Anda di halaman 1dari 36

Sistem Otot

Kueh Yen Nee


Tan Qiu Yue Pauline Sii

Komponen Sistem Rangka Fiber otot


Merupakan sel-sel otot Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues. Berjalur dan bersaiz besar. Diameter diantara 10-100 m Panjang sehingga 40cm.

Tisu penghubung
Endomisium Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali sebagai endomisium Perimisium Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel Epimisium

Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium

Tendon
Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang
Tendon tidak begitu kenyal Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi

Tendon yang lebar di panggil aponeurosis

Ligamen
Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi.

Kartilej
Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi. Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakanpada tulang.

Fungsi Otot
i. Menghasilkan pergerakan Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis ii. Mengekalkan postur Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur. iii. Menstabilkan sendi Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka. iv. Menghasilkan haba Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.

Jenis-Jenis Otot
Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. Otot-otot ini dapat dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya.

Otot Rangka

Ciri-ciri
Lokasi

Huraian
Melekat pada tulang atau kulit

Bentuk Sel
Kekerapan Kontraksi Kelajuan Kontraksi

Tunggal, panjang dan berjalur


Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf Dari perlahan ke cepat

Rentak Kontraksi Tiada

Otot Kardiak

Ciri-ciri Lokasi Bentuk Sel Kekerapan Kontraksi

Huraian Dinding jantung Berangkai dan berjalur Luar kawal dan diikawal oleh

perentak jantung.

Kelajuan
Kontraksi

Perlahan

Rentak
Kontraksi

Ada

Otot Licin

Ciri-ciri
Lokasi

Huraian
Dinding organ viseral seperti perut, pundi kencing dan saluran jantung

Bentuk Sel Kekerapan

Tunggal dan tidak berjalur Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf,

Kontraksi
Kelajuan Kontraksi Rentak Kontraksi

hormon, bahan kimis dan regangan.


Sangat perlahan

Ada pada otot-otot tertentu sahaja

Ciri-ciri Otot
Kebolehujaan kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima.

Kebolehkucupan
keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan.

Kebolehpanjangan
keupayaan otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal. Kebolehanjalan

keupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas meregang atau menguncup.

Jenis-jenis otot rangka


Otot rangka terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Otot aksial
Otot aksial terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti tulang vertebra, tulang tusuk dan sternum.
Contoh- frontalis, rectus abdominis, pactoralis major.

Otot apendikular
Otot apendikular terletak dan melekat pada tulang apendikular seperti radius, ulna, femur, humerus, patella.
Contoh- scapula, deltoid, biseps, grastrocnemius.

Otot-otot rangka yang utama

Bahagian Kepala: Otot Muka

Otot Leher

Bahagian Badan: Otot Tengah Badan

Otot Belakang Badan

Bahagian Lengan: Otot Lengan

Bahagian Kaki: Otot Kaki

Lekatan otot
Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain. Terdapat dua tempat lekatan otot iaitu proksimal dan distal.

Proksimal
Bermaksud lekatan otot pada tulang yang hampir dengan tubuh badan. Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak. Dikenali sebagai origin.

Distal
Bermaksud lekatan otot pada tulang yang jauh dari tubuh badan. Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak. Dikenali sebagai insertion.

Nama Otot Latissimus dorsi Deltoid Bisep brakii Pektoralis major Gluteal maksimus Kuadriseps Gastroknemius

Proksimal Bahagian bawah vertebra, iliak Klavikel, skapula Skapula Klavikel, sternum, tulang rusuk Sakrum, ilium Distal femur dan fibula

Distal

Sternocleidomastoid Sternum, klavikel

Mastoid
Hujung proksimal Bahagian tangah humerus Proksimal radius Proksimal humerus Proksimal femur Kalkanus

Bahagian atas pelvik Patella

Interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka


Saling tindakan otot-otot Bermaksud otot-otot dalam tubuh badan saling bertindak atau bekerjasama dalam melakukan suatu pergerakan. Otot-otot akan bertindak

secara berkumpulan iaitu melibatkan:

Agonis

Otot-otot penggerak utama (prime movers) Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus Contoh: biseps brakii dan brakialis Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan otot penggerak utama. Apabila agonis menguncup, antagonis akan mengendur atau relaks. Mengawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yang dilakukan oleh agonis. Contoh: triseps brakii

Antagonis

Sinergis

Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama. Sinergis menambah daya pada pelekatan otot. Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat. Contoh: Otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan brakialis bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku.

Penguncupan otot rangka


Jenis-jenis penguncupan otot
Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa yang umumnya berlaku pada semua

bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi


filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha keduaduanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam fiber otot. Terdapat tiga jenis penguncupan otot rangka iaitu:

Penguncupan isometrik (penguncupan statik)


Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan tetapi menghasilkan daya. Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada kepanjangan otot. Contoh: Aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok. Dinding tidak bergerak tetapi otot triseps brakii menguncup dan menghasilkan daya.

Penguncupan Isotonik
Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber

otot memendek bagi menghasilkan daya


mengatasi rintangan yang bergerak. Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot. Contoh: Penguncupan bisep semasa mengangkat dumbell. Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.

Penguncupan Isokinetik
Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap sepanjang pergerakan. Penguncupan ini dihasilkan

dengan menggunakan peralatan


yang dapat mengawal halaju pergerakan tersebut. Contoh: Penggunaan mesin multi-gym.

Halaju Penguncupan
Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot. Halaju penguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan. Terdapat dua jenis fiber otot yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu fiber sentak cepat dan fiber sentak lambat . Peratusan fiber sentak cepat

dan lambat ini dalam otot begantung kepada baka,


fungsi dan latihan seseorang individu.

Fiber sentak cepat (Fast-twitch glycolytic fibres)


Dikenali sebagai fiber jenis II. Saiz lebih besar dan berwarna putih. Mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti berintensiti tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek. Contoh: lari pecut. Fiber ini menyebabkan atlet mudah menjadi lesu.

Fiber sentak lambat (Slow-twitch fibres)


Dikenali sebagai fiber jenis I. Saiz lebih kecil dan berwarna merah. Mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti jarak jauh. Contoh: jogaton. Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan penguncupan dalam jangka masa yang panjang.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai