Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU PERTANDINGAN TEROMPAH GAJAH PESTA SUKAN RAKYAT 2012 Oleh : Muhammad Farid Bin Md Nadzir

Selesai sudah berlangsungnya Pesta Sukan Rakyat anjuran Pismp Sem 5 Ambilan Jan 2010, dilihatkan semua aktiviti berjalan dengan lancar dan sambutan kelihatan amat meriah sekali. Saya lihat semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan dan kecacatan yang berlaku. Semua penganjur dan peserta kelihatan gembira bermain dan saya amat berpuas hati dengan penganjuran pada kali ini. Sememangnya tampak ketara keberhasilan penganjuran pada kali ini setelah beberapa kali menganjurkan aktiviti penganjuran, ianya nampak lebih lancar dan terkawal. Sesungguhnya ini semua adalah semua hasil dari pengalaman penganjuran-penganjuran sebelum ini.

Selaku AJK Teknikal bagi acara saya ingin membuat refleksi yang lebih memberatkan kepada pengurusan bahagian teknikal. Dari segi kekuatan saya lihat terompah gajah yang dihasilkan berjaya diselenggara dengan baik sepanjang pertandingan berlangsung walaupun bilangannya terhad. Ini sekaligus mengatasi kerisauan saya kerana semua terompah masih boleh digunakan sehingga selesai pertandingan. Selain itu, ahli teknikal juga memberi kerjasama yang baik bagi membolehkan segala kerosakan berupaya dibaiki dengan segera. Saya lihat kesemua peserta terompah gajah seronok bermain terompah ini.

Melihat dari segi kelemahan pula, kelemahan utama yang dapat saya keutarakan ialah bilangan terompah adalah terhad. Hal ini turut memberikan kesan kepada rentak penganjuran terompah gajah kerana setiap pusingan harus menggunakan kesemua terompah gajah yang ada. Kerosakan pada terompah akan mengambil sedikit masa untuk diperbaiki dan sepanjang penganjuran, beberapa kerosakan minor telah berlaku. Ia setidak-tidaknya mengurangkan pembaziran masa untuk meneruskan pertandingan.

Seterusnya saya ingin menfokuskan terhadap halangan yang mengganggu sepanjang proses menyediakan terompah gajah ini. Seperti biasa halangan tebesar ialah dari segi peruntukan bahan yang terhad. Banyak barang yang dimohon tidak

diperolehi contohnya kayu dan cat. Ini secara langsung mengganggu kelancaran proses menyiapkan terompah gajah ini. Selain itu, tempoh masa yang terhad dalam menyiapkan terompah tersebut juga turut menjadi masalah kepada ajk teknikal. Ini kerana dalam pembikinan terompah gajah ini, kami terpaksa melakukan beberapa kali pengubahsuaian terompah gajah ini supaya lebih lasak, selamat digunakan dan mudah dibaiki.

Akhir sekali dari segi penambahbaikan, saya sangat berharap untuk penganjuran seterusnya, peruntukan yang secukupnya disediakan bagi membolehkan segala alatan pertandingan dapat disediakan dengan baik dari segi kualiti dan kuantiti. Dengan adanya peruntukan yang mencukupi, diharapkan terompah yang dihasilkan juga lebih bersifat mesra penggunan dan selamat digunakan. Untuk menjadikan ianya lebih baik, aplikasikan penggunaan bahan-bahan terbuang secara tidak langsung memberikan sokongan kepada semangat cintakan alam.

Anda mungkin juga menyukai