Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK RAWANG KALI KE 39 2012 Mengumumkan ketibaan: Yang Berbahagia Dato Luey

y bin Puteh diiringi oleh Yang DiPertua PIBG, Puan Guru Besar dan tetamu-tetamu jemputan. Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk Kasihnya ibu membawa ke syurga Kasihnya ayah berkorban nyawa Kasihnya guru mencurah ilmu Pemacu segala pelita dan lampu Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat Seribu tahun menjadi hikmat Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam keilmuan. Yang Berbahagia Dato Luey bin Puteh, Pengerusi Eksekutif PUTP EXCELL SDN BHD. Yang Berusaha, Pn. Salmah bt Abd Ghani, Guru Besar SK Rawang dan barisan pentadbir. Yang Berusaha, Yang Dipertua PIBG SK Rawang, En Mohd Rafi bin Abd Rahman dan barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Rawang sesi 2011 2012. Yang Berusaha, mantan Guru Besar SK Rawang, En Sahardin bin Yusof. Yang Dihormati lagi dikasihi, guru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian. Pada petang Jumaat yang berbahagia ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 39 SK Rawang.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato Luey bin Puteh ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 39. Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa dan guru-guru dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyakalau kita dapat satukan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama. Hadirin yang dihormati, Majlis kita pada petang ini dimulakan dengan persembahan dari muridmurid Sk Rawang. Persembahan pertama mendapat bimbingan daripada Pn Norazlin bt Zainol. Persembahan nyanyian dan gerakan daripada murid Prasekolah ini diberi tajuk Chan Mali Chan & Suriram. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas persembahan bertenaga itu tadi. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Persembahan kedua kita akan disampaikan oleh gabungan murid tahun 5 dan 6. Kumpulan Nasyid Sotul Khoir di bawah bimbingan Pn Sohara bt Suratman, pernah membuat persembahan di pertandingan nasyid peringkat daerah baru-baru ini. Dipersilakan kumpulan Sotul Khoir dengan 2 buah nasyid yang bertajuk Kitab Al-Quran Menjana Transformasi Ummah & Islam Yang Telah Berkembang. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas persembahan yang cukup harmoni itu tadi. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Persembahan ketiga kita, akan disampaikan oleh adik Nur Umairah bt Fadlin. Adik Nur Umairah merupakan pelajar Prasekolah. Beliau akan menyampaikan cerita bertajuk My Family. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas persembahan adik Nur Umairah itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekelian, Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Tuan Imam Masjid Rawang, Tn. Hj Salleh bin Md Som untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Imam, Tuan Hj Salleh bin Md Som atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Kepimpinan diteladani, Program dirancang dan direalisasikan, Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi Majlis pada petang ini dimulakan dengan dengan menjemput Guru Besar SK Rawang, Yang Berusaha Pn. Salmah bt Abd Ghani, merangkap Penasihat PIBG SK Rawang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.. Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Pn. Salmah bt Abd Ghani, Guru Besar SK Rawang. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Seterusnya, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang DiPertua PIBG SK Rawang, Yang Berusaha En Mohd Rafi bin Abd Rahman untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan. Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SK Rawang, En Mohd Rafi bin Abd Rahman. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Sidang hadirin yang budiman, Kalau Dato pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada Dato ruang diberi, Mohon rasmikan majlis kami Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato Luey bin Puteh bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Rawang kali ke - 39.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Dengan Bismillah kita mulai, Alhamdulillah wassola tannabi, Dengan takdir Ilahi Rabbi, Selesai sudah upacara merasmi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Luey bin Puteh, Pengerusi Eksekutif PUTP EXCELL SDN BHD atas ucapan perasmian sebentar tadi. Orang berbudi, Kita berbahasa. Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011, guru-guru dan kakitangan sekolah di atas sumbangan tenaga yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berbahagia Dato Luey bin Puteh dengan diiringi Yang Berusaha Pn. Salmah bt Abd Ghani, Guru Besar SK Rawang untuk menyampaikan cenderamata. Dipersilakan. Cenderamata untuk AJK PIBG sesi 2011 dimulakan dengan menjemput :
1. Pn Salmah bt Abd Ghani

2. 3. 4. 5.

GB En Mohd Rafi bin Abd RahmanYDP En Zakaria bin A. Majid NYDP En Shahrum bin Hj Abd Shukor SU Pn Rahayu bt Abd Rahim Bendahari

AJK ( IBU BAPA ) 6. En. Daud bin Ithnin 7. En Shahrom bin Kahar 8. En Khalid Azari bin Mat Tab 9. En Shafie bin Hj Hashim 10. Pn Zuraidah bt Abd Rahman 11. Pn Rashidah bt Sunardi 12. Pn Rohana bt Atan 13. Pn Norhayati bt Idris AJK ( GURU )

14. En Atsani bin Katmin 15. Pn Rose Wahani bt Wahab 16. Pn Noorazlin bt Zainal PEMERIKSA KIRA-KIRA 17. Pn Norhafizah bt Khairani 18. Pn Sohara bt Suratman Penyampaian cendemata yang seterusnya ini adalah untuk guru-guru dan kakitangan sekolah, dimulai dengan : GURU 1. Tn Hj Mokhtar bin Md Diah 2. Pn Zunaidah bt Awang 3. Pn Razlina bt Khamis 4. Pn Norzita bt Hj Amir 5. Pn Nik Marlini bt Nik Abdullah 6. Pn Rosewahani bt Wahab 7. Pn Azilina bt A. Ghani 8. Pn Muizzah bt Mohamad 9. En Abd Sukor bin Othaman 10. En Mohd Hakim bin Samshuddin KAKITANGAN SEKOLAH 11. En Jamahiri bin Damin 12. Pn Nur Mazela bt Mail 13. Pn Halimah bt Ayub 14. Pn Lamah bt M. Sap 15. Pn Salmiah bt Mion Seterusnya dijemput Tuan Imam, Tuan Hj. Salleh bin Md Som untuk menerima cederamata tanda terima kasih kami, warga SK Rawang kerana kesudian beliau memimpin bacaan doa di awal majlis kita tadi. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato Luey bin Puteh di atas kesudiannya menyampaikan cenderamata itu tadi. Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang DiPertua PIBG SK Rawang, Encik Mohd Rafi bin Abd Rahman dengan diiringi Guru Penolong Kanan Kurikulum Sk Rawang, Tuan Hj Mokhtar bin Md Diah untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato Luey bin Puteh atas kesudian Dato menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Rawang ke - 39 tahun 2012.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato. Tinggi bukit silang-gemilang, Air pasang tenang-tenangan, Budi sedikit takkan hilang, Dalam hati kenang-kenangan. Kalau ada jarum yang patah, Jangan di simpan di dalam peti, Kalau ada khilaf dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Rawang kali ke - 39 2012. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Luey bin Puteh dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini. Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Dato Luey bin Puteh, diiringi Puan Guru Besar, Yang Berusaha Pn. Salmah bt Abd Ghani dan YDP PIBG En Mohd Rafi bin Abd Rahman, untuk menikmati juadah yang disediakan di kelas Tahun 3. Majlis mempersilakan. Para ibu bapa dan hadirin diminta menunggu sebentar sementara menunggu agihan makanan dilakukan. Agenda seterusnya selepas jamuan ini ialah Mesyuarat Agung PIBG SK Rawang kali ke 39 yang akan dipengerusikan oleh Yang DiPertua PIBG SK Rawang, Encik Mohd Rafi bin Abd Rahman. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai