2. Saiz Otot :
Maksimus – jika otot sangat besar
Medius – jika otot bersaiz sederhana
Minimus – jika otot kecil
Major – jika otot sederhana besar
Minor – jika otot sederhana kecil
Longus – jika otot atau tendonnya panjang
Brevis – jika otot atau tendonnya pendek
4.Lokasi Otot :
Temporalis – otot yang terletak di kawasan tulang temporal pada tengkorak.
Frontalis – otot yang terletak di kawasan tulang frontal pada tengkorak.
Abdominis – otot yang terletak di bahagian abdomen.
5. Lokasi `origin`otot dan lekatannya :
Sternocleidomastoid – `origin`/asalnya pada sternum (sterno) dan klavikel (cleido)
dan lekatan (insertion) pada mastoid (proses tulang temporal).
6. Bentuk Otot :
Deltoid – jika otot berbentuk delta atau segitiga.
Trapezius – jika otot berbentuk trapezium.
Rhomboideus – jika otot berbentuk rhomboid.
7. Tindakan Otot:
Flexor – otot yang melakukan fleksi.
Extensor – otot yang melakukan ekstensi.
Adduktor – otot yang melakukan adduksi
Pronator – otot yang melakukan pronasi lengan bawah.
Supinator – otot yang melakukan supinasi lengan bawah.
b) Otot rangka
c) Otot licin
Ciri-ciri Otot
i. Kebolehujaan
● kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang
diterima.
ii. Kebolehkucupan
● keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan.
iii. Kebolehpanjangan
● keupayaan otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal.
iv. Kebolehanjalan
● keupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas meregang atau
menguncup.
Lekatan otot
Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang
atau tisu-tisu penghubung yang lain. Terdapat dua tempat lekatan otot iaitu
proksimal dan distal.
i. Proksimal
● Bermaksud lekatan otot pada tulang yang hampir dengan tubuh badan.
● Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak.
● Dikenali sebagai origin.
ii. Distal
● Bermaksud lekatan otot pada tulang yang jauh dari tubuh badan.
● Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak.
● Dikenali sebagai insertion.
iii. Sinergis
- Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama.(agonis)
- Berfungsi :
i) menambah daya pada pelekatan otot.
ii) menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat.
- Contoh: Pergerakan fleks lengan
- biseps brakii dan brakialis adalah penggerak utama dalam fleksi lengan. Triseps
brakii bertindak sebagai antagonis dan brakioradialis bertindak sebagai
pembantu dalam pergerakan tersebut.
b) Penguncupan Isotonik
- Pengucupan fiber otot yang menghasilkan daya yang tetap di sepanjang
pergerakan.
- pengucupan ini akan menghasilkan pergerakan dan menyebabkan perubahan
pada panjang otot.
- Terbahagi kepada 2 jenis
i) konsentrik (pemendekkan otot)
ii) esentrik (pemanjangan otot)
- Contoh:aktiviti menaiki tangga (Semasa lutut bengkok, otot kuadraseps
menguncup secara esentrik dan semasa lurus, kuadrasep menguncup secara
konsentrik)
- Contoh: Penguncupan bisep semasa mengangkat ‘dumbell’.
c) Penguncupan Isokinetik
- Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap sepanjang
pergerakan.
- Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang dapat mengawal
halaju pergerakan tersebut.
- Contoh: Pengunaan mesin “multi-gym’.
Halaju Penguncupan
Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot. Halaju
penguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan.
Terdapat dua jenis fiber otot yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu
fiber sentak cepat dan fiber sentak lambat . Peratusan fiber sentak cepat dan lambat
ini dalam otot begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang individu.
● Fiber sentak cepat
- Dikenali sebagai fiber jenis II, menyebabkan atlet mudah menjadi lesu.
- Saiz lebih besar dan berwarna putih.
- Mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti berintensiti
tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek.
- Contoh: lari pecut.
● Fiber sentak lambat
- Dikenali sebagai fiber jenis I.
- Saiz lebih kecil dan berwarna merah.
- Mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti jarak jauh.
- Contoh: jogathon.
- Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan penguncupan dalam jangka
masa yang panjang.
Otot jantung ini hanya terdapat pada jantung. Strukturnya sama seperti otot
lurik, gelap terang secara berselang seling dan terdapat percabangan sel.
Kerja otot jantung tidak bisa dikendalikan oleh kemauan kita, tetapi bekerja
sesuai dengan gerak jantung. Jadi otot jantung menurut bentuknya seperti
otot lurik dan dari proses kerjanya seperti otot polos, oleh kerana itu disebut
juga otot spesial.
Aksi-aksi Otot
5. Elevasi
• Gerakan mengangkat.
6. Depresi
• Gerakan menurunkan.
Contoh: Gerakan membuka mulut(elevasi) dan menutupnya (depresi) juga
gerakan pundak ke atas (elevasi) dan ke bawah (depresi)
7.Inversi
• Gerak memiringkan telapak kaki ke dalam tubuh.
Inversi
8. Eversi
• Gerakan memiringkan telapak kaki ke luar.
Inversi dan Eversi hanya untuk bahagian di pergelangan kaki.
9. Supinasi
• Gerakan menengadahkan tangan.
10. Pronasi
• Gerakan menelungkupkan tangan.
Supinasi dan Pronasi hanya untuk bahagian pergelangan tangan saja.
11. Endorotasi
• Gerakan ke dalam pada sekeliling sumbu panjang tulang yang bersendi.
(rotasi)
12. Eksorotasi
• Gerakan rotas ke luar.
13. Sirkumduksi
• Gerakan memutarkan dengan puncak kerucut, kombinasi fleksi, ekstensi
abduksi, adduksi
14. Retraksi
• Menarik bahu ke posterior
15. Protraksi
• Gerakan menggerakkan bahu ke anterior
16. Rotasi
• Mengelilingi aksis panjang.