Anda di halaman 1dari 8

.2 SENARAI TUGAS 4.2.1 GURU KANAN MATA PELAJARAN Bidang Tugas 1.

Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. 2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya terutama persatuan akademik. 3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya. 4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. 5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya. 6. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya,dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah,latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/ maktab / univesiti dan seumpamanya. 7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu. Senarai Tugas Kurikulum 1. Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal / Mingguan dan lainlain yang berkaitan dengan bidangnya. 2. Mempengerusikan mensyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah kawalannya. 3. Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4. Membimbing guru terlatih , guru yang baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka. 5. Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan. 6. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan sewajarnya. 7. Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti- aktiviti bimbingan , pemulihan, dan pengkayaan. 8. Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah , Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan. 9. Membantu dalam pemilihan buku Teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan bahanbahan pendidikan lain. 10. Menganggotaai Jawatankuasa Kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain yang diarahkan oleh Pengetua. 11. Membantu menjalankan kursua , taklimat , penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan staf. 12. Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenaai pengkaedahan dan pendekatanpendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru. 13. Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentas kurikulum. 14. Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk mengatasinya.

Kokurikulum 1. Merancang , menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar. 2. Merancang , mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya. Pengurusan 1. Membantu menentukan serta menagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang dan kawalannya. 2. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan , kursus dan latihan untuk guru. 3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya. 4. Membantu merancang takwim sekolah . 5. Menyelia kerja kerja guru di bawah bidang kawalannya. 6. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan. 7. Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan. 8. Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan , barang atau bahan yang berkaitan dengan bidangnya. 9. Menentukan aspek aspek menyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik darjah dan sekolah. 10. Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga keceriaannya. 11. Menyelia kerja-kerja kursus pelajar, mempertingkatkan pelajar dan program Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang. Tugas tugas lain 1. Berhubung dengan PKG , Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri tentang apa jua maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru. 2. Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan. 3. Melengkapkan bilik pergerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil . 4. Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah. 5. Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan ,penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber. 6. Melaksana segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

4.2.2 GURU KETUA PANITIA MATA PELAJARAN Senarai tugas 1. Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini. 2. Bertanggungjawab mrnyediakan rancangan pelajaran tahunan penggal dan mingguan. 3. Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran . 4. memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia di hantar ke pihak pentadbir sekolah dan PPD. 5. Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan untuk keperluan AJK jadual waktu. 6. Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya. 7. Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahanbahan rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah. 8. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar,kaedah-kaedah pembelajaran terkini. 9. Penyelaras menyediakan soalan soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas jawapan. 10. Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik cetak. 11. Menganalisis keputusan peperiksaan / ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki. 12. Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan. 13. Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancangkan oleh pihak sekolah. 14. Membantu dalam melaksanakan PPJ akademik untuk PMR dan SPM. 15. Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan yang diperlukan. 16. Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila diperlukan. 17. Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran PPD,JPN,Kementerian Pendidikan dan lain-lain. 18. Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik . 19. Membantu menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan. 20. Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajarannya. 21. Membantu guru kanan mata pelajaran membuat pemantauan P&P. 22. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan dalaman dan luar seperti PMR dan SPM. 23. Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat alat bantu mengajar diselenggarakan dengan baik. 4.2.3 SETIAUSAHA PANITIA MATA PELAJARAN 1. Merancang agenda mesyuarat bersama ketua panitia. 2. Menyediakan surat panggilan mesyuarat. 3. Mengedar surat panggilan mesyuarat/ memanggil mesyuarat. 4. Mencatat minit mesyuarat . 5. Menyiapkan laporan/menyediakan minit mesyuarat. 6. Mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli panitia. 7. Bersama-sama ketua panitia mengambil tindakan ke atas minit mesyuarat. 8. Membantu ketua panitia mengurus fail-fail panitia mata pelajaran . 9. Membantu ketua panitia mengurus dan menjaga alat / bahan bantu mengajar.

10. Membantu ketua panitia menyenaraikan alat/bahan bantu mengajar dan menyebarkannya kepada semua ahli panitia. 11. Membantu ketua panitia mengurus stok ABM / BBM panitia . 12. Membantu ketua panitia menganalisa ujian bulanan dan lain-lain peperiksaan di sekolah. 4.2.4 GURU MATA PELAJARAN Senarai Tugas 1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan. 2. Memahami dan mematuhi pekeliling pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi pengetahuan,pencapaian akademik dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan. 3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menghantarnya kepada Pengetua untuk ditandatangani pada masa yang ditetapkan iaitu setiap minggu. 4. Menyediakan rancang pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal /seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang ditetapkan. 5. Menyedia dan memberi latihan yang cukup,memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.Menyerahkan buku latihan pelajar kepada Pengetua /PKP untuk disemak pada masa yang dikehendaki. 6. Membina soalan ujian atau peperiksaan mengikut JPN . 7. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke semasa.Merekod soalan-soalan ujian dan penilaian serta markah ujian tersebut ke dalam buku rekod mengajar. 8. Mengesan kelemahan pelajar dan mengadakan aktiviti pemulihan . 9. Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia. 10. Memastikan buku buku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan /Jabatan Pendidikan /PPD.

4.3.2 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1999 PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Educatian Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre Tel : 03-2586900 50604 KUALA LUMPUR Fax : 03-2535150 KP(BS)8591/Jilid XV/(3) 9 Mac 1999 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg.Dato/ Datin / Tuan / Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarakan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 : Buku Rekod Mengajar Guru , bertarikh 1 julai 1963. 2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan. 3. Dengan Surat Pekeliling Iktisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan ,dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua , Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakir. (i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia. (ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. 4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.Bahan bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga

perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang berkuasa. 5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua, Guru Besar dan guru di negeri Y. Bhg Dato / Datin / Tuan /Puan. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA . DATO DR.ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k. YB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato Mohd Khalid Yunus Timbalan Menteri Pendidikan YB Dato Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Timbalan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Ketua Nazir Jemaah Nazir Sekolah Pegawai Perhubungan Awam

4.3.3 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.2/2000 PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 7,BLOK J , PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR. TEL : 03-2586900 FAX : 03-2535150 KP(BS)8591/Jld.XV 9 Februari 2000

Semua Pengarah Pendidikan Negeri , Y.Bhg. Dato / Datin / Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.2/2000 Peruntukan Waktu Untuk Mata Pelajaran Sains Dalam Kumpulan Teras Peringkat Menengah Atas Mengikut Akta Pendidikan 1996 P.U.(A)531, peruntukan waktu untuk mata pelajaran Sains dalam kumpulan teras adalah lima waktu seminggu. 2. Sehubungan dengan itu , Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan supaya memperuntukkan lima waktu seminggu bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dalam kumpulan teras dengan serta merta. 3. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Ikhtisas ini perkara yang tersebut dalam Surat Pekeliling Bil.8/1990 ,iaitu Jadual 1 mengenai Peruntukan Masa KBSM Peringkat Sekolah Menengah Atas bagi mata pelajaran Sains sebanyak empat waktu seminggu adalah dibatalkan.

4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai-pegawai yang berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian / Daerah dan semua Pengetua sekolah di negeri Y.Bhg.Dato/ Datin /Tuan. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA . DATODR.ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

4.3.4 PENGURUSAN PANITIA / PPDKB. 003 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BHARU, JALAN TELIPOT, 15150 KOTA BHARU, KELANTAN URL : www.ppdkb.home.ml.org

Telefon : 09-7443311 09-7443391 Fax : 09-7443101 E-mail : ppdkb@tm.net.my

Ruj.Tuan : Ruj.Kami : PPDKB.003/SJ.66/Jld 1(72) Tarikh : 17 JANUARI 2000 Kepada, Semua Pengetua / Guru Besar, Sekolah Menengah /Rendah , Daerah Kota Bharu. Tuan/Puan, PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Selaras dengan sasaran kerja utama dibidang akademik , Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu mengharapkan pengurusan panitia bagi semua mata pelajaran dapat berfungsi dengan berkesan , licin dan bermakna. 3. Sehubungan dengan itu , tuan /puan diminta memastikan mesyurat AJK Kurikulum dan panitia dapat dilangsungkan sebagai satu mekanisma kejuaraan akademik.Satu salinan minit mesyuarat AJK Kurikulum dan setiap panitia sekolah tuan / puan hendaklah dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu (up:ketua Sektor Pengurusan Akademik)pada atau sebelum 26 Februari 2000. 4. Bersama-sama ini disertakan senarai semak pengurusan panitia untuk makluman dan tindakan tuan / puan selanjutnya. Sekian ,terima kasih. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai