Anda di halaman 1dari 3

POST MORTEM JAWATANKUASA

PERTANDINGAN KAWAD KAKI TERTUTUP 2014


Pertandingan Kawad Kaki Tertutup 2014 bagi Bulan Sabit Merah Malaysia
akhirnya telah berlangsung pada 23 Oktober 2014. Setelah beberapa minggu kami
telah membuat perancangan maka sampai saat yang kami nanti-nantikan pun tiba.
Sepanjang perancangan dan pelaksanaan pertandingan kawad kaki, kami
telah mengenalpasti kekuatan yang ada dalam seksyen kami iaitu, pengelolaan
pertandingan kawad kaki yang dan teratur walaupun mempunyai sedikit kelemahan
dan semua ahli jawatankuasa dapat memberikan kerjasama dan persefahaman
yang baik antara satu sama lain sepanjang perancangan pertandingan kawad kaki.
Sepanjang pengelolaan dalam program Pertandingan Kawad Kaki Tertutup
BSMM Tahun 2014 yang telah dilaksanakan oleh seksyen latihan dan kawad kaki
adalah lancar walaupun menghadapi sedikit kesulitan yang kami tidak dapat
jangkakan.Tetapi segala pengeloalaan masih berjalan dengan lancar.

Sekiranya

terdapat ajk jawatankuasa mengalami masalah, ajk jawatankuasa yang lain juga
akan menolongnya untuk menyelesaikan masalah supaya pengelolaan program
dapat dijalankan dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, pengelolaan amat
penting dalam menjalankan aktiviti dengan memainkan peranan masing-masing
untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.
Selain itu, pengelolaan dalam program Pertandingan Kawad Kaki Tertutup
BSMM Tahun 2014 yang telah dilaksanakan oleh seksyen latihan dan kawad kaki
adalah lancar. Sekiranya ajk jawatankuasa mengalami masalah, ajk jawatankuasa
yang lain juga akan menolong dalam menyelesaikan masalah supaya pengelolaan
program dapat dijalankan dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, pengelolaan
amat penting dalam menjalankan aktiviti dengan memainkan peranan masingmasing untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.
Semasa perancangan aktiviti, semua ahli telah memberi cadangan atau
pendapat yang berlainan bagi tujuan menjayakan pertandingan kawad kaki pada
masa yang ditetapkan. Walaupun kami mempunyai pandangan yang berbeza tetapi
kami akan membuat perbincangan dengan nada yang lembut dan sopan untuk

mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul. Melalui aktiviti
pertandingan kawad kaki ini, kami juga dapat melihat semua ahli jawatankuasa
memberikan kerjasama dan persefahaman yang baik antara satu sama lain
sepanjang perancangan pertandingan kawad kaki ini.
Walaupun kami telah membuat banyak penyediaan sebelum pertandingan
kawad kaki. Namun kelemahan dan kesilapan tetap masih berlaku. Oleh itu, kami
telah memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap kesilapan yang kami telah
lakukan. Kemudian, membuat penambahbaikkan terhadap kelemahan yang wujud
supaya ia akan menjadi iktibar kepada kami apabila mengadakan pertandingan
kawad kaki pada masa hadapan.
Antara kelemahan yang telah kami abaikan adalah kami haruslah membuat
raptai sebanyak beberapa kali sebelum pertandingan bermula supaya dapat
memastikan lagu dapat dipasang dengan lancar. Ini adalah kerana lagu BSMM dan
lagu Kedah tergendala semasa semua peserta BSMM dan para pengadil berdiri
tegak dan menyanyinya. Tambahan pula, kebaikan mengadakan raptai juga dapat
menjangka tentatif yang dirancang sama ada bermasalah ataupun tidak.
Kelemahan yang seterusnya ialah pertandingan kawad kaki tertutup ini bagi
AJK Pengadilan gagal membuat komunikasi awal dengan pengadil untuk mengingati
pengadil tarikh dan masa bertanding. Ini mengakibatkan salah seorang pengadil
tidak dapat hadir dalam pertandingan tersebut. Kita tidak boleh mengharapkan
pengadil atau tetamu khas mengingati aktiviti kita, oleh itu sebagai pengelolaan, kita
perlu membuat segala persiapan lebih awal terutama mengingati pengadil, peserta,
dan tetamu khas.
Di samping itu, dari segi makanan dalam pertandingan ini bungkusan
minuman itu tidak mengikat dengan baik. Hal ini menjadikan sebahagian daripada
air mengalir keluar dari plastik. Oleh itu, cara untulk menyelesaikan masalah adalah
kami boleh mencadang kepada pihak yang berkaitan supaya menggunakan cawan
plastik untuk mengisikan air atau menggunakan cara ikatan yang lebih kukuh supaya
air itu tidak mengalir keluar ke dalam besen.
Setersusnya ialah pengacara yang terlupa berkomunikasi dengan ahli
jawatankuasa cenderamata maka penyusunan penyampaian hadiah tidak tersusun.

Pada masa yang sama, pengacara setakat mengumumkan nama jurugambar


sahaja. Ini kemungkinan akan menyebabkan perasaan jurugambar kemungkinan
tersinggung. Mereka akan beranggapan kami tidak memberikan penghargaan
kepadanya.
Cara untuk menambahbaikan adalah pengacara sepatutnya membuat
perbincangan

bersama

dengan

ahli

jawatankuasa

cenderamata

untuk

mengenalpasti nama bagi setiap jurugambar. Ini adalah kerana pengacara yang
baik sememangnya kena mengambil berat atas setiap langkah dalam sesuatu
aktiviti. Namun pengacara perlu peka dengan memberikan butiran maklumat yang
sesuai pada sesuatu situasi yang tiba-tiba berubah.
Selain daripada itu, pada hari pertandingan kawad kaki, terdapat seorang
peserta tidak menepati masa serta tidak menghubungi bahawa alasannya datang
lewat. Dengan itu, pertandingan ini terpaksa melengah sedikit masa untuk
menunggunya.
Justeru itu, penambahbaikan yang dicadangkan ialah ketua platun bagi setiap
kumpulan perlu memastikan setiap peserta pertandingan kawad kaki datang pada
tepat masa. Jikalau peserta tidak dapat menghadiri pada masa yang ditetapkan.
Maka, wajarlah peserta menghubungi pihak yang berkenaan. Ini dapat membendung
daripada pembaziran masa.
Secara keseluruhannya, semua ahli jawatankuasa telah mengenalpasti
kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada dari segi perancangan aktiviti ataupun
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Oleh itu, kami akan
mempelajari dari kesilapan dan akan mendorong kami mencapai kesempurnaan
apabila menjalani aktiviti ini lagi.

Anda mungkin juga menyukai