Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI PERTANDINGAN MEMANAH TERTUTUP PERINGKAT (IPGK) RAJA MELEWAR Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia saya ucapkan

bagi pembuka kata refleksi tugasan persatuan (memanah). Saya Kathiresan A/L Moorthy sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan pertandingan memanah tertutup pada peringkat IPG Raja Melewar. Terlebih dahilu saya ingin mengucapkan jutaan berterima kasih kepada pensyarah saya iaitu Tuan Haji Shamsuddin Bin Mohd Sahriff yang telah memberi penerangan yang baik Terhadap pertandingan dan cara pengelolahan sesuatu pertandingan. Beliau juga mengajar kami tentang cara-cara untuk memanah dengan mendapat mata dalam skor board. Selain darupada itu beliau juga telah sentiasa mengawasi dan memerhatikan pelaksanaan program ini secara ketara. Dengan ini program yang dilaksanakan ini berjalan dengan lancar. Sehubungan dengan ini, beliau juga mengajar cara keselamatan dalam pertandingan memanah. Saya telah diarahkan oleh pengerusi sebagai bendahari dalam program ini. saya telah melaksanakan tugas saya dengan baik. Saya telah membuat perancangan perbelanjaan dan anggaran untuk berbelanja. Ahli kumpulan dan kawan-kawan sekelas saya telah membantu dengan membayar wang yang ditentukan itu pada masa yang diberikan. Selain itu, saya telah mendapat banyak idea-idea yang baru semasa melakukan tugas bersama-sama rakan sekelas say. Dengan ini saya dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Selain itu, saya dapat difahamkan bahawa tiada kawan tiada berjayalah sesuatu program dengan sempurna. Air tidak akan putus jika dicincang begituylah peresahabatan sekelas kami. Kesimpulannya, saya berasa amat gembira dan bangga kerana dapat melaksanakan tugasan ini. Saya sebagai seorang guru pelatih dan guru pada masa akan datang memupuk keyakinan diri bahawa saya akan mempertahankan profesion keguruan ini dengan baik. kita yang mempunyai keistimewaan yang tidak terhingga.Akhir kata,sesungguhnya yang baik itu datang dari Tuhan dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus. Sekian.Salam Satu Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai