melaksanakan idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.

Saya mengakhiri taklimat saya dengan ribuan terima kasih dan berharap para guru dan pendidik dapat memanfaatkan segala ilmu dalam bidang perguruan.

Anda mungkin juga menyukai